Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

23
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN SEMESTER SEPTEMBER 2014 ______________________________________________________________ _____________ Sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Persekitaran sekolah yang ceria, bersih, sihat dan selamat menyumbang ke arah pembentukan individu yang sentiasa menggalakkan amalan kesihatan yang positif, produktif dan aktif. Pelbagai program diadakan untuk memastikan amalan kebersihan, keceriaan dan kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk. Sebagai ahli jawatankuasa 3K, anda ditugaskan memberi ceramah berkaitan kebersihan dan keselamatan sekolah sempena program ‘Sekolahku Syurgaku’. Justeru, sebagai langkah mempromosi sekolah yang sihat dan selamat dalam kalangan warga sekolah, anda dikehendaki : (a)Menyediakan teks ceramah berkaitan kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah untuk mempromosi sekolah yang sihat dan selamat. (b) Merangka LIMA borang maklum balas untuk pemantauan atau pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan di dalam sekolah anda serta laksanakan pemantauan atau pemeriksaan anda. (c) Menganalisis dan menyediakan laporan lengkap menggunakan MsWord. Bincangkan hasil pemantauan atau pemeriksaan kebersihan dan keselamatan di sekolah. Analisis data yang dikumpulkan dan plotkan beberapa graf dengan menggunakan perisian MsExcel. NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN NO MATRIKS : 700826125377001 NRIC : 700826125377 1

description

contoh petikan ceramah dalam penulisan

Transcript of Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

Page 1: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBHE3203KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

SEMESTER SEPTEMBER 2014___________________________________________________________________________

Sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Persekitaran sekolah yang ceria, bersih, sihat dan selamat menyumbang ke arah pembentukan individu yang sentiasa menggalakkan amalan kesihatan yang positif, produktif dan aktif. Pelbagai program diadakan untuk memastikan amalan kebersihan, keceriaan dan kesedaran terhadap aspek keselamatan disemai dan dipupuk.

Sebagai ahli jawatankuasa 3K, anda ditugaskan memberi ceramah berkaitan kebersihan dan keselamatan sekolah sempena program ‘Sekolahku Syurgaku’.

Justeru, sebagai langkah mempromosi sekolah yang sihat dan selamat dalam kalangan warga sekolah, anda dikehendaki :

(a) Menyediakan teks ceramah berkaitan kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah untuk mempromosi sekolah yang sihat dan selamat.

(b) Merangka LIMA borang maklum balas untuk pemantauan atau pemeriksaan tahap kebersihan dan keselamatan di dalam sekolah anda serta laksanakan pemantauan atau pemeriksaan anda.

(c) Menganalisis dan menyediakan laporan lengkap menggunakan MsWord. Bincangkan hasil pemantauan atau pemeriksaan kebersihan dan keselamatan di sekolah. Analisis data yang dikumpulkan dan plotkan beberapa graf dengan menggunakan perisian MsExcel.

NAMA :SABARUDDIN BIN JALUMIN

NO MATRIKS : 700826125377001

NRIC : 700826125377

NO TELEFON : 01114811620 / 01115217449

EMAIL : [email protected]

NAMA PENSYARAH : EN AMDI @ AMDA BIN JENIS

NAMA TUTOR : EN FAIZAL HAKIMI BIN SAMSUDIN

1

Page 2: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 TEKS CERAMAH 1-5

2.0 BORANG SOAL SELIDIK. 6-8

3.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

9-13

4.0 CADANGAN PENAMBAH BAIKAN. 14

5.0 KESIMPULAN 15

BIBLIOGRAFI

2

Page 3: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

1.0 TEKS CERAMAH MENGENAI KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN

DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

Sungguh rendah pohon cemara,

Bergayut kera di balik pohonan;

Lafaz Bismilah pembuka bicara,

Salam sejahtera saya ucapkan.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada saudara Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bum-Bum, Tuan Haji Muhammad

bin Ali, barisan Penolong-Penolong Kanan, Ketua-Ketua Bidang, Guru-Guru, para pelajar

sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima

kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ceramah

sempena bulan kemanusiaan iaitu bulan penjagaan Alam Sekitar yang dianjurkan oleh

