Peta Minda Dahulunya Merupakan Salah Satu Kaedah y

4
Peta minda dahulunya merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mencatat nota. Kini, penggunaan peta minda semakin popular dan telah diperluaskan penggunaannya dalam proses pengajaran dan juga pengurusan pengetahuan. Ini memandangkan kaedah peta minda yang dikatakan mampu memanfaatkan kedua-dua belah otak dapat meningkatkan produktiviti serta ingatan seseorang. Kursus ini akan mendedahkan peserta kepada konsep dan asas penggunaan peta minda dalam proses P&P dan pengurusan pengetahuan. Seterusnya peserta kursus akan didedahkan dengan penggunaan perisian peta minda yang boleh digunakan bagi menghasilkan peta minda yang bersesuaian. 2.4.1 TUJUAN Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar: (i) Mencatat nota dengan mudah. (ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. (iii) Mengingat sesuatu dengan mudah. (iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. 2.4.2 KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN PETA MINDA Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak berfungsi – di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear. Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda, kemudian baru merujuk kembali kepada

description

file

Transcript of Peta Minda Dahulunya Merupakan Salah Satu Kaedah y

Page 1: Peta Minda Dahulunya Merupakan Salah Satu Kaedah y

Peta minda dahulunya merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mencatat nota. Kini, penggunaan peta minda semakin popular dan telah diperluaskan penggunaannya dalam proses pengajaran dan juga pengurusan pengetahuan. Ini memandangkan kaedah peta minda yang dikatakan mampu memanfaatkan kedua-dua belah otak dapat meningkatkan produktiviti serta ingatan seseorang. Kursus ini akan mendedahkan peserta kepada konsep dan asas penggunaan peta minda dalam proses P&P dan pengurusan pengetahuan. Seterusnya peserta kursus akan didedahkan dengan penggunaan perisian peta minda yang boleh digunakan bagi menghasilkan peta minda yang bersesuaian.

2.4.1 TUJUAN Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar: (i) Mencatat nota dengan mudah. (ii) Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya. (iii) Mengingat sesuatu dengan mudah. (iv) Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. 2.4.2 KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN PETA MINDA Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak berfungsi – di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam bentuk saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota berciri linear. Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda, kemudian baru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan. Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di bawah: (a) Menghasilkan Nota Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon. (b) Ingat Kembali Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda

Page 2: Peta Minda Dahulunya Merupakan Salah Satu Kaedah y

membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. (c) Kreativiti Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.

minda merupakan alat yang sangat baik bagi membantu murid menulis esei (karangan) secara berstruktur dan berfokus. Menurut beliau, peta minda bukan sahaja dapat membantu merancang perkara yang hendak ditulis, akan tetapi merupakan alat berguna apabila menulis karangan kerana murid dapat menyemak menggunakan peta minda. Dalam hal ini, Yahya (2005) menyatakan bahawa teknik penggunaan peta minda merupakan salah satu unsur kreatif dalam pengajaran bahasa seperti pengajaran karangan. Hal ini menurut beliau kerana penggunaan peta minda oleh guru adalah bagi melatih murid merangka isi karangan supaya menunjukkan perkaitan idea dan membantu menghasilkan penulisan yang berkesan. Oleh yang demikian, dalam usaha meningkatkan pencapaian penulisan karangan para murid di sekolah menengah Arab seluruh negara, penerapan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah suatu yang perlu dan sangat relevan dengan arus pendidikan kini. Di samping itu, penggunaan peta minda dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan Brunei Cambridge GCE O Level bagi mata pelajaran Bahasa Melay

Implikasi Terhadap Pembelajaran Murid Dapatan kajian ini menunjukkan peta minda merupakan salah satu alternatif P&P yang dapat digunakan oleh para guru dalam mengajarkan pelajaran karangan. Penggunaan peta minda mampu menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, dengan menggunakan peta minda, para murid akan terlibat secara aktif dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selaras dengan pendapat Mukerjea (1996) dan Steele (2005) yang menyatakan bahawa penggunaan peta minda boleh menyeronokkan murid. Selain itu menurut Mukerjea (1996), penggunaan peta minda ini juga mampu menjimatkan masa dan mudah untuk mengingat. Manakala Steele (2005) menambah bahawa peta minda bertambah kesannya jika pengajaran tersebut dilakukan secara berkumpulan. ISSN: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 32-45 43 Implikasi Terhadap Pengajaran Guru Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prestasi murid kumpulan eksperimen meningkat berbanding murid kumpulan

Page 3: Peta Minda Dahulunya Merupakan Salah Satu Kaedah y

kawalan dengan menggunakan peta minda. Olahan P&P menggunakan peta minda terbukti memberi kesan yang positif bukan sahaja terhadap pencapaian murid, akan tetapi juga terhadap pengajaran guru. Selain itu, implikasi kajian ini memerlukan para guru melakukan anjakan daripada pengajaran yang hanya berpusatkan kepada peperiksaan kepada pengajaran yang mempelbagaikan pendekatan. Di samping itu, dengan menerapkan peta minda dalam P&P bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan murid, akan tetapi juga membuatkan suasana P&P lebih menyeronokkan. Implikasi Terhadap Bahan Pengajaran Dapatan kajian membuktikan bahawa peta minda merupakan bahan pengajaran penting dalam P&P para murid. Kajian juga membuktikan bahawa bahan pengajaran yang berbentuk visual bukan sahaja memudahkan para murid mengingat idea-idea penting akan tetapi turut memudahkan murid menghuraikannya. Hal ini selaras dengan kenyataan Ismail (2009) yang menyatakan bahawa bahan-bahan grafik dan gambar-gambar yang dilukis mampu merangsang pemikiran, memudahkan pemahaman dan mengukuhkan daya ingatan para murid. Di samping itu, penggunaan peta minda sebagai bahan pengajaran akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan memberi ruang kepada para murid terlibat secara aktif. Keaktifan para murid dalam mengikuti pengajaran tentunya merupakan petanda positif terhadap pencapaian pembelajaran mereka. Kepuasan guru terhadap pencapaian murid membuka ruang untuk menggunakan kreativiti di samping P&P tanpa rasa bosan. KESIMPULAN Penggunaan peta minda juga begitu signifikan dengan ob