Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

12
TAJUK PIDATO: NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT. Terima kasih pengerusi majlis, Para Hakim yang Arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian Assalamualaikum pembuka kata, Salam perkenalan adat bersaudara, Tegak berdiri tegas usulnya, Negeri bersih rakyat sihat tajuk bicara Hadirin Sekalian, Sebelum saya berbicara panjang, elok kitanya kita memintal benang yang kusut, melurus dawai yang bengkok merungkai maksud slogan keramat kerajaan negeri ini “Negeri Bersih Rakyat Sihat”. Menurut Kamus Dewan edisi ke 3, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negeri bermaksud kawasan tempat tinggal, Bersih pula bermaksud tidak kotor, Rakyat bermaksud Seluruh penduduk di sesebuah Negara, Akhir sekali sihat bermaksud tidak berpenyakit. Kesimpulannya, slogan “Negeri Bersih Rakyat Sihat” boleh didefinasikan sebagai “sebuah kawasan yang tidak kotor yang mana mempunyai penduduk yang tidak berpenyakit”. Negeri Bersih rakyat sihat, Terengganu makmur membawa berkat, Satu nawaitu satu hasrat,

description

PIDATO

Transcript of Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

Page 1: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

TAJUK PIDATO: NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT.

Terima kasih pengerusi majlis, Para Hakim yang Arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian

Assalamualaikum pembuka kata,

Salam perkenalan adat bersaudara,

Tegak berdiri tegas usulnya,

Negeri bersih rakyat sihat tajuk bicara

Hadirin Sekalian,

Sebelum saya berbicara panjang, elok kitanya kita memintal benang yang kusut, melurus dawai yang bengkok merungkai maksud slogan keramat kerajaan negeri ini “Negeri Bersih Rakyat Sihat”.

Menurut Kamus Dewan edisi ke 3, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,

Negeri bermaksud kawasan tempat tinggal,

Bersih pula bermaksud tidak kotor,

Rakyat bermaksud Seluruh penduduk di sesebuah Negara,

Akhir sekali sihat bermaksud tidak berpenyakit.

Kesimpulannya, slogan “Negeri Bersih Rakyat Sihat” boleh didefinasikan sebagai “sebuah kawasan yang tidak kotor yang mana mempunyai penduduk yang tidak berpenyakit”.

Negeri Bersih rakyat sihat,

Terengganu makmur membawa berkat,

Satu nawaitu satu hasrat,

Satu tujuan satu matlamat.

Page 2: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

Kebersihan amatlah dituntut dalam Islam. Malah semua agama di dunia juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan. Ini kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Sabda Rasulullah:

“ Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman”

Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak kerajaan negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat negeri bertuah ini sihat di dalam persekitaran yang bersih. Hasrat murni pihak kerajaan negeri di bawah lembayung kepimpinan insane berkaliber Dato’ Seri Ahmad bin Said dalam menjadikan negeri Terengganu sebuah “Negeri Dalam Taman” wajar diberi pujian serta sokongan padu. “Negeri dalam Taman” menggambarkan sebuah negri yang bersih, cantik dan mempunyai rakyat yang sihat sejahtera, aman dan damai.

Persoalannya apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan hasrat murni “Negeri Bersih Rakyat Sihat” ini menjadi realitI? Faktor Dominan yang perlu dititik beratkan dalam merealisasikan “Negeri Bersih Rakyat Sihat” ialah kesedaran individu itu sendiri tentang kebersihan dan kesihatan. Siapa individu yang dimaksudkan? Sudah tentu rakyat Negeri Terengganu. Siapa rakyat Negeri Terengganu? Jawapannya ialah penduduk yang tinggal di Negeri Terengganu dan mereka termasuklah saya, kamu dan kita semua. Amalan kebersihan ini wajar bermula dari rumah masing-masing. Individu itu haruslah memastikan dia sentiasa bersih dan sihat melalui amalan-amalan harian yang dilakukan. Sekiranya kita sendiri mengamalkan kebersihan dan menjada kesihatan, kita sudah tentu mampu mengajak saudara-saudara kita disekeliling mengamalkan amalan yang baik ini melalui nasihat dan contoh teladan. Nah! Lihatlah..secara tidak langsung kita sudah memberi sumbangan yang besar dalam mewujudkan “Negeri Bersih Rakyat Sihat”.

Budaya bergotong-royong, saling mengambil berat, nasihat-menasihati dalam hidup bermasyarakat juga penyumbang yang besar kea rah pembentukan negeri bersih rakyat sihat. Melalui budaya ini, persekitaran kampong, perumahan malah Bandar kita akan bertambah bersih, indah dan terjaga. Sebenarnya, amalan sebegini sedikit sebanyak meringankan bebanan kita untuk menjaga kebersihan seperti kata pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Di samping itu, aktiviti permuafakatan ini mampu mengeratkan hubungan antara individu selari dengan gagasan yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri, gagasan 1 Malaysia.