Panatia Geografi. Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya berkongsi ilmu dalam

meningkatkan mutu keceriaan sekolah melalui slot ceramah yang diberikan ini. Sekolah

merupakan pusat tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantaran dengan senario tersebut,

seharusnya alam sekitar kawasan sekolah yang bersifat kondusif perlu dihasilkan secara

koloborasi warga sekolah bagi mempengaruhi dan menarik minat pelajar menuntut ilmu dan

menelaah pelajaran di sekolah. Menurut Tan Yao Sua (2007) menjelaskan bahawa, sebagai

seorang pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar

akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa,

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan

strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Berdasarkan kajian Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh (2005) dalam bukunya

bertajuk Kurikulum dan Pengajaran Sekolah menjelaskan bahawa, salah satu langkah yang

3

Page 4: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-

royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan

sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk

memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah.

Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama

dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Seharusnya perancangan takwim tahunan induk

sekolah menyediakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun aktiviti gotong royong pada hujung

minggu bagi memupuk kesedaran para pelajar dan warga sekolah umumnya untuk bersama-

sama menjaga kebersihan dan keceriaan aktiviti sekolah. Antara cadangan tindakan susulan

gerak kerja yang boleh dilaksanakan dengan membahagikan para guru dan pelajar dalam

beberapa kumpulan. Seterusnya guru tersebut bertindak sebagai ketua kepada para pelajar

untuk membantu menjayakan aktiviti gotong-royong itu dengan cara mengarahkan para

pelajar memungut sampah atau membersihkan longkang menggunakan peralatan yang

disediakan.

Selain itu juga, tindakan yang seterusnya adalah mengadakan pertandingan taman

bunga / pondok rehat tercantik dan terindah di antara setiap unit panatia di bawah

pemantauan ketua bidang bersama-sama Penolong Kanan Pentadbiran. Tambahan pula,

menurut Tajul Ariffin Noordin (1993) dalam karyanya Pendidikan Suatu Penilaian Semula

menjelaskan bahawa, bentuk “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan

menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah

atau di kawasan pondok rehat yang disediakan. Lantaran dengan amalan fenomena tersebut,

secara tidak langsung akan mengundang kepada persekitaran sekolah yang lebih nyaman dan

berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari

rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan

kolam ikan dan blok bukit serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih

selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman bunga daripada

bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan

boleh mencantikkan sekolah. Mohd Salleh Lebar (1998) menjelaskan bahawa, amalan

menghiasi persekitaran sekolah melalui aktiviti mural sedikit sebanyak dapat mengurangkan

gejala vandalisme sekaligus memupuk bakat para pelajar dalam lukisan mural. Pelajar juga

akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan,

4

Page 5: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

“sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh

menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki,

ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau

persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis mural di dinding sekolah. Mereka boleh

melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks

ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui

aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas

mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan

kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas

terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan

diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan

pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma,

pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Seterusnya juga, sekolah perlu menjalankan Program 3K. Menurut Rozinah

Jamaludin (2005) menjelaskan bahawa, program 3K perlu menjadi program induk bagi pihak

sekolah agar kawasan sekolah sentiasa menjadi kondusif. Program 3K bermaksud

mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah

perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini

demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari

semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan

terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk

memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di

sekolah.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Kepentingan pembelajaran ke sekolah merupakan asas pekara utama yang perlu dititik

beratkan oleh ibu bapa dan semua pihak. Hal ini kerana pentas terbaik anak-anak kita

menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah. Sekolah juga ialah platform terbaik

seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan

duri yang bakal menimpa kelak. Kerajaan negara kita yang berprihatin senantiasa mengambil

5

Page 6: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah yang sesuai bagi pendidikan anak-

anak kita. Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan kawasan sekolah bagi kebaikan

semua warga sekolah dan membentuk generasi berpendidikan pada zaman akan datang yang

sihat dan sejahtera.

Kepentingan kawasan sekolah yang bersih juga akan mewujudkan suasana kondusif

kepada para pelajar menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah. Sampah-sampah yang diuruskan

dengan sempurna di dalam kelas memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa.

Sikap pelajar yang menjalankan tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin

dan bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar sampah. Melalui ini, tumpuan pelajar-

pelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari itu

dengan lebih berkesan. Guru-guru juga kita tidak akan membazirkan masa pengajaran mereka

dengan menyuruh murid membersihkan kelas. Secara tidak langsung, sesi pembelajaran dan

pengajaran akan dilaksanakan dengan sempurna.

Seterusnya, kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi juga secara tidak

langsung akan mengharumkan nama sekolah. Atan long (1991) menjelaskan bahawa, imej

sesebuah sekolah salah satunya diukur apabila kawasan sesebuah sekolah yang bebas

daripada sebarang kekotoran akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari

ibu bapa dan masyarakat luar. Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya

bahagian pentadbiran sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya.

Sekolah yang memiliki kawasannya dalam keadaan bersih akan menjadi contoh kepada

sekolah-sekolah terdekat dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan

aspek kebersihan. Oleh yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan

kawasan setiap masa.

Di samping itu, pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika

kawasan sekolah bersih selalu. Kawasan sekolah yang bebas dari sampah-sampah yang boleh

bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggi yang dapat membahayakan nyawa

anak-anak kita. Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk

manakala semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang berbahaya. Sistem

penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit tidak mengancam

kesihatan anak-anak kita. Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan

bebas daripada sebarang kemungkinan. Oleh itu, usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai

sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.

6

Page 7: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

Tambahan pula, kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak

sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamat. Matapelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah

kebersihan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan

kewujudan kawasan sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang gangguan. Aktiviti

perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat

dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek kebersihan. Melalui ini,pelajar

akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain kokurikulum.

Kesimpulannya, dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan seperti

mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim, nescaya kekotoran dan

sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan bersih

dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga, 'Jiwa yang Suci Terpancar daripada

Diri yang Bersih,'. Justeru,marilah kita bersama-sama memastikan kawasan sekolah kita

sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.

Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sebelum saya mengundurkan

diri dari pentas ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:

Burung kelicap terbang sekawan,

Terbang segera dari pohon baiduri,

Salah dan silap harap dimaafkan,

Izinkan saya untuk bermohon diri. Sekian, terima kasih.

7

Page 8: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

2.0 SET BORANG MAKLUM BALAS

BORANG SOAL SELIDIK

DEMOGRAFI RESPONDEN

1. Jantina

a. Lelaki

b. Perempuan

2. Umur

a. 13 tahun – 18 tahun

b. 24 tahun – 29 tahun

c. 30 tahun – 35 tahun

d. 36 tahun dan ke atas

3. Bangsa

a. Cina

b. India

c. Melayu

d. Lain-lain (Sila Nyatakan) _______________________

4. Pekerjaan

a. Pelajar

b. Guru

c. Anggota Kumpulan Sokongan

d. Lain-lain(sila nyatakan pekerjaan anda) _______________________

5. Skala pengukuran :

1. Lemah

2. Memuaskan

3. Sederhana

8

Page 9: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

4. Baik

5. Amat Baik

PERSEKITARAN SEKOLAH

1. Adakah kawasan persekitaran sekolah anda bersih dan selesa? 1 2 3 4 5

2. Adakah suasana persekitaran sekolah anda berada dalam keadaan terkawal? 1 2 3 4 5

3 Adakah lanskap kawasan sekolah anda memiliki carta panduan arah dan

laluan kecemasan sekolah?

1 2 3 4 5

4 Adakah tahap kawasan padang dan gelanggang sekolah memiliki ciri-ciri

keselamatan?

1 2 3 4 5

5 Adakah kawasan padang dan gelanggang sekolah tidak berbahaya kepada

aktiviti luar?

1 2 3 4 5

KANTIN SEKOLAH

1. Adakah kawasan persekitaran kantin sekolah anda berada dalam keadaan

bersih dan selesa mengikut piawaian Kementerian Kesihatan?

1 2 3 4 5

2. Adakah kantin sekolah anda memiliki tempat khas untuk memasak dan

proses membasuh makanan?

1 2 3 4 5

3 Adakah kantin sekolah anda memiliki ruangan stor dan peti penyejuk

bekuan makanan bagi tujuan simpanan makanan?

1 2 3 4 5

4 Adakah pihak pengurusan kantin sekolah anda menyediakan tempat khas

untuk pelupusan sisa makanan?

1 2 3 4 5

5 Adakah pihak pengurusan kantin sekolah anda menyediakan Pakaian

pengendali kantin dan mempamerkan sijil pengesahan kesihatan pengendali

kantin?

1 2 3 4 5

MAKMAL SAINS SEKOLAH

1. Adakah kawasan makmal sains sekolah anda berada dalam keadaan bersih

dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan dan Pihak Bomba?

1 2 3 4 5

2. Adakah pili air dan alat pemadam kebakaran makmal berfungsi dengan

baik sepenuhnya?

1 2 3 4 5

9

Page 10: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

3 Adakah panduan penjagaan kebersihan makmal dilekat dan dipamerkan

seperti sabun, pengelap tangan dan lain-lain?

1 2 3 4 5

4 Adakah pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah anda menyediakan

tempat khas / stor untuk penyimpanan bahan kimia dan?

1 2 3 4 5

5 Adakah pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah anda menyediakan

jadual penyelenggaraan makmal bagi menilai tahap keselamatan makmal

sains sekolah anda?

1 2 3 4 5

BANGUNAN SEKOLAH

1. Adakah blok bangunan sekolah anda memiliki sijil selamat diduduki dan

digunakan melalui pengesahan Pihak Bomba?

1 2 3 4 5

2. Adakah blok bangunan sekolah anda memiliki carta panduan laluan

kecemasan sekiranya berlakunya kebakaran?

1 2 3 4 5

3 Adakah blok bangunan sekolah anda memilki saluran pemancut air

dibahagian atas siling sekiranya berlakunya kebakaran?

1 2 3 4 5

4 Adakah blok bangunan sekolah anda memiliki tahap pengcahayaan dan

pengudaraan yang baik untuk digunakan bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran?

1 2 3 4 5

5 Adakah pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah anda menyediakan

ruangan tandas untuk di setiap tingkat blok?

1 2 3 4 5

BILIK DARJAH SEKOLAH

1. Adakah kawasan bilik darjah sekolah anda berada dalam keadaan bersih

dan selamat serta memiliki perabot kelas yang lengkap?

1 2 3 4 5

2. Adakah kawasan bilk darjah sekolah anda memiliki jadual bertugas secara

berkala?

1 2 3 4 5

3 Adakah kawasan bilik darjah sekolah anda memiliki hiasan dalaman dan

luaran?

1 2 3 4 5

4 Adakah bilik darjah sekolah anda memiliki tahap pengcahayaan dan

pengudaraan yang baik untuk digunakan bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran?

1 2 3 4 5

5 Adakah bilik darjah sekolah anda dalam keadaan selesa dengan kemudahan 1 2 3 4 5

10

Page 11: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

elektrik dan jauh dari kawasan pelupusan sisa pepejal sekolah?

Ulasan daripada responden :

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

………………………………

Cadangan daripada responden:

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

………………………………

3.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 50

10

20

30

40

50

60

12345

Jadual 1 : Kajian ke atas aspek Persekitaran Sekolah.

