PITOS 1023 PPT
-
Upload
andersonian-clinton -
Category
Documents
-
view
253 -
download
4
description
Transcript of PITOS 1023 PPT
KAEDAH PENGAJARAN SEJARAHPITOS 1023
KONSEP ASAS Pengajaran : Pembelajaran : Pendekatan : Strategi :
Kaedah : Teknik : Aktiviti
AZMI BIN MOHAMAD @ MD. JALANIKETUA UNIT KAJIAN SOSIAL
JABATAN SAINS SOSIALIPG KAMPUS IPOH
KONSEP ASAS PENGAJARAN Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran merupakan suatu yang diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi- strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.
Noriati, Boon & Sharifah, 2012 melibatkan diri dalam pembelajaran dan perkembangan
sepanjang hayat menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja berkongsi pengetahuan membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan
merancang menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang
ramai
Definisi lain pengajaran ialah :
Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan “ classroom talk” yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti dilaksanakan
( Amidon & Hunter, 1964 )
Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses membentuk pendidikan untuknya.
( Morrison, 1926)
KONSEP ASAS PEMBELAJARAN
Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya
(Bower & Hilgard, 1981)
KONSEP ASAS PEMBELAJARAN
Mengikut Slavin (2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman.
PEMBELAJARAN MEMPUNYAI TIGA KOMPONEN:I. Mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu
tingkah laku. Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku.
II. Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku yang telah dipelajari tidak dipamerkan.
III. Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh itu, anda akanberhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara menyebabkan perubahan tingkah laku.
Prinsip-Prinsip Pembelajaran Prinsip-prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk belajar,
keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan, belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.
KONSEP PENDEKATAN Satu kumpulan andaian yang saling berkaitrapat
mengenai hakikat sejarah, hakikat pengajaran sejarah dan hakikat pembelajaran sejarah. Ia juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil
untuk menuju sesuatu sasaran. Juga diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
KONSEP PENDEKATAN Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Mesti berlandaskan model, prinsip atau teori seperti; konkrit kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.
KONSEP PENDEKATAN Pendekatan yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara. Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita
sampaikan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan
wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses pengajaran.
KEBERKESANAN PENDEKATAN
KEAKTIFAN PENGAJARAN DAN PELAJAR
Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi. Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar
ialah pendekatan yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat .
CARA PENGELOLAAN MURID
Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah yang sesuai
untuk aplikasikannya dalam bilik darjah
CARA- CARA FAKTA DISAMPAIKAN
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum cerita sejarah dijelaskan kepada pelajar. Manakala pendekatan deduktif pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek. Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara –cara fakta lain yang disampaikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak
PENGAJARAN SEJARAH DAN SUBJEK LAIN
Wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris.
Guru menyelit dan menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.
KONSEP STRATEGI
Merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang
cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
KONSEP STRATEGI
Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabungan beberapa pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau pun objektif pengajaran. Bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan, bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar- pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah- kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KONSEP KAEDAH
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
KONSEP KAEDAH
Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri- penemuan, kaedah penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set
prosedur yang tersusun dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada
pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEBELAJARAN
Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang
dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.
KAEDAH PENGAJARAN YANG BAIK DAN PROAKTIF
LANGKAH-LANGKAH YANG TELITI
Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah
perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.
STRATEGI YANG TERSUSUN DAN KEMAS
Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
OBJEKTIF YANG TEPAT DAN BOLEH DICAPAI
Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid.
KONSEP TEKNIK
Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
KONSEP TEKNIK
Digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.
KONSEP TEKNIK
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
TUJUAN TEKNIK
PERBINCANGANJelaskan konsep aktiviti pengajaran yang anda tahu dan kemukakan beberpa aktiviti yang dapat memberi gambaran tentang konsep aktiviti tersebut.
SEKIAN TERIMA KASIH