Pidato Di Raja

3
Pidato Di Raja 1. Punca kesesakan jalan raya Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Kebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan raya. Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti di petak kuning. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya.

Transcript of Pidato Di Raja

Page 1: Pidato  Di  Raja

Pidato Di Raja

1. Punca kesesakan jalan raya

Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah

disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang

jalan raya. Kebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu

kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang

jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Pengguna jalan

raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang

dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan

raya.

Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya

seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong

di garisan berkembar, dan berhenti di petak kuning. Hal ini jelas menunjukkan

bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang

berlakunya kesesakan di jalan raya.

Page 2: Pidato  Di  Raja

2. Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi

semakin serius sejak akhir-akhir ini. Bagaimanakah kita hendak membendung

masalah ini daripada menjadi semakin buruk?

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah

peranan institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat

dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku

membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.

Selain itu, institusi keluarga juga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di

rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. sebarang

bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga

mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli

keluarganya seperti bersembahyang dan makanbersama.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah menyatakan institusi

keluarga merupakan entiti penting bagimengatasi masalah sosial dalam kalangan

remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka,

adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar

masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak

dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi

membendung masalah sosial remaja.

Page 3: Pidato  Di  Raja

3. Terangkan cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam

kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sivik dan

Kewarganegaraan yang berkaitan dengan semangat patriotisme di sekolah. Hal ini

demikian kerana dengan adanya mata pelajaran sedemikian, semangat patriotik

dapat disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah

perjuangan negara kita. Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-

peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami

pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha

untuk mencapai kemerdekaan.

Dengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar

untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila

mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata

pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'.

Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat

mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah

banyak berjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk

mencontohi jasa-jasa yang telah ditaburkan.

Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan mempunyai

semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu

perkara demi keadilan negara. Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Sivik dan

Kewarganegaraan dan Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa

patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air. kemerdekaan.