pjkTeks ucapan maulidur rasul

2
Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara @ Assalamualaikum w.b.t. Yang berusaha…………………., yang dirahmati Allah sekalian. @ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. @ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. @ Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada pagi yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh En Shahrin bin…………... Majlis mempersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz…………….. untuk membacakan doa. Dipersilakan. @ Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz…………. di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. @ Sesuai dengan tema ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, amat penting untuk kita menterjemahkan mesej di sebalik sambutan Maulidur Rasul ini dan tidak melihatnya sebagai penganjuran tahunan hari kebesaran Islam semata-mata. Sebaliknya, kita wajar menganalisa dan menghayati segala tindakan dan pendekatan Nabi Muhammad SAW dalam mentransformasi kehidupan umat Islam hari ini ke arah kejayaan dan kegemilangan. Hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Justeru, saya menyeru agar marilah kita memantapkan ukhuwah dan mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan yang jitu, umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang dan dihormati. Oleh itu, marilah kita mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadian, semangat dan daya juang serta akhlak Baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan penghayatan itu, akan mengukuhkan lagi kesatuan dan kekuatan kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan menjayakan program- program transformasi negara seterusnya memartabatkan lagi kejayaan umat Islam ke mercu kegemilangan, Insya Allah. Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan ………………………………………………….untuk mempersembahkan marhaban dan selawat. Untuk itu, diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama. Dipersilakan. @Terima

Transcript of pjkTeks ucapan maulidur rasul

Page 1: pjkTeks ucapan maulidur rasul

Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara;

Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara @ Assalamualaikum w.b.t. Yang berusaha…………………., yang dirahmati Allah sekalian. @ Alhamdulillah, bersyukur

kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. @ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada

semua kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. @ Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis

pada pagi yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh En Shahrin bin…………... Majlis mempersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak

majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz…………….. untuk membacakan doa. Dipersilakan. @ Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz…………. di atas bacaan doa

itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. @

Sesuai dengan tema ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’, amat penting untuk kita menterjemahkan mesej di sebalik sambutan Maulidur Rasul ini dan tidak melihatnya sebagai

penganjuran tahunan hari kebesaran Islam semata-mata. Sebaliknya, kita wajar menganalisa dan menghayati segala tindakan dan pendekatan Nabi Muhammad SAW dalam mentransformasi kehidupan umat Islam hari ini ke arah kejayaan dan kegemilangan.

Hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Justeru, saya menyeru agar marilah kita memantapkan ukhuwah dan mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan yang jitu, umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang

dan dihormati.

Oleh itu, marilah kita mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadian, semangat dan daya juang serta akhlak

Baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan penghayatan itu, akan mengukuhkan lagi kesatuan dan kekuatan kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan menjayakan program-program transformasi negara seterusnya memartabatkan lagi kejayaan umat Islam ke mercu

kegemilangan, Insya Allah.

Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan ………………………………………………….untuk mempersembahkan marhaban dan selawat.

Untuk itu, diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama. Dipersilakan. @Terima

Page 2: pjkTeks ucapan maulidur rasul

kasih diucapakan kepada kumpulan pelajar Darjah Khas atas persembahan itu tadi. Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendegar dan menghayati ceramah Maulidur

Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamed James yang diundang khas dari Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz. Dengan segala hormatnya dipersilakan. @ Setinggi-tinggi penghargaan

diucapkan kepada Ustaz Mohammad James di atas ceramah yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut. @ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi

Surau Al-Mukminin, Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Mohammad James. Majlis mempersilakan Hadirin dan hadirat sekalian, Sempurnalah sudah

majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Mukminin Jalan Rimba Seri Alam. Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati Ustaz Mohammad James diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar, para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke majlis santapan... Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis ini. Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun. Kalau ada jarum yang patah Jangan

disimpan didalam peti Majlis perasmian selesailah sudah Jumpa lagi di lain kali Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin