PIMKU 36.pdf

15
PIMKU 36 RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Syed Najihuddin bin Syed Hassan 1 Mohd Yusuf bin Ismail 2 Nidzamuddin bin Zakaria 3 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia 1 [email protected] , 06-7986717 2 [email protected] , 06-7986745 3 [email protected] , 06-7986703

Transcript of PIMKU 36.pdf

Page 1: PIMKU 36.pdf

PIMKU 36

RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM

DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN AL-QURAN DAN

AL-SUNNAH

Syed Najihuddin bin Syed Hassan

1

Mohd Yusuf bin Ismail2

Nidzamuddin bin Zakaria3

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

Universiti Sains Islam Malaysia

[email protected], 06-7986717

[email protected], 06-7986745

[email protected], 06-7986703

Page 2: PIMKU 36.pdf

RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM

DAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN AL-QURAN DAN

AL-SUNNAH

Syed Najihuddin bin Syed Hassan

Mohd Yusuf bin Ismail

Nidzamuddin bin Zakaria

ABSTRAK

Pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan teknologi akan meningkatkan kadar

pemahaman pelajar terhadap pelajaran. Kemajuan aplikasi teknologi dalam bidang

pendidikan juga telah meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada para

pelajar. Islam sebagai sebuah agama universal yang menjadi pegangan hidup setiap

Muslim tidak melarang sama sekali pengaplikasian kaedah serta pendekatan baru yang

digunakan, bahkan Islam amat menggalakkan umatnya supaya menggunakan apa jua

cara yang termampu bagi membantu proses penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat.

Justeru, kertas kerja ini akan menyingkap aspek hidup Rasulullah S.A.W sebagai model

pendidik yang ulung dan contoh teladan. Di samping itu, kajian ini juga meneliti

bagaimana Baginda memanfaatkan teknologi semasa yang wujud pada zaman Baginda

dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik generasi sahabat. Seterusnya,

kertas kerja ini juga akan menyenaraikan beberapa teknologi semasa yang boleh

dimanfaatkan dalam pendidikan al-Quran dan al-Sunnah. Adalah dijangkakan agar

kajian ini mampu menjadi pemangkin kepada para pendidik Muslim dalam

memanfaatkan lagi teknologi dan aplikasi semasa dalam penyampaian mereka serta

membuka ruang kepada mereka untuk mengenali aplikasi semasa yang berfaedah dalam

pengajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Kata kunci: Rasulullah dan teknologi, pengajaran al-Quran, pengajaran al-Sunnah, aplikasi

teknologi, inovasi pengajaran.

1.0 Pendahuluan

Sejak dahulu, manusia mencipta berbagai-bagai alat teknologi untuk memudahkan kehidupan

mereka. Dalam hal ini, teknologi wujud dengan kewujudan manusia. Pelbagai cara digunakan

untuk mendapat hasil yang diingini. Tiada siapa dapat menafikan kepentingan teknologi

terhadap manusia sejagat. Begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran yang telah melalui

evolusi seiring dengan kemajuan manusiawi. Pendekatan demi pendekatan telah diaplikasikan

untuk memaksimakan hasil pembelajaran. Teori dan teknik diperbaiki untuk mendapat hasil

yang dimahukan oleh pengajar atau pendidik sehingga membawa kepada penemuan terkini.

Siapa sangka pada satu masa dahulu, penggunaan papan kalam dapat diinovasikan menjadi

mini komputer riba pada masa sekarang.

2.0 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah Secara Umum

Sebelum kita melanjutkan perbicaraan kita dalam arena kupasan topik; Teknologi Pengajaran

dan Pembelajaran al-Quran dan Sunnah dengan lebih lanjut, maka lebih sesuai untuk kita

Page 3: PIMKU 36.pdf

mendasari isu ini dari pokok pangkalnya dengan merujuk terlebih dahulu kepada kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) al-Quran dan Sunnah secara umum terlebih dahulu.

2.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran

2.1.1 Kaedah-kaedah P & P al-Quran

Terdapat beberapa jenis kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

khasnya tilawah al-Quran. Antara kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut:

2.1.1.1 Talaqqi dan Musyafahah: Pelajar mengambil bacaan daripada guru iaitu

mendengarnya dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru, kemudian

mengulang bacaannya dengan didengari oleh guru sehingga guru berpuas hati. Murid

yang berjaya membaca dengan baik, betul dan sebutannya tepat akan beralih ke muka

surat yang lain, manakala murid yang kurang mampu akan tetap di muka surat sama.

2.1.1.2 Tadarrus: Murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulan yang kurang

daripada lima orang, manakala yang lain akan memerhati serta mendengar bacaan

tersebut. Jika terdapat kesalahan dalam bacaan, maka guru akan menegur agar

dimanfaatkan oleh pemerhati (murid-murid) yang lain.

2.1.1.3 Tasmi‘: Guru mendengar dan meneliti bacaan muridnya seorang demi

seorang. Sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan. Guru serta merta

memperbetulkan kesalahan tersebut dan meminta murid membacanya semula dengan

betul.

Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling

praktikal digunakan dalam pengajaran al-Quran. Kaedah ini bertepatan dengan peristiwa Nabi

Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira‟. Rasulullah mengambil al-Quran

daripada malaikat Jibril a.s secara talaqqi dan musyafahah; iaitu Jibril membacanya dahulu

dan didengar oleh Nabi . Kemudian Nabi membacanya dengan didengari oleh Jibril atau

mengikut bacaan malaikat Jibril .

Allah berfirman menjelaskan kaedah Talaqqi dan Musyafahah ini melalui ayat-Nya

berbunyi1:-

نا جمعو وق رآنو . ال تحرك بو لسانك لت عجل بو نا ب يانو . فإذا ق رأناه فاتبع ق رآنو . إن علي ثم إن علي

Bermaksud:-

1 Surah al-Qiyamah (75:16-19).

Page 4: PIMKU 36.pdf

Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang

diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan

kepadamu). Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam

dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah

menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut

bacaannya itu; Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan

kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

2.1.2 Jenis-jenis Bacaan Dalam P n P Tilawah al-Quran

Terdapat jenis-jenis bacaan yang perlu anda ketahui iaitu:

2.1.2.1 Tartil: Bacaan perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada

makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan bertajwid yang sempurna

dan merenungi makna, hukum dan pengajaran daripada ayat.

2.1.2.2 Tahqiq: Bacaannya seperti Tartil, cuma ia lebih lambat dan perlahan seperti

memperbetulkan bacaan huruf dari segi makhrajnya, menepati kadar bacaan mad dan

dengung. Ia merupakan latihan lidah bagi sebutan huruf dan sifatnya secara betul.

2.1.2.3 Hadar: Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.

Tingkatan bacaan ini bagi mereka yang telah menghafal al-Quran supaya dapat

mengulanginya dalam masa yang singkat.

2.1.2.4 Tadwir: Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar

serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.

2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Sunnah

2.2.1 Kaedah P & P Sunnah

Unit Kurikulum Cawangan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Jabatan

Perdana Menteri, Kuala Lumpur (t.th.:17-18), telah menggariskan beberapa kaedah P & P

bagi pelaksanaan kurikulum Sunnah/Sirah Rasul bagi program Kelas al-Quran dan Fardu „Ain

(KAFA) di Malaysia amnya termasuk pelaksanaan kurikulum tersebut di sekolah-sekolah

rendah seperti berikut:-

a. Cerita-cerita di sebalik fakta-fakta sirah ditonjolkan bagi menguatkan fakta tersebut.

b. Contoh-contoh positif setiap watak dalam sirah, dikaitkan dengan sifat pelajar dan

juga orang yang hampir dengan pelajar (ibu, ayah, adik beradik dan lain-lain).

c. Contoh-contoh penentangan terhadap Rasulullah dan sahabatnya disebutkan supaya

pelajar berasa benci atau marah dan di masa yang sama perkara-perkara tersebut,

Page 5: PIMKU 36.pdf

akan menambahkan lagi perasaan kasih para pelajar terhadap Rasulullah dan para

sahabatnya.

d. Peristiwa-peristiwa dalam sirah, dikait atau dibandingkan dengan situasi semasa

pelajar dan masyarakat.

e. Pelajar-pelajar dilatih agar mampu menceritakan peristiwa-peristiwa, nilai-nilai

positif, contoh-contoh Rasulullah dan sahabatnya dalam melaksanakan

tanggungjawab yang diamanahkan.

2.2.2 Prosedur-prosedur Utama Pengajaran Sunnah Rasul

Terdapat beberapa prosedur asas bagi pengajaran Sunnah Rasul (Huda „Ali dan Sa„dun

Mahmud, 2005: 157-158, „Abd al-Rahman Salih „Abd Allah,1991:211-212) antaranya:-

Pertama: Penyediaan Rancangan Mengajar

Guru-guru perlu menyediakan Rancangan Mengajar bagi mata pelajaran Sunnah Rasul ini

agar ia berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Rancangan Mengajar yang baik

mengambil kira aspek-aspek berikut:-

a. Penentuan Matlamat

ii. Pemilihan Kaedah dan Media Pengajaran

iii. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Kedua: Penentuan Objektif-objektif Mata Pelajaran

Menentukan objektif-objektif mata pelajaran Sunnah Rasul yang hendak disasarkan bagi

setiap pengajaran yang dilaksanakan berdasarkan tajuk-tajuknya.

Ketiga: Pengenalan Ringkas Mata Pelajaran

Guru-guru juga perlu memulakan pengajaran Sunnah Rasul dengan pengenalan ringkas bagi

setiap tajuk mata pelajaran tersebut yang bakal diajar kepada murid-murid. Hal ini memberi

kesan yang efektif dalam pemahaman dan penguasaan sesebuah tajuk yang diajar.

Keempat: Penyampaian dan Penerangan

Penyampaian dan penerangan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sunnah Rasul secara

terperinci mengikut R.P.H yang disediakan. Pengajaran Sunnah Rasul harus berpandukan

kepada metod pensejarahan yang sebenar dan berasaskan kronologi peristiwa yang berlaku

mengikut peritiwa-peristiwa dan tarikh-tarikh tertentu. Penyampaiannya adalah dalam bentuk

yang mudah dan ringkas agar senang difahami oleh murid-murid.

Page 6: PIMKU 36.pdf

Kelima: Penilaian dan Menjalankan Aktiviti-aktiviti

Ia merupakan prosedur penutup dan terakhir dengan menjalankan penilaian terhadap murid-

murid dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan proses pembelajaran di dalam

kelas. Perkara yang perlu diperhatikan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut adalah

objektif yang disasarkan dan sebaik-baiknya ia berbentuk realiti dan bukan hanya lakonan.

2.2.3 Teknik-teknik Efektif Dalam Pengajaran Sunnah/Sirah Rasul

Teknik-teknik pengajaran mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul adalah bergantung kepada

tajuk-tajuk yang diutarakan, jenisnya dan kepanjangan atau kependekannya (Huda „Ali dan

Sa„dun Mahmud 2005: 165-170). Oleh itu, seseorang guru yang ingin menjalankan

pengajaran Sunnah/Sirah Rasul setelah memulakannya dengan sedikit pengenalan, maka ia

boleh menggunakan kesemua atau salah satu daripada tiga teknik berikut:-

1. Teknik Mengajukan Soalan Berserta Ulasan

2. Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil

3. Penghuraian Dalam Bentuk Cerita

Teknik Pertama: Mengajukan Soalan Berserta Ulasan

Teknik ini dapat dilaksanakan dengan seseorang guru itu mengajukan soalan-soalan berkaitan

tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul adalah berkesan untuk menarik

perhatian murid-murid dengan mata pelajaran yang disampaikan. Dalam teknik ini terdapat

beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

a. Soalan-soalan yang akan diajukan kepada murid-murid perlulah bermula dengan

soalan-soalan bersifat mudah, sederhana dan berpindah kepada soalan-soalan yang agak

sukar bagi melihat tahap pemahaman murid dan kepintaran mereka.

b. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid-murid sebaik-baiknya diberikan ulasan

yang ringkas bagi memperjelaskan sebarang jawapan yang kurang tepat dan sempurna.

Guru juga boleh menambahkan ulasannya berpandukan kepada kisah-kisah dalam

Sunnah Rasul yang menyokong huraian tersebut.

c. Ulasan yang diberikan pula sebaik-baiknya dilakarkan dalam bentuk gambarajah atau

senarai tajuk-tajuk utama yang meliputi nama-nama dan peristiwa-peristiwa atau kisah-

kisah tertentu. Setelah selesai kelas tersebut, maka gambarajah atau senarai tajuk-tajuk

itu telah pun lengkap dengan fakta-fakta yang tersusun dan mengikuti kronologi sejarah

yang sempurna (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165-170).

Page 7: PIMKU 36.pdf

Teknik Kedua: Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil

Teknik ini adalah teknik membahagikan Sunnah Rasul kepada tajuk-tajuk yang lebih kecil

dan terperinci. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:-

a. Isi kandungan Sunnah Rasul itu dibahagikan kepada unit atau tajuk yang kecil di mana

guru tersebut akan menghuraikan unit-unit tersebut. Di samping itu, ia perlu juga

mendengar reaksi murid terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

b. Memastikan tajuk-tajuk bagi setiap unit itu ditulis dengan rapi di atas papan hitam/putih

dan menghuraikannya satu persatu berdasarkan turutan unit-unit tajuk itu di samping

mengambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting bagi setiap peristiwa Sunnah Rasul

yang dinyatakan itu.

c. Membuat kesimpulan setelah selesai menghuraikan tentang unit-unit tajuk dalam

Sunnah Rasul itu (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165-170).

Teknik Ketiga: Penghuraian Dalam Bentuk Cerita

Teknik ini adalah teknik menghuraikan Sunnah Rasul dalam bentuk penceritaan yang

berobjektifkan pendidikan dan mengambil pengajaran daripadanya. Dalam teknik ini terdapat

beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:-

a. Mengambil kira kronologi Sunnah Rasul dari segi tarikh dan tahun peristiwa itu berlaku

dengan penghuraian berbentuk mudah dan jelas.

b. Menyampaikan pelajaran tersebut dengan cara yang menarik perhatian murid-murid

agar respon yang baik diperolehi dan keberkesannya tercapai dalam kelas.

c. Menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sunnah Rasul dengan menyatakan sebab-sebab

atau faktor-faktor ia terjadi dengan mengaitkannya atau mengaplikasikan pelajaran-

pelajaran yang terkandung dalamnya dengan isu-isu semasa.

d. Menggunakan teknik surprise atau kejutan yang mampu menarik perhatian murid-

murid untuk mengetahui cerita selanjutnya.

e. Menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) atau dikenali sebagai Media Pengajaran

untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sunnah Rasul dalam bentuk yang menarik

dan memberansangkan. Sekurang-kurangnya papan hitam/putih adalah medium

pengajaran yang baik untuk memudahkan kefahaman murid-murid terhadap sesuatu

mata pelajaran khususnya Sunnah Rasul (Huda „Ali dan Sa„dun Mahmud, 2005: 165-

170).

Page 8: PIMKU 36.pdf

Teknik-teknik dalam P & P Sunnah/Sirah Rasul ini adalah penting dan amat baik akan

dapat memastikan keberkesanan mata pelajaran Sunnah/Sirah Rasul di kalangan murid-murid

yang mengikutinya. Selanjutnya, barulah kita berpindah kepada topik aplikasi teknologi

pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sebagai topik utama dalam kertas kerja

ini.

3.0 Rasulullah dan Aplikasi Teknologi di Zamannya

Rasulullah juga turut mengaplikasikan pelbagai pendekatan yang wujud pada zaman

tersebut sebagai wahana bagi memudahkan penyampaian ilmu kepada para sahabat. Baginda

berkomunikasi dengan umatnya berdasarkan kemampuan akal fikiran mereka. Baginda

juga berinteraksi dengan mereka berdasarkan keadaan serta mengikut kesesuaian. Dalam hal

ini, Baginda pernah melakar garisan di atas tanah dan membuat isyarat tertentu bagi

menjelaskan apa yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa contoh yang dapat digali

daripada sunnah Baginda sebagaimana berikut.

3.1 Lakaran Atau Lukisan di Atas Tanah

Baginda pernah membuat lakaran gambar rajah di atas tanah bagi memberikan gambaran

yang bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan. Ini diterangkan dalam hadis berikut:

ا ذ ى ال ق ا ث ط اهلل صلى اهلل عليو و سلم خ ول س ا ر ن ل ط خ : ال ق رضي اهلل عنو عن عبد اهلل بن مسعود ا ه ن م ل ي ب س ل ى ك ل ع ة ق ر ف ت م د ي ز ي ال ل ق ب س ه ذ ى ال ق ث و ال ش ن ع و و ن ي ي ن ع وطا ط خ ط خ اهلل ث ل ي ب س ﴾ و ل ي ب س ن ع م ك ب ق ر ف ت ف ل ب ا الس و ع ب ت ت ل و ه و ع ب ات ا ف م ي ق ت س م ي اط ر ا ص ذ ى ن ﴿إ أ ر ق ث و ي ل و إ ع د ي ان ط ي ش

إسناده حسن: أخرجو اإلمام أمحد، تعليق شعيب األرنؤوطYang bermaksud:

Dari Abdullah ibn Mas„ud berkata: Rasulullah membuat untuk kami satu garisan

kemudian bersabda “Ini jalan (sabil) Allah ” kemudian Baginda membuat beberapa

garisan di kiri dan di kanan garisan tadi seraya bersabda “Ini jalan-jalan, dan lebih bercabang-

cabang, pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru ke arahnya” kemudian Baginda

membaca ayat berikut (dalam menafsirkan ayat tersebut)

.﴿إن ىذا صراطي مستقيما فاتبعوه ول تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيلو﴾

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad (isnadnya hasan: Syua„ib al-Arna‟ut)

Hadis ini merupakan tafsiran kepada ayat yang diterangkan sendiri oleh Baginda .

Huraian sebegini membantu menambahkan pemahaman terhadap ayat al-Quran. Tafsiran ini

yang berbentuk lukisan gambar rajah menunjukkan kepekaan Baginda terhadap tahap

Page 9: PIMKU 36.pdf

kefahaman berhubung huraian ayat. Hadis ini juga menunjukkan bagaimana Baginda

menitikberatkan pengajaran berbantukan alat yang bersesuaian.

