PIP Malay

2
Tarikh : Nama : No. Pekerja : Jawatan : Jabatan : Alamat : Encik Pelan Peningkatan Prestasi Dengan segala hormatnya merujuk kepada tarikh surat tawaran 20hb April 2015 sehingga 19hb October 2015, Pihak pengurusan dan penyelia anda merasakan bahawa anda tidak melaksanakan kerja yang telah ditetapkan untuk anda mengikut apa yang diharapkan daripada jawatan anda sebagai Packing Operator (Chemical). Pada bulan April 22hb, semasa seisi kaunselling dan amaran lisan, pihak anda telah diberi kaunseling mengenai prestasi dan kedatangan anda yang tidak memuaskan.Setakat ini, tiada ada apa-apa perubahan yang ketara daripada pihak anda. Syarikat menghargai anda sebagai seorang pekerja.Walau bagaimanapun, yang penting adalah tanggungjawab untuk memperbaiki prestasi adalah dari pihak anda sendiri. Anda kini diletakkan didalam Pelan Peningkatan Prestasi (PIP) iaitu dari tarikh 21 Oktober 2015 sehingga 20 Disember 2015, kerja dan kedatangan anda akan dipantau dengan teliti oleh pihak pengurusan. Anda mesti menunjukkan peningkatan segera dalam bidang-bidang seperti dalam lampiran 1 (Pelan Peningkatan Prestasi). Penyelia dan pihak pengurusan akan memantau dan mengkaji semua kemajuan anda pada setiap kerja yang memerlukan penambahbaikan setiap hari atau minggu. Pihak Pengurusan percaya bahawa dengan berbuat

description

Pip

Transcript of PIP Malay

Page 1: PIP Malay

Tarikh :

Nama :

No. Pekerja :

Jawatan :

Jabatan :

Alamat :

Encik

Pelan Peningkatan Prestasi

Dengan segala hormatnya merujuk kepada tarikh surat tawaran 20hb April 2015 sehingga 19hb

October 2015, Pihak pengurusan dan penyelia anda merasakan bahawa anda tidak melaksanakan

kerja yang telah ditetapkan untuk anda mengikut apa yang diharapkan daripada jawatan anda

sebagai Packing Operator (Chemical). Pada bulan April 22hb, semasa seisi kaunselling dan

amaran lisan, pihak anda telah diberi kaunseling mengenai prestasi dan kedatangan anda yang

tidak memuaskan.Setakat ini, tiada ada apa-apa perubahan yang ketara daripada pihak anda.

Syarikat menghargai anda sebagai seorang pekerja.Walau bagaimanapun, yang penting adalah

tanggungjawab untuk memperbaiki prestasi adalah dari pihak anda sendiri.

Anda kini diletakkan didalam Pelan Peningkatan Prestasi (PIP) iaitu dari tarikh 21 Oktober 2015

sehingga 20 Disember 2015, kerja dan kedatangan anda akan dipantau dengan teliti oleh pihak

pengurusan. Anda mesti menunjukkan peningkatan segera dalam bidang-bidang seperti dalam

lampiran 1 (Pelan Peningkatan Prestasi).

Penyelia dan pihak pengurusan akan memantau dan mengkaji semua kemajuan anda pada setiap

kerja yang memerlukan penambahbaikan setiap hari atau minggu. Pihak Pengurusan percaya

bahawa dengan berbuat demikian, anda boleh dibimbing untuk menjadi seorang pekerja yang

menyumbang kepada syarikat.

Penambahbaikan mesti berlaku dengan segera dan mesti dikekalkan. Jika mana-mana bahagian

pelan peningkatan ini dilanggar pada bila-bila dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan

tatatertib untuk penamatan jawatan dari syarikat boleh berlaku. Penurunan prestasi selepas

Page 2: PIP Malay

berjaya menamatkan pelan peningkatan boleh menyebabkan penamatan kerja daripada Syarikat,

iaitu tanpa mengeluarkan amaran atau pelan peningkatan yang lain.

Seperti biasa, Dasar Pintu Terbuka disediakan untuk anda bagi membincangkan sebarang

masalah yang dihadapi oleh pihak anda.

Tandatangan anda mengakui perbincangan ini.

Nama Tandatangan Tarikh