Pg Badminton

download Pg Badminton

of 36

  • date post

    02-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    664
  • download

    7

Embed Size (px)

Transcript of Pg Badminton

PENDAHULUAN Subjek Kokurikulum (Pengurusan Gerko) WAJ 3108 merupakah salah satu kursus wajib yang perlu diambil bagi pelajar semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di setiap Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kursus ini meliputi pengenalan dan pengurusan GERKO sekolah rendah, penubuhan unit-unit GERKO, system fail dan surat menyurat, pengelolaan aktiviti dan pertandingan, pengurusan mesyuarat dan kewangan, majlis rasmi, kepimpinan, dan penilaian aktiviti. Dalam topik pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum, diterangkan bahawa aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Matlamat Kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua murid, warga guru/IPG serta anggota masyarakat dan berhasrat mencapai matlamat berikut: Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional dikalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar. Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan formal Menyemai nilai pendidikan Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar. Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan. Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS. Mengisi masa lapang dengan berfaedah. Dalam bab ini juga, gerak kerja kokurikulum dibahagikan kepada tiga komponen iaitu persatuan/kelab, sukan serta unit beruniform. Sehubungan dengan itu, saya mengambil keputusan untuk membuat sebuah folio yang berkaitan dengan sukan badminton.

1

1.0

Sejarah Permainan Badminton (a) MALAYSIA Antara perkembangan penting yang telah berlaku dalam permainan badminton adalah seperti berikut. 1903 Pertandingan badminton an antarabangsa yang pertama antara England Ireland. 1934 International Badminton Federal (IFB) iaitu Persekutuan B adminton Antarabangsa ditubuhkan. 1934 Persatuan Badminton Malaya (BAM) ditubuhkan dan presiden yang pertamanya ialah John L.Woods. 1940 Thailand telah memperkenalkan permainan 3-sebelah sebagai satu variasi kepada perseorangan dan bergu. Bagaimanapun, bentuk permainan ini tidak mendapat sokongan anggota IBF dan terus diketepikan. 1949 Pertandingan Piala Thomas dimulakan. Persekutuan Tanah Melayu muncul sebagai johan dengan mengalahkan pasukan Denmark 8-1. Thomas didermakan oleh Sir George Thomas pada tahun 1039.) 1950 Pasukan Indonesia memperkenalkan teknik servis kilas (backhand service) dalam badminton. 1956 Pertandingan Piala Uber (khusus untuk wanita) pertama diadakan. Format pertandingannya sama seperti pertangdingan Piala Thomas (lima perseorangan dan empat bergu). 1984 Format baru 5 permainan (3 perseorangan dan 2 bergu) diperkenaikan untuk Piala Thomas. 1988 Undang-undang Badminton diperkenalkan untuk mengganti undang-undang yang sedia ada. (Piala dengan

2

Askar-askar British yang bertugas di Malaysia pada tahun 1920-1930 memperkenalkan permainan badminton kepada penduduk tempatan. Di Pulau Pinang, permainan ini merupakan aktiviti sukan yang porpular pada masa itu. Lawatan oleh Sir George Thomas dan J.F. Delvin (kedua-dua bekas jaguh All-England) ke Malaya juga telah mempopularkan badminton di Malaya. 1925 Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan. 1934 PersatuanBadminton Malaya (BAM) ditubuhkan pada 11.11.1934. 1937 Pertandingan badminton pertama diadakan di Ipoh, Perak. Piala untuk pertandingan antara negeri ini dihadiahkan oleh Foong Seong. Pasukan Pulau Pinang menjadi juara dalam pertandingan Piala Foong Seong itu. 1949 Persekutuan Tanah Melayu memenagi Piala Thomas kali pertama. 1950 Pertandingan Terbuka Malaya dimenangi oleh Wong Peng Soon. 1952 Malaya menjadi johan pertandingan Piala Thomas untuk kali kedua. 1955 Kali ketiga Malaya menjuarai Pertandingan Piala Thomas. 1956 Kejohanan Piala Heah Joo Seang (khusus untuk wanita) telah diadakan. 1967 Malaysia mengalahkan Indonesia dan memenagi Piala Thomas. 1971 1972 Pertandingan Belia Kebangsaan (Individu dan Berpasukan) diperkenalkan. 1988 Kejohanan Piala BAM-MILO diadakan (bertujuan mencungkil bakat untuk penubuhan skuad elit Malaysia). 1992 Malaysia Berjaya merampas semula Piala Thomas (setelah menunggu selama 25 tahun). 1996 Pelancaran projek membina 1000 buah gelanggang badminton di seluruh Negara oleh Persatuan Badminton Malaysia.

3

b.

ANTARABANGSA Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuii telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan. Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899. Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

4

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

5

3.0 I

ALAT ASAS PERMAINAN BADMINTON Bulu Tangkis Salah satu ciri unik permainan badminton adalah bola yang digunakan dalam permainan ini. Bola ini tiada rupa bola dari segi bentuk atau bahan yang biasa digunakan untuk bola. Bagi badminton bolanya disebut bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu angsa yang dilekatkan pada gabus. Terdapat juga bulu tangkis diperbuat daripada bahan nilon tetapi jenis ini kurang sesuai untuk permainan dan pertangdingan kerana tidak memenuhi peraturan-peraturan badminton. Ciri-ciri bulu tangkis 1. Bilangan bulu antara 14 hingga 16 helai bulu yang melekat pada kepala gabus.

2. Diameter kepala gabus adalah 25-28 mm. 3. . Berat rasmi bulu tangkis adalah antara 4.7-5.5 gram.

II

Raket Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seorang permain. Terdapat raket yang diperbuat daripada grafit, aluminium dan bahan campuran. Bentuknya adalah sama. Permain harus memilih raket yang sesuai dari segi keselesaan pegangannya. Tentang ketegangan (tension) tali raket yang sesuai bolehlah meminta nasihat jurulatih atau pembekal raket badminton. Ciri-ciri raket (umum) 1. Beratnya antara 99.2-141.7 gram. 2. Panjangnya dari kepala hingga buntut (butt) raket ialah 66.1 cm. 3. Muka raket berbentuk oval.

6

III

Tiang Ciri-ciri tiang 1. Hendaklah tinggi 1.55 meter dari permukaan gelanggang dan hendaklah diletakkan digaris sempadan tepi untuk beregu 2. Sekiranya tiang-tiang tidak berada di garis-garis sempadan tepi, maka

hendaklah diusahakan satu cara untuk menunjukkan letaknya garis sempadan tepi di mana garis itu lalu di bawah jarring. Misalnya menggunakan jalur bahan lebarnya 40 mm yang dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke tali jaring. 3. Diperbuat daripada besi atau kayu bulat.

IV

Jaring Ciri-ciri jaring 1. Jaring hendaklah diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap dan sama tebal dengan siratannya tidak kurang 15 mm dan tidak melebihi 20 mm 2. Labuh jaring hendaklah berukuran 760 mm

3. Bahagian atas sekali jaring itu hendaklah tingginya 1.524 meter dari lantai iaitu di bahagian tengahnya dan 1.55 meter di bahagian garis-garis sempadan tepi untuk acara bergu. 4. Tidak terdapat kawasan-kawasan yang renggang di antara hujung-hujung jaring dan tiang-tiang. Tidak perlu keseluruhan hujung jaring hendaklah diikat kepada tiang.

7

V.

Gelanggang 1. Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter.

2. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, garisan servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi.

3. Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu.

4. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika bulu tangkis jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar.

5. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis bulu tangkis jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long

8