PKE3102 PENDIDIKAN KESELAMATAN

39
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PENDIDIKAN KESELAMATAN ( PKE 3102 ) DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD NAZRI BIN HJ . SAID 710730 - 02 – 5709 NO MATRIK : 0611 / 2380 KELAS : PJK (B) TAJUK KERJA KURSUS : 1 : PROSEDUR KESELAMATAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BILIK – BILIK UTAMA DI SEKOLAH 11 : KERTAS CADANGAN MINI PAMERAN PROSEDUR KESELAMATAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BILIK – BILIK UTAMA. PENSYARAH PN. LIZA BINTI SAAD

description

trey

Transcript of PKE3102 PENDIDIKAN KESELAMATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESELAMATAN( PKE 3102 )

DISEDIAKAN OLEH:MUHAMAD NAZRI BIN HJ . SAID710730 - 02 5709NO MATRIK : 0611 / 2380KELAS : PJK (B)

TAJUK KERJA KURSUS :

1 : PROSEDUR KESELAMATAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAANBILIK BILIK UTAMA DI SEKOLAH 11 : KERTAS CADANGAN MINI PAMERAN PROSEDUR KESELAMATAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BILIK BILIK UTAMA.

PENSYARAHPN. LIZA BINTI SAADTARIKH HANTAR : 06.04.2013

ISI KANDUNGAN

BilTajuk

1.Penghargaan

2.Isi Kandungan2.1 Pengenalan2.2 Rasional2.3 Objektif2.4 Tarikh, masa dan tempat2.5 Kumpulan Sasaran2.6 Penutup

3.Kertas Cadangan Mini Pameran Prosedur Keselamatan Mengenai Tatacara Penggunaan Bilik Bilik Utama Di - Sekolah.3.1 Stor Sukan3.2 Kantin3.3 Padang Sekolah3.4 Bilik Komputer

4.Gambar Mini Pameran Prosedur Keselamatan Mengenai Tatacara Penggunaan Bilik Bilik Utama Di Sekolah

5.Bibliografi

PENGHARGAANAssalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia serta keizinan-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan ini.Pada kesempatan ini, ingin saya mengucapkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Pn.Liza binti Saad selaku tutor bagi Kursus PKE3102 Pendidikan Keselamatan , kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang amat mengambil berat dan memahami situasi saya sepanjang pengajian di IPG Kampus Perlis ini.Segala sumbangan beliau akan dikenang sepanjang masa dan moga moga bimbingan,sumbangan, dan sokongan yang di hulurkan di nilai sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T.

Wassalam

1. Pengenalan1.1 Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan dan selamat untuk merangsang kecemerlangan pembelajaran dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 1.2 Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal pelajar. 1.3Program mini pameran berkenaan peraturan keselamatan bilik bilik utama bertujuan untuk menerangkan kepada semua murid secara mendalam peraturan penggunaan bilik bilik utama di sekolah.1.4 Program mini pameran ini juga menerangkan secara terperinci peraturan dan tatacara penggunaan bilik bilik khas di sekolah.

2.Rasional2.1Pameran keselamatan di sekolah bertujuan memberi makluman dan penerangan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah serta masyarakat setempat betapa pentingnya menjaga keselamatan di sekolah .2.2Keupayaan pihak sekolah dalam menangani isu keselamatan terhad kerana kekurangan sokongan daripada masyarakat setempat.2.3Masyarakat kurang peka terhadap isu keselamatan di dalam kawasan sekolah.2.4Semua murid dapat mengetahui dengan jelas peraturan bilik bilik utama.2.5Warga sekolah kini terdedah kepada pengaruh luar daripada segi fizikal,mental, emosi, sosial dan teknikal.

3.Objektif3.1Mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan ceria di dalam kawasan sekolah.3.2Memastikan hak individu / warga Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah selamat, dihormati dan dijaga.3.3Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.3.4Memastikan tatacara dipatuhi bagi setiap tindakan yang diambil.3.5Meningkatkan penglibatan warga Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah dalam bidang akademik, ko kurikulum dan aktiviti lain.3.6Meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah bagi menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.3.7Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah.4.Tarikh : 18 Mac 2013Masa: 10.00 hingga 10.30 pagiTempat: Kelas Tahun 2 Cemerlang5.Kumpulan sasaran 5.1Semua murid Tahun 2 Cemerlang

5.2Tentatif ProgramMasaPerkara

10.00 pagiHingga 10.30 pagi* Pameran tentang peraturan Stor Sukan.* Penerangan tentang peraturan stor sukan.* Pameran tentang peraturan kantin.* Penerangan tentang peraturan kantin sekolah.* Pameran tentang peraturan padang sekolah.* Penerangan tentang peraturan penggunaan padang sekolah.* Pameran tentang penggunaan bilik komputer.* Penerangan tentang peraturan penggunaan bilik komputer.* Semua murid mendengar penerangan yang disampaikan oleh guru.* Murid murid membaca risalah penerangan tentang peraturan bilik bilik utama di sekolah.

