Peta Minda
-
Upload
dhiya-ainanie -
Category
Documents
-
view
231 -
download
1
description
Transcript of Peta Minda
PERGAULAN BEBAS
Pergaulan bebas dapat didefinisikan sebagai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa batasan.Namun begitu,pada masa ini pergaulan bebas tidak terbatas antara lelaki dan perempuan sahaja malah perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan juga boleh mengundang terjadinya masalah sosial dalam masyarakat masa ini.
DEFINISI
FAKTOR
Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras.
Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.
Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah
Internet menjadi sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat menembusi sempadan negara iaitu sukar disekat, ditapis dan dihalang. Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki negara dengan mudah.
KESAN
Pembuangan bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan .Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.
Perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.
Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka.
Peranan pihak sekolah
Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna.