Pi Sembelihan Esei

27
TAJUK: SEMBELIHAN PERKARA HALAMAN 1.0 Konsep 2 1.1 Pengertian 2 1.2 Dalil 2 1.3 Hukum 4 1.4 Jenis-Jenis Sembelihan 5 2.0 Rukun Sembelihan 6 2.1 Syarat Sah Penyembelih 6 2.2 Syarat Sah Binatang yang Disembelih 8 2.3 Syarat Sah Alat Sembelihan 13 3.0 Perkara-Perkara Sunat 14 4.0 Perkara-Perkara Makruh 14 5.0 Hikmah Sembelihan 14 6.0 Persoalan 16 7.0 Kesimpulan 17 Rujukan 1

Transcript of Pi Sembelihan Esei

Page 1: Pi Sembelihan Esei

TAJUK: SEMBELIHAN

PERKARA HALAMAN

1.0 Konsep 21.1 Pengertian 21.2 Dalil 21.3 Hukum 41.4 Jenis-Jenis Sembelihan 5

2.0 Rukun Sembelihan 62.1 Syarat Sah Penyembelih 62.2 Syarat Sah Binatang yang Disembelih 82.3 Syarat Sah Alat Sembelihan 13

3.0 Perkara-Perkara Sunat 14

4.0 Perkara-Perkara Makruh 14

5.0 Hikmah Sembelihan 14

6.0 Persoalan 16

7.0 Kesimpulan 17

Rujukan

1

Page 2: Pi Sembelihan Esei

1.0 Konsep

Pengenalan

Tuntutan mendapat makanan yang halal sewajibnya menjadi salah satu tumpuan penting setiap individu muslim di seluruh dunia kerana ia merupakan salah satu perintah dari Allah SWT melalui Rasul-Nya. Pemakanan yang halal merupakan salah satu ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunaka alat yang tajam dengan niat kerana Allah. Konsep sembelihan dalam Islam atau ‘Zabiha’ telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan. Islam adalah agama ‘Rahmat’ iaitu Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan.

1.1 Pengertian

Menurut Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlan (2009) sembelihan dalam bahasa Arab disebut sebagai zabihah. Az-zabaih ialah kata jamak bagi zabihah. Dari sudut bahasa az-zabaih bermaksud binatang yangdisembelih. Manakala dari sudut istilah syara’ pula ia bermakna binatangyang disembelih mengikut lunas syarak dengan syarat tertentu dan ia adalah binatang yang halal dimakan (Dr. Mustofa Al-Khir, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbail,1999).

Menurut Kamus Dewan (2005), penyembelihan bermaksud perbuatan menyembelih atau memotong. Maka sembelihan bolehlah diertikan sebagai mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memotong urat Halkum & urat merihnya dengan menggunakan alat yang tajam kecuali kuku, gigi atau tulang dengan niat kerana Allah s.w.t. Semua binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih dahulu sebelum dimakan kecuali ikan dan belalang tidak perlu disembelih.

1.2 Dalil

Sembelihan merupakan tuntutan dalam agama Islam. Bagi orang Islam yang ingin memakan daging haiwan, dia hendaklah terlebih dahulu menyembelih binatang tersebut. Firman Allah S.W.T.:

2

Page 3: Pi Sembelihan Esei

Terjemahan: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah S.W.T.(Surah al-Maidah:5:3)

Firman Allah s.w.t:

Terjemahan:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)

Selain itu, pada zaman Nabi Ibrahim A.S., baginda yang telah mendapat perintah dari Allah S.W.T. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Kesabaran dan sikap tawadhu, Nabi Ibrahim terhadap perintah Allah S.W.T. boleh dijadikan teladan walaupun baginda sangat menyayangi anaknya, namun ketaatan baginda kepada Allah S.W.T. sangat memuncak. (Hafizah Dasuki:2004:77)

3

Page 4: Pi Sembelihan Esei

Terjemahan: " Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!". Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". (Surah al-Soffat:100-102)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)

Melihat aspek hukum pula, Islam telah menetapkan bahawa sembelihan adalah wajib ke atas setiap individu Muslim, apabila ingin memakan daging binatang yang halal. Berikutan dengan ini, darah yang mengalir pada binatang tersebut dapat dikeluarkan secara keseluruhannya seterusnya akan dapat mengelakkan diri individu daripada pelbagai jenis penyakit yang boleh memudharatkan individu tersebut. Justeru, akal yang sihat dan jasmani yang cergas dapat dibina dengan memakan makanan yang berzat dan bebas daripada penyakit.

Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa sembelihan adalah satu ibadah yang wajib dilaksanakan sebelum seseorang Muslim memakan daging binatang yang halal melalui kaedah dan syarat-syarat tertentu.

1.3 Hukum

Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam. Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya dan binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih tetapi tidak mengikut syariat Islam disebut bangkai. Bangkai adalah najis dan hukumnya haram.

4

Page 5: Pi Sembelihan Esei

1.4 Jenis-Jenis Sembelihan 

Terdapat lima jenis sembelihan yang boleh dilakukan didalam Islam. Sembelihan tersebut adalah:-

i. Sembelihan Biasa – Sembelihan biasa ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang halaldengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih denganmenggunakan alat tajam dengan niat kerana Allah s.w.t.

ii. Sembelihan Wajib – Dari sudut bahasa dam bererti darah. Menurut istilah syara, dam bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang. Contohnya, jika seseorang yang menunaikan haji melakukan kesalahan tidak berihram di Miqat, maka diwajibkan membayar dam iaitu menyembelih seekor kambing.

iii. Sembelihan Sunat Korban – Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah s.w.t. Dari sudut syara’, qurban bermaksud menyembelih binatangyang tertentu pada hari raya aidiladha dan hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Hukum qurban ialah sunat muakkad iaitu sangat dituntut ke atas orang yang berkemampuan. Qurban disyariatkan pada tahun kedua Hijrah sebagai mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s. Qurban hanya dituntut kepada orang yang berkemampuan. Ukuran kemampuan tersebut ialah apabila sesorang itu memiliki harta yang melebihi perbelanjaan diri dan orang-orang di bawah tanggungan pada hari qurban. Hukum qurban menjadi wajib apabila bernazar. Contoh-contoh binatang qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas.

iv. Sembelihan Akikah - Aqiqah ialah sembelihan binatang ternakan an’am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t. Hukum akikah adalah sunat muakkad bagi orangyang menanggung kanak-kanak itu. Kadar akikah ialah dua ekor kambing bagi kanak-kanak lelaki atau dua bahagian daripada lembu, kerbau dan unta. Bagi kanak-kanak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau sebahagian daripada lembu, kerbau dan unta.

v. Sembelihan Nazar - Menurut Mohd Farid Ravi Abdullah (2007) nazar menurut istilah ulama fikah ialah beriltizam untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau tidak terikat dengan sesuatu yang mewajibkan dari melakukannya. Dalil dari al-Quran dan hadis mengenai keharusan nazar, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

5

Page 6: Pi Sembelihan Esei

Firman Allah s.w.t:

Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi Yang Diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka takutkan hari (akhirat) Yang azab seksaNya merebak di sana sini.(Surah al-Insan: ayat 7)

Sabda baginda Rasulullah s.a.w. daripada Aisyah r.a yang bermaksud:Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akan-Nya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepada-Nya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya. (Riwayat Bukhari) Berdasarkan dalil di atas dan dalil-dalil yang lain, ulama berpendapat nazar hukumnya harus dalam Islam jika seseorang itu bernazar untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t Contohnya, ada sesorang yang bernazar jika sembuh dari penyakit ini maka dia akan sedekahkan seekor kambing kerana Allah s.w.t. Selepas sembuh hendaklah dia menunaikan nazarnya kerana Allah s.w.t. Jika enggan atau ingkar dikira berdosa. Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.

Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan maka hendaklah berpuasa tiga hari berturut-turut. Dalilnya, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin Amir daripada Rasulullah s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud, Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah. (Riwayat Muslim).

2.0 Rukun Sembelihan

Terdapat tiga rukun sembelihan iaitu:

2.1 Syarat Sah Penyembelih

Penyembelih itu hendaklah seorang Islam atau ahli kitab (yang memenuhi syarat hakiki orang ahli kitab sebagaimana yang disebutkan oleh ulama-ulama Asy-Syafie). Tidak halal sembelihan orang Majusi (penyembah api), penyembah berhala, orang murtad dan lain-lain daripada orang kafir yang tiada mempunyai kitab agama Allah s.w.t.

