PGB MUDA

download PGB MUDA

of 3

Transcript of PGB MUDA

  • 7/26/2019 PGB MUDA

    1/3

    RESPON TERHADAP CADANGAN PGB MUDA

    1. Terima kasih Dato kerana mempertimbang cadangan ini. Saya amat menghargainya.

    2. Di dalam Bab 5, Guru dan Pemimpin Sekolah PPPM telah menyatakan dengan jelaskepentingan kepimpinan berprestasi tinggi dalam memacu prestasi sekolah. Ia jelasdigambarkan dalam Ekshibit 5-13 seperti di bawah.

    3. Walau bagaimanapun, PPPM jugamenunjukkan bahawa 80% PGBsedia ada terdiri daripada merekayang berusia 50 tahun ke atasseperti dalam Ekshibit 5-14 :

  • 7/26/2019 PGB MUDA

    2/3

    4. Walaupun tiada kajian mengenai tahap literasi ICT bagi golongan ini, namunkebanyakan mereka yang berusia ini mempunyai tahap literasi ICT yang lebih rendahberbanding generasi selepas mereka. Keluhan guru-guru yang dipimpin oleh merekayang konvensional ini dapat dilihat melalui komen-komen mereka terhadap cadangan diatas.

    5. Saya tidak menafikan bahawa bukan semua PGB seperti yang dikatakan di atas. RamaiPGB yang komited memacu prestasi sekolah ke tahap yang terbaik.

    6. Melalui Piagam Pemimpin PPPM, kenaikan pangkat adalah berdasarkan merit dankeputusan penilaian prestasi. Transformasi ini merupakan satu langkah yang baik bagimemastikan pemimpin yang berkualiti memimpin sekolah.

    7. Tahap literasi ICT mungkin boleh dijadikan salah satu kriteria pemilihan PGB. Saya turutbersetuju dengan pandangan bahawa aspek pengalaman, aspek kepimpinanorganisasi, kebolehan membuat keputusan & menyelesaikan masalah juga sama-samapenting.

    8. Bagi Skim Pengetua/Guru Besar Muda, model Program Pemimpin Masa HadapanEngland seperti yang dinyatakan dalam PPPM (halaman 5 -15) boleh dijadikan sebagai

    contoh dan sandaran. Kajian tentang cadangan ini boleh diteliti dengan lebih mendalamoleh pakar-pakar pendidikan dan kepimpinan di peringkat kementerian atau IAB.

    9. Cadangan Laluan Bagi Guru Berprestasi Tinggi (Ekshibit 5-11) boleh digunakansekiranya pihak kementerian serius dalam Program PGB Muda ini.

  • 7/26/2019 PGB MUDA

    3/3

    10. Guru yang mempunyai sebarang inovasi dalam bidang pendidikan juga patut di ambil

    kira.

    11. Pendidikan di Malaysia perlu mengorak langkah dengan lebih pantas. Kepimpinan diperingkat sekolah amatlah kritikal dalam memacu transformasi pendidikan. Kajianmengenai kepimpinan berkesan di sekolah telah banyak dilakukan dan menjadi buktikejayaan sekolah.

    12. Kita percaya, kanak-kanak seawal usia 2 tahun sekarang lebih pandai bermain gajetberbanding orang dewasa. Kebolehan mereka dalam teknologi amatlah mengagumkan.

    13. Oleh yang demikian, kita harus berubah mengikut peredaran zaman.

    14. Didiklah anak -anakmu sesuai dengan zamannya Saidina Ali R.A.

    Ahmad Mukhzani Bin ZulkifliGuruSMK Tinjar, Baram.