PETUA BM

19
PETUA SITI AISHAH NABIHAH BINTI OTHMAN NUR MALIHAH BINTI KAMARUL HATTA WAN NUR SYAHIRAH BINTI WAN ABDULLAH NUR SYAHIDATUL AKMAL BINTI ABU BAKAR

description

m

Transcript of PETUA BM

PETUA

PETUASITI AISHAH NABIHAH BINTI OTHMANNUR MALIHAH BINTI KAMARUL HATTAWAN NUR SYAHIRAH BINTI WAN ABDULLAHNUR SYAHIDATUL AKMAL BINTI ABU BAKAR

DEFINISI PETUAMenurut kamus dewan, istilah "petua" boleh didefinisikan sebagai nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan.

MENGATASI TELUR PECAHUntuk mengatasi masalah telur pecah, masukkan dua genggam garam ketika merebus telur. InsyaAllah, telur akan masak dengan sempurna tanpa kesan retak atau pecah.

MENYERIKAN WAJAHWanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah menamalkan selawat sebanyak 3 kali sebelum mencuci muka dan dan sapukan air itu ke muka.

PENAWAR RESDUNGPetua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKAAmbil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

MENGHILANGKAN CAGUPerahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yang termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dengan menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

MELEMBUTKAN RAMBUTAmbil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan ke dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

PETUA CEPAT DIPINANG ( RINGAN JODOH )Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

MELURUSKAN RAMBUT KERINTINGPerah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

MENGAWAL BERAT BADAN SECARA TRADISIONALMINUM AIR LIMAU NIPISMinum air limau nipis untuk membantu menurunkan berat badan.Caranya, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi. Perah jusnya ke dalam gelas dan masukkan ke dalam peti sejuk. Minum setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam. Amalkan setiap hari dan jangan lupa amalkan senaman ringan.

11AMAL TEH CINAAmbil tiga sudu besar teh Cina dan rendam dalam air. Tapis dan campur dengan perahan limau nipis. Amalkan air ini dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.AIR ASAM JAWA Jadikan minuman harian anda dan ia akan membantu mengurangkan kadar lemak di dalam badan. Caranya ambil sebuku asam jawa dan ramas ke dalam air sebanyak segelas. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk. Minum selepas anda makan tengahari atau makan malam setiap hari.

MELAZATKAN IKAN BEKUIkan yang disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Untuk mengatasinya, rendamlah ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Kemudian, masaklah seperti biasa dengan melumurkan garam dan serbuk kunyit. Ikan akan menjadi segar semula dan enak dinikmati.

MEMBERSIHKAN LESUNG BATULesung batu yang baru dibeli biasanya sangat berpasir. Untuk menghilangkannya, tumbuklah lesung batu itu dengan hampas kelapa kemudian basuh dengan air sehingga bersih. Apabila selesai, lesung batu ini pastinya tidak berpasir lagi ketika ingin digunakan.

HILANGKAN GATAL KELADISayur keladi memang sejenis sayuran yang cepat gatal. Untuk mengelakkan sayur ini terasa gatal seasa makan atau memasaknya, masukkan tiga atau empat keping hirisan buah pinang ke dalam masakan. Untuk menghilangkan rasa gatal pada tangan pula, lumurkan btangna anda denga minyak masak selepas memotong daun keladi.

MENGATASI BAU HAMIS DAGING KAMBINGKisar daun serai, daun limau purut dan daun pandan. Campurkan dengan sedikit tepung gandum, garam dan air limau nipis. Kemudian perapkan daging kambing ynag telah dipotong selama satu jam. Cuci daging tersebut sehingga bersih. Selain itu, boelh menggunakan air beras untuk membasuhkan daging kerana ia jug aboleh menghilangkan rasa hamis.

BUAH DIPOTONG BERUBAH WARNAAnda boleh mencelupkan buah-buahan ini ke dalam air limau nipis. Hasilnya, warna lebam akan berubah menjadi segar. Selain itu, anda juga boleh celupkan buah-buahna tersebut ke dalam air gula. Selain mengkalkan kesegaran buah itu akan menjadi lebih manis.

POSISI TIDUR ELAK BERDENGKURBerdengkur selalu terjadi apabila posisi bantal anda kurang betul. Berikut adalah saranan daripada Eric Olson, M.D, dari Mayo Sleep Disorders Center, Minessota, Amerika Syarikat :TIDUR MENGIRINGLetakkan bantal di antar lutut untukmencegah sakit pada punggung dan pinggang.2) TIDUR TELENTANGLetakkan bantal di bawah lutut atau gulungkan selimut di bawahpunggung untuk meringankan tekanan pada tulang punggung.3) TIDUR MENANGKUPJangan letak bantal di bawah kepala. Pindahkan bantal ke bawah pinggul untuk meringankan tekanan pada punggung.

sekian terima kasih

Tataaaa!!