PGSR PRA3104

44
1 Tajuk 1 Konsep Perkembangan Fizikal 1.1 Sipnosis Unit ini merupakan pengenalan kepada Konsep perkembangan fizikal yang merangkumi dengan konsep pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta konsep perkembangan motor kasar dan motor halus. Disamping itu unit ini juga menekankan tentang kaitan beberapa teori perkembangan fizikal kanak-kanak. Antaranya ialah Teori kematangan oleh Arnold Gesell dan Robert Havighurst serta Model motor persepsi oleh Piaget. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui konsep perkembangan fizikal kanak.. 2. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang membentuk konsep pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak. 3. Menyatakan perbezaan konsep perkembangan motor antara motor halus dengan motor kasar. 4. Menyatakan perkaitan antara teori-teori perkembangan fizikal kanak- kanak. 1

Transcript of PGSR PRA3104

Page 1: PGSR PRA3104

1

Tajuk 1 Konsep Perkembangan Fizikal

1.1 Sipnosis

Unit ini merupakan pengenalan kepada Konsep perkembangan fizikal yang merangkumi

dengan konsep pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta konsep perkembangan

motor kasar dan motor halus. Disamping itu unit ini juga menekankan tentang kaitan

beberapa teori perkembangan fizikal kanak-kanak. Antaranya ialah Teori kematangan oleh

Arnold Gesell dan Robert Havighurst serta Model motor persepsi oleh Piaget.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui konsep perkembangan fizikal kanak..

2. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang membentuk konsep pertumbuhan dan

perkembangan fizikal kanak-kanak.

3. Menyatakan perbezaan konsep perkembangan motor antara motor halus dengan

motor kasar.

4. Menyatakan perkaitan antara teori-teori perkembangan fizikal kanak-kanak.

1

Page 2: PGSR PRA3104

2

1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

1.4 Konsep Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan

pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut “Kurikulum

Prasekolah Kebangsaan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal

kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar,

keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-

kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti

harian.

Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi

perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya

aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat

mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau

persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam

cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.

Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri. Kanak-

kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan dan

berbahaya. Kanak-kanak juga perlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang

Konsep Perkembangan

Fizikal

Subtajuk 1

Konsep Pertumbuhan dan perkembangan

Fizikal

Subtajuk 2

Konsep Perkembangan Motor

Halus dan motor Kasar

Subtajuk 3

Kaitan dengan teori Perkembangan

Fizikal Kanak-kanak

2

Page 3: PGSR PRA3104

3

berbahaya. Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjaga

keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yang tidak dikenali.

Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu peri pentingnya menjaga kebersihan tubuh

badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi. Mereka juga

harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat.

Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat cara pemakanan yang

baik seperti jenis makanan yang sesuai untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan

malam.

Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak juga perlu didedahkan

dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul. Pergerakan fizikal

dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi

dengan berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul atau pergerakan

tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan mereka.

1.5 Konsep Pertumbuhan dan perkembangan Fizikal

Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan adalah fokus kajian

bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-

aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya

dengan faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Kedua-dua ini

berkait rapat antara satu dengan lain

a. Konsep Pertumbuhan

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif

dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978).

Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan

kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan

saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram

semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun

(Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri

seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya

3

Page 4: PGSR PRA3104

4

semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang

dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan

terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja

( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

b. Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak

dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih

awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada

berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the

orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning,

experience, nd maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat

perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang

hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan &

Mahani Razali, 2000).

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa

dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada

persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya

menurut Slavin, perkembangan ialah “ Orderly and lasting growth, adaptation, and

change over the course of a lifetime.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks yang merangkumi

perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual,

bahasa, emosi, social dan moral seseorang individu (Berk, 2000).

Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah

adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

4

Page 5: PGSR PRA3104

5

Secara ringkasnya perkembangan merupakan pengaliran yang saling berkait

antara perubahan kuantatif dengan kualitatif yang menuju kearah tertentu dan yang

dijangkakan.

c. Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah

ke tepi

2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.

3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.

4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya

adalah berbeza pada setiap individu.

5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku

secara berterusan hingga akhir hayat.

6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani

yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan

sosial.

7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut

peringkat-peringkat tertentu.

8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak

9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang

lain (Mok Soon

Sang, 2001)

1.6 PERKEMBANGAN MOTOR

a. Motor Halus

Apa yang dimaksudkan dengan perkembangan motor? Istilah perkembangan motor

merujuk kepada perkembangan fizikal atau pertumbuhan dalam kebolehan kanak-kanak

menggunakan anggota badan dan kemahiran fizikal mereka. Perkembangan motor juga

kerap kali didefinisikan sebagai proses yang mana perlukan bagi membentuk cara mereka

melakukan gerakan. Oleh itu apabila kita membincangkan tentang perkembangan motor

5

Page 6: PGSR PRA3104

6

kanak-kanak kita tidak dapat lari daripada membicarakan perkembangan motor halus dan

motor kasar mereka.

Perkembangan motor yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat

gerakan. Perkembangan motor juga merupakan keperluan asas bagi pembelajaran

seorang kanak-kanak. Pembelajaran di sekolah misalnya, menyediakan pelbagai

pengalaman bagi kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor mereka. Contohnya,

kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolah di ‘Tadika’, akan diminta untuk

mewarna, memegang berus lukisan ataupun diajar cara memegang buku yang betul.

Bukan itu sahaja, malahan sejak kanak-kanak lagi kita dapat lihat bagaimana seorang

kanak-kanak kecil cuba mengambil mainan mereka. Mereka juga akan cuba memasukkan

mainan tersebut ke dalam mulut mereka. Apabila mereka berjaya mereka akan tersenyum

tetapi apabila kita menegahnya mereka akan menangis. Semua aktiviti ini termasuk

manipulasi mimik muka mereka melibatkan penggunaan motor halus.

Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini

memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan

dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan

gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat

mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut.

Perkembangan ini berterusan semasa kanak-kanak mula untuk belajar. Kanak-kanak akan

belajar memegang pensil, melukis dan menconteng menggunakan krayon akan

mengembangkan motor halus mereka. Tansley (1967) menyatakan pemahaman kendiri

kanak-kanak tentang anggota badan dan kebolehan gerakan badan mereka berkait rapat

dengan apa yang mereka rasa selesa dengan diri mereka. Kekurangan yang mereka rasai

akan mempengaruhi cara kanak-kanak ini bergaul dengan rakan sebaya.

b. Motor Kasar

Apabila kita membincangkan tentang perkembangan fizikal, biasanya kita akan lebih

merujuk kepada perkembangan motor kasar berbanding motor halus. Perkembangan

6

AKTIVITI 1

Jelaskan apakah aktiviti lain yang dapat membantu kanak-kanakmeningkatkan kemahiran motor halus mereka?

Page 7: PGSR PRA3104

7

motor kasar merujuk kepada aktiviti penggunaan kaki seperti berlari, melompat atau

menendang bola. Penggunaan motor kasar bagi tangan pula adalah seperti membaling,

memukul malah mengangkat objek yang berat.

Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti

yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat

menggalakkan pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan

kanak-kanak. Selain itu, aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak.

Pada peringkat awal ini aktiviti lantai amat sesuai bagi kanak-kanak ini. Aktiviti seperti

berbaring, meniarap, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk

perkembangan motor kasar kanak-kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008).