6.Kumpulan sasaran :6.1Semua Murid Tahun 2 Cemerlang7.Penutup7.1Program mini pameran dan penerangan tentang prosedur keselamatan mengenai tatacara penggunaan di setiap tempat bilik bilik utama di sekolah. Semua murid dapat memahami dengan jelas tiap tiap bilik utama di sekolah mempunyai peraturan dan tatacara penggunaan yang tersendiri. Peraturan yang jelas dapat menghindari sebarang kemungkinan dan perkara perkara yang tidak diingini yang mungkin boleh berlaku kepada murid sekiranya tidak mematuhi peraturan yang telah disediakan.Peraturan yang disediakan pada setiap bilik bilik utama di sekolah dapat membentuk disiplin pada setiap murid.

TAJUK : PERATURAN PENGGUNAAN STOR SUKANPengenalan :Stor sukan merupakan salah sebuah bilik khas di sekolah. Stor sukan merupakan tempat penyimpanan peralatan sukan. Stor sukan merupakan tempat kawasan larangan. Setiap murid yang hendak masuk stor sukan perlulah mendapat kebenaran daripada guru penyelaras stor sukan.Tatacara Penggunaan Am Stor SukanPastikan mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada guru pendidikan jasmani sebelum mengambil peralatan sukan yang diperlukan. Di larang mengambil peralatan sukan tanpa kebenaran.Setiap peralatan sukan diambil perlulah direkod ke dalam buku rekod stor PJK.Sebagai langkah keselamatan elakkan datang ke stor PJK bersendirian tanpa memaklumkan pada guru pendidikan jasmani.Gunakan semua peralatan sukan mengikut kesesuaian dengan sebaik- baiknya. Di larang menyalahgunakan peralatan peralatan tersebut.Peralatan sukan hendaklah dikembalikan dan diletakkan semula mengikut susunan asalnya. Pihak stor PJK berhak menuntut ganti rugi daripada kelas terbabit atas segala kerosakan atau kehilangan peralatan sukan yang digunakan.Bagi mengelakkan berlakunya kehilangan pada peralatan peralatan dan kemudahan yang ada dalam setor PJK pastikan pintu stor PJK ditutup setiap kali sebelum beredar.

Berhati hati ketika menggunakan atau membawa peralatan bukan yang tajam dan berat.Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan stor PJK. Kutip apabila ternampak sampah di persekitaran dan buangkannya ke dalam tong sampah.Dilarang melepak atau melakukan aktiviti yang membuang masa di stor PJK.Pastikan semuasuis elektrik ditutup sebelum beredar keluar.

Tatacara Penggunaan MuridMurid murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran.Merekodkan peralatan yang diambil ke dalam buku rekod penggunaan.Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang di gunakan. Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan.Menjaga kebersihan.Mengetahui cara penggunaan dengan betul.Sentiasa berwaspada menggunakan peralatanMengetahui tatacara penggunaan peralatan dengan betul.

Tatacara Penggunaan GuruPeralatan berharga disimpan dalam almari berkunci cth : jam randik , pita ukur, pembesar suara dan kasut spike.Peralatan tajam bahagian yang tajam mengadap ke dalam atau ke bawah.Peralatan berat jangan diletak atau ditindih ke atas benda yang lembut mudah rosak, pecah cth : peluru.Peralatan yang kerap diguna disusun di bahagian luar.Melabelkan jenis peralatan.Ikat tali skip dengan kemas. Bibs dilipat.Bola yang kurang angin dipam.Buku rekod peralatan, buku rekod keluar masuk peralatan.Buku rekod peralatan digunakan untuk mencatatkan maklumat berkaitan peralatan sukan yang dibeli oleh pihak sekolah.Buku rekod keluar masukalatan sukan merekodkan pinjaman peralatan yang dibuat secara harian

Papan kenyataan untuk notis / risalah tentang stor sukan dan perkara perkara yang hendak disampaikan kepada pihak tertentu di perbaharui.Peraturan perlu disenaraikan denganjelas demi kepentingan & kelicinan pengelolaan stor sukan dan alatan alatan.

