Ping Pong Isl

5
LAPORAN KOKURIKULUM PING PONG MINGGU KE-6 Pada hari 1 September 2013 hingga 5 September, iaitu minggu ke – 12 bagi aktiviti permainan ping pong, kami telah belajar asas kepegawaian yang berfokus pada memahami undang – undang permainan serta isyarat pengadil. Dalam minggu ini, guru pembimbing kami, En.Mohamad Yusoff bin Ali telah memberikan taklimat dan cara mematuhi undang – undang permainan kepada kami. Beliau menunjukkan cara pengiraan mata yang diperolehi dalam satu permainan. Tujuan latihan pengukuhan ini adalah untuk memantapkan lagi cara pengiraan mata kamu, selain membantu kami mencapai tahap yang lebih begitu tepat

description

abc

Transcript of Ping Pong Isl

Page 1: Ping Pong Isl

LAPORAN KOKURIKULUM PING PONG MINGGU KE-6

Pada hari 1 September 2013 hingga 5 September, iaitu minggu ke – 12 bagi

aktiviti permainan ping pong, kami telah belajar asas kepegawaian yang

berfokus pada memahami undang – undang permainan serta isyarat

pengadil.

Dalam minggu ini, guru pembimbing kami, En.Mohamad Yusoff bin Ali telah

memberikan taklimat dan cara mematuhi undang – undang permainan

kepada kami. Beliau menunjukkan cara pengiraan mata yang diperolehi

dalam satu permainan. Tujuan latihan pengukuhan ini adalah untuk

memantapkan lagi cara pengiraan mata kamu, selain membantu kami

mencapai tahap yang lebih begitu tepat dalam ujian amali yang akan datang.

Beliau telah mengagihkan kami kepada berenam dalam sekumpulan dan

empat orang pelajar akan bermain dan dua orang lagi pelajar akan mengira

mata pemerolehan. Kami bergilir – gilir untuk bermain dan mengira.

Seterusnya, beliau telah memberitahu kami tentang undang – undang bagi

peralatan permainan ping pong seperti ukuran meja ping pong, jenis raket

ping pong dan getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF. Pada sesi

ini, beliau kerap mengingati kami supaya mematuhi undang – undang

permainan semasa bermain supaya dapat bermain permainan ping pong

dengan cara yang tepat dan baik.

Dalam minggu ke – 6 ini, Encik Yusoff juga mengajar kami pengetahuan

asas kepengawaian. Kami telah mempelajari beberapa isyarat tangan yang

lazim digunakan oleh pengadil di pertandingan ping pong daripada beliau.

Beliau telah mengingati kami perkara yang perlu difokuskan apabila menjadi

pengadil dan bagaimana untuk menunjukkan isyarat betul serta jelas.

Page 2: Ping Pong Isl

Misalnya, isyarat sepakan, halangan, halangan oleh pihak ketiga, gol

dijaringkan, pukulan ke dalam serta pukulan percuma. Kemudin kami

dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengadakan latihan untuk

melatihkan isyarat tersebut. Semua orang bergilir – gilir menjadi pemain dan

pengadil. Encik Yusoff memberi bimbingan kepada sesetengah pelajar yang

kurang tepat apabila menunjukkan isyarat.

Encik Yusoff juga memberitahu kami bahawa pengadilan yang baik dan

berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin

mempertingkatkan mutu permainan. Saya sedar bahawa pengadilan yang

baik juga menentukan bahawa perlawanan – perlawanan yang dijalankan

dengan lancar dan selamat.

Pada sesi yang terakhir, En. Mohamad Yusoff memberikan masa kepada

kami untuk membuat latihan ulangan pengiraan dan bermain. Beliau dengan

sabar dan prihatin sering memberikan tunjuk ajar dan pembetulan kepada

kami.

Laporan disediakan oleh, 3 September 2013.

----------------------------------

( CHAN ZHI YUN, YEAP QIAN YU)

Guru Pelatih,

Pendidikan Prasekolah 2,

IPG Kampus Sultan Mizan,

Besut, Terengganu.