Berdasarkan kepada kajian borang soal selidik yang dijalankan, seramai 40 orang

responden telah dipilih daripada pelbagai latar belakang dan umur untuk menilai sejauh

manakah tahap keselamatan dan keceriaan sekolah berjaya dilaksanakan oleh kumpulan

pentadbir bersama-sama PIBG. Mengikut jadual 1 kajian ke atas aspek persekitaran sekolah,

11

Page 12: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

sebanyak 37.5 % responden memilih skala 3 iaitu tahap sederhana bagi tahap kawasan

persekitaran sekolah sama ada bersih ataupun tidak. Fenomena ini jelas mencerminkan

bahawa kawasan kajian Sekolah Menengah Bum-Bum Semporna jelas menunjukkan prestasi

keceriaan dan kebersihan sekolah masih belum mencapai tahap baik atau amat baik.

Sementara itu, bagi kajian ke atas tahap kawalan persekitaran sekolah sama ada dari

segi disiplin atau dari segi keselamatan, sebanyak 37.5 % bersetuju bahawa tahap kawalan

persekitaran sekolah berada di tahap baik. Keadaan ini jelas mencerminkan pihak pentadbiran

sekolah masih mampu mengawal tahap kawalan persekitaran sekolah dari gangguan masalah

disiplin atau anasir-anasir luar. Dari sudut lanskap kawasan sekolah pula, sebanyak 50%

responden bersetuju bahawa masih terdapat kekurangan dalam pengisian carta arah dan

laluan kecemasan sekolah khususnya di bahagian sudut sebelah hadapan blok pertama. Hal

ini kerana, carta aliran arah kurang jelas dan kedudukannya masih tidak teratur. Fenomena ini

jelas menunjukkan responden hanya berpuas hati meletakan skala memuaskan untuk kajian

soalan tersebut.

Selain itu, bagi skala soalan untuk ciri-ciri keselamatan padang sekolah dan

gelanggang sekolah serta tahap keselamatan bagi kedua-dua kemudahan sekolah itu,

sebanyak 42.5 % responden memilih tahap sederhana ke atas aspek itu. Hal ini jelas

menunjukkan, masih terdapat lagi penambah baikan yang perlu ditingkatkan untuk mencapai

skala baik atau amat baik bagi tujuan keselamatan para pelajar yang menggunakannya.

12

Page 13: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

soalan 1soalan 2

soalan 3soalan 4

soalan 5

05

101520253035404550

1

2

3

4

5

12345

Rajah 2 : Keputusan skala bagi kajian Persekitaran Kantin Sekolah.

Berdasarkan rajah 2, sebanyak 42.5 % responden bersetuju tahap kebersihan kantin

sekolah berada di tahap sederhana mengikut skala piawaian gred kelas B daripada

Kementerian Kesihatan. Fenomena ini jelas mencerminkan bahawa masih terdapat

kekurangan dalam pengurusan kebersihan oleh pihak syarikat tender kantin sekolah.

Sementara itu, dari sudut penyediaan tempat khas untuk memasak dan membasuh bahan

mentah makanan, seramai 42.5% responden memilih skala 4 iaitu tahap baik ke atas soal

selidik soalan tersebut. Jelas menunjukkan bahawa, pihak pengurusan kantin sekolah

sememangnya menyediakan ruangan khas untuk proses memasak bahan mentah agar tidak

bercampur dengan ruangan makanan yang siap. Keadaan ini jelas mencerminkan bahawa,

pihak pengurusan kantin sangat menitik beratkan aspek penyediaan makanan agar tidak

mengundang kehadiran bakteria perosak sehingga membawa kepada berlakunya wabak

penyakit.

Selain itu juga, responden bersetuju dengan soalan terdapat ruangan penyimpanan

makanan dalam peti penyejuk bekuan bagi makanan jenis bahan mentah. Melalui kajian

soalan tersebut, sebanyak 50 % responden bersetuju berada pada tahap baik terhadap ruangan

penyimpanan makanan dalam peti peyejuk bekuan. Keadaan ini jelas mencerminkan bahawa

responden berasa proses penyediaan makanan berada dalam keadaan yang baik dan bersih.

