Peta Minda

19
PETA MINDA Satu Bentuk Gambaran Minda Untuk Mengekalkan Daya Ingatan A. Pengenalan PETA MINDA ialah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya. Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan fakta-fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan anda memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, anda berupaya menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan, anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% daripada segala yang kita lihat daripada apa yang kita dengar. Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana peta minda tersebut dihasilkan berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu. B. Kegunaan Peta Minda 1. Mengambil nota 2. Simpanan nota ringkas 3. Memanggil / Mencerna maklumat semula 4. Mengembangkan isi 5. Menyelesaikan masalah C. Bentuk Peta Minda 1. Pengkelasan 2. Rantai urutan 3. Kitaran 4. Kitaran (berpusat) 5. Tangga hiraki 6. Pohon fikiran 7. Pengkelasan (berpusat Panduan Membina Peta Minda Bahan 1. Pen / pensel berwarna 2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik) Persediaan

description

ps

Transcript of Peta Minda

PETA MINDA Satu Bentuk Gambaran Minda Untuk Mengekalkan Daya Ingatan A. Pengenalan PETA MINDA ialah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya. Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan fakta-fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan anda memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, anda berupaya menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan, anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% daripada segala yang kita lihat daripada apa yang kita dengar. Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana peta minda tersebut dihasilkan berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu. B. Kegunaan Peta Minda 1. Mengambil nota 2. Simpanan nota ringkas 3. Memanggil / Mencerna maklumat semula 4. Mengembangkan isi 5. Menyelesaikan masalah C. Bentuk Peta Minda 1. Pengkelasan2. Rantai urutan3. Kitaran4. Kitaran (berpusat)5. Tangga hiraki6. Pohon fikiran7. Pengkelasan (berpusat

Panduan Membina Peta Minda Bahan 1. Pen / pensel berwarna 2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik) Persediaan a. Kenal pasti konsep / idea utamab. Bina dengan pantasc. Bina dengan riang dan positifd. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahane. Dalam keadaan selesa & tenangf. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.Langkah-langkah dalam membina Peta Minda 1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas 2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai 3. Bentuk cabang-cabang besar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi utama4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang5. Lakar cabang-cabang kecil yang kecil sedikit dari cabang utama. Tuliskanmaklumat tambahan6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari ccabang tambahan. Tulisk maklumat tambahan Strategi membuat Peta Minda Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya. 2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya. 3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita 4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang 5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaanjika perlu untuk menentukan keutamaan D. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda. Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik. Peta minda membantu pemahaman dan pelajar dapat mengingat satu- satu topik dengan lebih cepat. Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini. Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, peta konsep, pengurusan grafik adalah sesuai digunakan. Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail. . Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati. Peta minda juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera dan dapat diingat dengan cepat. E. Kelebihan Peta Minda. Lakaran melalui peta minda yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiat kreativiti seseorang pelajar atau individu. Peta minda memperkembang kemahiran motor atau manipulatif pelajar-pelajar. Peta minda memperkembang kemahiran menganalisis pelajar. Menggalakkan pembelajaran berbentuk koperatif. Memudahkan pembacaan dan pemahaman

Otak dan akal memang mempunyai hubungan yang sangat rapat .Akal adalah lebih merujuk kepada pemahaman,pengertian dan fikiran.Akal lah yang membezakan antara manusia dan binatang.Binatang juga mempunyai otak tetapi mereka tidak mempunyai akal.Sekiranya kita tidak menggunakan akal selari dengan bimbingan wahyu Ilahi,maka taraf kita akan disamakan oleh Allah dengan binatang,sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Furqan ayat 44 yang bermaksud : Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami.Mereka itu tidak lain hanyalah seperti haiwan ternakan,bahkan mereka lebih sesat jalannya(daripada haiwan ternakan itu) Sememangnya otak tidak dapat dipisahkan dengan akal.Bila disebut sahaja otak, pasti kita akan mengaitkannya dengan akal samada seseorang itu mempunyai akal yang waras, bijak ataupun sebagainya.Otak berkembang dan berfungsi mengikut fitrahnya.