6

Page 7: Pi Sembelihan Esei

Penyembelih hendaklah seorang muslim atau ahli kitab, sama ada laki-laki atau perempuan, dan sekiranya penyembelih selain yang disebutkan maka sembelihannya tidak sah, sebagaimana firman Allah s.w.t:

“Dan makanan (sembelihan) orang-orang ahli kitab halal untukmu dan makananmu halal untuk mereka”. (QS al-Ana’am 5: 5).

Imam Bukhari berkata, Ibnu Abbas berkata bahawa yang disebut makanan dalam ayat ini adalah sembelihan. (Dinukil dari ar-Raudh al-Murbi’ syarh Zad al-Mustaqni hal 689 cet Dar al-Muayyad 1422 H).

Hendaklah penyembelih benar-benar bermaksud menyembelih, bukan sekadar kebetulan atau tidak sengaja, sehingga seandainya ada seorang yang sedang diserang oleh seekor sapi, lalu dia menebaskan pedangnya ke arah sapi tersebut dengan maksud untuk membela diri, dan sapi tersebut terluka lehernya sehingga mati, maka perbuatan seperti ini tidak termasuk penyembelihan yang sah, kerana dia tidak bermaksud menyembelih.

Selain itu, sembelihan yang dilakukan hendaklah hanya kerana Allah SWT. Apabila sembelihan diperuntukkan kepada selain Allah SWT maka sembelihan tersebut tidak halal, seperti orang yang menyembelih sapi bermaksud mengagungkan berhala, atau dipersembahkan kepada penghuni tempat yang dianggap keramat. (Lihat QS. al-Baqarah 2: 172). Ketika hendak menyembelih, hendaklah menyebut nama Allah SWT dan tidak menyebut nama selainNya, dan ini menjadi syarat yang utama, sehingga seandainya ada orang yang menyembelih tanpa menyebut nama Allah SWT atau menyebut nama selain Allah SWT, maka sembelihan tersebut haram untuk dimakan.

Inilah pendapat ramai ulama dan empat imam mazhab kecuali Imam Syafi’i, bersepakat atas hal ini. (Kitab al-Fiqh ala al-Madzahib al-Arba’ah 1/624). Allah SWT berfirman: “Janganlah kamu makan sembelihan yang tidak disebut nama Allah atasnya”. (QS. al-An’am 6: 121). Dalam ayat ini, Allah SWT melarang hambaNya makan binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT. Oleh itu, para ulama menjadikan basmalah sebagai syarat sahnya setiap penyembelihan bahkan menurut pendapat yang lebih kuat apabila lupa membaca basmalah, maka sembelihan itu tidak sah dan hukumnya haram. Ini adalah salah satu dari empat pendapat tentang hukum bacaan basmalah ketika menyembelih, pendapat ini dikatakan oleh syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan dikuatkan oleh Ibnu Utsaimin (asy-Syarh al-Mumthi’ 7/287-288). Selain itu, penyembelih hendaklah bukan seseorang yang berada di dalam ihram

2.2 Syarat Sah Binatang yang Disembelih

7

Page 8: Pi Sembelihan Esei

Binatang yang hendak disembelih hendaklah binatang yang halal untuk dimakan. Iaitu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:

i. Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut: Babi dan keturunannya. Anjing. Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara’ Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan

membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya

Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.

Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya

Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah.

Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.

Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.

ii. Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali: Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun. Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua

jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.

Disyaratkan binatang yang disembelih itu ada hayat mustaqirrah ketika mula-

mula disembelih iaitu ia akan hidup jika tidak disembelih ketika itu. Di antara tanda

adanya hayat mustaqirrah ialah kuat geraknya ketika dipotong halqum dan merihnya dan

menyembur darahnya. Mengikut Iman An-Nawawi memadai dengan kuat geraknya

ketika disembelih. Binatang yang panjang lehernya seperti unta sunat disembelih di

pangkal leher yang bawah (berhampiran dada) dengan memotong halqum dan merih

kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan demikian ianya akan memudahkan

8

Page 9: Pi Sembelihan Esei

roh binatang itu keluar. Sementara binatang yang pendek lehernya seperti lembu, kerbau

dan kambing disembelih di hujung (yang atas).

Selain itu, disyaratkan juga memutuskan urat halqum dan merih dengan sekali sembelihan sahaja iaitu sempurna sembelihan dengan memutuskan semua bahagian saluran halqum dan marih serta urat cari yang terletak disebelah kanan dan kiri leher haiwan dengan sekali sembelihan sahaja. Jika sembelihan itu tidak memutuskan salah satu dari keduanya tetapi haiwan masih lagi mempunyai hayat mustaqirrah, maka hendaklah diulangi sembelihan itu dengan secepat mungkin dan halallah sembelihan tersebut. Tetapi jika diulangi sembelihan pada bahagian saluran halqum atau urat marih yang tidak putus itu sampai kepada harakat mazbuh lalu ia diteruskan juga sembelihan tersebut maka haram dimakan daging sembelihan tersebut.

Makna Sekali Sembelihan

Sekiranya didapati sembelihan yang dilakukan tidak memutuskan mana-mana bahagian halqum dan merih dengan sempurna sedangkan haiwan tersebut masih lagi ada hayat mustaqirrahnya, maka dengan segera hendaklah diulangi sembelihan itu jika:

a. Diangkat atau terangkat pisau dan dikembalikan semula dengan segera kerana ia menyangka urat keduanya telah putus.

b. Menukar pisau yang tumpul atau diganti dengan pisau yang tajam.c. Pisau lucut atau terlepas dan gugur dari genggaman tangan dengan diambil semula

pisau tersebut atau diganti dengan pisau yang lain.d. Dipalingkan mata pisau yang tumpul kepada mata yang tajam.

Halal sembelihan yang diulangi penyembelihan dari masala-masalah seperti di atas dengan syarat ada hayat mustaqirrah pada akhir ulangan sembelihan tersebut walaupun ia diulangi berkali-kali sembelihan dengan tidak panjang atau terlalu lama tempoh perceraian masa gerakan ulangan itu. Ia tetap dikira sebagai sekali sembelihan jua. Sekiranya yang tertinggal atau yang tidak putus itu hanya sekadar halus kulit bawang dan tidak perlu kepada ulangan sembelihan.

Maksud dan Tanda-Tanda Hayat Mustaqirrah

Hayat Mustaqirrah ialah haiwan tersebut masih kuat bertenaga sama ada selepas disembelih, dilanggar kenderaan atau dibaham oleh binatang buas dengan keadaan fizikalnya nyata kuat dengan pergerakkanya bertenaga serta darahnya masih lagi memancut dan mengalir dengan kuat.Tandanya boleh dilihat dengan :

9

Page 10: Pi Sembelihan Esei

a. Pancutan atau aliran darahnya masih kuat memancut dan mengalir ataub. Pergerakan fizikal atau haiwan itu masih lagi kuat menggelepar dan bertenaga.

Maksud dan Tanda-Tanda Harakat Mazbuh

1. Harakat mazbuh ialah menafikan sifat-sifat dan syarat-syarat pada hayat mustaqirrah serta haiwan itu sudah kelihatan lemah dan seolah-olah sudah mati namun masih lagi kedengaran dengusannya.

2. Jika haiwan yang berada dalam keadaan harakat mazbuh ini dengan sebab sakit, keletihan atau dalam keadaan kelaparan halal dimakan walaupun tidak kuat pancutan darahnya atau darahnya yang mengalir lesu dan tidak bermaya serta tidak bertenaga ketika ia disembelih.

3. Bagi haiwan yang dicederakan atau dibaham oleh binatang buas atau haiwan yang dilanggar/ terlanggar oleh kenderaan atau haiwan yang termakan makanan yang beracun yang memudaratkan haiwan tersebut ia disyaratkan ada hayat mustaqirrah ketika mula hendak menyembelih haiwan-haiwan yang berada dalam keadaan di atas. Pastikan haiwan itu mati dengan sebab sembelihan dan bukan kerana yang lain.

Bagi memastikan haiwan yang disembelih itu matinya kerana sembelihan sila pastikan seperti :1. Selepas haiwan itu disembelih ia masih lagi menggelupur/ menggelepar.2. Darahnya nyata mengalir dan memancut.3. Matinya tidak terlalu cepat selepas ia disembelih. Bagi haiwan ternakan seperti

lembu kerbau kambing dan lain-lain tempoh kematianya selepas disembelih memakan masa sekitar 3 – 5 minit dan keatas dan bagi ayam pula melebihi 1 minit.

4. Bagi haiwan yang terlalu lama tempoh kematianya selepas disembelih iaitu melebihi kadar normal diatas mungkin disebabkan oleh dua perkara iaitui. Jarak luka sembelihan dengan badanya atauii. Ada urat yang tidak putus

5. Bagi ayam atau burung atau haiwan lain apabila selepas disembelih ia terbang atau hilang dan apabila ia dijumpai ia sudah mati maka matinya itu meragukan serta haram dimakan dagingnya kerana dibimbangi ia mati bukan kerana sembelihan tadi tetapi matinya kerana yang lain seperti tersandung dan patah lehernya dan lain-lain.

Cara Memutuskan Urat Halqum dan Merih

10

Page 11: Pi Sembelihan Esei

1. Memulakan sembelihan dengan melukakan di bahagian leher haiwan iaitu berukuran satu inici dari buah halkum (buku kerongkong) sebelah bawah atau atas (dapat dirasa melalui sentuhan tangan) dengan syarat ada tinggal daripada saluran bulat halkum yang berhubung dengan umbi leher.

2. Sekiranya tidak tinggal saluran bulat halkum tersebut maka ia tidak halal sembelihan itu dan ia tidak diistilahkan sebagai menyembelih dan haram dagingnya.

3. Mula menyembelih leher haiwan tersebut dengan menarik pisau dari sebelah bawah ke bahagian atas leher agar darah yang terpancut tidak menyembur ke atas. Penyembelihan seperti ini diyakini akan terus memutuskan saluran halqum dan urat merih kerana kedudukan keduanya adalah berkembar.

Bahagian Sembelihan Yang Betul

Bahagian Sembelihan Ayam

Bahagian Sembelihan Lembu

11

Page 12: Pi Sembelihan Esei

Contoh Penyembelihan Ayam Yang Mengikut Hukum Syara’

Contoh Penyembelihan Ayam Yang Tidak Mengikut Hukum Syara’

12

Urat Halqum/ Saluran

pernafasan yang putus

Page 13: Pi Sembelihan Esei

2.3 Syarat Sah Alat Sembelihan

Disyaratkan alat untuk menyembelih hendaklah sesuatu yang boleh memotong

dengan ketajamannya seperti besi, tembaga, mas, perak, kayu, sembilu, batu dan kaca

selain kuku, gigi dan semua jenis tulang. Sabda Rasulullah s.a.w menurut hadis riwayat

Bukhari dan Muslim, yang muttafaq’alaih, dari Rafi’ bin Khudaij r.a:

“sesuatu benda (yang digunakan untuk menyembelih) yang dapat menumpahkan

darah dan menyebut nama Allah s.w.t (ketika menyembelih), maka makanlah (haiwan

sembelihan itu). Tidak termasuk gigi, kuku adapun gigi itu sejenis tulang dan kuku itu

pemotong orang Habsyi (kafir)”.

Contoh alat yang boleh digunakan untuk menyembelih

3.0 Perkara-Perkara Sunat

13

Urat Halqum

yang tidak putus

Page 14: Pi Sembelihan Esei

i. Membaca Basmalllahii. Menghadapkan binatang ke arah kiblat.iii. Menggunakan alat yang paling tajam.iv. Membaringkan binatang atas rusuk sebelah kanan.v. Melakukan penyembelihan dengan segera dan dilakukan di siang hari.vi. Bersih & suci dari hadas kecil / besar.

4.0 Perkara-Perkara Makruh

i. Mengasah pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.ii. Menyembelih hingga terputus kepala (saraf tunjang)iii. Sembelihan dilakukan oleh perempuan.iv. Sembelihan dilakukan oleh orang fasikv. Berhadas besar semasa menyembelih.vi. Menyiksa haiwan yang akan disembelih.(Haram jika berlebihan )vii. Alat penyembelih yang tumpul.viii. Tidak mencuci alat sembelihan terlebih dahulu sebelum sembelihan seterusnya.

5.0 Hikmah Sembelihan

Islam telah menetapkan bahawa terdapat haiwan tertentu yang perlu disembelih. Sembelihan ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halqum dan urat merih dengan menggunakan alat tajam dengan niat kerana Allah SWT. Terdapat pihak yang menentang sembelihan ini sebagai amalan kejam dan menyeksa haiwan. Sembelihan mengikut Islam menghormati haiwan yang disembelih, sebagai contoh makruh jika penyembelih menampakkan pisau atau alat sembelihan di hadapan haiwan yang akan disembelih. Penyembelih juga tidak boleh menggunakan alat yang berasal daripada gigi, kuku atau tulang sebagai alat sembelihan. Alat sembelihan juga seharusnya tajam agar proses penyembelihan itu lancar dan mengurangkan kesakitan haiwan yang disembelih.

