Pintar Cerdas

35
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323 PINTAR CERDAS PENGENALAN Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat pelbagai definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau pendidikan khas ditinjau. Sebagai perbandingan, perkembangan pendidikan khas di Britain dan Amerika Syarikat dibincang. Kanak-kanak yang belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai ‘kanakkanak berkeperluan khas’. Tiga klasifikasi umum dikemukakan yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi dibincangkan sebagai pengenalan kepada topik-topik seterusnya Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa. Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid- murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. 1

description

Definisi Pintar Cerdas

Transcript of Pintar Cerdas

Page 1: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

PENGENALAN

Kita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat

pelbagai definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan

pendidikan khas di Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji dan

bagaimana ia mempengaruhi perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan

Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau

pendidikan khas ditinjau. Sebagai perbandingan, perkembangan pendidikan khas di

Britain dan Amerika Syarikat dibincang. Kanak-kanak yang belajar di sekolah khas atau

dalam program pendidikan khas dikenali sebagai ‘kanakkanak berkeperluan khas’. Tiga

klasifikasi umum dikemukakan yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah fizikal,

bermasalah mental dan bermasalah emosi dibincangkan sebagai pengenalan kepada

topik-topik seterusnya

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan

untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-

kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang

menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa. Pendidikan

khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan

yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya

penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia

dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu

“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas

untuk murid-murid yang kurang upaya ”.

Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan

pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang  sesuai dengan

jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas.

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang

berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.

1

Page 2: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas

bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan

Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,,

bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi,

murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik

darjah yang berasingan dengan murid-murid  biasa. Selain Kementerian Pelajaran,

pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan

pendidikan untuk kanak-kanak khas ini.

Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti

Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang

Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah

suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di

Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun

1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu.

DEFINISI PINTAR CERDAS

Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber

maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam

perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka,

terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang

mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan

seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar

cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam

pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan

bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus

amat diperlukan.

Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai,

manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di

dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat,

2

Page 3: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan

mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya

menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula

mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu.

Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai

Kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran

persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat

mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama

menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford- Binet Test” telah

memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu

memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman

(1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan

untuk berfikir secara abstrak. Di samping itu, Marland (1972), telah mengemukakan

satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara,

Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998:

hal. 277) iaitu: “Gifted and talented children are those identified by professionally

qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance.

These are children who require differentiated educational programs and services

beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their

contribution to self and society. Children capable of high performance include those with

demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or

in combination General intellectual aptitude, Specific academic aptitude, Creative or

productive thinking, Leadership ability and Visual and performing arts.

KAEDAH MENGENALPASTI PELAJAR PINTAR CERDAS

Tiada satu konsep yang khusus untuk pintar cerdas/berbakat. Ia sentiasa

berubah dari semasa ke semasa. Ia bukan sahaja berasaskan kecerdasan tetapi juga

merangkumi keupayaan intelek yang umum, kebolehan akademik, pemikiran kreatif dan

produktif, kepimpinan, seni tampak dan lakonan serta keupayaan psikomotor. Cara

3

Page 4: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas berdasarkan ujianujian piawai mengenai

keupayaan umum, pencapaian, kreativiti, kecenderungan dan personaliti. Ia juga boleh

dikenalpasti berdasarkan ramalan guru, ibu bapa, rakan sebaya dan kendiri.

Menurut Dr Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai

kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple

Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Dr Sternberg di

dalam bukunya Conception of Giftedness pula berpendapat, kepintaran terdiri daripada

tiga faktor iaitu :

1) kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif

2) kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis

3) kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan

sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.

CIRI-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS

BIL KOMPONEN PELAJAR PINTAR CERDAS

1 PERSONALITI Seorang yang peramah dan suka bertanya kepada guru

mengenai sesuatu perkara yang tidak difahami.

2 KREATIVITI Kreatif terutamanya dalam menguasai kemahiran.

Mereka dapat menggunakan barang ataupun peralatan

yang biasa secara kreatif & Mempunyai daya imaginasi

yang tinggi, aktif dan pelik.

