Piagam Madinah

11
PIAGAM MADINAH 1. 1. Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh dalam pemerintahan dan pentadbiran negara Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan negara Islam di Madinah berteraskan wahyu oleh Allah SWT untuk menjadi garis panduan kepada seluruh dunia Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke Madinah,tidak terdapat pemerintahan dan pentadbiran yang teratur malah berlaku pecah- belah sesama masyarakat Madinah khususnya Yahudi dengan orang Arab Baginda telah merangka struktur untuk menegakkan sesebuah negara 2. 2. Sahifah Madinah atau Piagam Madinah yang digubal pada tahun pertama dan kedua Hijrah-melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah (Muhajirin dan Ansar) dan antara kaum Islam dan kaum Yahudi Digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu. Baginda membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahifah 3. 3. Terdiri daripada 47 fasal. Terbahagi kepada 5 bahagian umum: Fasa 1 = pengenalan kepada piagam,mengakui adanya Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW Fasa 2-11 = menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara Islam Madinah Fasa 12 –23 = menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab sesama sendiri dan perkara- perkara yang patut dilakukan dan yang patut ditinggalkan Fasa 24-38 = menyebut kedudukan kaum Yahudi dalam negara Islam Madinah Fasa 39-47 = menerangkan kedudukan Yathrib (Madinah) sebagai sebuah kota suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan 4. 4. Wahyu Allah SWT merupakan sumber utama undang2 negara Masyarakat Madinah dianggap bertanggungjawab ke atas negara mereka Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin masyarakat Semua anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama setiap anggota Sahifah mesti menjalankan hubungan yang erat Fungsi sahifah adalah utk menegakkan keadilan dan memberi jaminan kpd org bukan Islam 5. 5. Piagam madinah terbahagi kpd 2: Piagam Madinah Bahagian pertama: -mengandungi 23 fasal yg menyentuh ttg kaum Yahudi dan bertanggungjawab terhadap sesama sendiri. -ditulis pada tahun pertama dan kedua hijrah (sebelum perang Badar) Bahagian kedua : -mengandungi 24 fasal Membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam di Madinah Ditulis selepas Perang Badar 6. 6. Kandungan umum Piagam Madinah meliputi perkara yg berikut: Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Muslimin Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Yahudi Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Musyrikin Perjanjian yang melibatkan semua pihak,berkaitan dengan peraturan-peraturan umum 7. 7. Kepentingan piagam madinah Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi dan unggul -Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul. -Memberi penumpuan terhadap aspek akidah dan duniawi dalam pemerintahannya -Piagam Madinah

description

madinah

Transcript of Piagam Madinah

Page 1: Piagam Madinah

PIAGAM MADINAH1. 1. Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh dalam

pemerintahan dan pentadbiran negara Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan negara Islam di Madinah berteraskan wahyu oleh Allah SWT untuk menjadi garis panduan kepada seluruh dunia Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke Madinah,tidak terdapat pemerintahan dan pentadbiran yang teratur malah berlaku pecah-belah sesama masyarakat Madinah khususnya Yahudi dengan orang Arab Baginda telah merangka struktur untuk menegakkan sesebuah negara

2. 2.  Sahifah Madinah atau Piagam Madinah yang digubal pada tahun pertama dan kedua Hijrah-melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah (Muhajirin dan Ansar) dan antara kaum Islam dan kaum Yahudi Digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu. Baginda membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahifah

3. 3.  Terdiri daripada 47 fasal. Terbahagi kepada 5 bahagian umum: Fasa 1 = pengenalan kepada piagam,mengakui adanya Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad SAW Fasa 2-11 = menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara Islam Madinah Fasa 12 –23 = menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungjawab sesama sendiri dan perkara- perkara yang patut dilakukan dan yang patut ditinggalkan Fasa 24-38 = menyebut kedudukan kaum Yahudi dalam negara Islam Madinah Fasa 39-47 = menerangkan kedudukan Yathrib (Madinah) sebagai sebuah kota suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan

4. 4. Wahyu Allah SWT merupakan sumber utama undang2 negara Masyarakat Madinah dianggap bertanggungjawab ke atas negara mereka Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin masyarakat Semua anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama setiap anggota Sahifah mesti menjalankan hubungan yang erat Fungsi sahifah adalah utk menegakkan keadilan dan memberi jaminan kpd org bukan Islam

5. 5.  Piagam madinah terbahagi kpd 2: Piagam Madinah Bahagian pertama: -mengandungi 23 fasal yg menyentuh ttg kaum Yahudi dan bertanggungjawab terhadap sesama sendiri. -ditulis pada tahun pertama dan kedua hijrah (sebelum perang Badar) Bahagian kedua : -mengandungi 24 fasal Membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam di Madinah Ditulis selepas Perang Badar

6. 6.  Kandungan umum Piagam Madinah meliputi perkara yg berikut: Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Muslimin Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Yahudi Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Musyrikin Perjanjian yang melibatkan semua pihak,berkaitan dengan peraturan-peraturan umum