Apabila kanak-kanak semakin membesar, aktiviti yang disediakan perlulah melibatkan

penggunaan lebih banyak anggota badan mereka. misalnya, aktiviti seperti memanjat

mainan ‘sarang lelabah’ memerlukan penggunaan kemahiran motor kasar pada tangan,

kaki dan badan. Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan kanak-kanak

untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak

secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga

akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk

memastikan mereka dapat memanjat.

Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka

untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak

menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka

juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang,

atau semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007) kebolehan motor termasuk

keseimbangan, kawalan postur badan, agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota

badan, dan kekuatan dan kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor

anggota bdan.

Pergerakan badan dari satu tempat ke tempat yang lain (pergerakan locomotor) juga dapat

mengembangkan motor kasar kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak dikehendaki untuk

merangkak atau melompat seperti arnab. Aktiviti ini akan mengembangkan penggunaan

motor kasar. Kanak-kanak akan mengembangkan kebolehan pergerakan fizikal dalam

aktiviti seperti ini.

7

Page 8: PGSR PRA3104

8

Jadual 1. berikut merupakan contoh aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran motor

halus dan motor kasar kanak-kanak;

Jadual 1. Aktiviti motor halus dan motor kasar

Motor halus Motor kasarBermain pasir Berjalan (lurus atau bengkang-

bengkok)

Mengikat tali kasut Berkawad seperti askar

Memasang butang baju Berlari dan berhenti mengikut arahan

Mengguna sudu dan garpu Melompat setempat

Membentuk objek dari plastisin Melompat seperti katak

Memotong kek atau mainan plastisin

Meniru gerakan haiwan (kucing, arnab, ular)

Melekatkan gambar Memegang palang dan berhayun

Menggunakan ‘mouse’ komputer Memanjat tempat mainan

Menulis nama Membaling dan menangkap bola

Melorek atau mewarna gambar Menendang dan menolak pelbagai objek seperti gelung rotan

c. Senarai semak kemahiran motor kasar dan motor halus mengikut umur.

Dua Tahun

________ Berdiri di atas satu kaki untuk seketika

________ Melompat setempat dengan dua kaki bersama-sama

________ Menguntai empat manik besar

8

Page 9: PGSR PRA3104

9

________ Membalik halaman buku sendiri

________ Menyusun objek daripada besar kepada kecil

________ Membina satu menara setinggi enam hingga tujuh blok

________ Menconteng, jarang terkeluar dari helaian kertas yang besar

________ Memegang gunting dan menggantung hujung kertas

Dua Tahun Enam Bulan

________ Melompat ke atas objek yang tinggi lebih dari 15 cm dan mendarat dengan kedua-dua kaki.

________ Berlari kehadapan dengan baik, berhenti dan mula lagi dengan mudah, jarang terjatuh.

________ Jalan berjengket.

________ Naik tangga sehingga empat hingga enam anak tangga dengan kaki kiri dan kanan berselang seli.

________ Berjalan ke arah bola yang tidak bergerak dan menyepaknya.

________ Membaling bola dengan kedua-dua tangan dari kedudukan atas kepala

________ Membina menara dari lapan buah blok

________ Buka dan tutup gunting dan mula menggunting kertas merentas helaian kertas

________ memegang krayon dengan ibu jari dan empat jari bukannya menggenggam

________ menggulung, menguli dan menekan dan menerap adunan atau tanah liat

Tiga Tahun

________ Berdiri di atas satu kaki yang disukai selama lima hingga sepuluh saat.

________ Berdiri di atas kaki sebelah lagi selama beberapa saat.

9

Page 10: PGSR PRA3104

10

________ Berjalan naik turun tangga dengan kaki berselang seli dengan memegang pemegang tangga

________ Berlari mengeliling halangan.

________ Melompat ke hadapan dengan kedua-dua kaki empat kali

________ Melompat dengan kaki yang dipilih selama lima kali

________ Melompat dengan kaki yang lain sekali

________ Menyepak bola ke belakaang dan ke hadapan dengan menghayunkan kaki

________ Menangkap bola yang dilantun dengan mendakapnya ke dada.

________ Menolak, menarik dan mengemudikan mainan beroda dan berikat roda tiga

________ Menggunakan papan longsor tanpa bantuan

________ Membina menara menggunakan lapan atau sembilan blok

________ Meniru satu garisan tegak , satu garisan mendatar dan bersilang

________ Meniru bulatan

________ menggunakan ke dua-dua tangan untuk menyelesaikan tugasan

________ Memegang kertas dengan satu tangan dan menggunakan gunting untuk memotong sehelai kertas berukuran lima inci persegi kepada dua

.________ Membentuk bola, ular dan biskut dengan doh atau tanah liat

Empat Tahun

________ Berdiri di atas satu kaki 10 saat

________ Berjalan ke hadapan di atas garisan dengan tumit- ke hujung jari sejauh 6 kaki

________ Berjalan ke belakang dengan berjengket

________ Melompat ke hadapan sepuluh kali

________ Melompat ke belakang sekali

________ Membuat sumersautt / bergolek ke hadapan

10

Page 11: PGSR PRA3104

11

________ Membuat tendangan berkoordinasi dengan kaki hadapan dan belakang terhayun serta tangan terhayun secara berlawanan dalam satu masa

________ Menangkap bola yang dibaling dari jarak tiga kaki dengan kedua-dua tangan

________ Membaling bola kecil dengan satu tangan kepada orang lain dengan jarak empat hingga enam kaki.

________ Membina menara setinggi sebelas blok

________ Melukis apa-apa sahaja gambar yang boleh dikenali dan bermakna kepada kanak-kanak

________ Menggunakan pergerakan jari individu semasa permainan jari

________ Meniru segi empat tepat

________ Menulis beberapa huruf

Lima Tahun

________ Berdiri di atas sebelah kaki selama sepuluh saat

________ Berjalan di atas batang imbangan ke hadapan, ke belakang dan sisi

________ Melompat ke belakang dua kali berturut-turut

________ Melompat sejauh dua meter dengan kaki yang disukai

________ Mengambil dua atau tiga langkah yang sesuai sebelum menendang bola

________ Menangkap bola tenis dengan ke dua-dua tangan

________ Membaling bola dengan mumusingkan badan dan melangkah ke hadapan

________ Menghayun secara bebas

________ Boleh menulis nama

________ Membina menara dengan 12 blok

________ Mewarna di dalam garisan

11

Page 12: PGSR PRA3104

12

________ Memegang pensil dengan betul di antara ibu jari dengan dua jari

________ Melukis gambar orang dengan rambut dan hidung

________ Meniru segi empat bujur dan segi tiga

________ Menggunting bentuk- bentuk mudah.

ENAM TAHUN

________ Melompat tali

________ Menunjuk cara dua kemahiran menggunakan bola, menggolek, melantun/menangkap, memukul bola dengan kayu pemukul

________ Melukis gambar orang termasuk: leher, tangan dan mulut

________ Melukis bentuk ’segi empat selari’

________ Menggunting objek-objek seperti patung-patung kertas atau gambar-gambar binatang

3.0 Kaitan dengan Teori Perkembangan Fizikal kanak-kanak.

a. Teori Kematangan (Arnold Gesell).