3 GAYA BELAJAR Suka belajar dengan sistematik, member tumpuan

sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam bilik darjah

serta rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru.

Selain itu belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai

rasa ingin tahu yang tinggi dan berminat dalam

pembelajaran dan pencapaian akademik yang tinggi

4

Page 5: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

4 KOGNITIF Bijak dalam pelajaran serta mudah menerima ilmu yang

diajar oleh guru dengan mudah dan peka dan

menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan dan

berupaya menyelesaikan masalah

5 EMOSI penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik dan

mampu bersosial dengan cepat

6 BAHASA mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat dan

mengekal/ mengingat apa yang dibaca dan didengar

dengan mudah.

7 FIZIKAL melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan,

kekuatan dan kesihatan

Pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara.

Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan

bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat

keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi

dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran

guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa

jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Personaliti terutama

watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh

guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada

tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada

mereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahir

dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta

keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak

pintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi

ruang kasih sayang sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni

adalah antara perkara dan keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan

kepada anak-anak pintar cerdas.

5

Page 6: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Senang Menyesuaikan Diri Dalam Situasi Baru

Salah satu takrif untuk kecerdasan adalah kebolehan menyesuaikan diri dalam situasi

baru atau semasa dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan

seharian. Kanak-kanak pintar-cerdas memperlihatkan adaptasi yang baik dalam

keadaan baru, contohnya mereka tidak berasa takut atau menangis pada hari pertama

ke sekolah, malah menjalin persahabatan baru dengan cepat dan memahami apakah

tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah. Contoh yang lain adalah mereka senang

menyesuaikan diri dalam budaya yang berbeza, termasuk menguasai bahasa asing

dengan cepat.

Mereka fleksibel membawa diri dalam situasi yang berbeza, seperti di organisasi yang

tidak biasa. Sifat senang menyesuaikan diri ini juga boleh dilihat mereka senang

menyesuaikan diri semasa masa transisi dari sekolah rendah kepada sekolah

menengah sehingga peringkat pengajian tinggi. Contohnya cara pembelajaran untuk

peringkat yang berbeza ini adalah berlainan, mereka cepat menguasai rahsia tersebut

dan senang menjadi cemerlang dalam akademik, contohnya mereka lebih memahami

apa yang dikehendaki oleh guru dan menjawab berdasarkan itu. Keadaan ini tidak

bermakna mereka dapat menghadapi cabaran hidup dengan senang, sebab mereka

menghadapi masalah lain yang tidak dihadapi orang lain. Masalah kanak-kanak pintar-

cerdas akan dibincangkan dalam bab yang satu lagi.

Sifat senang menyesuaikan diri ini tidak begitu bertepatan bagi golongan yang

terlampau pintar cerdas, di mana mereka menghadapi situasi agak berbeza dengan

orang lain. Ini adalah sebab jurang perbezaan yang terlalu besar.

Kebolehan Intelek Am

Maksud kebolehan intelek am ini bermaksud, mereka bukan hanya menonjol dalam

subjek atau kemahiran yang tertentu sahaja tetapi kelebihan dalam keupayaan mental

secara am dan keseluruhan. Contohnya dari segi ingatan, bahasa, mengeluarkan idea,

penaakulan, menganalisa dan pemahaman secara am. Mereka nampak lebih faham-

faham. Dengan kebolehan mental yang lebih tinggi ini, mereka boleh menguasai

6

Page 7: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

kebanyakan subjek. Contoh yang biasa kepada kita adalah pelajar cemerlang dalam

SPM.

Mereka menunjukkan pengetahuan yang luas, dan mengetahui banyak maklumat yang

tidak diketahui kanak-kanak lain, lebih-lebih lagi bagi topik yang menarik perhatiannya.

Contohnya, apabila guru menanya apa warna isi buah tembikai, kanak-kanak

menjawab warna merah, dan Ali mengatakan Ada tembikai kuning!, keadaan ini

menunjukkan Ali lebih berpengetahuan berbanding kawannya. Kanak-kanak yang biasa

hanya memahami bapa yang membeli susu, tetapi kanak-kanak pintar-cerdas

menyedari susu dari pasarya adalah datang dari lembu! Katakanlah bagi tajuk telur, kita

boleh membandingkan pengetahuan dan konsep dua orang kanak-kanak.