Langkah seterusnya dalam menghidupkan suasana Negeri Bersih Rakyat Sihat ialah peranan yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita patut bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana tidak memandang mudah terhadap isu kebersihan dan kesihatan. Ini kerana kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM40 juta setiap

Page 3: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

tahun bagi memastikan negeri Terengganu dalam keadaan cukup bersih dan indah. Peruntukan tersebut haruslah digunakan semaksima mungkin dalam menggerakkan usaha kea rah negeri bersih seperti mengadakan pertandingan kebersihan diperingkat akar umbi, penyediaan kemudahan atau prasarana kebersihan dan sebagainya. Antara kemudahan yang wajar dititikberat ialah penyediaan tong sampah dan system memungut sampah berkala, lanskap yang indah dan penyediaan tandas yang bersih dan berqualiti. Tindakan Undang-undang juga harus diperketat bagi mengurangkan aktiviti yang boleh merosakkan dan menjadi halangan dalam mewujudkan Negeri Bersih Rakyat Sihat.

Peribahasa Melayu ada mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aspek pendidikan tidak harus dipandang ringan. Pendidikan kebersihan dan kesihatan wajar diterapkan dari awal persekolahan. Pendekatan ini harus disemai kepada para pelajar sejak dibangku sekolah dan langkah kerajaan dalam melaksanakan pertandingankebersihan tau pertandingan 3K antara sekolah di negeri ini merupakan langkah yang bijak. Guru merupakan model dan juga pembentuk generasi akan dating yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan dalam kehidupannya. Kata orang anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan aspek cinta terhadap kebersihan dan peka terhadap kesihatan penting sebagai landasan untuk menjayakan Negeri bersih Rakyat Sihat.

Hadirin Sekalian,

Sebagai pengakhir bicara, penyimpul kata, hayati gurindam penggulung hujah saya:

Marilah kita sama muafakat,

Sama bersatu membawa berkat,

Menghayati slogan penuh khidmat,

Negeri Bersih Rakyatnya sihat.

Sebagai rakyat negeri tercinta,

Marilah kita menyalakan cita,

Bersama kita gembleng tenaga,

Memacu wawasan Terengganu sejahtera.

Sekian, Terima Kasih….

Page 4: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

PERTANDINGAN PIDATO

“NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT”

NAMA:

NUR HAYATUL AQILAH BT ABDUL WAHAB

SEKOLAH:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA

Page 5: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

PERTANDINGAN PIDATO

“NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT”

NAMA:

NUR AINA IRFI SURFINA BT SULAIMAN

SEKOLAH:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA

Page 6: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

SPEECH“CLEAN STATE HEALTHY

CITIZENS”

NAME:

NUR AINA IRFI SURFINA BT SULAIMAN

SCHOOL:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA

Page 7: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

SPEECH“CLEAN STATE HEALTHY

CITIZENS”

NAME:

NUR HAYATUL AQILAH BT ABDUL WAHAB

SCHOOL:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SURA

Page 8: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

CLEAN STATE HEALTHY CITIZIENS

“ Clean State Healthy Citizens”. According to Longman Dictionary, clean means the absence

of dirt, healthy means not often ill while citizens means a persons who lives in a city or

town. Thus, the definition of this topic is the areas that are not dirty will make someone

who lives in particular area physically strong and not likely to become ill or weak.

Why is it important to have a clean state?

According to Winston Churchill, healthy citizens are the greatest asset any state can

have. All of us prefer to live in a clean state. Having a cleans state helps tourism and even

improves the lives of many residents. At the same time, we can improve and upgrade the

economy of our country. For example, Terengganu is a state which located in East coast of

Peninsular Malaysia. It is favourite for its sandy beaches such as Pantai Batu Buruk, Rantau

Abang as an attraction in general to the tourism. As the beaches and islands are the main

attractions in the state , these areas must always be kept clean.

Other than that, thank to our federal government because they always care of our

clean and health.It is because Terengganu give RM40 thousand per year to make sure that

our state always clean and beautiful. As the saying ‘ cleanliness is next of godliness’. It

really show an emphasis where keeping everything sparkling clean is an ethical thing to do

and is a part of our religion. Parents usually make a good start by always teaching their

about cleanliness and we are all exposed to the matter since we were born. We were

bathed and soaped by our mothers and put on diapers when we were babies. As we

developed and learnt better, they decided to teach us to use the toilet on our room, instruct

us to wash our hands and not to cause amassed in the room. These are the first step

towards cleanliness and hygiene. We are not only ordered to keep our bodies clean, but to

make sure our enviromet is clean as well. Homes are always neat and tidy to make sure the

family members are comfortable and live a healthy life. In fact, the community can help one

another to build a better and clean nation.

Page 9: Pidato Negeri Bersih Rakyat Sihat

Therefore, that is very clean that a clean state is an image of the citizens. Recycling

is probably one of the best things that we can do to keep the city clean and to keep us to

going in the right direction. If the state were to place more recycle bins , we could possibly

see some improvement in the city. It is hard when we have people who are not motivated

to help the future society by trying to clean it up. In conclusion, the fundamental aspect of

our survival as a nation is the health of all citizens as the popular adage goes ‘a healthy

nation is a wealthy nation’. That is what we are practising now in Terengganu. Since our

state us clean, we can have the motto “ Terengganu, The Corridor of knowledge “ . Let us

work hand in hand to practise cleanliness for healthy living. With that, thank you.