Menurut Yusuf Embong (2009) pemotongan saluran pernafasandan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus memancut keluar serta menurunkan tekanan darah secara mengejut di samping menjadikan sistem otak terputus dari bekalan oksigen dan glukosa. Keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan tanpa menderita sakit diikuti dengan penggelupur beberapa saat selepas itu. Haiwan yang disembelih itu menggelupur disebabkan otaknya telah kehilangan oksigen dan bukanya disebabkan sakit. Walau bagaimanapun jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaanyang elok kerana ia tidak dipotong ketika penyembelihan dilakukan.

Darah binatang tersebut perlu dialirkan keluar dari sembelihan. Fakta-fakta saintifik membuktikan setiap penyembelihan yang dilakukan, darah haiwan tersebut perlu dialirkan keluar

14

Page 15: Pi Sembelihan Esei

kerana darah merupakan medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian ‘spinal cord’ (halqum) hendaklah dielakan dari terpotong ketika aktiviti sembelihan dilakukan, kerana ia akan menyekat aliran darah darah dari keluar akibat daripada saluran darah yang terganggu kesan dari jantung haiwan tersebut yang terhenti secara tiba-tiba. Darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.

Mengikut pendapat Dr. Zakir Abdul Karim Naik (2006) menyatakan bahawa kaedah penyembelihan Islam adalah yang terbaik dan bersih kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman. Bakteria dan toksin yang akan mengakibatkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses sembelihan dilakukan. Selain itu daging sembelihan kekal segar dalam jangka masa yang lama. Penyembelihan bertujuan untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan. Ia juga menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam (Mohd Nor Fadzli, 2008).

Selain itu juga, umat Islam diwajibkan menyebut nama Allah s.w.t. sebelum menyembelih binatang yang hendak dimakannya. Perkara ini dilakukan untuk membetulkan atau meluruskan niat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Penyembelihan itu mestilah dilakukan hanya kerana Allah s.w.t. semata kerana Dia-lah yang telah menciptakan segala sesuatu dalam dunia ini untuk dimanfaatkan dalam kehidupan manusia.

Seseorang tidak boleh melakukan penyembelihan dengan tujuan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain tentang kemampuan atau kekuatannya. Apatah lagi dengan niat hanya untuk bersuka-suka atau untuk menyakiti atau mendera binatang. Dengan cara penyembelihan yang dianjurkan Islam dan menyebut basmallah ketika penyembelihan, ia akan dapat mengingatkan seorang Muslim akan tujuan utamanya lantas dapat menjaga aqidahnya sebagai seorang Muslim.

Dengan memotong urat halqum binatang itu pula, binatang tersebut akan dapat mati dengan lebih cepat dan selamat. Perkara ini dilakukan bagi menghormati binatang sembelihan sebagai makhluk Allah s.w.t. serta mengelakkan daripada berlakunya kesakitan dan penganiayaan terhadap binatang itu. Umat Islam juga perlu menyembelih dengan menggunakan alat yang tajam. Alat yang tumpul akan menyulitkan proses penyembelihan dan menyakitkan binatang sembelihan tersebut sebelum ia mati sedangkan menyeksa dan menganiaya binatang amat dilarang dalam Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Syaddad bin Aus, dia telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

15

Page 16: Pi Sembelihan Esei

“Bila kamu hendak membunuh, baikkanlah pembunuhanmu itu. Dan bila hendak menyembelih, baikkanlah penyembelihanmu itu dan hendaklah kamu tajamkan perkakasmu dan mudahkan penyembelihan itu.” (HR. Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada Rafi’ bin Khadij, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Apa-apa (alat yang tajam) yang dapat mengalirkan darah serta dibaca nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh engkau makan kecuali (sembelihan yang disembelih dengan alat yang diperbuat daripada) gigi dan kuku. Gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Selain itu, hikmah sembelihan adalah untuk: Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara

orang kafir dalam soal mematikan haiwan. Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram

dimakan oleh orang Islam. Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa

ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.

6.0 Persoalan

Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan sembelihan antaranya ialah apakah hukum memakan sembelihan orang Yahudi dan Nasrani? Pada prinsip asalnya hukum memakan sembelihan ahli kitab adalah harus. Ianya ijma’ para ulama berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 5.