Otak tidak akan jemu untuk berkembang walaupun ianya berada dalam tempurung kepala yang berlapis-lapis dan kuat.Begitulah hebatnya otak. Ia umpama CPU dalam sebuah sistem Komputer bagi tubuh manusia malah lebih hebat dari itu lagi.

Jika kehebatan dan kecanggihan sebuah komputer terletak pada microprocessor-nya(otak komputer) iaitu dengan mengolah dan memproses data dengan begitu canggih sekali , tetapi kerja otak manusia adalah lebih hebat dari otak komputer (microprocessor) itu sebenarnya!

. Samaun Samadikun dalam Majalah Elektron, April tahun 2000 telah membuat satu perbandingan yang menarik antara otak manusia dan Microprocessor.Dari segi susun atur microprocessor berkerja dalam 2 dimensi manakala otak dalam 3 dimensi.Dari segi perantinya pula, microprocessor sebuah komputer berjumlah sebanyak 5 juta manakala otak mempunyai 10 bilion neuron yang bertindak sebagai peranti organik.Dari segi isipadunya pula Microprocessor mempunyai 0.01 sentimeter padu manakala otak mempunyai 10 juta peranti per unit sentimeter padu.Dari segi pengurangan kuasa dan fan in pula, microprocessor adalah 7 watt dan kurang dari 10 manakala otak 10 watt dan 1 s/d 100 ribu.Dari segi waktu tunda perambatan pula microprocessor adalah 10 nanosaat / gate Von Neuman manakala otak pula 1 milisaat/neuron non Von neuman.

Kehebatan otak untuk menyimpan dan mengolah data sangat menakjubkan. Menurut Mark Rizonzen Wigh, maklumat yang diterima oleh otak pada seseorang yang berusia 60 tahun adalah 60 tahun x 365 hari x 24 jam x 60 saat x 10 pesanan = 1,921,600,000 data.Itu baru dikira dengan hanya 10 pesanan sehari, bayangkan berapa banyak input sehari yang otak boleh terima? Tiada had!!!

Dengan menggunakan mikroskop electron, otak kelihatan penuh dengan zarah.Mengikut Stephen Hawking, dalam teori kuantumnya, terdapat 1026 atau 100 juta bilion-bilion zarah otak!Sel sarafnya saja berjumlah trilion sel.Sel otak , sinap dan hubungan hubungan neurotransmitter (pembawa pesanan) ini membentuk kecerdasan manusia.

Salah satu hasil kerja otak ialah pemikiran.Pemikiran manusia memang hebat, tidak seperti organ fizikal lain yang terikat dengan ruang dan waktu, fikiran bebas berkeliaran kemana saja sesuai dengan keinginannya!

Ketika manusia mula percaya adanya fungsi otak dan betapa misterinya kerja otak, mereka pun mulai menerokai dan mengkaji otak manusia secara fizikal.

Peta pertama otak manusia ditemui pada sekeping kertas papyrus Mesir yang dijangka di buat 2,500 3,000 tahun sebelum masihi!!!Galen, seorang doktor yunani pada tahun ke-2 masihi menemui 7 daripada 12 pasang saraf otak.

Di waktu dunia barat baru menyambut Era Otak, sebenarnya sudah sekian lama ilmuan islam seperti Ibnu Sina, Ibn Rusyd dan Al-Ghazali membicarakannya, malah konsep dan ruang lingkup perbicaraan mereka lebih luas iaitu mencakupi persoalan AKAL!

Para ilmuan dan ahli hakikat yang mendalami ilmu kesufian islam terlebih dahulu membicarakan soal otak, akal,nafs,ruh dan Qalbu.Mengapa mereka ini mempunyai ilmu yang melangkaui zamannya??? Jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mengambil sumber ilmu dari AL-QURAN yang mulia!

Marilah kita kembali kepada Al-Quran pula .Bagaimanakah Akal itu dibicarakan dari perspektif Al-Quran pula?.Perkataan Akal (Aql) telah disebut oleh Allah sebanyak 49 kali dalam 28 surah.Sebanyak 31 kali dalam 19 surah ketika Nabi Muhammad saw berada di Mekah dan 18 kali dalam 9 surah ketika Baginda di Madinah.