3.2 Menggunakan Isyarat Jari, Tangan dan Tongkat

Dalam penyampaian pengajaran Baginda , turut digunakan isyarat-isyarat yang memberi

maksud tertentu. Isyarat yang dibuat membawa maksud yang difahami. Baginda

menggunakan isyarat jari, tangan dan tongkat sebagai jawapan kepada soalan tertentu. Antara

contoh pengajaran Baginda yang menggunakan isyarat ialah sebagaimana hadis-hadis berikut.

ن أ ل ب ق ت ب ذ ال ق ف و ت ج ح ف ل ئ صلى اهلل عليو و سلم س ب الن ن أ مارضي اهلل عنه اسب ع ن اب ن ع أخرجو (.ج ر ح ل و ) ه د ي ب أ م و أ ؟ ف ح ب ذ أ ن أ ل ب ق ت ق ل ح ال ق (. ج ر ح ل و ) ال ق ه د ي ب أ م و أ ف ي؟ م ر أ

.من أجاب الفتيا باإلشارة: البخاري، بابDari Ibn „Abbas bahawa Nabi ditanya semasa Baginda dalam haji, “Saya menyembelih

(dam terlebih dahulu) sebelum melontar (Jamrah „Aqabah pada hari ke-10)?” maka Baginda

memberi isyarat dengan tangannya berkata “Tidak mengapa”. Berkata (bagi soalan yang lain):

“Saya bercukur (terlebih dahulu) sebelum menyembelih (dam)?” maka Baginda memberi

isyarat dengan tangannya berkata “Tidak mengapa”. [al-Bukhari, Bab Man Ajab al-Futya bi

al-Isyarah]

3.3 Membandingkan Objek di Sekeliling Baginda

Baginda pernah membandingkan orang Islam dengan sebatang pokok yang tidak

berguguran daunnya iaitu pohon tamar.

ش ج ر ة الش ج ر م ن إ ن و س ل م ع ل ي و الل و ص ل ى الل و ر س ول ق ال ي ق ول رضي اهلل عنهماع م ر ب ن الل و ع ب د عن

ق ط ل ل م م ث ل و إ ن ه ا و ر ق ه ا ي س ث ون ال م س ي م ا ف ح د ف و و ق ع الل و ع ب د ق ال ال ب و اد ي ش ج ر ف الن اس ف و ق ع ى

ي ل ة أ ن ه ا ن ف س ي ي ت الن خ ت ح ث ن ا ق ال وا ث ف اس ي م ا ح د ي ف ق ال ق ال الل و ر س ول ي ا ى

ل ة ى ف ذ ك ر ت ق ال الن خ

ي ق ل ت ت ك ون ن أل ق ال ل ع م ر ذ ل ك ل ة ى ا م ن إ ل أ ح ب الن خ ا ك ذ .و ك ذ

Maksudnya:

Dari Abdullah bin „Umar berkata, Rasulullah bersabda “Sesungguhnya terdapat dari

kalangan pokok ada sebatang pokok yang tidak berguguran daunnya, dan sesungguhnya

pokok itu seumpama muslim, maka beritahu padaku pokok apa?,” Maka setiap sahabat

meneka dengan menyebut semua jenis pokok (yang mereka tahu). Abdullah (ibn „Umar)

“Terlintas dalam fikiranku bahawa ia adalah pokok tamar, akan tetapi aku agak malu

Page 10: PIMKU 36.pdf

menyebutnya”. Kemudian mereka berkata, “Beritahu pada kami wahai Rasulullah apa

(jawapannya)”, Baginda bersabda “Ia pokok tamar”. Ibn „Umar berkata, “Aku menyatakan

perkara tersebut kepada „Umar (bapanya), beliau berkata, kalau kamu sebutkannya, ia pokok

tamar, lebih baik bagiku dari sekian dan sekian”.

4.0 Aplikasi dan Perisian Terkini Untuk Pengajaran al-Quran dan al-Sunnah

Setelah kita melihat bagaimana Rasulullah memanfaatkan teknologi yang wujud di zaman

baginda dalam menyebarkan dan mengajar al-Quran dan al-Sunnah, maka sewajarnya kita

juga memanfaatkan teknologi yang ada pada zaman ini untuk menyampaikan kedua-dua

sumber ilmu yang agung ini dengan metod yang lebih praktikal dan berkesan. Maka teknologi

terkini yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah dapat dilihat antaranya dari

pembangunan perisian computer yang menjadikan sumber al-Quran dan al-Sunnah sebagai

kandungan utama.

Setelah tinjauan dibuat, didapati beberapa perisian computer terkini boleh dijadikan

sebagai alat yang berkesan dalam pengajaran al-Quran dan al-Sunnah. Berikut pengenalan

terhadap perisian QuranHafs 2003 sebagai salah satu contoh perisian berkaitan al-Quran yang

merangkumi pengenalan umum terhadap perisian dan ciri-ciri khusus perisian.

4.1 Pengenalan Perisian Quran Hafs 2003

Perisian QuranHafs 2003 merupakan satu perisian al-Quran yang menyediakan pelbagai

fungsi yang memberi banyak manfaat kepada pengguna khususnya untuk mempelajari,

memahami serta mendalami kitab suci al-Quran. Skrin utama QuranHafs 2003 memaparkan

12 menu dengan menu utamanya iaitu carian ayat-ayat al-Quran2 berserta dengan 11 menu

lain berkaitan dengan cabang-cabang ilmu al-Quran seperti Tafsir, Tajwid, Qiraat dan fatwa-

fatwa berkaitan al-Quran.

Pada skrin utama juga terdapat skrin paparan ayat-ayat al-Quran hasil daripada carian

pengguna melalui menu (بحث) dengan menggunakan Mashaf Rasm Uthmaniah, pengguna

boleh mendengar bacaan ayat al-Quran melalui klik butang “Tilawah”, Kemudian pengguna

di beri pilihan bacaan Qari terkenal antaranya ialah al-Sudais, al-Ghamidi, al-Syuraim dan

lain-lain dan bacaan semua Qurra’ mengikut riwayat Hafs daripada „Asim al-Kufi.

Keistimewaan yang terdapat pada skrin ini ialah pengguna boleh mendengar bacaan ayat al-

Quran beserta dengan paparan gambar. Pada skrin utama ini juga terdapat paparan tafsir

bersamaan dengan ayat al-Quran yang terpapar di skrin paparan ayat tetapi ianya berhubung

2 Lihat gambarajah 1: Nombor 1.

Page 11: PIMKU 36.pdf

dengan laman web lain. Antara pilihan tafsir yang disediakan ialah Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir

al-Qurtubi, Tafsir al-Syaukani dan lain-lain.

Gambarajah 1: Menu Utama Perisian QuranHafs 2003

4.2 Ciri Khusus Perisian

4.2.1 Menu (1): Pautan Carian (بحث)

Pautan (بحث) adalah menu utama bagi perisian Quranhafs 2003 kerana daripada menu

ini pengguna akan membuat carian ayat-ayat al-Quran dan boleh dipaparkan di skrin utama

perisian. Terdapat empat perincian pada pautan ini iaitu: Carian kalimah (كلوت), perpindahan

ayat, (انتقال إلي) dan carian berdasarkan tajuk-tajuk dalam al-Quran ( هوضوعاث. ) Carian

daripada keempat-empat menu ini akan terpapar di menu (بحث) terlebih dahulu sebelum dua

kali klik untuk dipaparkan di skrin utama perisian. Di menu ini juga ayat-ayat al-Quran boleh

dicari dengan menaip kalimah awal daripada mana-mana ayat kemudian, akan terpapar ayat

yang bermula dengan kalimah tersebut di menu (بحث) disertakan dengan nama surah dan

nombor ayat. Bagi capaian cepat untuk mendapatkan ayat, pengguna boleh menaip nama

surah kemudian letakkan “ - ” dan nombor ayat, contoh {ص-٣ }.

Seterusnya, masuk ke menu (كلوت), pengguna boleh menggunakan menu ini dengan

menulis kalimah yang dicari sama ada dalam bentuk kalimah yang sempurna atau huruf

sahaja, kemudian pilih sama ada kalimah yang dikehendaki daripada ayat yang terkandung

1

5

4

3

6

2

7

9

10

8

11

12

Page 12: PIMKU 36.pdf

kalimah tersebut, ayat yang bermula dengan kalimah ataupun ayat yang berakhir dengan

kalimah tersebut.

Menu kedua menyediakan kepada pengguna untuk mencari ayat al-Quran melalui

kaedah carian (هفرداث), pengguna di beri pilihan untuk mencari dengan kalimah yang

sempurna ataupun huruf sahaja. Di samping itu juga, pengguna boleh memilih sama ada hasil

carian untuk dua kalimah yang dikehendaki berturutan atau berasingan dalam ayat tersebut.