7. 7. Kepentingan piagam madinah Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi dan unggul -Baginda merupakan seorang negarawan yang unggul. -Memberi penumpuan terhadap aspek akidah dan duniawi dalam pemerintahannya -Piagam Madinah meletakkan baginda sebagai ketua kerajaan yang unggul -Mewujudkan sistem kehakiman dan keadilan bagi menyelesaikan masalah

8. 8.  Mewujudkan rasa tanggungjawab mempertahankan Madinah -Semangat Piagam Madinah telah mendorong masyarakat Madinah yg terdiri dari orang Islam dan bukan Islam bersama- sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada musuh -Masyarakat Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan mana-mana musuh Islam yang menentang kerajaan Islam di Madinah -Mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan permusuhan -kaum Yahudi dianggap warganegara Madinah selagi mereka melaksanakan tanggungjawab menurut Piagam Madinah

9. 9.  Mewujudkan perpaduan umat Islam -Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada masyarakat Muhajirin dan Ansar -Memberi penekanan terhadap kerjasama dan bersatu padu antara masyarakat -Merangkumi kedudukan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah seperti Yahudi,Aus,Khazraj,Quraisy,Parsi dan Habsyi -Tuntutan terhadap hidup bersatu padu dan persaudaraan Islam dalam masyarakat Madinah dilaksanakan dengan mendidik masyarakat menjadi ummah yang kuat tanpa mengira kaum,tempat dan tempat tinggal -Dapat mengelakkan perpecahan dan mewujudkan masyarakat Islam tulen berlandaskan akidah dan keimanan

10. 10.  Penekanan terhadap Musyawarah dalam pemerintahan -Piagam Madinah mengamalkan prinsip musyawarah berlandaskan keadilan dalam pemerintahan -Semua

Page 2: Piagam Madinah

kaum diberikan hak menyuarakan masalah kaum masing-masing -Penduduk Madinah juga diberikan hak menyuarakan pandangan terhadap pemimpin

11. 11.  Mewujudkan keadilan dan persamaaan terhadap masyarakat Madinah -Piagam Madinah telah menetapkan persamaan antara semua penduduk tanpa mengira keturunan,bangsa dan kedudukan bagi mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan -Kekayaan dibahagikan sama rata antara masyarakat -Setiap masyarakat juga bertanggungjawab utk melaksanakan keadilan berlandaskan ajaran Islam agar aman dan sejahtera -Keadilan yang dilaksanakan berdasarkan syariat Islam ini memberi hak dan kebaikan kpd mereka -Piagam Madinah telah menetapkan masyarakat Madinah tidak boleh bersikap zalim seperti menindas orang yang lemah

12. 12.  Kedudukan kaum Yahudi -Masyarakat Yahudi diberi kebebasan utk mengamalkan agama,adat dan budaya. -Mereka tidak boleh memaksa penduduk Madinah utk Menganuti agama mereka. -Masyarakat Yahudi juga dilarang menindas kaum atau Golongan yang lemah. -Keselamatan kaum Yahudi dijamin melalui Piagam Madinah selagi mereka mematuhi piagam tersebut

13. 13.  Kebebasan beragama -Piagam Madinah memberi kebebasan beragama terhadap kaum Yahudi dan penganut agama lain -Kebebasan ini diberikan kerana :- • Islam menghormati kebebasan beragama,iaitu tiada paksaan dalam kepercayaan setiap individu • Menghindarkan permusuhan antara masyarakat • Mengelakkan kaum Yahudi daripada menyebarkan agama mereka di Madinah

14. 14.  Pembinaan sebuah Kerajaan Islam yang kuat -Untuk membentuk sebuah kerajaan Islam yg kuat,masyarakat Madinah bebas membincangkan hal politik dan pentadbiran -Piagam Madinah memberi kesedaran kepada masyarakat Madinah bahawa mereka merupakan masyarakat yang utuh dan bersatu padu. Piagam ini juga menyatakan bahawa kerajaan madinah adalah hak milik mereka bersama -Oleh itu,masyarakat Madinah bertanggungjawab mempertahankan kerajaan ini daripada ancaman musuh -Hak dan tanggugjawab masyarakat madinah diakui dalam Piagam Madinah tanpa mengira agama mereka

15. 15.  Kebebasan masyarakat Madinah -Penindasan kepada golongan yang lemah seperti yang dilakukan oleh kaum Yahudi adalah dilarang dalam Piagam Madinah kerana untuk menjamin kebebasan hak asasi yang sama rata antara penduduk. -Hal ini dapat menjamin keharmonian hidup masyarakat Madinah -Kebebasan hak asasi ini meliputi kebebasan beragama,beramal,bekerja,bersuara dan sebagainya selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam kerana kebebasan tanpa batasan akan mewujudkan kezaliman yg boleh memecahbelahkan perpaduan ummah

16. 16.  Menyatupadukan Penduduk Madinah -Masyarakat Madinah dapat disatukan menerusi Piagam Madinah -Piagam ini juga menitikberatkan hubungan hubungan baik antara masyarakat Islam dan bukan Islam -Piagam Madinah ini dapat dirumuskan bahawa masyarakat Madinah mengamalkan tradisi jahiliah telah berubah dengan menerapkan nilai-nilai persaudaraan

Page 3: Piagam Madinah

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di Dunia. Berikan huraian berhubung dengan

kandungan dan kepentingan Piagam tersebut.

