PINDAAN - Hasil · 2013. 5. 22. · Negara Mastautin Sila rujuk kod negara di muka surat 11 nota...

14
PINDAAN Bil. Perkara Muka Surat 1. Tambahan Kod Tuntutan : 154 & 221 12

Transcript of PINDAAN - Hasil · 2013. 5. 22. · Negara Mastautin Sila rujuk kod negara di muka surat 11 nota...

  • PINDAAN

    Bil. Perkara Muka Surat

    1. Tambahan Kod Tuntutan : 154 & 221 12

  • - 1 -

    Nota ini bertujuan membantu badan amanah melengkapkan Borang TA bagi Tahun Taksiran 2013. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 adalah benar dan lengkap. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

    Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TA KECUALI bagi kes pembayaran balik di mana badan amanah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh dicetak dari Buku Panduan Borang TA di laman web:-

    (i) Helaian Kerja HK-3 (dilampirkan) berkenaan tolakan cukai di bawah seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen);

    (ii) HK-6 berkenaan tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain); dan

    (iii) HK-8 / HK-9, jika berkenaan, berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

    Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

    Gunakan pen mata bulat berwarna hitam. Isikan semua ruang yang berkenaan dengan HURUF BESAR. Bahagian C, CA dan D perlu diisi dengan nilai sen. Lain-lain bahagian yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

    Contoh: Pendapatan bercukai (ruang B32) RM 180,246.65 Cukai kena dibayar (ruang CA5) RM 65,927.98

    MAKLUMAT ASAS

    dan Isikan maklumat yang berkenaan sebagaimana didaftarkan.

    KEDUDUKAN CUKAI

    Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, badan amanah dinasihatkan supaya mengisi Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian D di muka surat 8 Borang TA 2013. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

    BAHAGIAN A: MAKLUMAT BADAN AMANAH

    Ruang Perkara Keterangan

    A1 Mastautin di Malaysia

    Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya badan amanah bermastautin di Malaysia atau ‘2’ jika tidak.

    A2

    Negara Mastautin Sila rujuk kod negara di muka surat 11 nota penerangan ini atau senarai yang lengkap di Lampiran E Buku Panduan Borang TA.

    Contoh: Jika badan amanah bermastautin di Malaysia, masukkan kod negara yang berkenaan seperti berikut:-

    A3 Tarikh Mula Akaun Tarikh mula tahun kewangan badan amanah.

    A4 Tarikh Tutup Akaun Tarikh tutup tahun kewangan badan amanah.

    A5 Ketetapan Umum Dipatuhi

    Sila rujuk senarai ketetapan umum di Lampiran H Buku Panduan Borang TA. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web LHDNM. Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan jika setiap ketetapan umum dipatuhi atau ‘2’ jika satu atau lebih ketetapan umum tidak dipatuhi.

    PENDAPATAN BERCUKAI

    CUKAI KENA DIBAYAR CA5

    B32

    1 2

  • - 2 -

    A5a Penyimpanan Rekod

    Isikan ‘1’ sekiranya rekod badan amanah disimpan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) atau ‘2’ jika tidak.

    A6 No. Majikan Nombor rujukan fail cukai pendapatan majikan (jika berkenaan).

    A7 Kelulusan Pengecualian Cukai

    Isikan ‘1’ sekiranya badan amanah mendapat kelulusan pengecualian cukai. Isikan ‘2’ jika tidak mendapat kelulusan pengecualian cukai atau sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai belum diluluskan.

    A8

    No. Kelulusan Pengecualian Cukai

    Nombor kelulusan pengecualian cukai (jika ada).

    A9 Alamat Surat-menyurat Badan Amanah

    Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

    A10 Alamat Premis Perniagaan

    Alamat di mana perniagaan utama dijalankan.

    A11 Alamat Di Mana Rekod Badan Amanah Disimpan

    Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya rekod badan amanah disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A9; atau ‘2’ jika disimpan di alamat premis perniagaan seperti di ruang A10. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A9 dan A10.

    A12 Alamat Lain Nyatakan alamat di mana rekod badan amanah disimpan sekiranya ruang A11 = 3.

    A13 Maklumat Pemegang Amanah

    Isikan ruang A13a hingga ruang A13e berkenaan maklumat pemegang amanah. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 2 pemegang amanah, sila senaraikan mengikut format dari ruang A13a hingga ruang A13e dan kemukakan bersama Borang TA.