Kelebihan yang lain termasuklah daya ingatan, daya pemerhatian dan tumpuan yang

baik. Ingatan dan daya pemerhatian yang baik adalah berkait rapat dengan tumpuan

yang tinggi itu. Daya pemerhatian yang baik bermakna mereka boleh mengenalpsti

perincian yang diabaikan oleh kebanyakan orang lain. Contohnya, kanak-kanak itu

mungkin boleh membezakan daun sayur yang berbeza, jenis kereta dan lain-lain.

Mereka mungkin menanya kenapa ikan emas tidak pernah tidur, bentuk bulan boleh

berubah dan sebagainya. Daya tumpuan yang tinggi bermaksud menjalankan sesuatu

aktiviti untuk satu jangka masa dan tidak senang dipengaruhi oleh gangguan di

sekeliling.

Disebabkan kelebihan ini, dengan memberi pendedahan dan latihan yang sewajarnya,

mereka boleh menjadi pakar dalam bidang tersebut. Walau bagaimanapun,

perkembangan kanak-kanak pintar-cerdas sepatutnya mengikut minat dan

kecenderungan kanak-kanak tersebut. Kebanyakan ibubapa keliru antara bakat dan

minat, mereka mungkin memaksa kanak-kanak yang berbakat dalam muzik belajar

muzik sedangkan kanak-kanak itu walaupun berbakat tetapi tidak berminat sebenarnya.

Minat Yang Luas

Minat bukan terhad kepada subjek akademik di sekolah sahaja. Ia juga merangkumi

aktiviti-aktiviti, hobi-hobi, topik-topik lain yang tidak dimasukkan dalam sukatan sekolah.

Hobi adalah mainan bagi orang dewasa. Kebanyakan daripada kita memiliki hobi yang

7

Page 8: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

tertentu, seperti mengumpul, seni lukis, seni muzik, beristirahat dan senaman,

memasak dan berkomputer. Golongan pintar-cerdas menunjukkan bakat, minat dan

hobi yang luas. Mereka juga terlibat giat dalam aktiviti tersebut itu dengan motivasi yang

tinggi, mereka melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan tumpuan

yang tinggi. Contohnya melukis dan membaca seorang diri selama beberapa jam.

Kebanyakan kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku (tetapi bukan semuanya).

Buku yang mereka baca luas dan mereka membaca buku yang lebih baik, atau buku

yang lebih susah difahami, lebih banyak maklumat, lebih tinggi tahapnya dan lebih

mencabar konsepnya, ini disebabkan pemahaman mereka yang lebih baik berbanding

rakan yang sebaya. Topik yang mereka baca juga lebih luas. Mereka membaca sebab

naluri ingin tahu yang tinggi bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan atau diminta

oleh orang dewasa.

Mereka juga memperlihatkan tingkah laku membaca yang lebih matang, seperti

membaca secara senyap, menghabiskan satu buku sebelum membaca buku lain dan

tumpuan tinggi (mengekalkan tumpuan selama beberapa jam) pada usia yang lebih

muda berbanding orang lain. Dengan kata lain, mereka boleh membaca buku yang

tebal pada usia muda. Katakanlah seorang kanak-kanak yang suka kepada matematik,

dia bukan sahaja suka kepada buku matematik, dia juga tertarik kepada cerita

matematik dan biografi ahli matematik.

Seorang yang pintar-cerdas mungkin berminat dengan banyak subjek dan topik, seperti

psikologi, biologi, agama, sejarah, sains dan pengurusan. Bagi kanak-kanak, mereka

mungkin berminat dengan topik-topik seperti dinasour, makhluk asing, serangga,

magnet, jam, telur, binatang, mengumpul spesimen daun, memasak, api dan bayang.

Kalau anak murid anda memperlihatkan tingkah laku yang sangat berminat terhadap

kebanyakan topik yang memberangsangkan, dia berkemungkinan seorang yang pintar-

cerdas. Dia mungkin menyimpan sebuah buku nota atau diari untuk merekodkan apa

yang diketahuinya dan temubual orang dewasa.