Pengenalan :o Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang

Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar

( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar   Muhajirin

( golongan Pendatang ). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan.

Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

o Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak

zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung

halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan

mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam

selimut. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha

untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

o Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh 

Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah

al-Madinah.

Isi :

Huraian mengenai Piagam Madinah :o Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan

ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk

Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quraan, yang

telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan dengan The Constitution of Athens

yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak

seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak-kanak raja. Ia juga

bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman

Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu;

Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:o Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negaramadinah yang wajib dipatuhi dan

dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah

dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai

hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.o Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummahyang tidak terpengaruh dengan apa

– apa elimen yang tidak baik dari luar.o Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, danbertanggungjawab mempertahankan

negara dari apa -apa serangan musuh.o Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .

o Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan

paksaan dalam hal keagamaan.o Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.

Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-

perkara berikut:o Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda

sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa.

Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan

masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.o Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam  di

samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap

mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan

Page 4: Piagam Madinah

memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum

berkenaan.o Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka

hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh

Islam.o Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah

yang sentiasa bertelagah sebelum ini.o Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat

untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang

dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.o Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat

pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat

perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah

menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.o Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.

o Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang

pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman

luar bersama-sama dengan orang Islam.o Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.

o Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini  memberi

peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam  dan memerhatikan

akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua

telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.o Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsungmengiktiraf kewujudan Islam sebagai

satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh

Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.o Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba

mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa

atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke

atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar.

Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang

Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan

perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.

Kesimpulan :o Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan

purba Greek, China dan India.

o Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.

o Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang

menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.

o Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali

kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Page 5: Piagam Madinah

Pengenalan

1. Perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan.

2. Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di

Madinah.

3. Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal.

4. Menonjolkan nama ‘pemimpin’ iaitu Nabi Muhammad, nama ‘rakyat’

iaitupenduduk tempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang

bersama-sama Rasulullah serta ‘Madinah’ sebagai negara Islam.

4. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalih strategi

untukmembentuk satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh diterima oleh

segenap lapisan masyarakat dan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapatmengeratkan

hubungan antara golongan Muhajirin dengan Ansar.

5. Baginda mendapati ada beberapa faktor yang perlu kepada penyelesaian iaitu

menggariskan hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan bukan Islam, persefahaman

dengan orang-orang bukan Islam terutama orang Yahudi, mempertahankan Madinah dan

menggubal sistem perundangan dan kehakiman.

Isi penting   ( Buat Rujukan dan Bacaan Lanjut )

Kepentingan Piagam Madinah

1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang

beragama Islam atau bukan Islam.

Mereka sama-sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada

serangan musuh.

Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan

menentang negara Islam madinah.

Page 6: Piagam Madinah

Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi

menghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil

alih kota Madinah.

Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebaga warganegara dan ummah

bersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas

mereka.

Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat

dalam negara.

2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi

Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah.

Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasan

kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan ibadat

agama mereka sendiri.

Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan

mengelakkan permusuhan sesama sendiri.

Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan

agama.

3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan kukuh

Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah

politik dan pentadbiran negara.

Dengan terbentuknya Piagam madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk

dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu

serta Madinah adalah milik bersama.

Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk

orang bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan

perundangan.

Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan

perbelanjaan bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.

4. Kebebasan kepada setiap penduduk

Page 7: Piagam Madinah

Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata.

Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang

lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah.

Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara, beramal,

bekerja dsb.

Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan

syariat Islam.

5. Menyatupadukan masyarakat Madinah

Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan

Islam melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb.

Perlembagaan Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa

di Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan.

Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi

nilai tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada

nilai-nilai persaudaraan Islam.

6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.

Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi

tumpuan kepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.

Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaun dan

mewujudkan satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah.

Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila

timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dan

keputusan Rasulullah dibuat.

Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara

yang tinggi.

7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi

Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.

Page 8: Piagam Madinah

Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka kerana

kebasan telah diberikan kepada mereka.

Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah.

Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dan

keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.

8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.

Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan

penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin.

Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan

penuh kejujuran dan syiar agama langit – supaya individu akan berasa aman dan tenteram

kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan

keturunan manusia.

Tujuan keadilan – menolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan

serta hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam.

Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak

menganiayai manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman

hendaklah dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.

9. Perpaduan umat Islam

Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu

memandangkan umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu

golongan Ansar dan golongan Muhajirin.

Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan

yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan

mereka.

Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan

persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.

Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan

hati manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.

Page 9: Piagam Madinah

Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan

padu, mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan

kesejahteraan hidup.

10. Pemerintahan bercorak musyawarah

Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka.

Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan

pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah.

Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempat

dalam Perang Badar.

Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan (1 markah)

1. Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah

negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar.

2. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-

kabilah luar dari Madinah.