Dalam islam ,akal yang berfungsi mempunyai pengertian ibadah.Segala hukum agama adalah terbatal dengan sendirinya jika seseorang itu dikatakan tidak berakal.Oleh itu kita boleh membuat kesimpulan bahawa akal itu adalah berkait rapat dengan kesedaran manusia.

Menurut Sheikh Yusuf Qardhawi, penyebutan kata dalam bentuk Istifham inkari atau disebut pertanyaaan retorik seperti afala taqilun atau tidakkah kamu fikirkan ? disebut banyak kali dalam Al-quran kerana ingin mengambil perhatian manusia disamping bagi bertujuan memberikan motivasi, memberi semangat dan mendorong manusia menggunakan akalnya.

Bentuk ayat ayat berkaitan dengan akal dalam al-quran adalah seperti berikut :1. afala taqilun bermaksud Tidakkah kamu fikirkan? sebanyak 15 kali.

2. laallakum taqilun- bermaksud Semoga kamu fikirkan sebanyak 8 kali.

3. La yaqilun bermaksud Tidak mereka fikirkan sebanyak 7 kali.

4. in kuntum taqilun bermaksud Sekiranya kamu fikirkan sebanyak 2 kali.

[rujukan- buku Revolusi IQ-EQ-SQ- Taufik Pasak, m/s 209]

Pada pendapat saya pula, ayat yang merupakan pertanyaan itu Tidakkah kamu fikirkan? adalah paling banyak disebut kerana ia ditujukan kepada seluruh manusia.Oleh itu ia berbentuk soalan.Disamping ia boleh mencetuskan kaedah berfikir Allah swt melalui firmaNya di dalam Al-Quran juga seakan mencabar seluruh makhluknya untuk berfikir.

Ayat semoga kamu fikirkan adalah merupakan ayat yang ditujukan kepada mereka yang telah beriman atau orang islam secara umum, ia adalah merupakan ayat suruhan atau ayat motivasi.Ia juga ayat berupa harapan dari PenciptaNya semoga makhluknya sentiasa berfikir.Ia juga mirip ayat Iqra atau bacalah iaitu ayat pertama yang diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril kepada nabi Muhammad saw.

Ayat Tidak mereka fikirkan pula pada pendapat saya ditujukan kepada mereka yang sudah beriman dan sudah mampu berfikir atau sudah mempunyai kecerdasan berfikir, Cuma mereka tidak berfikir seperti apa yang disarankan oleh Penciptanya.Mereka akan dapat memahaminya dengan sedikit usaha berfikir sahaja.

Ayat Sekiranya kamu fikirkan pula pada pendapat saya adalah ditujukan kepada mereka yang khusus di sisi Allah.Ayat ini menggambarkan seseorang yang sudahpun mempunyai tahap kecerdasan ataupun kemahiran berfikir yang tinggi dan mampu berfikir pada tahap yang dikehendaki oleh penciptanya, Cuma manusia tidak terfikir seperti apa yang dikehendaki oleh PenciptaNya dan manusia di kelas ini akan cepat dan mudah memahami setiap ilmu dan kadang-kadang mudah beroleh ilham dari Penciptanya!

Perkembangan dan kajian keatas otak juga telah memperkenalkan berbagai teori kecerdasan manusia oleh sarjana barat seperti teori IQ(Intelligence Quotient) oleh William Stern sejak 100 tahun yang lalu.Selepas itu muncul pula teori EQ (Emotional Quotient) oleh Danial Goleman dan selepas itu diikuti pula teori SQ(Spiritual Quotient) yang diperkenalkan oleh sepasang suami isteri iaitu Danah Zohar dan Ian Marshal.Danah Zohar mendapat inspirasi dari hasil penemuan saintis Vilyanus Ramachandran dan Michael persinger berkaitan dengan Titik Tuhan atau God Spot di kawasan Temporal otak dan berkait rapat dengan Kelenjar Pineal atau Pineal gland yang dipercayai oleh kebanyakan orang Hindu dan Yogi sebagai jendela atau mata ke-3 manusia!