TAJUK : PERATURAN PENGGUNAAN KANTINPengenalan :Setiap sekolah mempunyai sebuah kantin yang selesa. Kantin merupakan tempat untuk makan dan minum untuk murid dan guru. Setiap kantin mempunyai tatacara dan peraturan .Tatacara Penggunaan Am Kantin :Beratur apabila membeli makanan dan minuman.Meletakkan mangkuk dan gelas dalam besen selepas makan.Tidak boleh berludah di kantin.Cuci tangan selepas makan.Tidak boleh membuang sampah.

TATACARA PENGGUNAAN MURIDMurid murid hanya boleh membeli makanan di sekolah. Murid murid di tegah membeli makanan daripada penjaja di luar.Semasa membeli makanan di kantin, murid murid perlu beratur dan tidak boleh berebut rebut.Murid murid dilarang membuang sampah sarap di merata tempat.Murid murid sentiasa menjaga kebersihan kantin sekolah.Murid murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur kantin.Murid murid tidak dibenarkan berlari dan berkejar kejaran dalamdan di luar kantin.Bersopan dan bertertib semasa makan dan minum

TATACARA PENGGUNAAN GURUMemantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Kesihatan.Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian senarai harga hendaklah dipamerkan.Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.Memastikan pengusaha menu sediakan keadaan dan persekitaran dalaman dan luar kantin yang bersih,kemas dan ceria.Memastikan pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah

Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,selamat dan selesa.Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian bersesuaian,kemas dan bersih seperti alas kepala, apron dan lain lain.Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yang HALAL, SUCI dan BERSIH.Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa operasi.

TAJUK : PERATURAN PENGGUNAAN PADANG SEKOLAHPengenalan :Setiap sekolah mempunyai padang sekolah. Padang sekolah merupakan tempat untuk murid melakukan aktiviti sukan dan permainan. Di padang sekolah terdapat berbagai gelanggang contohnya gelanggang bola tampar,sepak takraw, tenis, ragbi dan lain lain lagi. Padang sekolah mempunyai peraturan penggunaannya.Tatacara Penggunaan Am Padang Sekolah :Penggunaan padang sekolah hanyalah untuk warga Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah sahaja.Pastikan berpakaian sukan yang sesuai . Memakai selipar atau sender adalah dilarang sama sekali.

Hendaklah menjaga kemudahan sukan yang disediakan dengan baik.Tidak dibenarkan bermain pada waktu hujan atau cuaca buruk.Penggunaan padang selain waktu yang telah ditetapkan mestilah kebenaran sahaja.Pengguna luar yang ingin menggunakan padang mestilah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.Kegunaan padang hanyalah untuk aktiviti sukan yang dibenarkan sahaja,Segala kemalangan atau kecederaan semasa menggunakan padang adalah tanggungjawab sendiri.Dilarang membawa masuk kenderaan di padang.Pencerobohan adalah dilarang.

Tatacara Penggunaan MuridMurid yang menjalani latihan sukan hendaklah bersama jurulatih.Murid tidak dibenarkan menghisap rokok di padang.Murid hendaklah mematuhi peraturan penggunaan padang dan gelanggang.Tidak dibenarkan bermain permainan merbahaya di padang.Murid tidak dibenarkan bermain pada waktu hujan atau cuaca buruk.Murid mesti memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti bersukan.

Tatacara Penggunaan GuruGuru mestilah memastikan keadaan padang selamat untuk digunakan.Guru perlu bersama murid sewaktu melakukan aktiviti.Menerangkan kepada murid peraturan penggunaan padang atau gelanggang.Memastikan keadaan kesihatan murid sebelum melakukan aktiviti di padang.Guru perlu memastikan keadaan padang tidak terdapat benda benda yang merbahaya contohnya kaca, paku , batu dan lain lain.Guru perlu memantau rumput di padang hendaklah selalu dipotong pendek.

TAJUK : TATACARA PENGGUNAAN BILIK KOMPUTERPengenalanSetiap sekolah mempunyai Bilik Komputer atau dikenali juga Makmal Komputer.Di dalam bilik komputer terdapat peralatan yang serba lengkap. Semua murid dapat mempelajari kemahiran belajar komputer di dalam bilik computer.Seorang guru di tugaskan sebagai penyelaras bilik komputer.Bilik komputer mempunyai peraturan dan tatacara yang perlu dipatuhi untuk menjaga keselamatan.Tatacara Penggunaan AmSemua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada penyelaras makmal komputer sekolah sebelum menggunakan makmal.Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.Mendapatkan kebenaran penyelaras makmal komputer sebelum menggunakan kemudahan makmal.Membuat tempahan awal / kebenaran bertulis / mengisi jadual penggunaan kemudahan makmal.Meninggalkan kasut dan susun dengan teratur di bahagian luar makmal komputer sekolah.

