Peta Minda Tajuk 1

12
TAJUK 1 RANCANGAN PELAJARAN TUJUAN RANCANGAN PELAJARAN Bermaksud keputusan awal tentang apa, bagaimana, langkah dan peruntukan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran Tujuan utama adalah: Untuk mencapai objektif pengajaran secara berkesan. Menjamin kesinambungan pengajaran apabila berlakunya pertukaran atau penggantian Tujuan menyediakan rancangan pelajaran adalah untuk guru dan pelajar a. Mengenal pasti skop dan urutan proses pengajaran berdasarkan kurikulum. b. Persediaan pengajaran mengambil kira perbezaan pelajar. c. Memilih strategi pengajaran yang sesuai menyebabkan pelajar sibuk dengan aktiviti pembelajaran yang disediakan bagi memastikan pemindahan pembelajaran yang bermakna berlaku dan tiada masalah kawalan kelas.

description

LIUI

Transcript of Peta Minda Tajuk 1

Page 1: Peta Minda Tajuk 1

TAJUK 1RANCANGAN PELAJARAN

TUJUAN RANCANGA

N PELAJARAN

Bermaksud keputusan awal tentang apa, bagaimana, langkah dan peruntukan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran

Tujuan utama adalah: Untuk mencapai objektif pengajaran secara berkesan.Menjamin kesinambungan pengajaran apabila berlakunya pertukaran atau penggantian guru

Tujuan menyediakan rancangan pelajaran adalah untuk guru dan pelajar

a. Mengenal pasti skop dan urutan proses pengajaran berdasarkankurikulum. b. Persediaan pengajaran mengambil kira perbezaan pelajar. c. Memilih strategi pengajaran yang sesuai menyebabkan pelajar sibuk dengan aktiviti pembelajaran yang disediakan bagi memastikanpemindahan pembelajaran yang bermakna berlaku dan tiada masalah kawalan kelas. d. Memastikan penerusan pengajaran dan pembelajaran terus berlaku walau dengan guru ganti yang berlainan. e. Menolong guru menilai pengajaran mereka berdasarkan pencapaian pelajar.

Page 2: Peta Minda Tajuk 1

Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran

Matlamat ,Objektif dan Hasil Pembelajaran.

Matlamat yang jelas, objektif yang spesifik dan hasil pembelajaran yang eksplisit dan boleh diukur.

Butiran lanjut mengenai tajuk dan huraian sukatan pelajaran dan buku teks.

Isi Kandungan

Isi kandungan dan skop serta kedalamannya serta organisasi urutan isi yang perlu dicapai.

Tajuk

Aktiviti pembelajaran

Aktiviti yang pelbagai, menarik, bermotivasi hands on dan mind on serta mengambil kira perbezaan pelajar dengan arahan yang jelas. Kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkaitan.

Bahan Bantu Mengajar

Senaraikan bahan yang diperlukan untuk guru dan pelajar

Penilaian

Kerja rumah, ujian , penulisan jurnal atau projek tertentu untuk menilai pembelajaran pelajar.

Masa , tempat dan jenis pembelajaran individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar

Page 3: Peta Minda Tajuk 1

Minggu/tarikh

Objektif Pembelajaran/Standard kandungan

Cadangan Aktiviti pembelajaran

Hasil pembelajaran/Standard pembelajaran

catatan

M14.1.126.1.12

M29.1.1213.1.12

Rancangan Pelajaran

Rancangan tahunan Rancangan Mingguan Rancangan Harian

Rancangan Tahunan

Setiap semester terdapat satu atau dua minggu cuti antara semester, secara kasar terdapat 19 minggu

persekolahan setiap semester

Jangka masa persekolahan setahun di bahagi kepada dua semester.

Setelah ditolak hari-hari cuti umum, aktiviti perayaan, ujian bulanan dan ujian akhir semester, masa persekolahan lebih kurang 16 minggu sahaja.