*Teori Multiple Intelligence Howard Gardner

Howard Gardner yang juga seorang pakar psikologi dalam sebuah bukunya yang terakhir pada 1999 yang berjudul Intelligence Reframe telah menambahkan lagi 3 komponen lain kecerdasan manusia kepada teori Kecerdasan Majmuknya iaitu Kecerdasan semulajadi,Kecerdasan kewujudan dan Kecerdasan spiritual menjadikannya 10 jenis.Pada bahagian akhir dari bukunya beliau membuat satu kesimpulan yang menarik iaitu kecerdasan yang paling tinggi , unggul dan paling utama ialah Kecerdasan Spiritual!

Selain itu pelbagai teori lain tentang otak dikemukakan, diantaranya yang paling menarik ialah teori otak kanan dan otak kiri atau disebut teori dua otak oleh Roger Walcott Sperry sehingga beliau menggondol anugerah Hadial Nobel pada tahun 1981.*Roger Sperry

Apakah anda seorang yang berfikir dengan otak kanan ataupun otak kiri???

Mungkin youtube dibawah boleh membantu anda mengenali gaya pemikiran anda!!!

Sekiranya anda melihat kaki kanan wanita itu berpusing dengan kakinya twist ikut arah jam, maka anda seorang yang berfikir menggunakan otak kanan dan sebaliknya jika anda melihat kaki kanan wanita tersebut bergerak melawan arah jam, maka anda seorang yang berfikir menggunakan otak kiri.Lihat sekali lagi, anggapkan kaki kanan wanita itu adalah jarum jam yang bergerak di atas permukaan jam yang diletakkan secara horizontal, mungkin ia boleh membantu anda! Samada keputusannya berbeza dengan rakan sebelah anda, sila jangan bergaduh, kedua-duanya adalah betul! Itulah cara anda berfikir!*Teori Otak kanan - Otak kiri Roger Sperry

Berlainan dengan Sperry, seorang pakar Psikobiologi Paul Mc Lean membahagikan otak kepada tiga bahagian yang utama mengikut cara ia berfungsi iaitu Batang Otak (brainstem), Sistem Limbik dan Kulit Otak (Cerebrum) .Pemikiran berkaitan dengan Batang otak disebut otak Reptilia [fungsi motorik deria, penerusan hidup seperti makan,membiak,tempat tinggal,melawan atau lari], pemikiran berkaitan dengan Sistem limbik disebut Otak Mamalia [ perasaan dan emosi, ingatan, bioritmik seperti denyutan jantung,hawa nafsu seks, lapar, tidur, tekanan darah, dan imuniti tubuh] dan pemikiran berkaitan dengan Kulit Otak disebut Otak Manusia [ berfikir secara bijak, penalaran, kewarasan, bahasa, intuisi, kerohanian]

Mengambil inspirasi dari Teori Roger Sperry seorang pendidik dan pakar pengurusan Amerika Ned Hermann membahagi pula otak kepada 4 bahagian atau kuadran iaitu otak kanan atas-bawah dan otak kiri atas-bawah.Kuadran otak kiri atas berfungsi dalam Pemikiran Analisis atau Analytic Thinking , kuadran otak kiri bawah pula berfungsi dalam Pemikiran Perlaksanaan atau Implentation Thinking manakala kuadran otak kanan bawah berkait dengan Pemikiran Sosial atau Social Thinking .Kuadran yang ke empat iaitu kuadran otak kanan atas berkait dengan Pemikiran Masa Depan atau Future Thinking!*Teori 4 Kuadran Otak Oleh Ned Hermann

Apa yang menariknya ialah fungsi otak kanan bahagian atas ini jarang dimaksimakan. Pada kuadaran ini terletaknya gaya pemikiran yang holistik, intuitif, Integrasi, sintesis manakala aplikasi pemikiran pada bahagian ini ialah berbentuk imaginasi, artistik, sintesis dan bukan linear.

Apakah teori-teori yang dikemukakan oleh saintis dan ilmuan barat itu dapat mengukur keupayaan sebenar kekuatan akal manusia anugerahi Ilahi yang sebenar??? Jawapannya sudah pasti : tidak! dalam artikel yang berikut nanti saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menolak Teori Titik Tuhan atau God Spot oleh Donah Zahar dan Ramachandran itu dengan hujah saya yang tersendiri.

