Petikan Ayat Majmuk Pasif - Kumpulan Variasi (1)
description
Transcript of Petikan Ayat Majmuk Pasif - Kumpulan Variasi (1)
Ayat Majmuk Pasif
Sebagaimana ayat aktif dan ayat pasif, begitulah juga terdirinya ayat majmuk aktif dan ayat
majmuk pasif. Ayat majmuk dapat dipasifkan jika ayat majmuk aktif tersebut mempunyai kata
kerja transitif. Ia dipasifkan sebagaimana mempasifkan ayat biasa. Ia dapat dijelaskan melalui
contoh berikut:
1. Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Majmuk Gabungan dapat dikenali dengan adanya kata hubung. Contohnya kata
hubung dan dan ketika sebagaimana dalam ayat berikut:
(a) Aktif : Saya minum teh dan Mastura makan nasi.
(b) Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Mastura.
(a) Aktif : Beliau memerhatikan saya ketika beliau berdiri di situ.
(b) Pasif : Saya diperhatikan oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.
2. Ayat Majmuk Relatif
Ayat Majmuk Relatif dikenali sekiranya mempunyai perkataan yang. Contohnya adalah
seperti berikut:
(a) Aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu.
(b) Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.
(a) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ramli pula.
(b) Pasif : Kereta Ramli pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya
itu.
3. Ayat Majmuk Komplemen : Komplemen Objek
Ayat Majmuk ini pula ditandai dengan adanya perkataan bahawa. Contohnya :
(a) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
(b) Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
(a) Aktif : Akhbar tempatan melaporkan bahawa wabak selsema burung telah
merebak di negara itu.
(b) Pasif : Bahawa wabak selsema burung telah merebak di negara itu telah
dilaporkan oleh akhbar tempatan.
4. Ayat Majmuk Keterangan
Ayat Majmuk Keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata
hubung tertentu mengikut konteks ayat. Contohnya :
(a) Aktif : Sali akan membeli baju itu kalau ibu membenarkannya.
(b) Pasif : Baju itu akan dibeli oleh Sali kalau ibu membenarkannya.
(a) Aktif : Sungguhpun badannya letih, Amy tetap menghadiri majlis perayaan itu.
(b) Pasif : Sungguhpun badannya letih, majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Amy.
Bibliografi
Mohd Ra’in B. Shaari, Abdullah B. Yusof, Abu Bakar B. Yusof, Omar Hisham B. Mohd Baharin,
2011. KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu. Tanjong Malim. UPSI
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa,Abdul Hamid Mahmood, 2010. Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin, 2008. Ace Ahead Teks STPM Bahasa Malaysia Kertas
1 dan 2. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Wan Malini Ahmad, 2006. Teks Bahasa Melayu STPM. Selangor. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/11/ayat-majmukayat-majmuk-pasifayat-dan.html dilayari
pada 10 Oktober 2010
http://farihinzul1974.blogspot.com/2010/09/jenis-jenis-ayat-majmuk-pancangan.html dilayari
pada 18 Oktober 2010.
b) Berdasarkan petikan, kategorikan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa Melayu.
Ayat Majmuk Pasif
1.Ayat Majmuk Gabungan
a) Aktif : Kemudiannya, dondang sayang menjadi lagu tradisi masyarakat Melaka
kerana kekerapannya dipersembahkan di istana.
b) Pasif : Kerana kekerapannya dipersembahkan di istana, kemudiannya,
dondang sayang menjadi lagu tradisi masyarakat Melaka.
2. Ayat Majmuk Relatif
a) Aktif : Biola merupakan alat muzik yang paling penting bagi memainkan lagu
dondang sayang.
b) Pasif : Bagi memainkan lagu dondang sayang, biola merupakan alat muzik
yang paling penting.
3. Ayat Majmuk Komplemen : Komplemen Objek
a) Aktif : Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa dondang sayang ini
terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah.
b) Pasif : Bahawa dondang sayang ini terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan
Mansur Shah ada di katakan sesetengah pendapat.
4.Ayat majmuk keterangan
a) Aktif : Dondang sayang bukan sahaja popular dalam kalangan orang Melayu,
malahan telah terkenal dalam kalangan Baba dan Nyonya di
Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
b) Pasif : Bukan sahaja popular di kalangan orang Melayu, dondang sayang
malahan telah terkenal dalam kalangan Baba dan Nyonya di
Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Petikan daripada :
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 5 SK, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.muka surat
126.