Format Rancangan Pelajaran Tahunan

Page 4: Peta Minda Tajuk 1

Langkah-langkah Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan

Bahagikan sukatan pelajaran kepada semester 1 dan 2 dan setiap semester (19 – 23 weeks)

Teliti objektif pembelajaran, cadangan aktiviti, hasil pembelajaran dan rangka masa yang diperuntukkan

Rujuk cadangan aktiviti pembelajaran dan tentukan strategi pembelajaran untuk setiap objektif pembelajaran

Gunakan buku teks sebagai panduan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran

Matlamat Perancangan Rancangan Pelajaran Tahunan

Memperincikan kandungan untuk 19-23

minggu dalam satu semester

Menentukan jadual mingguan sepanjang semester

Page 5: Peta Minda Tajuk 1

Kandungan Rancangan Pelajaran Tahunan

Semester

Bilangan Minggu

Topik

Objektif Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran yang dicadangkan

Hasil Pembelajaran

Nota/Catatan/Kosakata

Page 6: Peta Minda Tajuk 1

Masa/Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis1 Experimen Aktiviti Ujian Latihan Aktiviti luar

kelas

Rancangan Pelajaran Mingguan

Rancangan Mingguan bertujuan melihat urutan pelajaran selama seminggu dan jika guru tiada guru ganti boleh mengajar pelajaran pada hari tersebut.

Ianya mengandungi:Minggu, mata pelajaran dan kelasHari/masaTajuk/Objektif pembelajaranHasil Pembelajaran/KemahiranStrategiSumber Pengajaran dan Pembelajaran

Contoh Rancangan Mingguan

Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan Pelajaran Harian ialah rancangan yang terperinci untuk masa tertentu.

Umumnya ia mengandungi

TarikhMasaKelasBilangan PelajarMata PelajaranTajuk/Hasil Pembelajaran Pengetahuan Sedia adaKemahiran Proses SainsNilai MurniSumber Pengajaran dan PembelajaranLangkahSet InduksiPerkembanganPenutup

Page 7: Peta Minda Tajuk 1

Latihan 1a) Senaraikan tahap dan tujuan menyediakan rancangan pelajaran anda sebagai

seorang guru sains

Tahap Guru Tujuan Menyediakan Rancangan Pelajaran

Tahap 1Guru pelatih

Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai. Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang

diperuntukkan. Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi

pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.

Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. Membantu guru membuat refleksi selepas sesuatu sesi pengajaran

dijalankan. Merancang aktivti untuk penutup dan penilaian pengajaran dan

pembelajaran

Tahap 2Guru baru

Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.

Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.

Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.

Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.

Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu

untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Tahap 3Guru lama

Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.

Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan.

Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang ada. Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi

pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.

Latihan 2 : Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan rancangan pelajaran yang berkesan dan mengelakkan lima kesilapan biasa.

Page 8: Peta Minda Tajuk 1

Perkara Kesilapan Aspek Yang Sepatut diPertimbangkanObjektif Tidak menyatakan apa

yang pelajar akan buat atau perolehi

Objektif yang terlalu umum

Menyatakan objektif pembelajaran secara eksplisit.

Merupakan penerangan apa yang pelajar buat yang menjadi asas untuk membuat kesimpulan tentang hasil pembelajaran yang telah dialami.

Memfokuskan pada sesuatu yang dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku selepas pembelajaran.

Penilaian Pelajaran

Tidak seiring dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid.

Dalam rancangan pengajaran hanya diterangkan bagaimana guru akan menentukan sama ada objektif telah dicapai.

Objektif tidak dinyatakan dengan betul maka penilaian tidak dapat dibuat dengan sempurna

Mestilah berdasarkan tingkah laku murid yang dinyatakan di dalam objektif.

Guru perlu menyedari ketidak sempurnaan tingkah laku murid .

Sentiasa memastikan penilaian dibuat seiring dengan objektif yang telah dinyatakan dengan betul. Pelbagai cara penilaian boleh dibuat seperti bertulis, tugasan atau praktikal.