Arnoll Gesell berpendapat perkembangan kanak-kanak adalah mengikut pola-pola

tertentu. Pekembangan juga adalah berbeza antara seseorang individu dengan

individu yang lain. Perkembangan individu adalah unik, ianya juga perlu dihormati

dan tiada paksaan dalam sesuatu perkembangan itu baik dari segi perkembangan

fizikal, perkembangan emosi atau perkembangan kognitif.

5 Peringkat Perkembangan Gesell

1. Peringkat Satu dari 0 – 1 Tahun

Pada usia 1 bulan bayi boleh menangis untuk meminta sesuatu daripada

orang dewasa yang menjaganya, samada meminta perhatian belaian atau

makanan.

12

Page 13: PGSR PRA3104

13

Pada usia 4 bulan bayi akan berupaya untuk menggunakan mata untuk

mengikut objek yang bergerak di hadapannya.

Di usia 7 bulan bayi akan berupaya menggenggam, merangkak, duduk.

Pada umur 12 bulan kanak-kanak sudah berupaya untuk berlari.

2. Peringkat 2 dari 1 tahun – 2 tahun

Kanak-kanak mula bertatih, memperkukuhkan otot kaki untuk berjalan

dengan lebih stabil dan mula boleh berlari.

Kanak-kanak juga tahu perkataan ‘jangan’ dan memahami makna perkataan

itu di mana kanak-kanak berhenti dari melakukan sesuatu perbuatan yang

mereka lakukan apabila mendengar perkataan ’jangan’

Kanak-kanak menguasai bahasa namun percakapan adalah pelat.

3. Peringkat 3 dari 2 tahun – 3 tahun

Kanak-kanak boleh berjalan sendiri dengan pengawasan ibu bapa

Mereka juga sudah mampu menggunakan ayat mudah.

4. Peringkat 4 dari umur 3 tahun - 4 tahun

Kanak-kanak mampu menunggang basikal roda tiga

Kanak-kanak juga sudah boleh mendengar arahan dan mematuhi arahan

ibu bapa.

5. Peringkat 5 dari usia 4 tahun ke atas.

Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berkawan.

Mereka juga akan suka bertanya tentang perkara-perkara atau benda-benda

yang mereka tempuhi atau lihat di sekeliling mereka.

Pada usia ini mereka sudah bersedia untuk dihantar ke prasekolah

b. Teori Kematangan: Robert Havinghurts

Robert Havighurts menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi

oleh faktor budaya, biologi dan sosial. Ketiga-tiga faktor ini membentuk

perkembangan kanak-kanak.

13

Page 14: PGSR PRA3104

14

Tahap Perkembangan Kanak-Kanak Havinghurst.

Perkembangan kanak-kanak 0 – 6 tahun.

Kanak-kanak mengalami perkembangan yang pesat dan mereka mula

bercakap dan berinteraksi dengan orang dewasa sekeliling mereka.

Pada umur 6 tahun kanak-kanak boleh bertolak ansur, bertimbangrasa dan

mendengar pendapat orang lain. Mereka juga dapat membezakan antara

betul dan salah namun pertimbangan mereka adalah kurang matang.

Perubahan saiz badan dan rupa paras.

Di usia prasekolah kanak-kanak sudah pun mengalami tumbesaran yang pesat.

Tubuh badan mereka sudah membesar dan tiada lagi ciri-ciri bayi dilihat. Di kala in

12 peratus dari berat badan adalah lemak badan, otot perut mereka agak kemas

tidak lagi buncit seperti ketika mereka masih bayi. Otot-otot mereka sudah kuat,

tangan dan kaki sudah menjadi lebih panjang dan saiz kepala adalah bersesuaian

dengan saiz badan.

c. Model Persepsi Motor: Piaget

Seperti yang tersedia maklum bahawa kanak-kanak perlu diberi latihan bagi menerima

maklumat dengan tepat melalui deria (sensori). Maklumat ini kemudiannya perlu

diinterpretasi dengan tepat yang dikenali sebagai proses persepsi. Kemahiran ini amat

penting dalam perkembangan gerakan dan tindakan kanak-kanak tersebut. Terdapat enam

bentuk persepsi iaitu; penglihatan, pendengaran, kepekaan anggota badan, sentuhan, bau

dan rasa. Antara kesemua ini, penglihatan dan kepekaan tubuh badan (kinestetik) adalah

persepsi yang sangat penting dalam perkembangan fizikal kerana kedua-duanya

berhubung terus kepada kebolehan prestasi motor ( Gabbard, 2004).

Persepsi penglihatan mempunyai beberapa bahagian. Ini termasuklah; persepsi ketekalan,

orientasi ruang, corak persepsi/ kedudukan dalam ruang, persepsi mendalam, kawasan

14

Page 15: PGSR PRA3104

15

penglihatan, persepsi gerakan dan koordinasi visual-motor. Persepsi terhasil apabila

kanak-kanak ini memperoleh maklumat atau rangsangan daripada persekitaran.

Rangsangan ini dikesan melalui organ deria mata dalam bentuk rangsangan penglihatan

cahaya.

Persepsi ketekalan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak membuat pemerhatian dan

membandingkan. Perbandingan yang dibuat adalah bagi mengesan ciri sepunya, yang

sama atau berbeza antara dua objek. Melalui persepsi ketekalan ini, kanak-kanak dapat

membandingkan bentuk dan rupa antara dua objek yang diperhatikan. Misalnya, kanak-

kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka dapat menyatakan persamaan objek

tersebut iaitu berbentuk bulat. Mereka juga dapat memberikan perbezaan antara objek

tersebut iaitu seperti saiz, warna, lembut atau keras.

Orientasi ruang pula merujuk kepada kebolehan kanak-kanak melihat hubungan antara

sesuatu objek di suatu ruang kawasan dengan objek lain atau kepada orang lain yang

terdapat dalam persekitaran tersebut. Misalnya, kanak-kanak sedang bermain bola dan

bola tersebut tercampak ke bawah meja. Kanak-kanak akan membuat gerakan yang

bersesuaian seperti membengkokkan badannya untuk mengambil bola yang terdapat di

bawah meja tersebut.

Kedudukan dalam ruang pula adalah kebolehan menentukan secara menegak atau arah

apabila sesuatu objek diletakkan dalam kedudukan yang berbeza. Contohnya, dalam

permainan rebut bola. Seorang murid meletakkan bola diletakkan di atas kepala atau

dicelah kakinya. Murid yang lain dikehendaki merebut bola tersebut dari kedudukan yang

telah ditetapkan. Bagaimana kanak-kanak tersebut berusaha untuk cuba mengambil bola

dan mengawal keseimbangan badannya berkait dengan pemerhatian kedudukan ruang

bola tersebut.

Persepsi kedalaman (depth perception) adalah kebolehan kanak-kanak menganggarkan

jarak menegak (vertical) antara dua tempat. Contohnya kanak-kanak perlu menggunakan

persepsi ini ketika memanjat antara anak tangga untuk bermain gelongsor. Ketepatan

anggaran jarak antara anak tangga penting supaya kanak-kanak dapat melangkah dengan

luas yang betul. Begitu juga untuk melompat bagi melepasi halangan seperti lari lompat

berpagar. Kanak-kanak memerlukan persepsi jarak yang betul untuk melompat dengan

kadar daya yang sesuai.

