Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
-
Upload
rafiza-diy -
Category
Education
-
view
6.400 -
download
0
Transcript of Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
Rajah 5.0 Pengaplikasian Pendekatan Pengajaran Bahasa
PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN KONSTRUKTIVISME
PEMBELAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL
PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL / SENARIO
PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR
KEMAHIRAN BERFIKIRKEMAHIRAN KECERDASAN PELBAGAI
KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
Rajah 5.1 Pembelajaran Berasaskan Konstruktivisme
PEMBELAJARAN BERASASKAN KONSTRUKTIVISME
DEFINISI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
APLIKASI CIRI KONSTRUKTIVISME
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
MODEL PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
a) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kajian tentang cara-cara manusia belajar.
b) Pembinaan pengetahuan baharu oleh murid dengan menguji idea menerusi pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
a) Konsep dan skema merupakan struktur kognitif yangberfungsi ke arah perkembangan mental murid.
b) Asimilasi ialah proses kognitif dalam penganalisian bahasa.
c) Akomodasi ialah proses pembentukan dan pemantapan konsep serta skema bebas.
d) Ekuilibrium ialah keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi.
a) Matlamat dan objektif pembelajaran bahasa perlu difahami oleh murid.
b) Pembinaan pengetahuan sesuatu aspek bahasa diutamakan.
c) Kepelbagaian perspektif isi kandungan tentang sesuatu aspek bahasa didedah dan digalakkan kepada murid.
d) Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudah cara.
a) Orientasi : Menarik perhatian dan minat murid serta memotivasikannya.b) Cetusan Idea : Soalan yang diajukan murid mendorong untuk berfikir.c) Penstrukturan Semula Idea : Mengkoordinasikan pemikiran murid untuk memiliki pemikiran bercapah.d) Aplikasi Idea : Membuka ruang kepada murid
mensintesiskan pengetahuan yang diperoleh.e) Refleksi : Memberikan fokus kepada penilaian tentang kefahaman murid.
a) Menyusun atau menstrukturkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan persekitaran idea utama.
b) Pembelajaran dahulu atau pengetahuan sedia ada penting untuk pembelajaran baharu.
c) Guru wajar menimbulkankeraguan atau persoalan mencabar dalam minda untuk meneroka jawapan.
d) Mengajar murid cara belajar menggunakan metakognitif dan metamemori.
e) Pembelajaran adalah usaha sama kognitif antara guru dengan murid atau murid dengan murid.
f) Guru perlu mengukur kefahaman murid tentang maklumat yang disampaikan dalam pengajaran.
Rajah 5.2 Pembelajaran Berasaskan Kontekstual
PEMBELAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL
DEFINISI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
a) Kedekatan usaha murid mencerap bahan-bahan pelajaran dalam situasi nyata, selain mewujudkan rangkaian motivasi untuk menghubungkan pengetahuan dengan penyerapan.
b) Pembentukan sistem pembelajaran yang diasaskan kepada penelitian kognitif, afektif dan psikomotor.
TUJUAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
a) Menyediakan pembelajaran konkrit dengan melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on, iaitu pemikiran dan pengalaman guru untuk memberikan kefahaman kepada murid.
b) Menghubungkan isi pengajaran dengan dunia sebenar selain wujudnya proses interaksi erat antara murid dengan murid.
c) Menjadikan situasi di dalam bilik darjah sebagai simulasi kepada persekitaran luar.
d) Guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup.
e) Guru memberikan pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada murid.
a) Aplikasi iaitu murid-murid didedahkan dengan pengaplikasian aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.
b) Kerjasama iaitu pembelajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain.
c) Pemindahan pembelajaran iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru.
d) Penglibatan murid-murid secara maksimum iaitu guru berpotensi untuk menarik minat mereka terhadap sesuatu isi pelajaran.
e) Usaha yang efisien dan sesuai diaplikasikan dalam setiap langkah pengajaran sama ada semasa set induksi, langkah pengajaran atau penutup.
Rajah 5.3 Pembelajaran Berasaskan Situasional / Senario
PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL / SENARIO
DEFINISI PEMBELAJARAN SITUASIONAL / SENARIO
PRINSIP PEMBELJARAN SITUASIONAL / SENARIO
a) Pernyataan lisan yang bukan sahaja merangkumi unsur kefahaman mendengar serta penggunaan bunyi bahasa dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul, sebaliknya meliputi pemilihan kata-kata dan elemen-elemen infleksi termasuk penyusunannya supaya tergambar makna yang tepat.
b) Berlandaskan teori bahasa struktural dan behavioris dianggap sesuai untuk pembentukan kemahiran lisan murid.
c) Memerlukan murid sebagai penutur menguasai beberapa kemahiran kecil untuk memahami, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur yang betul.
a) Pengajaran kemahiran bertutur memerlukan pelbagai usaha guru yang kompleks.
b) Setiap tindak balas pertuturan yang betul perlu diberikan peneguhan supaya diulangi.
c) Murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mendengar pertuturan orang lain sahaja.
d) Berikan murid peluang dan ruang untuk bertutur.
Rajah 5.4 Pembelajaran Berasaskan Permainan
PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
DEFINISI PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
PRINSIP PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
KEBAIKAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN
a) Memberikan peluang kepada murid untuk mengemukakan pendapat selain menyesuaikan perlakuan diri dengan orang lain.
b) Sebagai penentu utama terhadap perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi dan perkembangan sosial serta intelek.
a) Permainan yang dipilih perlu memenuhi kehendak psikologi murid.
b) Guru perlu peka dengan objektif sesuatu permainan.
c) Setiap permainan perlu memberikan sumbangan yang besar terhadap peningkatan tahap berbahasa murid.
d) Penerangan tentang peraturan dan syarat permainan adalah perlu.
a) Syarat dan peraturan permainan mendorong persaingan sihat.
b) Permainan mewujudkan hubungan yang rapat antara tindakan.
c) Murid berpeluang melakukan sendiri aktiviti dan permainan.
d) Murid berpeluang menilai keputusan mereka.
a) Memberi peluang kepada murid memperoleh latihan secara intensif.
b) Mendiagnosis atau melakukan bedah siasat terhadap pencapaian murid.
c) Menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid.
d) Memupuk kemampuan saling bersaing dalam kalangan murid.
Rajah 5.5 Kemahiran Belajar Cara Belajar
KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR
a) Aspek penting dalam pembelajaran khususnya dalam trend pendidikan bestari.b) Berasaskan beberapa strategi, kaedah, teknik dan pendekatan tertentu.
c) Merupakan penentuan bahan yang optimum kepada pemerolehan dan pemprosesan maklumat.
DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR
KOMPONEN KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR
KEMAHIRAN MENDENGAR
Melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang
didengar
KEMAHIRAN MEMBACA
Melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan
penulis
KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
Aktiviti merekodkan fakta, maklumat dan isi-isi
penting.
KEMAHIRAN MENGINGAT
Mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta
dan kejadian yang berlaku.
KEMAHIRAN MENULIS
Melibatkan kemahiran menulis dengan cepat dan tulisan yang ditulis boleh
dibaca semula.
Rajah 5.6 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
KEMAHIRAN KECERDASAN PELBAGAIDEFINISI KECERDASAN PELBAGAIKEPENTINGAN PENGAPLIKASIAN
KECERDASAN PELBAGAI
KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER
Kebolehan seseorang untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
RAMLAH DAN MAHANI (2004) :a) Kebolehan individu dalam berfikir atau menaakul untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu persekitaran.
THOMAS DAN JOHN (2005) :a) Potensi biopsikologi untuk memproses maklumat yang boleh digunakan dalam set budaya demi menyelesaikan sesuatu
a) Menjadi petunjuk kepada potensi murid.b) Menjadi petunjuk kepada guru untuk
merancang pengajaran.c) Membolehkan guru menjalankan pengajaran
mengikut 8 kecerdasan.d) Membangunkan aspek akademik dan
kokurikulum murid.e) Membangunkan bakat dan kebolehan murid.f) Mempelbagaikan cara penilaian.
Kinestetik
Logik - Matematik
Naturalis
Intrapersonal
Interpersonal
Muzik
Verbal - Linguistik
Visual - Ruang
Rajah 5.7 Kemahiran Berfikir
KEMAHIRAN BERFIKIR
DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR
KLASIFIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR
Kecekapan murid dari segi penggunaan akal dalam melaksanakan proses berfikir.
BEYER (1988) : Proses menilai, membuat keputusan dan keaslian sesuatu pengetahuan.
ENNIS (1985) :Satu pemikiran tajam dan munasabah yang difokuskan bagi menentukan apa-apa yang hendak dibuat.
a) Sentiasa bersikap positif terhadap semua jenis kemahiran berfikir.
b) Berfikir mudah secara peringkat-peringkat.c) Mengikis perasaan ego jika inginkan setiap
kemahiran berfikir dapat dimanfaatkannya.d) Sentiasa menukarkan arah otak berfikir sama ada
secara logik, kreatif ataupun lateral.e) Menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Konvergen
Reflektif
Divergen
Kemahiran Berfikir Kreatif
Kemahiran Berfikir Analitikal
Kemahiran Berfikir Kritikal
Rajah 5.8 Kemahiran Kajian Masa Depan
KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
DEFINISI KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
KOMPONEN KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
TUJUAN KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN DIGUBAL
PRINSIP KEMAHIRAN KAJIAN MASA DEPAN
Merupakan perancangan strategi saintifik untuk melatih murid berfikir tentang masa depan secara
berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab.
Supaya murid dapat :
a) Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan.
b) Melakukan kajian dan menguruskan maklumat tentang hal-hal masa depan.
c) Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
a) Prinsip perubahanb) Prinsip berpandangan jauhc) Prinsip perancangan strategikd) Prinsip pengupayaan
Kemahiran Asas
Kemahiran Khusus