Dengan berlalunya masa, dia mencapai tahap kemahiran dan pengetahuan yang tinggi

dalam dua atau lebih bidang seperti melukis, menyanyi, astrologi, memasak atau dalam

8

Page 9: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

bidang perubatan herba. Minat mereka luas dan mendalam, menunjukkan sikap tertarik

kepada pengetahuan dan mengasah bakat yang ada pada mereka.

PEMIKIRAN YANG ABSTRAK DAN KOMPLEKS

Banyak golongan pintar-cerdas menunjukkan minat yang mendalam terhadap idea

yang abstrak dan terperinci. Mereka tertarik kepada teori dan falsafah. Pada zaman

remaja mereka menjadi kagum kepada ahli pemikir yang terkenal dan suka membaca

buku terhadap falsafah, psikologi, pengajian sosial, sains dan matematik pada usia

yang muda. Pemikiran abstrak boleh dikatakan satu-satunya ciri-ciri yang paling

signifikan membezakan seorang yang pintar-cerdas dengan orang kebanyakan.

Pada peringkat kanak-kanak, mereka lebih cepat memahami konsep yang abstrak

seperti konsep sifar, nombor negatif, masa. Contohnya dia boleh menyatakan

perbezaan antara jam tangan, jam, masa dan tempoh. Jam tangan adalah alat untuk

menunjukkan masa, jam jugalah unit masa untuk mengukur panjangnya masa, tempoh

adalah berapa lamanya masa itu. Pemikiran yang abstrak bukan setakat melibatkan

pemikiran semata-mata, tetapi juga penyampaian idea itu dalam bentuk bahasa.

Mereka cekap mendefinisikan sesuatu konsep. Sebenarnya inilah konsep yang

digunakan oleh banyak ujian kecerdasan, iaitu keupayaan mendefinisikan konsep.

Perkembangan bahasa selalu berkembang selaras dengan perkembangan konsep.

Buku menjadi teman baik yang penting dalam kehidupan mereka. Mereka biasanya

suka kepada buku dan mana-mana bahan bercetak. Mereka suka kepada maklumat

9

Adi Putra salah seorang kanak-kanak pintar cerdas di Negara ini

Page 10: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

dan menghargai ilmu. Fakta dan maklumat menjadi kegemaran. Implikasi kepada guru

dan ibubapa adalah, membantu anak anda lebih cepat memahami konsep yang

abstrak, untuk peringkat kanak-kanak, perkataan selain objek dan pergerakan boleh

dianggap abstrak. Contoh perkataan yang abstrak pada peringkat kanak-kanak adalah

seperti Tuhan, cantik, sibuk, lama, senang, malu, sedih, penyakit, kuman, nilai wang,

konsep masa, sebab-akibat dan lain-lain. Kalau anak anda lebih cepat menggunakan

atau memahami perkataan ini berbanding kanak-kanak lain. Ini menunjukkan kebolehan

mental yang tinggi.

Dalam konteks Malaysia ini, satu contoh sumber kepada idea yang abstrak adalah

agama. Konsep-konsep keagamaan seperti balasan, moral (apakah yang betul dan

apakah yang salah), mematuhi Tuhan dan lain-lain adalah abstrak. Bagi penganut

Hindu dan Buddha, konsep seperti lahir semula, karma dan sebagainya jugalah idea

yang abstrak.Kanak-kanak pintar-cerdas menunjukkan pemahaman tentang konsep

keagamaan ini pada usia yang muda. Contohnya Farid yang berusia 6 tahun

mengatakan Tuhan Muthu dan Tuhannya lain. Ini adalah petanda kanak-kanak pintar-

cerdas.

Kefasihan Bahasa Dan Aliran Idea Yang Lancar

Disebabkan perkembangan bahasa mereka yang lebih baik, mereka fasih bercakap dan

banyak idea. Satu aspek yang senang diperhatikan adalah penggunaan perkataan yang

tidak diketahui kanak-kanak sebaya, guru perlu prihatin kalau mendapati kanak-kanak

lain menanya apakah maksud perkataan canggih yang digunakan oleh seorang kanak-

kanak.

Contohnya dia bercakap tentang nama dinasour, atau oksigen. Mereka menunjukkan

perbendaharaan kata yang luas. Ini juga satu petanda pengetahuan mereka yang

banyak. Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan bahasa dan perkembangan

pengetahuan adalah berkait rapat.

Ayat yang dipertuturkan juga lebih kompleks dan pelbagai dari segi strukturnya, seperti

menggunakan ayat pasif, menyoal serta ayat yang panjang dan lebih lengkap. Mereka

menjawab dengan memberi alasan, bukan setakat Tidak atau Suka!, contohnya apabila

10

Page 11: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

ditanya apa yang suka dimakan, Ali yang pintar-cerdas menjawab Ikan bilis! Sebab ada

nasi! (maksudnya ikan bilis sedap dimakan bersama nasi). Apabila ditanya adakah Ana

yang berumur 4 tahun cantik? Dia menjawab, Cantik kalau lepas mandi ada sikat

rambut!

Bahasa mereka juga lebih teratur, memperlihatkan aliran idea yang jelas dan lancar.

Adalah biasa kanak-kanak bercakap dengan menjangkau perkataan dan sukar

mengekalkan satu topik perbualan, sebaliknya kanak-kanak pintar-cerdas boleh

bercakap dengan orang dewasa berkaitan sesuatu peristiwa dengan jelas.

Contoh Keratan Akhbar

Kemahiran Membaca

Adakah semua kanak-kanak yang pandai membaca pada peringkat umur rendah

adalah pintar cerdas? Pertimbangkan kes-kes berikut:

- Muhammad (5) boleh membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang diberikan

kepadanya.

- Ah Seng (6) boleh membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang diberikan

kepadanya.

- Siew Eng (5) tidak suka membaca lantang, tapi suka membaca buku sendiri secara

senyap.

- John (4) boleh faham buku abangnya yang 8 tahun tetapi tidak boleh mengeja

11

Page 12: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Sekali lagi, penilaian terhadap kebolehan membaca perlu dinilai secara keseluruhan

bukan aspek membaca yang tertentu sahaja. Dalam kes di atas, Muhammad mungkin

membaca tanpa memahami maksud bahasa. Bagi bahasa yang fonetik seperti Bahasa

Melayu, seseorang kanak-kanak boleh menyebut semua perkataan atau suku kata

dengan menguasai beberapa kemahiran yang asas. Kemahiran ini tidak semestinya

setimpal dengan pemahaman yang tinggi. Maka dia mungkin bukan kanak-kanak pintar

cerdas. Bagi Ah Seng, dia dikatakan kanak-kanak pintar cerdas, sebab setiap

perkataan dalam Bahasa Mandarin tidak boleh dikenalpasti dengan melihat kepada

bentuknya semata-mata, setiap perkataan baru perlu diingati sebutan, maksud dan

bentuknya. Bahasa Mandarin adalah bahasa ideogram, berbeza dengan bahasa fonetik

seperti bahasa Melayu yang senang disebut kalau kita menguasai beberapa fonem.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

secara pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan

Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap

perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan

dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum

seperti murid biasa. Jamilah K.A. Mohamed (2006)

12

Page 13: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas mengambil

peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian

Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali mereka yang

mengikuti kurikulum alternatif.

Tempoh Belajar:

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6)

tahun.

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5)

tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana

peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid

berkenaan.

Proses Pendaftaran Kanak-Kanak ke Program Pendidikan Khas

Langkah 1: Mula

Kanak-kanak disyaki mengalami masalah pembelajaran oleh guru atau ibu bapa.

Langkah 2: Mengenalpasti

Mengenalpasti kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah kurang upaya.

Pengesahan murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan di hospital kerajaan,

pusat kesihatan atau klinik swasta bagi tujuan penempatan, dan mendapatkan saringan

awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langkah 3: Pendaftaran

Daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk

mendapatkan pendidikan bersesuaian.