Menu yang ketiga (انتقال إلي) ialah capaian kepada ayat melalui nama surah, nombor

ayat, muka surat dan juzuk. Pengguna boleh mencari ayat yang dikehendaki dengan menaip

kaedah tersebut. Tetapi melalui kaedah muka surat, ianya mestilah berpandukan Mushaf al-

Madinah al-Munawwarah tulisan „Uthmaniah yang mengandungi 604 muka surat. Melalui

menu ini juga, pengguna boleh mencari semua ayat-ayat sajadah yang terkandung dalam al-

Quran dengan mudah dengan hanya meng‟klik‟ menu sajadah, pengguna boleh mengetahui

surah dan nombor ayat tersebut.

Pada akhirnya, menu (هوضوعاث) , yang membolehkan pengguna boleh mencari ayat-

ayat al-Quran yang berkaitan dengan sesuatu kisah, tajuk ataupun hukum-hakam, dengan

menaip ataupun mencari di menu sahaja. Contoh berkaitan dengan rukun-rukun Islam di

bawahnya terdapat lagi tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan rukun-rukun Islam seperti

solat. Ayat-ayat yang berkaitan dengan tajuk tersebut akan terpapar di menu (بحث) setelah

di‟klik‟ .

4.2.2 Menu (2): Maktabah al-Tafasir

Menu yang kedua bagi perisian ini ialah (هكتبت التفاسير), menu ini dihubungkan dengan

internet untuk mendapatkan maklumat. Pengguna diberi pilihan kitab tafsir yang dikehendaki

seperti Tafsir al-Jalalain, Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir al-Baidawi dan sebagainya, dan disertakan

juga sebab turunnya semua ayat-ayat al-Quran. Di sini, pengguna boleh membezakan dengan

cepat bagaimana penulis kitab-kitab ini mentafsir ayat-ayat al-Quran mengikut kaedah

masing-masing.

4.2.3 Menu (3): al-Maktabah al-Islamiyyah

Dalam menu ini terdapat 10 buah kitab yang berkaitan dengan al-Quran seperti

berikut: I„jaz al-Quran, Fada‟il al-Quran, Manahil al-„Irfan, Kitab al-Sab„ah fi al-Qira‟at, Hirz

al-Amani, Usul al-Qira‟at, Jawahir al-Quran, al-„Itqan, dan lain-lain. Walau bagaimanapun,

untuk mendapat maklumat melalui menu ini, pengguna perlu mempunyai sambungan dengan

internet. Jika tiada internet, maka pengguna tidak boleh melihat maklumat yang di sediakan di

dalam menu ini dengan lebih terperinci lagi.

Page 13: PIMKU 36.pdf

4.2.4 Menu (4): al-Fatawa al-Qur’aniyyah

Menu ( لفتاوى القرآنيتا ) berkaitan dengan al-Quran di mana terdapat 37 soalan berserta

jawapan tentang kemusykilan mengenai al-Quran dari sudut maksud perkataan dalam surah-

surah tertentu, hukum membaca al-Quran, pelbagai keadaan dan situasi serta masalahnya dan

lain-lain lagi.

4.2.5 Menu (5): Maktabah al-Ma’ajim wa al-Mustalahat

Menu (الوعاجن) menyediakan sumber kamus-kamus untuk dijadikan bahan rujukan di

mana pengguna boleh mencari sebanyak 21187 perkataan, sebagai contoh maksud ( آ ) dan

akan diterangkan dengan lebih terperinci lagi. Terdapat lima jenis kamus dalam menu ini

iaitu : Lisan al-„Arab, al-Qamus al-Muhit, Mukhtar al-Sihah, al-Mufradat fi Gharib al-Quran,

dan al-Ta„rifat.

4.2.6 Menu (6): Ahkam al-Tilawah

Menu (أحكام تالوة) dalam perisian ini mengandungi 10 hukum berkaitan Tilawah al-

Quran berserta dengan keterangannya. Hukum yang dibincangkan dalam menu ini ialah:

makharij huruf, hukum nun sakinah, hukum ra‟, hukum mad, dan sebagainya. Menu ini

bertujuan untuk memudahkan pengguna mempelajari hukum-hukum tilawah dengan

menggunakan skrin komputer. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menarik minat

pengguna untuk mengetahui dan mendalami ilmu tajwid dengan sempurna selain mengetahui

cara membaca al-Quran dengan betul.

4.2.7 Menu (7): Maklumat Quraniyyah

Menu (هعلوهاث قرآنيت) ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkan

maklumat tentang al-Quran. Antara maklumat yang boleh didapati dalam menu ini ialah

maklumat berkenaan surah-surah al-Quran, individu-individu penting dalam perkembangan

dan pengkajian al-Quran, dan penulisan penting dalam Ilmu al-Quran.