Bahan Pengajaran

Terkeluar dari aktiviti pembelajaran yang sebenar.

Bahan yang disediakan tidak digunakan secara menyeluruh.

Hanya guru yang berinteraksi dengan bahan tidak murid.

Penggunaan bahan yang tidak selaras dengan objektif pelajaran serta penggunaan bahan secara tidak menyeluruh.

Sepatutnya bersesuaian dengan tahap kebolehan dan perkembangan murid.

Mudah diterima dan difahami murid.Mestilah sesuai  dan selaras dengan objektif yang hendak dicapai.

Mempunyai penerangan yang  jelas dan memudahkan murid melakukan aktiviti berkumpulan atau individu.

Penggunaan bahan pengajaran yang betul dan sesuai akan memudahkan murid untuk memahami dan membantu mereka kearah pembentukan konsep yang betul. Bahan pengajaran yang dipilih haruslah sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Bahasa Arahan Tidak selaras dengan tahap pembelajaran murid.

Lebih banyak memberi arahan secara kelas.

Mengikut kumpulan tahap kebolehan murid.

Sentiasa mengulangi arahan sehingga murid benar-benar memahami.

Aktiviti Pelajar Tidak membantu untuk Mengukuhkan kefahaman murid terhadap

Page 9: Peta Minda Tajuk 1

mencapai objektif.Murid hanya sibuk melakukan aktiviti yang tidak menyumbang secara lansung dan berkesan kepada objektif pelajaran.

objektif yang hendak dicapai.Menarik minat murid.Mempunyai arahan yang mudah difahami.

b) Bagaimanakah menyediakan rancangan pelajaran supaya pembelajaran yang

mendalam berlaku kepada pelajar.

Dalam penyediaan rancangan pelajaran banyak aspek yang perlu kita tekankan bagi

memastikan murid dapat mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping

meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar dan aktiviti pengajaran dilaksanakan dengan baik

dan berkesan. Kunci baginya ialah dengan merancang pengajaran dengan baik di dalam bilik

darjah.

Aktiviti pengajaran seseorang guru itu perlu dirancang berdasarkan kepada sukatan

Pelajaran. Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing bagi memastikan

keberkesanan pelajaran.

Guru akan dapat merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran seperti objektif,

pengetahuan sedia ada yang berkenaan, bahan bantu mengajar, isi pelajaran, stratergi dan

kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup dan tugasan

pengukuhan.

Aktiviti yang dirancang akan menghasilkan pembelajaran yang menarik. Perancangan aktiviti

akan melancarkan proses pengajaran. Sekaligus, guru dapat mengawal bilik darjah dengan

baik.

Semasa merancang pengajaran, guru perlu sedar akan tingkahlaku kemasukan murid.

Perkaitan diantara pengetahuan sedia ada dan tajuk pengajaran akan dapat memastikan

kesinambungan proses pembelajaran Guru perlu mengaitkan kembali, menyemak dan

menstrukturkan kembali pengetahuan sedia ada murid dengan tajuk yang akan diajar.

Guru juga perlu mengambilkira objektif yang hendak dicapai selari dengan Sukatan Pelajaran.

Objektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai atau

dikuasai oleh murid selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran

ditulis hendaklah berpusatkan kepada murid, prestasi atau tingkah laku murid yang boleh diukur,

selepas sesuatu sesi pengajaran .

c) Senaraikan 10 kepentingan menyediakan rancangan pelajaran.

1. Perancangan dan persediaan yang teratur.

2. Membantu penyediaan bahan yang sesuai.

Page 10: Peta Minda Tajuk 1

3. Membantu memahami isi kandungan.

4. Sentiasa berfokus kepada objektif.

5. Memudahkan mengingat semula.

6. Menggunakan kaedah pengajaran yang betul.

7. Meningkatkan keyakinan diri.

8. Panduan kepada guru pengganti.

9. Pemantauan dan penelahan kesilapan

10.Bimbingan dan refleksi.