Namun begitu, bagi kajian soal selidik terhadap soalan penyediaan bekas tempat

penyimpanan sisa makanan, rata-rata responden memilih skala 2 iaitu tahap memuaskan

dengan purata pengukuran nilai sebanyak 37.5 %. Fenomena ini berlaku ekoran, ramai

13

Page 14: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

responden tidak berpuas hati terhadap tempat kawasan penyediaan sisa pelupusan bagi

makanan yang berlebihan. Hal ini kerana, tindakan pengurusan kantin sekolah yang gagal

dalam memenuhi keperluan pengguna khususnya para pelajar yang sering kali meninggalkan

plastik makanan di atas meja atau lantai ekoran kekangan memperolehi tempat pelupusan

sampah.

Disamping itu, kegagalan pihak pengurusan kantin mempamerkan sijil penyediaan

makanan dan pakaian penyediaan makanan yang bersesuaian turut mendapat komen yang

kurang memuaskan. Hal ini ekoran kerana tindakan responden yang meletakan sebanyak

37.5% memilih skala memuaskan berbanding 25% memilih skala sederhana dan baik. Jelas

menunjukkan bahawa masih terdapat kekurangan yang perlu ditambah baik oleh pihak

pengurusan kantin.

soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 50

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

12345

Rajah 3 : Keputusan Kajian ke atas penggunaan Makmal Sains Sekolah.

Berdasarkan rajah 3, kebanyakan responden memilih skala sederhana dengan nilai 50

% bersamaan 20 orang untuk soalan mengenai kebersihan dan keselamatan penggunaan

makmal mengikut piawaian Kementerian Kesihatan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa,

kurangnya keceriaan mengakibatkan ramai responden meletakan skala sederhana bagi aspek

tersebut. Sementara itu, bagi soalan penggunaan pemadam api dan pili air pula, rata-rata

responden memilih skala memuaskan sebagai kayu pengukur ke atas bahan tersebut. Hal ini

14

Page 15: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

kerana sebanyak 37.5% responden atau 15 orang meletakan faktor tersebut sebagai jawapan

mereka ekoran daripada kegagalan beberapa buah alat pemadam api dan pili air berfungsi

dengan baik. Bahkan peralatan tersebut lebih dominan dilihat sebagai simbolik perhiasan

daripada fungsi keselamtan.

Tambahan lagi, bagi aspek soalan penyediaan pelekat atau pelabelan nama peralatan,

rata-rata responden bersetuju memilih skala baik dengan nilai 37.5 % juga. Jelas keadaan ini

menunjukkan mereka memahami dan mengetahui sudut yang dilabelkan oleh pengurusan

Pembantu Makmal. Namun begitu, bagi soalan penyediaan penyelengaraan makmal, hampir

42.5 % atau 17 orang responden memilih skala 1 atau lemah ke atas pengurusan sekolah. Hal

ini kerana, tidak terdapat laporan pemantauan ke atas penyelenggaran makmal sains sekolah

oleh badan-bandan yang bertanggung jawab.

4.0 CADANGAN PENAMBAH BAIKAN.

Berdasarkan kepada analisis keputusan kajian soal selidik, terdapat beberapa aspek

penambah baikan yang perlu diambil kira oleh pihak pentadbiran dalam meningkatkan

produktiviti keselesaan dan keselamatan sekolah. Antara item yang perlu diambil kira seperti

proses penyelenggaraan makmal sains sekolah. Hal ini kerana proses penyelenggaraan

makmal sains sekolah sekurang-kurangnya 2 kali setahun perlu ekoran kawasan tersebut yang

sering kali menjadi wadah amali para pelajar dalam menggabungkan beberapa buah

eksperimen. Tambahan pula, kawasan tersebut yang turut memiliki bahan kimia merupakan

bahan berisiko tinggi untuk mengundang berlakunya kecelakaan. Atas sebab itulah, proses

penyelanggaran oleh badan-badan bertanggung jawab seperti Pihak Bomba mengenai alat

pemadam api dan penyimpanan bahan kimia seharusnya perlu senantiasa diamalkan bagi

menjaga keselamatan para pelajar.

