Pintar Peribahasa 1

17
PINTAR PERIBAHASA! Darjah 3 / 4 (No: 1 – 5)

Transcript of Pintar Peribahasa 1

Page 1: Pintar Peribahasa 1

PINTAR PERIBAHASA!

Darjah 3 / 4(No: 1 – 5)

Page 2: Pintar Peribahasa 1

ada akal

Azfar ada akal untuk membuat suatu kejutan untuk adiknya pada hari lahirnya kelak.

Page 3: Pintar Peribahasa 1

ada akalMaksud:

memiliki idea

Page 4: Pintar Peribahasa 1

ada bakat

Amni ada bakat dalam bidang nyanyian. Dia sering memenangi pertandingan menyanyi di sekolah.

Page 5: Pintar Peribahasa 1

ada bakatMaksud:

berkebolehan , berkeupayaan

Page 6: Pintar Peribahasa 1

ada hati

Walaupun dirinya tidak begitu sihat, Pak Azri ada hati untuk terus bekerja sehingga anak-anaknya dewasa.

Page 7: Pintar Peribahasa 1

ada hatiMaksud:

ada kemahuan atau keinginan atau cita-cita untuk melakukan

atau memiliki sesuatu

Page 8: Pintar Peribahasa 1

ada jalan

Irfan ada jalan untuk menyelamatkan kucing itu tanpa membahayakan dirinya sendiri.

Page 9: Pintar Peribahasa 1

ada jalanMaksud:

mempunyai cara untuk melakukan sesuatu

Page 10: Pintar Peribahasa 1

ambil berat

Encik Syam sentiasa ambil berat terhadap prestasi pembelajaran anak kesayangannya.

Page 11: Pintar Peribahasa 1

ambil beratMaksud:

memberikan perhatian atau menumpukan perhatian dengan

sepenuh hati

mengambil tahu tentang sesuatu

Page 12: Pintar Peribahasa 1

AKTIVITI

Padankan setiap peribahasa yang telah dipelajari

dengan ayat yang paling sesuaidi dalam slaid seterusnya.

SELAMAT MENCUBA !

Page 13: Pintar Peribahasa 1

Peribahasa

ambil berat

ada jalan

ada hati

ada bakat

ada akal

Page 14: Pintar Peribahasa 1

Simpulan Bahasa Ayat

Izwan mempelajari bidang perniagaan bersungguh-sungguh ketika dia menuntut di universiti kerana dia ada keinginan untuk menjadi seorang ahli peniaga yang berjaya kelak.

Ibu sering mengambil tahu tentang keadaan kesihatan nenek. Dia menelefon nenek setiap pagi selepas pulang dari pasar.

Syamsul sentiasa mempunyai cara untuk memujuk ibunya yang kuat merajuk.

Sang Kancil memiliki idea untuk menyelamatkan dirinya agar tidak dimakan Sang Buaya.

Sufi memang berkebolehan dalam bidang sukan. Dia sering memenangi setiap pertandingan sukan yang disertai di sekolah.

Page 15: Pintar Peribahasa 1

JAWAPANNYA…

Page 16: Pintar Peribahasa 1

Simpulan Bahasa Ayat

ada hati Izwan mempelajari bidang perniagaan bersungguh-sungguh ketika dia menuntut di universiti kerana dia ada keinginan untuk menjadi seorang ahli peniaga yang berjaya kelak.

ambil berat Ibu sering mengambil tahu tentang keadaan kesihatan nenek. Dia menelefon nenek setiap pagi selepas pulang dari pasar.

ada jalan Syamsul sentiasa mempunyai cara untuk memujuk ibunya yang kuat merajuk.

ada akal Sang Kancil memiliki idea untuk menyelamatkan dirinya agar tidak dimakan Sang Buaya.

ada bakat Sufi memang berkebolehan dalam bidang sukan. Dia sering memenangi setiap pertandingan sukan yang disertai di sekolah.

Page 17: Pintar Peribahasa 1

Sumber gambar:

http://usratulimtiaz09.blogspot.sg/2013/06/kesatuan-hati.html http://www.aura.co.id/articles/Psikologi/2999-cara-mengenali-bakat-anak http://ardiusrudi.blogspot.sg/2015/04/mutiarahikmahakal.html http://www.sinarharian.com.my/nasional/kumpulan-migran-pertama-rakyat-syria-tiba

-1.459977 http://www.kucoba.com/2011/12/cara-menyelesaikan-masalah-dengan-mudah.html http://difficultrun.nathanielgivens.com/2016/07/11/is-there-a-connection-between-pa

rent-child-earnings http://piquaoh.org/fireworks-safety/