Bagi saya teori TITIK TUHAN atau GOD SPOT ini adalah satu perancangan sulit Dajjal dan Freemason untuk memerangkap pemikiran manusia supaya mengakui perasaan beragama itu adalah sama pada setiap manusia atau ia terbentuk secara semulajadi selari dengan perkembangan evolusi manusia dan ini sebenarnya lebih kepada kecenderungan pendapat pemikiran Orientalis dan Liberalisasi agama kearah Agama Dajjal yang satu dalam kerangka mereka menyambut kedatangan Dajjal dan New World Order (NWO).*Lihat gambar mata satu Dajjal jelas kelihatan pada kulit buku-buku mereka berkaitan dengan Spiritual

*Gambar mata lagi !

Gagasan para ilmuan mereka semakin jelas untuk mengkaji dan memaksimakan aspek kerohanian dan spiritual ini seperti saranan dari Stephen R.Covey ini, katanya :

Kita hidup di dunia yang di dominasi oleh otak kiri,ketika kata kata dan ukuran logik berkuasa .Kita melupakan aspek kreatif,intutif dan perasaan kita

Mari renungi pula kata-kata hikmat Sir Muhammad Iqbal ini :

Jangan kau ikuti jejak intelek yang bertabur ribuan muslihat!Kembalilah ke jalan cinta yang jauh lebih unggul.Dalam menunjukkan tujuan tunggal,apakah kau ingin menyusuri lorong cinta dalam sorotan sinar intelek? Engkau bagaikan mencari terang mentari dalam keredupan kerdipan lilin

Melalui kata-katanya itu Muhammad Iqbal secara sinis menyindir usaha sarjana barat yang ingin menghuraikan ilmu akal dan unsur kerohanian atau spiritual dengan menggunakan akal logik atau pemikiran rasional mereka yang diumpamakan seperti cahaya kerdipan lilin sahaja sedangkan sebagai seorang muslim kita sudahpun mempunyai sumber cahaya iaitu sinar mentari yang terang benderang sebagai penyuluh ilmu iaitu Al-Quran yang mulia melaui bimbingan wahyu Ilahi!

Oleh itu marilah kita umat melayu-islam berdoa semoga kita termasuk di dalam golongan orang yang beriman dan menggunakan akal pemberian Allah swt ini dengan sebaik mungkin semoga kita tidak menyesal dikemudian hari seperti peringatan Allah dalam surah Al-Mulk ayat 10 yang bermaksud :

Dan mereka berkata : Sekiranya kami mendengar atau memikirkan (peringatan itu), nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala

Fungsi otak bergantung kepada bekalan darah yang diterima.Otak amat sensitif kepada oksigen.Kekurangan oksigen selama 3 minit akan menyebabkan kita boleh pitam dan jika otak tidak dibekalkan oksigen dari 8 hingga 10 minit kita boleh menjadi koma atau meninggal dunia (brain death), oleh itu pengawalan tekanan darah,pengurangan kolesterol dalam darah,pemakanan seimbang dan mengambil vitamin B12 yang mencukupi disamping aktiviti bersenam boleh meningkatkan kesihatan otak!

Salur darah ke otak dengan satu sistem saluran yang hebat ciptaan Allah- Lihat salur darah Circle of Willis!

Kedudukan senaman paling baik untuk mengalirkan darah ke otak ialah ketika kita sujud dalam sembahyang!!! Jadi mengapa harus dicari senaman yang lain jika itulah aktiviti fizikal(sembahyang) yang paling baik buat otak kita!

Inilah latihan kecerdasan Spiritual yang paling Unggul yang diajar oleh Seorang Rasul yang Ummi iaitu Muhammad saw tetapi mempunyai Kecerdasan Spiritual yang terhebat dari sekalian makhluk Allah yang lain hasil bimbingan Wahyu Ilahi (Al-Quran)!

Hasil penemuan terkini juga menyatakan untuk mengelakkan sifat pelupa/nyanyuk dan kematian sel saraf atau neuron, otak mestilah selalu diberi tugasan iaitu input berupa maklumat kerja-kerja berfikir mestilah sentiasa berterusan.Rahsia yang paling besar sekali untuk menyegarkan otak ialah dengan selalu membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah swt !!!. Ini adalah bertepatan sekali dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Ini menunjukkan otak ataupun akal tidak pernah jemu atau letih dalam proses belajar!