13

Page 14: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

*Juga daftarkan kanak-kanak kurang upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

untuk mendapatkan perkhidmatan bersesuaian.

Langkah 4: Kelayakan

Kanak-kanak kurang upaya yang disahkan telah bersedia ke sekolah akan disaring di

peringkat Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan penempatan.

*Kanak-kanak yang disahkan belum bersedia ke sekolah, mempunyai kecacatan yang

serius, ataupun tidak layak syarat-syarat kemasukan Program Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia, akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat

untuk mendapatkan pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti

(PDK). Rohani Abdullah (2001)

Langkah 5: Penempatan

Murid akan diberi peluang penempatan sama adalah Sekolah Pendidikan Khas atau

Program Pendidikan Khas Integrasi. Penempatan akan dibuat berdasarkan alamat yang

terdekat dengan sekolah atau Program Pendidikan Khas.

Langkah 6: Tempoh Percubaan

Murid yang ditempatkan dengan Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan

Malaysia diberi tempoh percubaan selama 3 bulan.

Langkah 7: Kekekalan

Selepas tempoh percubaan, murid yang berjaya mengikuti Program Pendidikan Khas

akan dikekalkan dalam program. Murid yang gagal mengikuti Program Pendidikan Khas

KPM akan dirujuk balik kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan

pemulihan bersesuaian melalui Pemulihan Dalam Kommuniti (PDK).

14

Page 15: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Pendidikan Vokasional Sekolah Khas/Integrasi (Teknik/Vokasional)

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua

insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila

berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga

mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka

juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya

mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan

mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang

sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal (Adam,

2003; Ali, 2007; Lokman, 2007). Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemampuan

pelajar berkeperluan khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian

Pendidikan Khas telah merangka dan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk

pelajar berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan

bermasalah pembelajaran. Antara kategori pelajar berkeperluan khas yang dianggap

dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik ialah Sindrom Down, autisme ringan,

Attention Deficit Hyperactive Disorder, terencat akal minimum dan masalah

pembelajaran spesifik (Siti Mapsiah & Nor Azizah, 1995). Dalam usaha mendidik dan

meningkatkan keupayaan pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar khas, silibus yang

digubal tidak perlu berbeza dengan pelajar normal iaitu penekanan kepada

perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara (Mohd Dan, 2007). Namun begitu, kaedah yang digunakan dalam mendidik

pelajar khas ini sememangnya berbeza dengan pelajar normal. Mereka perlu diberikan

lebih keutamaan dari aspek penyediaan dan latihan guru, silibus mahupun kelengkapan

yang disediakan di institusi pendidikan. Dalam usaha mempertingkatkan peluang

pekerjaan kepada pelajar berkeperluan khas, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun

Abdullah Ahmad Badawi telah Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar

Berkeperluan Khas menyeru pihak majikan supaya membuka peluang pekerjaan yang

lebih luas kepada mereka supaya mereka boleh berdikari dan terlibat sama dalam

pembangunan ekonomi. Untuk merealisasikan hasrat dan misi nasional, kini pihak

kerajaan sedang berusaha gigih dalam mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran

15

Page 16: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

untuk golongan berkeperluan khas di Malaysia supaya mampu bersaing dengan

pasaran pekerjaan. Kemahiran-kemahiran yang diberikan perlu bersesuaian dengan

kemajuan negara yang kini makin membangun untuk mendapatkan peluang pekerjaan

yang diingini (Ku Seman, 2007).

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional:

Sekolah Khas: Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang

menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV). Sekolah Menengah Pendidikan

Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pendengaran): Sekolah Menengah

Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru; Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah;

Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Vokasional Bagan

Serai, Perak; Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan; Sekolah Menengah

Vokasional Keningau, Sabah

Tempoh Pengajian

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6)

tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5)

tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana

peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

Objektif Pendidikan Vokasional Sekolah Khas/Integrasi (Teknik/Vokasional)

Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas.

Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan,

pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.

Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan

bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam

masyarakat. Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all). Segala program

yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan

16

Page 17: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

kepada kategori / labelling. Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan

keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan

dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman,

normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, intergrasi berfungsi,

intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming). Menghasilkan individu yang

mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat

bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Menghasilkan

sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara. Menyediakan individu

yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab,

berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa

dan negara. Jamilah K.A. Mohamed.(2006)

Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas

dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-

sama mereka. Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan

pengubahsuaian dimana perlu. Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).

Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek

tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih

pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar

(intinerant teacher) dan lain-lain. Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan

yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary. Menekankan pembekalan

perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat

17

Contoh Sekolah Khas Vokasional

Page 18: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

pemulihan. Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan

keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya

kerja. Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional

supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas

mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri. Menghasilkan perkhidmatan-

perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.

Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas

rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata

pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM. Menentukan

perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekola menengah

khas untuk persediaan SPM. Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan

keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil

peperiksaan SPM(Vokasional). Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan

pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil

peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.

Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas

cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan

MLVK. Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat

pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap

Vokasional.

Sekolah Khas Berasrama

Sekolah Khas Berasrama adalah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran

Malaysia. Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah

asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas

Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

18

Page 19: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas : Ditubuhkan pada Tahun 1999 bertujuan

untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada ibu bapa dan murid-murid

berkeperluan khas setempat. Pusat ini bersifat saling lengkap-melengkapi kepada

agensi-agensi yang berkecimpung dalam hal-hal yang berkaitan dengan keperluan

khas. Antara perkhidmatan yang disediakan:- Khidmat audiologi, Kelas bahasa isyarat,

Aktiviti terapi, Kaunseling ibu bapa, Perpustakaan permainan, dan Bahan rujukan.

Nordin Mamat.(2005)

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang

diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang

dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini

dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua

Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995,

Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya

sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan

tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.

Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang

mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap

pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya

pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan

keperluan Khas. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap

pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat

dan potensi pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan bahan-bahan pengajaran

dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang

mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai kelima-lima

objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian dan

satu unit:

Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar

19

Page 20: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan

pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai

pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat

perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.

Bahagian Pengurusan Sekolah

Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan

menyelaras kurikulum dan kokurikum.

Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu

Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru dan memberi

khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang,

mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan

sokongan (seperti bahan Braille).

Unit Pengurusan

Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui

perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan

warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala

tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini

boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau

20

Gambaran Panorama Asrama

Page 21: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk

pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar

bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah

penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas

bermasalah pendengaran.

Terdapat kirakira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah

penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar

bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002 daripada

jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar bermasalah

pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5% bermasalah penglihatan.

Yuran Makan Asrama Untuk Sekolah Khas

Yuran makan asrama bagi pelajar yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan

melebihi RM5,000 sebulan dinaikkan daripada RM1 kepada RM3 mulai tahun depan.

Kos RM3 sehari untuk ibu bapa pendapatan lebih RM5,000 sebulan. Kenaikan 200

peratus itu membabitkan murid di asrama harian, sekolah berasrama penuh (SBP),

sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah agama

bantuan kerajaan di seluruh negara. Ia sebahagian daripada strategi dan langkah

penjimatan Kementerian Pelajaran selepas peruntukan bantuan persekolahan pada

tahun depan dikurangkan berbanding tahun sebelum ini. Ketua Pengarah Pelajaran,

Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata selain itu, bilangan hari bagi bayaran yuran

makan asrama turut dikurangkan sebanyak 50 hari daripada 250 kepada 200 hari.

Bagaimanapun, katanya, ibu bapa atau penjaga dengan jumlah pendapatan RM4,999

sebulan ke bawah kekal RM1 sehari. Murid di asrama sekolah pendidikan khas

kekal dikecualikan daripada membayar yuran makan dengan bilangan hari

dikurangkan daripada 270 kepada 220 hari. Asrama murid Orang Asli, Projek

Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), asrama desa dan asrama di Sabah, Sarawak

21

Page 22: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

dan Wilayah Persekutuan Labuan juga dikecualikan daripada membayar yuran makan

dengan bilangan hari dikurangkan daripada 250 kepada 200 hari," katanya dalam Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2009 berhubung pindaan yuran makan asrama yang disiarkan

di laman web Kementerian Pelajaran semalam. Alimuddin berkata, ketetapan itu

diputuskan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pelajaran yang

dipengerusikan Menteri Pelajaran dan Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan yang

dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pada 30 Oktober lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan

Pendidikan), Dr Haili Dolhan, ketika dihubungi berkata, kenaikan itu tidak

membebankan ibu bapa atau penjaga kerana ia hanya membabitkan pelajar daripada

keluarga yang berpendapatan tinggi. Langkah ini akan mengurangkan bayaran subsidi

kerajaan untuk yuran makan dan pada masa yang sama, ibu bapa yang

berkemampuan boleh memberikan sumbangan.

"Walaupun yuran dinaikkan, subsidi kerajaan bagi makanan di asrama sebenarnya

masih tinggi kerana peruntukan bayaran makan bagi seorang pelajar adalah antara

RM8 hingga RM12 sehari," katanya.

Beliau berkata, bilangan hari bagi pembayaran yuran makan untuk semua jenis asrama

dikurangkan 50 hari selepas menolak semua hari cuti, termasuk cuti kelepasan am dan

peruntukan cuti hujung minggu untuk pelajar pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, jika subsidi makan yang diperuntukkan kerajaan untuk mana-

mana asrama tidak mencukupi berikutan hari pelajar berada di sekolah melebihi

daripada hari yang ditetapkan, pihak sekolah boleh memohon peruntukan tambahan.

KESIMPULAN

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak

yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat

mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.

22

Page 23: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Kebanyakan kanak-kanak pintar-cerdas suka membaca buku (tetapi bukan semuanya).

Buku yang mereka baca luas dan mereka membaca buku yang lebih baik, atau buku

yang lebih susah difahami, lebih banyak maklumat, lebih tinggi tahapnya dan lebih

mencabar konsepnya, ini disebabkan pemahaman mereka yang lebih baik berbanding

rakan yang sebaya. Topik yang mereka baca juga lebih luas. Mereka membaca sebab

naluri ingin tahu yang tinggi bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan atau diminta

oleh orang dewasa.

Manakala, Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid

berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan

bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah

dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran

dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6)

tahun. Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5)

tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana

peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada kurikulum yang

diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah

pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagaimana pun, bagi

pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang

telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai

baju, makan, membersihkan diri sendiri, membaca dan menulis dalam braille,

menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul dengan orang lain dan sebagainya. Oleh

itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran pengetahuan dan

kemahiran tertentu.

pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan ibu bapa

adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-

kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka.

23

Page 24: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh

itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru melibatkan ibu bapa dalam pendidikan

anak mereka. Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan

khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan

pihak sekolah pun tidak menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak

mereka. Ibu bapa juga berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan

biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagi pun, guru adalah seorang pakar dan ibu

bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau pun

merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an peranan ibu

bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada

penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini kolaborasi di antara ibu bapa,

pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas digalakkan.

BIBLIOGRAFI

Vasiliki Krikeli, Anastasios Michailidis And Niovi-Dionysia Klavdianou. (2010). The Case

Of Children With Developmental Disabilities: Aristotle University Of Thessaloniki,

University Of Maryland At College Park

Stanford Binet (1916) Child-Rearing Practices And Delinquency In Children And

Adolescents: University Of Macedonia

Susan K. Golant (1995) The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs: University

Of Macedonia

Marland (1972) Understanding Adhd In Girls: Identification And Social Characteristics:

Indiana University Northwest, Purdue University

Hassan Mohd. Ali Ph.D.(2006). Anak Kita Memang Pintar Cerdas Panduan Membina

Potensi Diri Anak-Anak. PTS Millennia Sdn. Bhd: Selangor

24

Page 25: Pintar Cerdas

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS ETD2323PINTAR CERDAS

Jamilah K.A. Mohamed.(2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS

Profesional: Kuala Lumpur

Nordin Mamat.(2005). Asas Sosial Kanak-Kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala

Lumpur

Rohani Abdullah.(2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio.

Universiti Putra Malaysia: Serdang

25