    A14 A15

    Nama Bank No. Akaun Bank

    Sekiranya badan amanah layak menerima pembayaran balik daripada LHDNM, nyatakan nama bank dan nombor akaun di bank berkenaan supaya bayaran boleh dikreditkan ke akaun bank badan amanah tersebut.

    BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN

    Jika A1 = 1, isi Bahagian B dan C bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia. Bahagian BA dan CA tidak perlu diisi.

    B1 hingga B3 PERNIAGAAN

    Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai. Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan.

    Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 3 perniagaan, sila jumlahkan dan masukkan pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TA.

    Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / Amaun N dari Helaian Kerja HK-1C / Amaun L dari Helaian Kerja HK-1D

    B4 hingga B6 PERKONGSIAN

    Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai.

    Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 3 perkongsian, sila jumlahkan dan masukkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perkongsian dan kemukakan lampiran bersama Borang TA.

    Amaun E / G / J dari Helaian Kerja HK-1B

  • - 3 -

    ELAUN MODAL

    Dibenarkan sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai ke atas aset yang digunakan dalam perniagaan. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.

    Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A boleh dirujuk sebagai panduan untuk membuat pengiraan.

    B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN

    Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada agregat pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

    Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3

    Jika amaun di ruang B8 melebihi amaun di ruang B7, masukkan amaun seperti di ruang B7.

    B10 DIVIDEN

    Sekiranya badan amanah mempunyai pendapatan dividen dan layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C8 berhubung tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen), sila kemukakan Helaian Kerja HK-3 (dilampirkan) bersama Borang TA.

    Amaun C(iii) dari Helaian Kerja HK-3

    B11 FAEDAH DAN DISKAUN

    Faedah

    Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima.

    Amaun E dari Helaian Kerja HK-5

    Diskaun

    Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

    B12 SEWA, ROYALTI

    Sewa

    Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain.

    Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B

    Royalti

    Royalti bermaksud:-

    (a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk penggunaan atau hak untuk menggunakan:

    (i) hakcipta, hasilkerja-hasilkerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk siaran radio atau televisyen, filem wayang gambar, filem atau pita video atau apa jua cara penghasilan semula jika filem atau pita itu telah digunakan atau akan digunakan atau dihasil semula di Malaysia atau harta atau hak lain yang serupa;

    (ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal, perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman atau kemahiran saintifik;

    (b) pendapatan yang diperoleh dari pemindahan milik atas mana-mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam perenggan (a) definisi di atas.

    Amaun H dari Helaian Kerja HK-5

  • - 4 -

    B13 ANUITI DAN BAYARAN BERKALA LAIN

    Anuiti

    Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

    Bayaran Berkala Lain

    Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

    B14 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

    Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

    Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TA sekiranya pendapatan ini melayakkan badan amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang C8 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain).

    B15 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

    Perolehan berikut dianggap sebagai pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat. Perolehan ini berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

    Perolehan ini boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan perbelanjaan-perbelanjaan tersebut telah dibuat.

    Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

    B18 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA

    Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat tahun semasa.

    Contoh: Kerugian perniagaan pada tahun 2013 boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2013.

    Pindahkan amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3 ke ruang ini. Amaun di ruang B18 adalah terhad kepada amaun di ruang B17. Jika amaun di ruang B18 melebihi amaun di ruang B17, masukkan amaun seperti di ruang B17.

    B20 PERBELANJAAN MENCARIGALI – JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b)

    Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak, boleh dituntut sebagai potongan.

    Masukkan baki yang tidak boleh diserap (jika ada) ke ruang H3.

    B22 ANUITI KENA BAYAR / BAYARAN BERKALA

    Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah yang melayakkan waris atau benefisiari menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

    B24 hingga B29 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

    Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan [subseksyen 44(6)]

    Hadiah wang kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan

  • - 5 -

    Hadiah Wang Kepada Institusi Atau Organisasi Yang Diluluskan

    Hadiah Artifak, Manuskrip Atau Lukisan

    Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara.

    Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan Atau Kepada Perpustakaan

    Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pengajian tinggi.

    Hadiah Lukisan Kepada Balai Seni Lukis Negara Atau Balai Seni Lukis Negeri

    Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.

    Zakat Perniagaan

    Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17.