Menggunakan kemudahan dalam makmal mengikut langkah langkah yang ditetapkan.Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan komputer.Pelajar pelajar tidak dibenarkan memasuki makmal komputer tanpa kehadiran guru mereka.Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan internet tanpa kebenaran guru.Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan.Pelajar pelajar dilarang sama sekali memasuki Bilik Pelayan ( server )Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan makmal ( guru bertugas ) dan buku log penggunaan komputer ( pelajar )Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam makmal kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan SEGERA.Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal computer tanpa kebenaran daripada guru penyelaras.Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.

TATACARA PENGGUNAAN MURIDMurid - murid tidak dibenarkan memasuki makmal komputer tanpa kehadiran guru mereka.Meninggalkan kasut dan susun dengan teratur dibahagian luar makmal komputer sekolah.Murid murid dilarang sama sekali memasuki Bilik Pelayan ( server )Tidak dibenarkan membuat bising.Dilarang mengubah sebarang setting dalam komputer.Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman.Shut Down dan Off selepas penggunaan.TATACARA PENGGUNAAN GURUGuru yang membawa murid ke makmal computer perlu merekod terlebih dahulu nama guru, tingkatan, waktu dan nombor computer yang digunakan ke dalambuku loq / catatan sebelum memulakan operasi.Bertanggung jawab terhadap proses proses penyeleggaraan computer jika berlaku kerosakan.Bertanggunjjawab dalam mengurus dan mengawal inventori juga keselamatan makmal dalamproses pengajaran.

Membantu dalam pengurusan makmal komputer dengan mengadakan sudut sudut berita, sudut kajian dan sudut maklumat terkini.Membuat perancangan aktiviti literasi komputer bagi murid.BibliografiDewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1989 Garis Panduan Kantin Sekolah.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur 1989 Garis Panduan Stor Sukan.Kassim Abbas, Pusat Sumber Sekolah dan Organisasi, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd , Kuala Lumpur, 1989.Skjjstortsport,bloqsport.com / p / peraturan ,htmlwww.smksgpusu.net / ict / peraturan,html

RISALAH RISALAH TENTANG PROSEDUR KESELAMATAN DAN TATACARA PERATURAN PENGGUNAAN :STOR SUKANKANTINBILIK KOMPUTER

PADANG SEKOLAHBILIK KOMPUTER RefleksiMini Pameran ini merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Unit Hem Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah. Buat permulaan kelas 2 Cemerlang telah dipilih untuk mengendalikan Mini Pameran ini. Pameran ini juga sudah pastinya dapat menerapkan disiplin yang tinggi di kalangan semua murid. Pameran ini juga memupuk minda yang positif,kreatif, dan inovatif hasil daripada pengalaman pameran yang dijalankan.Pameran ini juga memberi pendedahan kepada semua murid tentang prosedur tatacara keselamatan mengenai tatacara penggunaan bilik bilik utama di sekolah. Pameran ini juga memastikan tatacara dipatuhi bagi setiap penggunaan bilik bilik utama contohnya stor sukan. Semua murid merasa seronok dan gembira dapat pengetahuan tentang tatacara dan peraturan bilik bilik utama di sekolah. Mini pameran ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kerjasama antara guru dan murid amat baik. Cadangan penambahbaikan mini pameran ini perlu diadakan lagi di masa hadapan. Banyak manfaat yang murid dapat. Disamping itu juga dapat membentuk disiplin dikalangan murid. Pihak sekolah patut mengadakan pameran di peringkat sekolah. Ibu bapa juga perlu di jemput bersama sama. Melalui pameran ini murid murid dapat mengetahui dengan lengkap peraturan penggunaan bilik bilik utama yang terdapat di sekolah.

PenutupPameran ini diharap dapat membentuk disiplin diri di kalangan murid . Semua murid dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi. Semasa pameran ini murid dapat penjelasan jelas daripada guru tentang peraturan dan tatacara penggunaannya. Semua murid dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa melihat pameran ini di samping dapat pengetahuan yang membina. Semoga pameran ini dapat diteruskan di masa hadapan. Murid murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid murid mematuhi peraturan sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Murid murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Apabila murid murid mematuhi peraturan sekolah mereka akan cemerlang dalam pelajaran ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru guru serta rakan rakan. Kesimpulannya mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada semua murid murid. Murid ysng berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri.

Gambar Mini Pameran Prosedur Keselamatan Mengenai Tatacara Penggunaan Di Setiap Tempat Berikut : Stor Sukan Kantin Padang Sekolah Bilik Komputer

Lawatan Murid Murid Ke Bilik Bilik Utama Sekolah