Selain itu juga, proses penambah baikan turut perlu diambil kira pihak pentadbiran

sekolah dengan kerja sama pengurusan kantin sekolah mengenai bekas pelupusan sisa

makanan. Hal ini ekoran tindakan kedua-dua pihak yang tidak mencari inisiatif untuk

mengurangkan kadar sikap pembuangan sisa makanan secara bersepah akan mengundang

kepada kehadiran haiwan perosak seperti lalat. Fenomena ini secara tidak langsung boleh

mengundang kepada kehadiran wabak penyakit seperti taun dan cirit birit. Atas sebab itulah,

seharunya langkah pihak sekolah memberikan teguran kepada pihak pengurusan sekolah dan

15

Page 16: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

memperingatkan para pelajar agar bersama-sama menjaga kebersihan dan kecerian kantin

sekolah khususnya selepas sesi rehat waktu persekolahan.

Di samping itu juga, proses penambah baikan juga perlu dilakukan pihak sekolah

dengan menyediakan carta arah / laluan kecemasan sebagai rujukan warga luar dan komuniti

sekolah. Hal ini kerana, tindakan tidak memperkenalkan dan mewujudkan carta tersebut

boleh mengakibatkan pihak pentadbiran sekolah sangat tidak menitik beratkan aspek

keselamatan komuniti sekolah. Tambahan pula, sekiranya masalah litar pintas atau kebakaran

berlaku di kawasan sekolah, tindakan pihak sekolah tidak menyediakan laluan kecemasan dan

tempat untuk berkumpul sekiranya berlaku kecemasan boleh mengakibatkan kecederaan dan

situasi kucar kacir berlaku. Kesannya akan mengakibatkan kelemahan pengurusan sekolah

sehingga membawa kepada kejatuhan imej sekolah. Atas sebab itulah pentingnya carta arah

dan panduan laluan kecemasan bagi menjaga dan memperingatkan warga sekolah sekiranya

berlakunya kecemasan secara mendadak.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Pendidikan Kesihatan sememangnya memiliki kepentingan dalam

kehidupan masyarakat khususnya generasi muda. Antara langkah penambah baikan

diperingkat sekolah untuk menuju kearah keceriaan dan keselamatan dengan pelaksanaan

langkah-langkah yang berterusan seperti mengadakan gotong-royong berterusan bukannya

bersifat musim, nescaya kekotoran dan sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi

dan sekolah kita sudah pasti akan bersih dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata

pujangga,'Jiwa yang Suci Terpancar daripada Diri yang Bersih,'. Justeru,marilah kita

bersama-sama memastikan kawasan sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung akan mencapai matlamat dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dalam keempat-empat

elemen yang ditekankan meliputi aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi. Guru-guru juga

hendaklah memudahkan cara dan menarik minat pelajar untuk mempelajari serta menguasai

kesemua tunjang Pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan.

16

Page 17: Petikan Ceramah Sungguh Rendah Pohon Cemara

BIBLIOGRAFI

Atan long (1991). Pendidik dan Pendidikan, Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ikhsan Othman dan Norila Md Salleh (2005). Kurikulum & pengajaran sekolah rendah,Tanjung Malim : Quantum Books.

Mohd Salleh Lebar (1998). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan pendidikan, Selangor:Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Mohd Yazid Yusoff, Mohd Noor Mohd Zain, dan Idris Omar (2007). Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996. Diperoleh Februari 22, 2007 daripada http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html.

Rozinah Jamaludin (2005). Multimedia Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur : UtusanPublications Sdn. Bhd.

Sufean Hussin (1993). Pendidikan Di Malaysia; Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajul Ariffin Noordin (1993). Pendidikan-Suatu penilaian semula, Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka.

Tan Yao Sua (2007). Pemikir, Cabaran dan harapan: Dasar bahasa dalam sistempendidikanSiri 47, Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

17