4.2.8 Menu (8): Masyahir al-Qurra’

Menu (هشاهير القراء) bertujuan untuk memperdengarkan contoh bacaan al-Quran

daripada Qura‟ yang mahsyur. Dalam menu ini terdapat 9 orang Qura‟ antaranya Abu Bakar

al-Syatiri, Muhammad Abdul Karim, Hani al-Rifa„i, Masyari al-Afasi dan sebagainya.

4.2.9 Menu (9): Ad‘iyyah (Doa-doa)

Menu (أدعيت) menyediakan pilihan doa-doa khatam Quran kepada pengguna, disini

pengguna boleh mendengar bacaan doa khatam Quran dari 7 sheikh yang berbeza. Hanya

Page 14: PIMKU 36.pdf

dengan klik pada nama sheikh dan butang (قراءة), pengguna akan diperdengarkan dengan

bacaan doa ini.

4.2.10 Menu (10): Qiraat

Menu (قراءاث) memberi peluang kepada pengguna untuk mendengar perbezaan

bacaan Imam Qiraat Tujuh bersama muridnya. Menu ini hanya mendatangkan satu surah

sahaja iaitu surah al-Humazah dan untuk mendengar bacaan Qura‟, pengguna hanya klik pada

nama Imam Qiraat Tujuh dan klik butang (تالوة)

4.2.11 Menu (11): Hadha al-Mushaf

Menu (هذا الوصحف) memberi maklumat kepada pengguna berkaitan dengan simbol

warna untuk hukum tajwid dan tanda waqaf yang digunakan dalam ayat al-Quran. Contohnya

bagi alamat waqaf (صلي) ditandakan dengan warna merah menunjukkan lebih baik

meneruskan bacaan.

4.2.12 Menu (12): al-Mausu‘ah al-Qur’aniyyah

Menu (التعليواث) memberikan maklumat kepada pengguna berkaitan dengan cara untuk

menggunakan perisian QuranHafs 2003 dengan lengkap beserta sejarah perisian ini dicipta.

Setiap menu yang ada dalam perisian ini diterangkan fungsinya satu persatu di dalam menu

ini.

5.0 Rumusan dan Kesimpulan

Kertas kerja ini telah membincangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi al-Quran dan

al-Sunnah dengan memberikan situasi yang telah dilalui selama ini. Dalam hal ini, Rasulullah

sebagai rasul pembimbing seluruh alam tidak melarang penggunaan teknologi dalam

penyampaian ilmu, malah Baginda turut mengaplikasikan apa yang terdapat pada zaman

tersebut. Penggunaan teknologi masa kini yang berbentuk digital telah memudahkan lagi

proses itu. Kemunculan perisian seperti Perisian QuranHafs 2003 yang berkaitan al-Quran

dan al-Sunnah mempunyai banyak kelebihan dan faedah terutama dalam memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sama ada di peringkat sekolah

mahupun di peringkat pengajian tinggi. Bahkan, dengan menggunakan perisian yang sebegini

dapat mewujudkan suasana kelas yang lebih menarik dan interaktif. Oleh yang demikian,

diharapkan agar para pendidik dalam lapangan ini mengambil faedah daripada kemudahan

teknologi seumpama ini sebagaimana Rasulullah berusaha sedaya upaya menggunakan apa

yang terdaya oleh Baginda dalam mendidik ummah ini.

Page 15: PIMKU 36.pdf

6.0 Rujukan

al-Qur’an dan Terjemahannya. 1412H. al-Madinah al-Munawwarah: Mujamma„ Khadim al-

Haramayn al-Sharifayn al-Malik Fahd li Tiba„at al-Mushaf al-Sharif.

Abdul Qadir Leong al-Azhari. 1997. Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Sukatan Pelajaran Pendidikan

Islam. Kuala Lumpur: JAPIM.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran

Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur: JAPIM.

al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. 2000. Sahih al-Bukhari, Syarh Fath al-Bari

oleh Imam Ibn Hajar. al-Riyad: Dar al-Salam.

Jamaluddin Abdul Jabbar. 2001. Metodologi Pendidikan Tilawah al-Quran al-Karim. Kuala

Lumpur: Prospecta Printers Sd. Bhd.

Hassan Mahmud al-Hafiz. 1986. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani. Kuala

Lumpur: Dinie Publisher.

Huda „Ali Jawwad al-Shamriyy dan Sa„dun Mahmud al-Samuk. 2004. al-Turuq al-‘Ilmiyyah

li Tadris al-Hadith wa al-Sirah wa al-Fiqh min al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. „Amman:

Dar Wa‟il li al-Nashr.

Surur Shihabuddin. 2005. Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Melalui Toriq al-

Syatibiyyah. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd.

Mohd Yusof Ahmad. 2004. Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Yusof al-Hamadi. 1987. Asalib Tadris al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Riyadh: Dar al-Marikh.