    B31 PEMBAHAGIAN KEPADA BENEFISIARI YANG BERMASTAUTIN

    Pembahagian yang ditetapkan bagi setiap benefisiari mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah. Walau bagaimanapun, tolakan hanya dibenarkan sekiranya benefisiari berkenaan bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas.

    BAHAGIAN C: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

    C1 CARA PENGIRAAN CUKAI

    Contoh:

    Pendapatan bercukai di ruang B32: RM 65,500

    Cukai atas RM 65,500 pada kadar 25% = RM 16,375.00

    Masukkan jumlah cukai di ruang C1 Borang TA.

    C2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)

    Amaun D dari Helaian Kerja HK-3

    Sekiranya badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C8, kemukakan Helaian Kerja HK-3 (dilampirkan) bersama Borang TA.

    C3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

    Amaun B dari Helaian Kerja HK-6

    Sila kemukakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA jika badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C8 berhubung tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang berkenaan.

    Terhad kepada 7% daripada Pendapatan Agregat di B17

    Proviso subseksyen 44(6) - Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah dihadkan kepada perbezaan di antara antara 7% pendapatan agregat di B17 dengan jumlah potongan di bawah subseksyen 44(11B) dan subseksyen 44(11C). Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Aktiviti Sukan Atau Badan Sukan Yang Diluluskan [subseksyen 44(11B)]

    Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B17 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11C). Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Kepada Projek Berkepentingan Negara Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan [subseksyen 44(11C)]

    Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 7% pendapatan agregat di B17 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11B).

  • - 6 -

    C4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

    Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA untuk menentukan negara-negara yang memeterai Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dengan Malaysia.

    Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 boleh dirujuk untuk membuat pengiraan kredit.

    C5 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

    Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-negara ini tidak memeterai Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dengan Malaysia.

    Sila rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.

    BAHAGIAN BA: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN

    Jika A1 = 2, isi Bahagian BA dan CA bagi badan amanah yang TIDAK BERMASTAUTIN di Malaysia. Bahagian B dan C tidak perlu diisi.

    BA1 hingga BA30 Sila rujuk penerangan untuk Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka surat 2 hingga 5 Nota Penerangan ini.

    Bagi badan amanah yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 25%.

    BA31 hingga BA31d Pendapatan Kasar Yang Tertakluk Kepada Kadar Cukai Lain

    Bahagian ini merangkumi pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 25%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.

    Sekiranya pendapatan tersebut melayakkan badan amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang CA6 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain), Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TA.

    BA31a Faedah

    Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

    BA31b Royalti

    Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

    BA31c Pendapatan Kelas Khas Di Bawah Seksyen 4A

    Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

    balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

    balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran apa-apa perusahaan, ventur, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau

    sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan untuk mengguna apa-apa harta alih.

    BA31d Pendapatan Lain

    Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

    Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 25%.

  • - 7 -

    BAHAGIAN CA: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

    CA1 hingga CA1g PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

    Contoh: Badan amanah bermastautin di Singapura Kadar Cukai Cukai Yang Dikenakan

    Jumlah di ruang BA30: RM 105,500 25% RM 26,375.00

    Pendapatan kasar faedah di ruang BA31a: RM 80,300 15% RM 12,045.00

    Pendapatan kasar royalti di ruang BA31b: RM 250,000 10% RM 25,000.00

    Darab amaun pendapatan bercukai dari ruang BA30 dengan kadar cukai 25% dan masukkan hasil pengiraannya di ruang CA1a Borang TA seperti berikut:-

    Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan CUKAI ATAS KADAR 25% (BA30 x 25%) 25%

    Pendapatan Kasar Yang Tertakluk Kepada Kadar Cukai Lain

    Amaun pendapatan bercukai dari ruang BA31a hingga ruang BA31d yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 25%, dimasukkan ke ruang CA1b hingga ruang CA1g (yang mana berkenaan) mengikut kadar cukai seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK. Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

    Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

    10%

    15%

    CA3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)

    Amaun D dari Helaian Kerja HK-3 Sekiranya badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti di ruang CA6, kemukakan Helaian Kerja HK-3 bersama Borang TA.

    CA4 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

    Amaun B dari Helaian Kerja HK-6 Sila kemukakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA jika badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti di ruang CA6 berhubung tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan.

