Petadbiran Personalia-bab 7

download Petadbiran Personalia-bab 7

of 13

description

pentadbiran

Transcript of Petadbiran Personalia-bab 7

  • PENTADBIRAN PERSONALIAMGG 3113

  • BAB 7 PERHUBUNGAN INDUSTRIMerupakan istilah yang digunakan sekiranya wujud satu kesatuan sekerja yang rasmi yang dianggotai oleh pekerja, di mana pekerja mempunyai saluran khas untuk memperjuangkan hak-hak mereka.Sejarah kesatuan sekerja bermula di Eropah sejak abad ke 19 tetapi hanya mula diperkenalkan di Malaysia atau Tanah Melayu dalam tahun 1920-an.

  • PERHUBUNGAN INDUSTRIPihak yang terlibat dalam sistem perhubungan industri ialah pekerja dan majikan pekerja dan kesatuan sekerja, kerajaan serta organisasi antarabangsa sama ada kesatuan sekerja antarabangsa atau mana-mana organisasi buruh antarabangsa.

  • DEFINISI KESATUAN SEKERJAMerupakan satu kesatuan yang ditubuhkan oleh pekerja dan diwakili oleh pekerja serta merupakan satu saluran rasmi bagi pekerja untuk membuat perundingan dengan majikan bagi pihak semua pekerja berkaitan dengan kebajikan pekerja gaji, pekerjaan, undang-undang buruh dan lain-lain isu yang berkaitan dengan kebajikan pekerja.

  • UNDANG-UNDANG KEANGGOTAAN DAN PENDAFTARAN KEASTUAN SEKERJAAkta Perhubungan Perusahaan 1967Akta Kesatuan Sekerja 1959Akta Kesatuan Sekerja 1959 memperuntukkan sesiapa sahaja boleh menganggotai kesatuan sekerja sekiranya:(i) Berumur lebih dari 16 tahun(ii) Memohon kepada kesatuan sekerja yang sesuai

  • UNDANG-UNDANG KEANGGOTAAN DAN PENDAFTARAN KEASTUAN SEKERJATerdapat 5 perkara yang harus difahami mengenai keanggotaan kesatuan sekerja

    Prosedur yang digunakan bagi menubuhkan kesatuan pekerja

  • JENIS-JENIS KESATUAN SEKERJA DI MALAYSIAKesatuan Sekerja Sektor Awam (CUEPACS)Kesatuan Sekerja Sektor Swasta(i)Kesatuan Sekerja Kebangsaan(ii)Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat

  • FAKTOR PENYERTAAN PEKERJA DALAM KESATUAN SEKERJAGaji dan FaedahPengaruh Kesatuan SekerjaPersamaan HakTekanan Sosial

  • PERUNDINGAN PERUSAHAANPerundingan Buruh satu proses atau kaedah di mana kesatuan sekerja menjalankan perundingan dengan majikan bagi memperbaiki peraturan dan syarat perkhidmatan yang lebih baik untuk ahli-ahlinya.Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memperincikan proses perundingan bersama antara kesatuan sekerja dan majikan.

  • PERUNDINGAN PERUSAHAANPerkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum perundingan dijalankan(i)Mengumpulkan Maklumat(ii)Meneliti dan Menyemak Perjanjian atau Syarat Sedia Ada(iii)Tuntutan Awal(iv)Menentukan Objektif dan Strategi yang Akan Digunakan

  • KAEDAH-KAEDAH PERUNDINGANPerundingan / Tawar-Menawar PengagihanPerundingan / Tawar-Menawar GabunganPerundingan / Tawar-Menawar Intra Organisasi

  • MOGOK DAN PIKETMogok keadaan atau situasi di mana pekerja tidak melakukan kerja mereka dan definisi ini juga merujuk kepada percubaan untuk melambat-lambatkan kerja

    Piket satu keadaan di mana pekerja-pekerja yang mempunyai pertikaian dengan pihak majikan berkumpul berhampiran tempat kerja untuk menyampaikan maklumat kepada pihak awam tentang tuntutan mereka (melalui poster, penggunaan kad dan sebagainya).

  • MOGOK DAN PIKETPekerja yang berpiket tidak boleh menghalang pintu masuk atau keluar di tempat kerja serta mesti dilakukan dengan secara aman.Sekiranya mogok telah dilancarkan secara rasmi, pekerja yang berpiket boleh mempengaruhi pekerja lain untuk turut sama mogok kerja.Terdapat 8 perkara yang perlu dipenuhi bagi sesuatu mogok itu sah di sisi undang-undang.