Peta Minda 1

download Peta Minda 1

of 2

Transcript of Peta Minda 1

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHASPendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran diwujudkan berdasarkan kepada keputusanperbincangan Jawatankuasa Advokasi Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia.

1988

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih.

Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

1990

Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas BermasalahPembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid darikelas-kelas percantuman telah diuji.Mesyuaratmenganalisis data dari ujian percubaan di UniversitiMalaya.

1991Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur

1992

Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.

1993

Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas..

1995

Pendidikan Inklusif bermula.

1996

Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

2006

Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.