15

Page 16: PGSR PRA3104

16

Koordinasi visual-motor melihat bagaimana tindakan kanak-kanak dalam mengkordinasi

mata dan anggota badan. Contohnya kanak-kanak dapat membuat koordinasi yang tepat

antara tangan dan mata atau kaki dan mata. Dalam permainan bolasepak, kanak-kanak

yang menjadi penjaga gol perlu cekap dapat membuat koordinasi tangan dan

kaki(contohnya dalam menangkap bola) atau kaki dan mata (contohnya dalam menendang

bola).

Persepsi kinestetik pula merujuk kepada kebolehan deria atau kepekaan terhadap gerakan

dan kedudukan badan. Maklumat diperoleh daripada dalam badan melalui reseptor yang

terdapat di dalam otot, tendon dan sendi dan juga melalui sistem keseimbangan yang

terletak dalam sistem auditori telinga. Persepsi ini membantu kanak-kanak mengekalkan

kedudukan badannya yang seimbang dan stabil.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam menerima maklumat atau rangsangan,

akan cuba menginterpretasi maklumat yang mereka terima. Mereka akan cuba

memadankannya dengan pengalaman atau maklumat dari persekitaran dan ini akan

menyebabkan mereka menunjukkan masalah dalam membuat sesuatu gerakan (Horvat et.

al., 2007).

Contohnya, apabila kanak-kanak sedang bermain lontar dan tangkap bola. Seorang

kanak-kanak yang cuba untuk menangkap bola akan mula bersedia apabila dia melihat

kawannya mula ingin melontar bola tersebut. Pada masa ini kanak-kanak ini menerima

maklumat dari deria penglihatannya. Dia mula bersedia untuk menangkap bola tersebut

dengan mendepakan tangannya dan matanya tepat melihat ke arah bola yang cuba

hendak dilontar.

Apabila bola tersebut dilontar, kanak-kanak ini akan membina persepsinya sama ada

kedudukan bola tersebut tinggi atau rendah, begitu juga sama ada bola tersebut berada di

sebelah kanan atau kiri. Dia juga akan membina persepsi terhadap kelajuab bola tersebut

dan arah lambungan bola itu. Pada masa yang sama kanak-kanak ini akan menyesuaikan

kedudukan tangan dan badannya untuk menyambut bola tersebut. Semua yang berlaku ini

merupakan interpretasi daripada maklumat yang diperoleh dari deria penglihatan. Bersedia

dan menyesuaikan kedudukan badan pula adalah interperetasi yang diperoleh dari deria

kinestetik.

Kanak-kanak ini perlu meyambut bola itu dalam masa yang singkat. Dan pada masa yang

sama dia juga perlu menyesuaikan kadar gengaman yang bersesuaian dengan kelajuan

16

Page 17: PGSR PRA3104

17

bola tersebut. Proses menerima rangsangan maklumat, membina persepsi dan kemudian

bertindak ke atas maklumat tersebut memerlukan masa hanya beberapa saat sahaja. Oleh

itu, kebolehan untuk bertindak dengan tepat berdasarkan rangsangan maklumat dari

persekitaran (bola datang ke arahnya) dan memlilih gerakan yang sesuai berdasarkan apa

yang berlaku di persekitaran tersebut (bagaimana mengawal gerakan badan untuk

menangkap bola) merupakan tindakan yang sangat penting dalam perkembangan fizikal

seorang kanak-kanak.

Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas teori-

teori perkembangan fizkal antara teori kematangan dengan teori persepsi

motor. Anda dikehendaki membuat banding beza antara kedua teori tersebut

dan menjelaskan sumbangannya terhadap perkembangan fizikal kanak-

kanak.

Mari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan

perkembangan motor halus..

Tajuk 2Perkembangan motor halus: Kemahiran menulis dan melukis

2.1 Sipnosis

Unit ini akan membincangkan tentang perkembangan perkembangan motor halus,

kordinasi mata-tangan, kebolehan memegang alat tulis, kebolehan membuat lakaran asas,

persepsi abjad/ nombor, orientasi kepada simbol yang tercetak dan aktiviti

mengembangkan motor halus. Manakala di dalam perkembangan kemahiran melukis anda

akan didedahkan tentang peringkat-peringkat perkembangan kemahiran melukis yang

merangkumi aktiviti menconteng, pergerakan corak terkawal, bentuk terkawal, bentuk

bermakna, bentuk simbolik dan lukisan bermakna.

17

Page 18: PGSR PRA3104

18

2.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang membentuk kepada prasyarat kepada kemahiranan menulis pendidikan awal kanak-kanak.

2. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang membentuk kepada perkembangan kemahiran melukis pendidikan awal kanak-kanak.

3. Membuat hubungkait bagi setiap peringkat-peringkat perkembangan kemahiran melukis..

2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

2.4 Prasyarat Kepada kemahiran menulis

a. Perkembangan motor halus

Perkembangan motor halus yang baik bukan sahaja penting bagi kanak-kanak membuat

gerakan malahan ianya merupakan satu keperluan asas yang perlu bagi pembelajaran

seorang kanak-kanak. Semasa di sekolah kanak-kanak telah disediakan pelbagai

pengalaman dengan bertujuan untuk mengembangkan kemahiran motor halusnya.

Contohnya apabila kanak-kanak memasuki taska atau tadika, kanak-kanak akan diminta

untuk membuat pelbagai aktiviti seperti bermain dengan warna, memegang berus lukisan,

memegang pensil atau pun diajar untuk cara memegang buku yang betul.

Apabila telah berusia 6 tahun kanak-kanak tersebut telah pun tahu memegang pensil

dengan betul dan memudahkan untuk mereka menulis dengan baik, mengenakan pakaian

atau membuat aktiviti harian. Kanak-kanak pada peringkat ini juga seharusnya telah

Perkembangan motor halus: Kemahiran menulis dan

melukis

Subtajuk 1

Prasyarat kepada kemahiran menulis

Subtajuk 3

Perkembangan kemahiran

melukis

18

Page 19: PGSR PRA3104

19

mempunyai kebolehan untuk memegang, membuka dan melepaskan genggaman yang

melibatkan kemahiran manipulatif dan kordinasi mata tangan dengan baik. Aktiviti seperti

melambai tangan dan membaling objek juga dapat mengembangkan kemahiran motor

halus.

b. Kordinasi mata-tangan

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang dapat mengawal pergerakan

jari dan tangan. Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan

tangan iaitu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis. Kemahiran kanak-kanak

menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan

‘dexterity’. Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot

kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-

kanak. Semasa kecil kanak-kanak telah mula belajar untuk memegang sesuatu pada tapak

tangan mereka. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka dapat menulis, melukis

atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju atau mengikat tali kasut dengan

baik.

Ciri motor halus ini penting bagi kita khususnya dalam memahami perkembangan motor

halus kanak-kanak. Selain itu, kita sebagai guru juga harus mengetahui ciri. Guru perlu

tahu faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran

kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah penting kita

memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk kanak-kanak ini

menulis. Guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan kanak-kanak. Sekiranya

guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat mengembangkan kemahiran

mereka, guru ini akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi

membantu kanak-kanak ini menulis dengan baik. Contohnya guru harus

mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak-kanak ini

mula menulis.

19

Page 20: PGSR PRA3104

20

c. Kebolehan memegang alat tulis

Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak akan memegang alat tulis

dengan cara menggenggam alat tulis tersebut ini adalah disebabkan otot halus

mereka masih belum matang. Untuk itu amat penting bagi guru untuk memahami

dan mengetahui ciri-ciri perkembangan motor halus kanak-kanak. Sebagai contoh

pembelajaran kemahiran menulis adalah penting kita memahami perkembangan

motor halus dalam pengawalan pensel untuk kanak-kanak menulis. Guru juga

harus tahu cara pengawalan genggaman jari tangan kanak-kanak. Guru boleh

membantu kanak-kanak dengan membuat beberapa penyelarasan dan

penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini untuk boleh menulis dengan baik.

Setelah otot halus matang kanak-kanak akan di ajar cara yang sesuai untuk

memegang alat tulis dengan betul dan kemudian guru akan menyuruh mereka

menconteng dengan cara memegang alat tulis dengan betul. Guru juga harus

mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang yang sesuai untuk kanak-kanak ini

mula menulis.

d. Kebolehan membuat lakaran asas

Kanak-kanak yang berumur 2 tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka

untuk menconteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka. Contengan

adalah merupakan asas kebolehan menulis. Menurut Rhonda Kellorg, bagi kanak-

kanak yang berusia 2 – 8 tahun mendapati bakat artis atau melukis kanak-kanak

bermula dengan lakaran symbol yang tertentu dan gambar pokok. Pada peringkat

awal kanak-kanak untuk menulis dan melukis ianya akan diarahkan untuk

membuat contengan dan melukis pelbagai simbol seperti bulat, empat segi dan

pelbagai corak garisan. Pada usia 3 tahun, mereka sudah mampu untuk membuat

bentuk muka. Manakala pada usia 4 tahun, mereka telah boleh melukis gambar

orang. Seterusnya apabila usianya meningkat 5 tahun, lukisan gambar orang yang

telah dilukiskan menjadi lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih

sempurna dan lengkap berserta dengan baju dan seluar. Pada tahap ini juga

mereka telah dapat melukis objek lain seperti rumah, haiwan dan sebagainya.

20

Page 21: PGSR PRA3104

21

e. Persepsi abjad / nombor

Sambil kanak-kanak mempelajari tentang fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai

wakil bunyi (suara), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang

digunakan dalam bacaan. Kebolehan yang mereka dapati daripada contengan

lukisan itu digunakan dalam bacaan.

f. Aktiviti Motor Halus

Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang menggunakan kecekapan koordinasi mata

dan tangan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk

membantu perkembangan motor halus kanak-kanak.

Aktiviti menuang bahan dari bekas yang besar ke bekas yang kecil. Bahan-

bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini adalah seperti air, pasir dan

bijirin.

Aktiviti menggunting merupakan aktiviti yang paling baik untuk kemahiran

motor halus kanak-kanak. Kanak-kanak boleh diberikan latihan untuk

menggunting bentuk-bentuk yang besar pada awalnya dan seterusnya

guntinggan-guntingan yang lebih rumit.

Kolaj ~ Pelbagai jenis kolaj yang menggunakan pelbagai jenis bahan boleh

membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Kemahiran menampal

kolaj menambahkan kecekapan motor halus kanak-kanak.

Aktiviti mengoyak kertas atau surat khabar boleh meningkatkan kecekapan

motor halus kanak-kanak.

Menyulam manik

Menekap gambar yang sedia ada

Membentuk plastisin menjadi bola menggunakan kedua belah tapak tangan

Membentuk plastisin menjadi biji menggunakan jari.

Menggunakan penyepit membuat pelbagai corak pada plastisin.

21

Page 22: PGSR PRA3104

22

Selain daripada aktiviti di atas cuba anda fikirkan beberapa aktiviti yang

sesuai untuk mengembangkan motor halus kanak-kanak.

2.5 Perkembangan Kemahiran Melukis

Bagi kemahiran melukis pula, kajian yang telah dijalankan oleh Rhonda Kellogg,

khususnya bagi kanak-kanak berumur 2 – 8 tahun mendapati bakat artis kanak-kanak

bermula dengan lakaran simbol yang tertentu. Pada peringkat awal kanak-kanak akan

melukis simbol sepert bentuk bulat, empat segi dan garisan lurus. Apabila kanak-kanak ini

berumur 3 tahun mereka mula membuat bentuk muka, umur 4 tahun melukis gambar

orang. Umur 5 tahun lukisan orang ini lebih baik dengan lukisan kaki dan tangan yang lebih

lengkap beserta baju dan seluar. Pada tahap ini juga mereka telah dapat melukis objek lain

seperti rumah, haiwan dan pokok.

Oleh itu, kanak-kanak ini memerlukan bantuan kita bagi memperkembangkan kemahiran

menulis dan melukis mereka. Kita harus merangka strategi yang sesuai bagi membantu

meningkatkan kemahiran kanak-kanak ini. Contohnya di sekolah kita membantu kanak-

kanak yang baru mula menulis huruf dengan meminta mereka menulis huruf tersebut

berulang kali sehingga mereka mahir dengan gerakan motor menulis huruf itu. Selepas itu

baru kita kembangkan kemahiran ini dengan meminta mereka menulis satu perkataan

yang lengkap dengan menggabungkan huruf – huruf tersebut bermula dengan perkataan

yang memerlukan tiga atau empat huruf sahaja.

Satu lagi cara untuk membantu kanak-kanak mengembangkan motor halus mereka adalah

dengan menggunakan bahan bantu yang bersesuaian. Contohnya bagi kanak-kanak yang

baru hendak melukis penggunaan pensil krayon mungkin kurang sesuai memandangkan

saiz pensil krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz

pensil warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensil tersebut.

Pensil yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensil

dengan kemas. Kemahiran gengaman seperti ini secara tidak langsung dapat

meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan motor halus mereka.

Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat meningkatkan

kemahiran motor halus. Kedudukkan tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam

melaksana tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig dan Digdon (2001),

menyatakan .kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung,

22

Page 23: PGSR PRA3104

23

lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90˚ dengan kedudukan badan mereka agak ke

depan sedikit. Kedudukan meja pula seharusnya 2 inci dari siku ketika tangan mereka

dalam kedudukan rehat. Sekiranya kerusi mereka terlalu tinggi dan kaki mereka

tergantung, letakkan alas kaki agar mereka selesa. Apabila keadaan selesa kanak-kanak

dapat mengerakkan tangan, lengan, dan jari dengan stabil.

Peringkat perkembangan kemahiran melukis

1- 2 tahun : Peringkat cakaran (scribbling stage)

Membuat cakaran kemudian secara perlahan-lahan mula membuat

bentuk. Seperti bulat, segi tiga dan segi empat.

2- 3 tahun : Melukis simbol (Preshematic stage

Selepas berminggu kanak-kanak ini membuat cakaran dan mula

menampakkan kebolehan membuat bentuk berdasarkan

pemerhatian yang terdapat dipersekitarannya.

4 – 5 tahun : Melukis simbol

Pada tahap umur berikut kanak-kanak itu telah boleh melukis

sambil bercerita.

6 tahun : Melukis simbol (Schematic stage)

Simbol yang dilukis sangat memberi makna kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak telah menjadi seorang yang kreatif berdasarkan

kepada pemerhatian dan pengalamannya. dapat

8 tahun : Kanak-kanak telah boleh melukis dengan bagitu baik sekali.

Aktiviti mengembangkan kemahiran melukis.

Terdapat pelbagai aktiviti yang digunakan untuk mngembangkan kemahiran melukis

antaranya ilah:

Menulis huruf tersebut berulangkali sehingga mereka mahi

memberi pendedahan tentang pelbagai perkara ( imajinasi)

Menggunakan saiz pensel warna yang agak besar.

23

Page 24: PGSR PRA3104

24

Menggunakan pensel warna berbentuk tiga segi . Kanak-kanak dapat

pegangdengan lebih kemas.

Tajuk 3 Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak

3.1 Sinopsis

Unit ini akan membincangkan tentang penjagaan kesihatan kanak-kanak yang merangkumi

terhadap konsep kesihatan, cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak dan masalah lain

yang mengganggu kesihatan kanak-kanak. Untuk konsep kesihatan subtajuk ini akan

membincangkan mengenai kepentingan kesihatan dan kesihatan fizikal dan kebersihan

diri. Pada subtajuk cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak penekanan banyak

diberikan kepada imunisasi kanak-kanak, pengawalan penyakit, penjagaan gigi kanak-

kanak, peranan ibu bapa, peranan guru, peranan kanak-kanak dan peranan pusat

kesihatan dalam meningkatkan tahap penjagaan kesihatan kanak-kanak. Disamping itu

juga unit ini akan membincangkan subtajuk masalah lain yang mengganggu kesihatan

kanak-kanak yang merangkumi tentang kutu rambut, cacing dan kerosakan gigi kanak-

kanak.

3.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang menjaga kepentingan kesihatan kanak-kanak.

2. Mengenal pasti cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak ketahap yang lebih baik.

3. Mengetahui masalah-masalah lain yang mengganggu kesihatan kanak-kanak.

3.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

24

Page 25: PGSR PRA3104

25

3.4 Penjagaan kesihatan kanak-kanak

a. Konsep kesihatan

Definisi kesihatan adalah banyak sepertimana kesan dari pelbagai faktor. Definisi awal

kesihatan adalah kesejahteraan fizikal dan penggunaan rawatan perubatan bagi pelbagai

kecelaruan dan penyakit. Bagi era yang semakin mencabar ini, kesihatan didefinasikan

sebagai kesejahteraan sempurna fizikal, emosi, sosial, ekonomi, budaya, dan kerohanian

(WHO, 2000). Jika salah satu elemen yang disebutkan tadi terjejas maka kesihatan

seseorang kanak-kanak itu tidak lengkap; umpama kereta yang mempunyai petrol tetapi

tidak mempunyai tayar untuk bergerak. Faktor dalaman yang mempengaruhi kualiti salah

satu elemen yang disebutkan diatas (fizikal, emosi, sosial, ekonomi, budaya dan

kerohanian) boleh memberi kesan terhadap elemen yang lain. Contoh, elemen ekonomi

yang tidak stabil boleh memberi tekanan kepada kanak-kanak dan ini boleh memberi

kesan terhadap kesihatan fizikal kanak-kanak seperti sakit demam, pening kepala dan

sakit perut. Apabila seseorang kanak-kanak mempunyai masalah fizikal seperti sakit

demam, maka kesan juga akan dirasai oleh keluarganya dari segi emosi, kewangan,

sosial dan sebagainya.

Definisi baru bagi kesihatan juga mengenalpasti bahawa kanak-kanak dan orang dewasa

tidak hidup dengan memencilkan diri tetapi berinteraksi dengan individu lain seperti

kelurga, rakan, jiran dan komuniti. Penglibatan diri seorang kanak-kanak dengan individu

lain boleh menjejaskan kesejahteraan dirinya secara positif atau negatif. Contoh, kanak-

kanak yang bersentuhan dengan kanak-kanak lain yang mempunyai penyakit demam

campak akan mendapat penyakit yang sama.

PERKEMBANGAN FIZIKAL,

KESIHATAN, DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

Subtajuk 1

Konsep Perkembangan

Fizikal

Subtajuk 2

Perkembangan motor halus.

Subtajuk 5

Keselamatan di prasekolah

Subtajuk 4

Penjagaan Kesihatan

Kanak-kanak

Subtajuk 3

Pemakanan

25

Page 26: PGSR PRA3104

26

b. Kesihatan fizikal dan kebersihan diri

Komponen yang penting adalah seperti berikut:

Anggota

Selain daripada kesihatan gigi, penjagaan anggota badan lain adalah juga

penting. Anggota badan yang dimaksudkan adalah rambut, telinga, mata,

hidung, dan kuku. Gaya rambut kanak-kanak haruslah sesuai dengan umur

dan persekitaran kanak-kanak. Gaya rambut yang pendek dan kemas sesuai

bagi kanak-kanak yang aktif dan suka bersosial dengan kanak-kanak lain.

Rambut yang panjang dan tak terurus boleh meningkatkan risiko mendapat kutu

rambut.

Penjagaan bagi mata, hidung dan telinga perlu sentiasa diawasi oleh ibu-bapa

dengan memberikan pembersihan berjadual kepada anak-anak. Contoh,

pembersihan telinga hanya dilakukan seminggu sekali oleh ibu-bapa dengan

menggunakan putik kapas.

Penjagaan kuku juga perlu diberi perhatian. Pemotongan berjadual perlu

dilakukan denagan pengawasan ibu-bapa. Kuku yang panjang boleh

mencederakan orang lain dan juga meningkatkan penyebaran kuman yang

terselit di bawah kuku.

Pakaian

Pakaian yang bersih adalah penting untuk menjaga kesihatan kulit dan mental

kanak-kanak. Pakaian yang tidak dibasuh boleh menyebabkan pembiakan

kulat dan ini boleh merebak ke kulit. Pakaian yang kotor dan tidak terurus juga

boleh dipandang serong oleh masyarakat dan secara tidak langsung akan

memberi kesan atas emosi kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diajar cara

pengurusan pakaian dari awal seperti tempat perletakan baju kotor, baju bersih,

tuala lembap dan sebagainya.

Juga tidak kurang pentingnya, elak kanak-kanak daripada berkongsi tuala di

kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Tabiat berkongsi yang tidak sihat ini

boleh menyebabkan merebaknya penyakit kulit yang berjangkit.

26

Page 27: PGSR PRA3104

27

Peralatan

Peralatan perapian seperti sikat dan berus gigi boleh menjejaskan kesihatan

seseorang kanak-kanak jika tidak diawasi dengan sewajarnya. Sikat yang

dikongsi sesama kanak-kanak boleh menyebabkan jangkitan kutu dan penyakit

kulit dari seorang kanak-kanak ke kanak-kanak yang lain. Berus gigi yang

dikongsi pula boleh menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit yang lain

seperti demam campak, penyakit mulut dan lain-lain. Selain daripada itu, alat

permaianan juga merupakan peralatan yang sering kali digunakan oleh kanak-

kanak. Alat permaianan yang kotor boleh meningkatkan jangkitan kuman

kepada kanak-kanak. Ini seringkali terjadi di pusat penjagaan kanak-kanak dan

taska. Didikan awal akan cara penggunaan peralatan ini kepada kanak-kanak

boleh meinigkatkan kesedaran kesihatan kendiri yang lebih efektif.

c. Kepentingan kebersihan diri

Komponen yang penting adalah seperti berikut:

Pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi daripada pelbagai jenis

makanan

Pemakanan yang seimbang boleh dikecapi dengan didikan ibu-bapa dan

guru. Galakan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti protin dari susu

dan kekacang jika dibandingkan dari ayam goreng boleh mengurangkan risiko

obesiti.

Kalori pemakanan bertambah mengikut peringkat umur kanak-kanak.

Semasa bayi dilahirkan, keperluannya adalah 1000 kalori dan kalorinya

meningkat 100 kalori bagi setiap tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur 7

tahun jumlah keperluan kalorinya adalah sebanyak 1,700 kalori.

Berekrasi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti fizikal

Selain daripada peningkatan kecergasan fizikal, penyertaan kanak-kanak

dalam rekreasi dan sukan juga boleh meningkatkan skil motor kanak-kanak dan

mencegah risiko obesiti (He & Beynon, 2006).

27

Page 28: PGSR PRA3104

28

Galakan yang berterusan dari ibu-bapa dan guru dapat meningkatkan

keyakinan kendiri kanak-kanak dan secara tidak langsung meningkatkan

kecerdasan minda dan emosi (Pica, 2006).

Mempunyai rehat dan tidur yang cukup

Kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah memerlukan 8-10 jam waktu

tidur dan rehat agar pertumbesaran berlaku dengan optimanya.

Mempunyai kemudahan perubatan dan pergigian

Peringkat umur 6-12 merupakan fasa umur emas bagi kanak-kanak kerana

pada masa ini kesakitan seperti demam dan selsema kurang berlaku

disebabkan peningkatan sistem imun dan kematangan fizikal. Namun

begitu, jika ada sebarang jangkitan segeralah bawa berjumpa doktor.

Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi

tumbuh.

Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan

mulut yang baik. Selia atau bantu anak memberus gigi sehingga mereka

berumur 6 hingga 7 tahun. Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-

kanak sebesar biji kacang soya sahaja.

Bagi penjagaan gigi yang rapi, bawa kanak-kanak untuk berjumpa doktor

gigi dua kali setahun.

Mempunyai pertalian kekeluargaan yang sihat dan erat

28

Gambar hiasan: Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.

Page 29: PGSR PRA3104

29

Kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perhatian yang tinggi daripada

ibu-bapa. Kehormatan diri sendiri yang positif adalah kunci utama bagi

kesihatan mental yang sihat. Kehormatan diri yang positif boleh diperolehi

dari pertalian keluarga yang erat dan sihat.

Mempunyai rumah, sekolah dan taska yang bersih dan selamat.

Persekitaran fizikal seperti rumah adalah penting untuk menjamin

pembentukan mental kanak-kanak. Rumah yang kotor dan sempit boleh

menghalang perkembangan positif personaliti atau perwatakan kanak-

kanak.

d. Cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak:

- Imunisasi kanak-kanak

- Pengawalan penyakit

- Penjagaan gigi kanak-kanak

- Peranan ibu bapa

- Peranan guru

- Peranan kanak-kanak

- Peranan pusat kesihatan

e. Masalah lain yang menggangu kesihatan kanak-Kanak

- Kutu rambut

- Cacing

- Kerosakan gigi

29

Page 30: PGSR PRA3104

30

Tajuk 4 Keselamatan di prasekolah

4. 1 Sinopsis

Unit ini akan membincangkan tentang Keselamatan kanak-kanak di prasekolah yang

merangkumi terhadap konsep kesihatan, cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak dan

masalah lain yang mengganggu kesihatan kanak-kanak. Untuk konsep kesihatan subtajuk

ini akan membincangkan mengenai kepentingan kesihatan dan kesihatan fizikal dan

kebersihan diri. Pada subtajuk cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak penekanan

banyak diberikan kepada imunisasi kanak-kanak, pengawalan penyakit, penjagaan gigi

kanak-kanak, peranan ibu bapa, peranan guru, peranan kanak-kanak dan peranan pusat

kesihatan dalam meningkatkan tahap penjagaan kesihatan kanak-kanak. Disamping itu

juga unit ini akan membincangkan subtajuk masalah lain yang mengganggu kesihatan

kanak-kanak yang merangkumi tentang kutu rambut, cacing dan kerosakan gigi kanak-

kanak.

4.3 Hasil Pembelajaran

5. Mengenal pasti elemen-elemen utama yang menjaga kepentingan kesihatan kanak-kanak.

6. Mengenal pasti cara-cara penjagaan kesihatan kanak-kanak ketahap yang lebih baik.

7. Mengetahui masalah-masalah lain yang mengganggu kesihatan kanak-kanak.

7.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

30

Page 31: PGSR PRA3104

31

Keselamatan merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang

dewasa terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan

dengan amalan, sikap dan persekitaran. Kecederaan yang tidak sengaja adalah punca

kematian utama dan kejadian kurang upaya pada kanak-kanak 14 tahun ke bawah (Pan et

al., 2006). Kanak-kanak memerlukan pemerhatian istimewa dalam aspek keselamatan

kerana kesihatan mereka dipengaruhi secara terus oleh persekitaran mereka. Selain

daripada rumah, pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dan sekolah boleh menjadi tempat

kecederaan atau kemalangan bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Dengan itu,

sudah menjadi kemestian supaya kesedaran keselamatan diserap dengan lebih awal

melalui program pendidikan awal untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini

daripada berlaku. Keperluan untuk menyediakan pengurusan keselamatan yang berkualiti

tinggi menjadi semakin penting. Seharusnya usaha-usaha untuk mencegah kecederaan

yang secara tidak sengaja dan kematian menjadi tanggungjawab utama setiap ibu bapa,

guru dan penjaga pusat penjagaan kank-kanak. Kemalangan yang menyebabkan hanya

kecederaan ringan pun dapat menyebabkan kesan yang serta merta kepada kesihatan

kanak-kanak. Kecederaan yang serius pula akan menyebabkan ketidakhadiran yang

berpanjangan ke kelas dan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak dan aktiviti

hariannya. Hal ini juga boleh menjadi penyebab kepada peningkatan perbelanjaan

kesihatan dan sejurusnya meningkatkan stres terhadap keluarga kanak-kanak yang

terlibat.

- Kawasan

PERKEMBANGAN FIZIKAL,

KESIHATAN, DAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

Subtajuk 1

Konsep Perkembangan

Fizikal

Subtajuk 2

Perkembangan motor halus.

Subtajuk 5

Keselamatan di prasekolah

Subtajuk 4

Penjagaan Kesihatan

Kanak-kanak

Subtajuk 3

Pemakanan

31

Page 32: PGSR PRA3104

32

Kawasan yang terdapat disesebuah prasekolah perlulah berseh dan selamat dari segala

bahaya. Untuk itu guru perlulah mempastikan bahawa persekitaran luar dan dalam

prasekolah hendaklah bersesuaian dan kondusif untuk kanak-kanak. Bagi persekitaran

dalaman bangunan prasekolah ianya hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Terutama

dengan sudut-sudut pembelajaran. Seboleh-bolehnya eloklah ruangan dalaman

prasekolah tidak terlampau banyak dengan perabot memadai untuk kesesuaian

pengajaran dan pembelajaran sahaja. Ini secara tidak langsung akan memudahkan untuk

kanak-kanak bergerak dan menjalaqnkan aktiviti.

Bagi persekitaran luar prasekolah pula perlulah disusun dengan bagitu baik sekali. Elakkan

jangan terlampau sesak.

- Peralatan

Kebanyakan kematian dan kecederaan kanak-kanak yang melibatkan alat mainan adalah

disebabkan tercekik dan cara penggunaan yang salah (U.S Consumer Product Safety

Commision, 2003a; Nakamura, Pollack-Nelson & Chidekel, 2003). Kebanyakan

kecederaan ini dapat dielakkan dengan memilih alat mainan yang dibangunkan

sewajarnya. Minat kanak-kanak, ciri-ciri sikap kanak-kanak dan keupayaan perkembangan

kanak-kanak menjadi kunci terhadap faktor yang perlu dititikberatkan semasa memilih alat

permainan.

GARIS PANDUAN UNTUK MEMILIH BARANG MAINAN YANG SELAMAT

1. Ambil kira umur kanak-kanak, minat dan keupayaan perkembangan (menyelesaikan

masalah dan skil memberi sebab); teliti label pengeluar alat mainan untuk peringatan dan

saranan.

2. Pilih fabrik barang yang mudah dicuci dan dilabel kalis api dan tidak mudah terbakar.

3. Cari kualiti pembangunan produk; periksa jangka hayat, rekaan yang menarik, stabil,

tiada bucu tajam atau wayar dan juga tali yang melebihi 12 inci (30cm)

8. Pilih alat mainan yang diperbuat daripada bahan tidak bertoksik.

9. Elakkan alat mainan yang terdiri daripada bahagian-bahagian kecil yang boleh

menyebabkan kanak-kanak tercekik.

32

Page 33: PGSR PRA3104

33

6. Pilih alat mainan yang bersesuaian dengan jumlah tempat bermain dan tempat

penyimpanan alat mainan.

7. Elakkan alat mainan yang mempunyai bahagian berelektrik.

8. Pilih alat mainan yang kanak-kanak boleh gunakan dengan pengawasan minima

daripada orang dewasa.

Amaran umur pada label produk tidak mengambil kira perbezaan kanak-kanak secara

individu dan maka, ia tidak selalu boleh diharapkan. Sesetengah alat mainan tidak

memenuhi standard keselamatan Amerika Syarikat dan boleh menyebabkan bahaya

kepada kanak-kanak yang masih belum berkembang sepenuhnya. Kecederaan

berkemungkinan terjadi apabila kanak-kanak mencuba untuk bermain permainan yang

direka untuk kanak-kanak yang lebih tua. Kualiti adalah penting untuk dipertimbangkan

semasa hendak membeli alat mainan. Bahan dan cara pembuatan alat mainan perlu

diperiksa dengan berhatihati dan tidak dibeli sekiranya alat mainan itu mempunyai wayar,

pin atau dawai kokot yang tajam, cat bertoksik, permukaan kasar, hujung tajam berbesi

dan lain-lain lagi. Tahap kebisingan yang dihasilkan oleh sesebuah permainan juga perlu

diambil kira. Pendengaran kanak-kanak lebih sensitif daripada pendengaran orang

dewasa dan senang mengalami kerosakan melalui pendedahan berulang kepada

kebisingan yang kuat. Banyak alat mainan kanak-kanak mengeluarkan bunyi yang melebihi

saranan paras untuk pendengaran selamat iaitu 85-desibel (OSHA, 2003). Orang dewasa

seharusnya bijak menilai dan berhati-hati semasa membeli alat permainan yang

mengeluarkan bunyi bising dan muzik untuk melindungi kanak-kanak kecil daripada

kehilangan pendengaran.

Kawasan prasekolah

Trafik dan Laluan

Kecederaan lalu lintas adalah punca kepada kematian dan merupakan faktor

utama anak-anak dikejarkan ke hospital untuk kanak-kanak berumur bawah 14

tahun. Kebanyakan kecederaan tersebut berpunca dari kanak-kanak yang

dilanggar dengan kereta.

Fakta-fakta Menarik:

Kebanyakan kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan sebagai pejalan

kaki, dua kali ganda lebih banyak berbanding perempuan.

33

Page 34: PGSR PRA3104

34

Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan sedikit mempunyai risiko

yang tinggi

Kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah kurang menumpukan perhatian

ketika melintas jalan. Mereka masih belum dapat menentukan bila masa

yang sesuai untuk melintas jalan kerana mereka masih belum memiliki

keupayaan tersebut

Adakah Anda Tahu?

Kecederaan selalunya berlaku antara 3:00 hingga 7:00 p.m iaitu ketika lalu

lintas sedang sibuk.

Kawasan yang mempunyai banyak kenderaan akan meletakkan kanakkanak

dalam keadaan berisiko.

Satu kajian menunjukkan lebih dari setengah daripada kecederaan pejalan

kaki yang melibatkan kanak-kanak berumur bawah 9 tahun berpunca

daripada kanak-kanak yang meluru keluar ke arah jalan raya tanpa

sebarang amaran

Keletihan dan kurangnya perhatian merupakan antara punca yang

meningkatkan risiko kecederaan dialami oleh pejalan kaki kanak-kanak.

Mengelakkan Kecederaan Pejalan Kaki

Ketika melintas jalan, kanak-kanak yang berumur bawah 9 tahun perlu

ditemani oleh orang dewasa.

Ajarlah kanak-kanak untuk melihat kiri, kanan dan kiri lagi sebelum

melintas jalan. Apabila tiada kereta yang datang dari mana-mana arah,

barulah melintas jalan.

Kanak-kanak harus sentiasa berjalan di tempat pejalan kaki yang telah

disediakan. Jikalau tiada, mereka hendaklah berjalan secara berlawanan

dengan arah kereta.

Ajar kanak-kanak untuk mengenal tanda-tanda atau simbol-simbol jalan

raya.

Pemandu harus sentiasa peka dengan kewujudan kanak-kanak dan

memandu berdasarkan kelajuan yang dibenarkan.

34

Page 35: PGSR PRA3104

35

Susun atur perabut luar dan dalaman

- Pagar dan pintu prasekolah

- Peredaran udara

35

RUMUSAN

Page 36: PGSR PRA3104

36

LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI

Latihan 1

Soalan 1:

Dapatkan maklumat mengenai kurikulum berpusat dan sediakan nota ringkas

mengenainya. (Panjang -2 mukasurat, tempoh masa yang perlu diperuntukkan

ialah 2 jam). Emelkan jawapan anda kepada tutor pada bulan Ogos.

Latihan 2

Soalan 2

Bermain merupakan satu cara terapi untuk kanak-kanak.

Bincangkan pernyataan tersebut dengan mengemukakan contoh-

contoh yang sesuai. Cuba laksanakan pendekatan belajar melalui

bermain di dalam bilik darjah.

(Sediakan huraian dan laporan anda sebanyak 4 muka surat.

Tempoh masa yang perlu diperuntukkan ialah 8 jam) Hantarkan

latihan ini semasa sesi interaksi pada bulan November nanti.

- Cari nota dari laman web. Cetak dan lampirkan bersama

laporan. Ia perlu dimasukkan ke dalam portfolio

anda.Contoh laman web yang boleh dilayari;

http://www.playtherapy.co.za/

www.playtherapyonline.net

http://www.hugenote.co.za/play.pdf

36

Page 37: PGSR PRA3104

37

Selamat mencuba..........

37