Pidato

download Pidato

of 2

description

hebat sekali yo

Transcript of Pidato

Soalan: Anda ditugaskan untuk mewakili IPG ke pertandingan pidato yang akan berlangsung sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, tuliskan teks pidato bertajuk Penggunaan Bahasa Kebangsaan Meningkatkan Perpaduan.

Sebelum kita berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada pemerintah British dan mengorak langkah untuk mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara yang cermelang, gemilang, dan terbilang, Bahasa Melayu hanyalah menjadi bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah vernakular Melayu. Sekolah - sekolah vernakular bangsa lain menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah British pada masa itu. Ketika kita sedang berusaha dan sentiasa bersedia untuk menhadapi sebarang ranjau untuk menjadi negara maju pada era globalisasi dan modenisasi yang berpaksikan sains dan teknologi ini, pengunaan bahasa melayu semakin hari semakin luas seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,Menurut perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa kebangsaan 1967, bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan penggunaannya sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Penggunaan bahasa kebangsaan yang luas ini sebenarnya memainkan peranan yang afdal dalam memupuk semangat perpaduan negara kita. Bahasa melayu ini memainkan peranan sebagai wadah menyatupadukan semua kaum di Malaysia. Persoalannya, bagaimanakah penggunaan bahasa kebangsaan meningkatkan perpaduan? Tepuk dada, Tanya selera.Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,Sebagai lontaran idea yang pertama, penggunaan bahasa Melayu meningkatkan perpaduan antara kaum di peringkat sekolah dalam kalangan pelajar. Menurut dasar bahasa pendidikan Malaysia, bahasa kebangsaan ini telah menjadi bahasa penghantar utama bagi semua system pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam akta pendidikan 1961. Hal ini menyebabkan penggunaan bahasa kebangsaan yang luas antara pelajar yang berbilang kaum. Dengan penggunaan sejenis bahasa sahaja sebagai bahasa penghantar, pelajar akan mempunyai konsep bahawa kita semua merupakan satu bangsa mahupun kita berbilang kaum. Sebagai impaknya, semangat perpaduan yang kuat akan dipupuk dalam janubari golongan pelajar.Hadirin yang penuh santun,Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan. Keadaan ini akan mempermudahkan lagi proses perpaduan kaum di Malaysia dimana ia akan berfungsi sebagai satu cara yang sangat efektif dalam mencapai matlamat tersebut. Hal ini kerana apabila semua penduduk menuturkan satu bahasa dalam bahasa pertuturan seharian, ia tidak akan menimbulkan kesusahan dan permasalahan mahupun kerusuhan antar kaum. Oleh itu, ia akan membolehkan perpaduan antara kaum dicapai.Jika melihat secara menyeluruh, bahasa Melayu bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi bahasa Melayu untuk semua rakyat Malaysia, maka seyogianya semua rakyat yang mengaku diri mereka sebagai rakyat Malaysia memastikan kelangsungan pelaksanaan bahasa Melayu dalam tanah air kita yang tercinta ini. Rancangan televisyen termasuk iklan, drama, filem dan sebagainya yang mengetengahkan konsep perpaduan antara kaum di negara ini wajar digalakkan dan diberi perhatian. Usaha memberikan keutamaan atau menjadikan perpaduan sebagai tema patut dipuji apatah lagi dengan penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu.Sidang dewan yang penuh santun,Bertitik tolah dari sudut pandangan yang lain, bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai lingua-franca dan jugabahasa kedua akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahasa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa.Kesimpulannya, penggunaan bahasa kebangsaan telah memainkan peranan yang signifikan dalam peningkatan perpaduan. Semua pihak haruslah berganding bahu untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sebagai salah satu lambang Malaysia yang penting secara kolektif dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Mari kita bersama-sama merealisasikan gagasan 1 Malaysia dengan menggunakan bahasa kebangsaan.Sekian terima kasih.