Maksudnya:“Dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka)…”

16

Page 17: Pi Sembelihan Esei

Dalam hal ini, menurut pendapat As-Sheikh Tantawi dari Azhar, orang Islam haram memakan sembelihan orang Yahudi dan Nasrani kerana ahli kitab pada hari ini sudah terputus agamanya dengan ahli kitab Nabi Musa dan Isa a.s. Ini memungkinkan mereka menyebut selain dari nama Allah semasa melakukan sembelihan seperti orang Nasrani yang menyebut nama al-Masih atau orang Yahudi yang menyebut nama Uzair, maka jumur ulama’ berpendapat binatang sembelihan itu tidak halal dimakan berasaskan firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 3.

Maksudnya: “Dan binatang-binatang yang disembelih kerna selain dari nama Allah”

Antara persoalan lain, adakah binatang tersebut halal dimakan sekiranya mesin tersebut dikendalikan oleh orang Islam dan bacaan basmallah disebut sebelum pengendali tersebut menekan butang untuk menghidupkan mesin penyembelihan tersebut? Penyembelihan secara automatik ini terpaksa dilakukan disebabkan kekurangan tenaga penyembelih dan kadar permintaan yang tinggi.

Di Malaysia, walaupun kita belum lagi mengamalkan sembelihan menggunakan mesin tetapi di luar negara telah dilakukan. Hukum sembelihan menggunakan mesin adalah sah kerana permintaan yang banyak. Namun begitu, terdapat syarat yang perlu dipatuhi dalam penggunaan mesin penyembelihan ini iaitu:

i. Dikendalikan oleh orang Islamii. Bacaan Basmallah perlu dibuat sebelum penyembelih menekan butang (suat)iii. Orang Islam mesti berada di mesin tersebut sepanjang ia beroperasi.

Dan persoalan seterusnya ialah berkaitan binatang yang bunting. Bolehkah kita menyembelih binatang yang sedang bunting? Menurut kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang sedang bunting (http://www.radioinformasi.com/tag/ sembelih-haiwan-yang-sedang-bunting/, 17 Ogos 2011).

Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih. “Dari segi syara’, tiada larangan untuk sembelih lembu bunting. Malah, anak lembu dalam kandungan yang sudah mati selepas induknya disembelih juga boleh dimakan tetapi kalu masih hidup, ia wajib disembelih sebelum dimakan,” katanya.

7.0 Kesimpulan

Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan penyembelihan Islam adalah yang terbaik. Seterusnya menunjukkan islam amat mementingkan kebersihan serta kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah penting dalam

17

Page 18: Pi Sembelihan Esei

memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan agar memperolehi tenaga yang secukupnya untuk beribadah. Oleh itu orang Islam perlu menilai dan meneliti sumber pemakananya agar datang dari sumber yang halal dan bukan meragukan terutamanya disembelih secara Islam.

"Tanggungjawab menyediakan makanan dan daging halal adalah tanggungjhawab setiap individu muslim. Lakukanlah penyembelihan dengan baik dan beradab dengan mematuhi setiap kehendak Syara’ dan elakan dari menyeksa sebelum melakukan penyembelihan ".

RUJUKAN

Dato Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlan Ab. Hamid (2009). Indahnya hidup bersyariat :

Modul fardu ain, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat.

Dr Zakir Abdul Karim Naik (2006). Non-Muslim’s Common Questions About Islam

H. Ahmad Fuad Said. 1995. Korban dan Akikah. Kuala Lumpur: Kinta Sdn.Bhd.

Hafizah Dasuki (2004). Ensikolpedia Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Putaka

Jabatan Agama Islam. 1992. Penyembelihan Binatang Menurut Islam. Kuala Lumpur:

Perpustakaan Awam Islam.

Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka

Lokman Ab. Rahman. 2002. Penyembelihan Halal, Hukum, Teknik dan Kawalan

Bakteria. Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama

Islam Melaka (MAIM).

Sheikh Abdullah Basmeih. 1980. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-

Quran. Kuala Lumpur: Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana

Menteri

http://www.radioinformasi.com/tag/sembelih-haiwan-yang-sedang-bunting/

http://yusofembong.blogspot.com/2009/02/akhlaq-mukmin-3jagalah-telinga-mu.html

Jabatan Fatwa Kebangsaan. 2009. http://baheis.islam.gov.my.

Muslim Aid Asia. 2009. http://muslimaidasia.com.

Muslim Al-Atsari. 2009. http://soaljawab.wordpress.com.

18