    BAHAGIAN D: KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2013

    Cukai kena dibayar adalah dari ruang C7 bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau ruang CA5 jika TIDAK BERMASTAUTIN. Masukkan amaun bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun semasa ke ruang D2. Jika masih ada baki cukai yang kena dibayar seperti di ruang D3, bayaran boleh dibuat melalui:-

    kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Affin Bank Berhad (ABB) dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank

    perbankan internet PBB, Maybank, Hong Leong Bank & Citibank dan perbankan telefon Maybank

    Auto Teller Machine (ATM) PBB dan Maybank

    e-Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di laman web LHDNM,

    http://www.hasil.gov.my

    CA1a ->>_>>_>>_>?

    , , , . 2 6 3 7 5 0 0

    CA1d

    CA1f

    ->>_>>_>>_>?

    , , , . 2 5 0 0 0 0 0

    ->>_>>_>>_>?

    , , , . 1 2 0 4 5 0 0

    _>>_>>_>>?

    , , , 2 5 0 0 0 0

    _>>_>>_>>?

    , , , 8 0 3 0 0

  • - 8 -

    kaunter LHDNM dengan menggunakan slip pengiriman bayaran (CP207) yang dilampirkan bersama borang nyata

    pos ke alamat LHDNM seperti dinyatakan di belakang CP207; atau

    Pos Malaysia Berhad (kaunter dan Pos Online)

    PERINGATAN

    Selepas selesai pengiraan cukai dari Bahagian B atau BA hingga Bahagian D, badan amanah diingatkan supaya mengisi bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TA 2013 dengan menandakan ‘X’ dalam satu petak yang berkenaan sahaja.

    BAHAGIAN E: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

    Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.

    Contoh: Dividen yang dibayar dalam tahun 2012 tetapi baucar hanya diterima dalam tahun 2013.

    Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

    BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

    F1

    Telah melupuskan aset?

    Tandakan ‘X’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan atau ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

    F2 Telah melaporkan pelupusan kepada LHDNM?

    Ruang ini hanya perlu diisi jika F1 = ‘Ya’. Tandakan ‘X’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan badan amanah berkenaan (pelupus). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LHDNM, http://www.hasil.gov.my .

    BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

    G1 KERUGIAN

    G1a Baki kerugian tahun semasa

    Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa yang tidak diserap.

    G1b Baki kerugian tahun kebelakangan

    Baki kerugian tahun sebelum yang tidak diserap.

    Amaun C dari Helaian Kerja HK-1.3

    G1c Kerugian hantar hadapan

    G1a campur G1b

    Amaun J dari Helaian Kerja HK-1.3

    G2 ELAUN MODAL

    G2a hingga G2f

    Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

    Elaun Diserap

    Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa.

    Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun Q5 dari Helaian Kerja HK-1C / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D.

    Baki Hantar Hadapan

    Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun Q6 dari Helaian Kerja HK-1C / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D.

    http://www.hasil.gov.my/

  • - 9 -

    G3 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

    Helaian Kerja HK-11 dalam Buku Panduan Borang TA boleh digunakan untuk pengiraan.

    G3a Seksyen 107A Bayaran kontrak dalam tempoh asas kepada kontraktor bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967:

    10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut

    campur

    3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut.

    G3b Seksyen 109 Bayaran faedah / royalti dalam tempoh asas kepada seseorang

    bukan pemastautin. Mengikut Bahagian II Jadual 1 ACP 1967, kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar untuk faedah dan 10% atas jumlah kasar bagi royalti. Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA untuk kadar mengikut Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali.

    G3c Seksyen 109A Bayaran dalam tempoh asas berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam.

    Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967).

    G3d Seksyen 109B Bayaran jenis kelas khas dalam tempoh asas di bawah seksyen 4A kepada seseorang bukan pemastautin

    Kadar cukai pegangan seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang TA).

    G3e Seksyen 109F Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin berhubung pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 adalah tertakluk kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti

    ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.

    G3a hingga G3e JUMLAH KASAR DIBAYAR

    Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan.

    JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM

    Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

    BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

    H1 hingga H5 Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 12 & 13 nota penerangan ini.

    BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF

    J1 ELAUN JADUAL 7A

    Insentif ini berkenaan dengan projek menjalankan perniagaan penternakan ayam dan itik yang menukar daripada sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup; atau membesarkan sistem reban tertutup sedia ada yang diluluskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (perenggan 1C dan subperenggan 8(d) Jadual 7A ACP 1967).

    Insentif ini boleh dituntut sekiranya terdapat baki elaun Jadual 7A yang belum diserap sepenuhnya (perenggan 4 Jadual 7A).

  • - 10 -

    Rujuk kepada perenggan 3 Jadual 7A dan Helaian Kerja HK-1B / HK-1C (yang mana berkaitan) berkenaan cara pengiraannya.

    Simpan dokumen asal berhubung dengan perbelanjaan modal yang layak serta borang permohonan dan pengiraan elaun tersebut untuk semakan.

    J2 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

    Rujuk kepada Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275/2006] untuk menentukan kelayakan serta Helaian Kerja HK-1B dan HK-1D untuk membuat pengiraan.

    J3 PERBELANJAAN JADUAL 4

    Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

    BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN BADAN AMANAH

    K1 Kod perniagaan

    Isikan kod perniagaan (Sila rujuk Lampiran G Buku Panduan Borang TA) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isikan kod untuk perniagaan yang mempunyai perolehan terbesar.

    K2 Jualan atau perolehan

    Pendapatan kasar termasuk pendapatan terakru daripada jualan, fi dan terimaan lain.

    K3 Stok awal

    Stok barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

    K4 Belian dan kos pengeluaran

    Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, K1.

    Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

    K5 Stok akhir

    Stok barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

    K6 Kos jualan

    Jumlah ( K3 campur K4 tolak K5 ). Isikan ‘0’ jika tiada.

    K7 Untung / Rugi kasar

    K2 tolak K6. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).

    K8 Perniagaan lain

    Pendapatan kasar perniagaan daripada punca selain daripada K1.

    K9 Dividen

    Pendapatan kasar daripada punca berkenaan. K10 Faedah dan diskaun

    K11 Sewa, royalti dan premium

    K12 Pendapatan lain

    Jumlah semua pendapatan kasar daripada punca bukan perniagaan yang tidak disenaraikan di atas.

    K14

    ke

    K21

    Perbelanjaan Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi.

    Faedah Pinjaman Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

  • - 11 -

    K23 Untung / Rugi bersih

    Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi.

    K24 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

    Amaun F1 dari Helaian Kerja HK-1, HK-1C atau HK-1D

    K25 ke

    K28

    Aset Tetap

    Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

    K30 Pelaburan

    Kos pelaburan dan simpanan tetap

    K31 ke

    K36

    Aset Semasa

    Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

    K39 ke

    K41

    Liabiliti

    Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

    K43 ke

    K48

    Modal dan Dana

    Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

    BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

    Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya badan amanah mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

    AKUAN PEMEGANG AMANAH

    Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada badan amanah berkenaan. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

    MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

    Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.

    Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata berkenaan.

    KOD NEGARA

    Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang TA untuk senarai yang lengkap.

    Negara Kod Negara Kod Negara Kod

    Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

    Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

    Brunei BN Japan JP Singapore SG

    Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

    Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

    China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

    Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

    Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

    India IN New Zealand NZ United States US

    Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

    Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

  • - 12 -

    KOD TUNTUTAN

    PERBELANJAAN KHAS / TUNTUTAN LAIN

    Kod Tuntutan

    101 Perbelanjaan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

    102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

    103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

    104 Perbelanjaan kebajikan

    105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

    106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

    107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan tempatan serta negara-negara asing:

    terhad kepada RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

    terhad kepada RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing

    110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

    114 Perbelanjaan yang berhubung dengan teknologi maklumat

    116 Sumbangan bagi membiayai pengubatan atau rawatan penyakit serius

    117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

    121 Potongan bagi hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja

    122 Kos membangunkan laman jaring

    133 Perbelanjaan yang dilakukan bagi pembangunan dan pematuhan kursus baru oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

    137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus Bionexus

    140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

    141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

    144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten

    146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat(Kumpulan Wang PPS)

    148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

    154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

    POTONGAN SELANJUTNYA

    Kod Tuntutan

    201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia

    202 Penggajian bagi pekerja hilang upaya

    204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia

    205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu

    208 Premium insurans bagi kredit eksport

    212 Bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

    216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia

    217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

    218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja

    219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

    221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

  • - 13 -

    POTONGAN DUA KALI

    Kod Tuntutan

    301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

    302 Sumbangan wang tunai kepada institut penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak

    306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional