PKG

28
BBP41502-Sistem PTV (Tn. Hj. Ramlan B.Zainal Abidin);- Tajuk : Isu-isu dalam PTV, contoh kesediaan guru.pilih 1 isu dan kupas… 1.0 Pendahuluan Definisi Kurikulum boleh didefinasikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein and Hanskin ,1993,98) Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu (Mohd Daud, 1995) Kurikulum juga boleh ditakrifkan dokumen yang mengandungi pdp bagi sesuatu subjek Kurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan. Tanpa kurikulum suatu pendidikan tidak dapat dikatakan sebagai sistem pendidikan yangsempurna. Menurut M Ihsan Dacholfany dan Ayi 1

description

y

Transcript of PKG

BBP41502-Sistem PTV (Tn. Hj. Ramlan B.Zainal Abidin);-Tajuk : Isu-isu dalam PTV, contoh kesediaan guru.pilih 1 isu dan kupas

1.0 PendahuluanDefinisiKurikulum boleh didefinasikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein and Hanskin ,1993,98)Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu (Mohd Daud, 1995)Kurikulum juga boleh ditakrifkan dokumen yang mengandungi pdp bagi sesuatu subjekKurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan. Tanpa kurikulum suatu pendidikan tidak dapat dikatakan sebagai sistem pendidikan yangsempurna. Menurut M Ihsan Dacholfany dan Ayi Sofyan (2010), kurikulummemiliki fungsi yang holistik dalam sistem pendidikan sebagai media transformasi pengetahuan, teknologi, seni dan nilai-nilai kehidupan kepada manusia.Terdapat pelbagai definasi tentang kurikulum dan akhirnya membawa kepada satu pengertian yang sama antara kesemuanya. Menurut pandangan ahli sosiologi,kurikulum ialah alat untuk menyampaikan dan meneruskan sistem budaya danmenilai ilmu penilaian (Abd. Rahim,2007). Selain itu, kurikulum juga dilihat sebagai pelan perancangan dalam pendidikan yang melihat dua perkara utama iaitu visi dan struktur atau organisasi dalam pendidikan.

2.0 Konsep kurikulum pula ialah :a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah , bahan pengajaran dan cara penilaian.b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan berkesan.c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang diajar mengikut aliran dan jurusan yang ditetapkan.d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran terancang. Ia bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman.e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar semasa pelajar melalui pembelajaran terancang (Aziyan Bakar, 2013) 3.0 Latarbelakang subjek MPVWalau pun ianya dikonsepsikan sebagai Teknologi Perindustrian (TP), dan pada peringkat kelahirannya diberi timangan sebagai Kemahiran Asas Industri (KAI) tetapi didaftarkan sebagai Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Sebagai satu kesinambungan atau kelangsungan, MPV adalah peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah rendah. Kurikulum MPV digubal dan ditokok tambah dengan kemahiran-kemahiran yang menjurus kepada bidang yang boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat persekolahan. Dengan memperkenalkan MPV dipercayai ianya boleh meningkatkan peratus penyertaan murid dalam bidang sains dan teknologi ke arah dasar 60:40. Pelancaran Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Akademik (MPV) pada tahun 2002 di sekolah-sekolah akademik menengah atas merupakan satu inovasi besar Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum mata pelajaran bercorak vokasional ditawarkan kepada pelajar di sekolah menegah akademik, mereka terpaksa memohon di SMT/V yang tempatnya agak terhad. Kadar penyertaan pelajar di SMT/V ialah tujuh peratus daripada jumlah enrolmen kohort Tingkatan 4, iaitu satu angka yang rendah berbanding kadar penglibatan murid di negara-negara maju seperti Jerman, Perancis dan Itali meliputi penyertaan melebihi 60 peratus (Ahmad Sipon, 2001). Bagaimanapun Akta Pendidikan 1996 dalam Bab 7, Seksyen 36 dengan jelas meletakkan pendidikan vokasional termasuk di bawah pendidikan teknik, dan pendidikan teknik merangkumi;(a) Latihan kemahiran(b) Latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu(c) Latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada, dan(d) Apa-apa latihan teknik atau vokasional yang diluluskan Menteri Pendidikan juga mempunyai kuasa untuk mengadakan sebarang bentuk latihan vokasional di sekolah menengah akademik. Initiatif ini juga dilihat dapat menyumbang dan meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti penglibatan pelajar dalam kerjaya bidang vokasional dan teknikal yang sangat diperlukan negara. Sasaran 33% oleh Kementerian Pendidikan supaya daripada kohort tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah menengah akademik dan SMT/V dapat mengambil mata pelajaran teknik dan vokasional menjelang tahun 2010.4.0 Mata pelajaran dan Bidang MPV Matlamat mata pelajaran vokasional ini ialah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan diperingkat yang lebih tinggi (PPK - Edisi 2, Oktober 2001). Kurikulum MPV menghasratkan bagi melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan sendiri dan meneruskan latihan ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti hands-on yang berguna dalam kehidupan harian dan alam pekerjaan (Plan Induk MPV di Sekolah Harian Bagi Tahun 2002 2003 PPK, Januari 2003).Program MPV ditawarkan secara berperingkat sehingga 22 mata pelajaran kemahiran dalam lima bidang usaha dilaksanakan berperingkat selama empat fasa mulai tahun 2002 hingga tahun 2005 .

5.0 Kurikulum MPVBagi tujuan memperkasa PLTV, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan 22 subjek vokasional baru untuk ditawarkan di sekolah akademik. Pelancaran Mata Pelajaran Vokasional(MPV) disekolah akademik merupakan satu inovasi besar kementerian pelajaran Malaysia.Sebagai satu kesinambungan atau kelangsungan, MPV adalah peluasan matapelajaran kemahiran hidup bersepadu dari tingkatan satu hingga tiga di sekolah menengah rendah. Kurikulum MPV digubal dan ditokok tambah dengan kemahiran-kemahiran yang menjurus kepada bidang yang boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat persekolahan. Dengan memperkenalkan MPV dipercayai ianya boleh meningkatkan peratus penyertaan murid dalam bidang sains dan teknologi kea rah dasar 60:40. Matlamat matapelajaran vokasional ini ialah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi. Ianya adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti hands-on yang berguna dalam kehidupan harian dan alam pekerjaan ( Plan Induk MPV Di Sekolah Harian Bagi Tahun 2002-2003 PPK, Januari 2003). Antara mata pelajaran Vokasional yang diperkenalkan ialah Pembinaan Domestik, Lanskap dan Nursery, Membuat perabut, Seni Reka Tanda, Pendawaian Domestik, Rekaan dan Jahitan Pakaian,Tanaman Makanan, Hiasan Dalam Asas, Akualtur dan Haiwan Rekreasi, Penjagaan Muka dan Dandanan, Menservis outomobil, Produksi Multimedia dan lain-lain. Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan 22 mata pelajaran vokasional (MPV) secara berperingkat di sekolah menengah akademik harian untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 mulai tahun 2002. Program MPV telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 23 Jun 1999 untuk pelaksanaan mulai tahun 2002. Penggubalan kurikulum MPV serta kursus untuk guru dan mesyuarat penyelarasan dengan pegawai JPN telah dijalankan sepanjang tahun 2001. Program MPV dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2002 sehingga 2005. MPV yang berstatus elektif di tingkatan 4 dan 5, mengandungi 22 mata pelajaran vokasional berasaskan bidang usaha pembuatan, perkilangan, pertanian, ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer.Memandangkan perlaksanaan MPV ini telah dijalankan sejak 2002, adalh wajar mata pelajaran ini dikaji keberkesanannya bagi mengetahui sejauh manakah program ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan serta produk (pelajar) yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan (majikan). MPV merupakan satu aktiviti yang membolehkan berlakunya perubahan terhadap tingkah laku dan meningkatkan daya pemikiran pelajar bagi mengenal pasti masalah dan kebolehan mencetuskan idea untuk menghasilkan sesuatu produk. Di dalam merealisasikan apa yang telah dirancang, semua pihak memainkan peranan yang 154 Mohd Nordin, Ramlee & Mohammed Sani penting agar segala objektif MPV yang dihasratkan itu tercapai. Segala objektif objektif MPV seharusnya diberi penekanan. Penekanan yang berbeza, implikasinya nanti akan melahirkan generasi yang berbeza-beza dari segi kemahiran dan pengetahuannya kerana mereka ini dididik oleh guru dari pelbagai latar belakang dan mempunyai objektif yang berbeza (Azizi Yahya 1999). Menurut Azizi Yahya lagi, ini sudah tentu akan memberi kesan yang kurang baik terhadap sistem pendidikan di negara Malaysia. Untuk menyediakan perancangan yang berkesan, timbul juga masalah dalam kalangan guru-guru yang tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar KH (Ramlah, 1992). Ada juga dalam kalangan guru mempunyai sikap sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam sistem pendidikan kita.

6.0 Faktor pemilihan pelajar mempelajari subjek MPVKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) telah menawarkan tiga bidang pembelajaran kepada pelajar peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mengikuti program yang bersesuaian dengan pencapaian akademik masing-masing di sekolah-sekolah menengah teknik (SMT) atau Kolej Vokasional (KV) yang terpilih. Bidang tersebut adalah Pendidikan Teknikal, Pendidikan Vokasional dan Latihan Kemahiran yang bermula pada tahun 2013. Pendidikan Asas Vokasional (PAV) pula, akan ditawarkan di peringkat menengah rendah bagi sekolah-sekolah menengah harian, khusus kepada pelajar yang cenderung terhadap bidang vokasional (BPTV, 2012).5Bidang pendidikan teknikal yang ditawarkan adalah dikhususkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan PMR. Sungguh pun bermula pada tahun 2014, Peperiksaan PMR sudah tidak digunakan sebagai piawaian untuk menentukan tahap kecemerlangan pelajar, tetapi ia masih diguna pakai sehingga tahun 2013. Oleh hal yang demikian, tahap kecemerlangan berasaskan peperiksaan PMR masih wajar dijadikan panduan dalam kajian ini. Oleh itu, KPM telah menetapkan satu garis panduan gred bagi mengukur tahap kecemerlangan pelajar-pelajar tersebut.

Pemilihan pelajar untuk kemasukan ke sekolah menengah teknik (SMT) dalam aliran teknikal adalah bertujuan untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Kursus-kursus yang ditawarkan dalam aliran teknikal adalah bidang kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan awam, perdagangan dan sains pertanian. Pelajar yang terpilih mengikuti aliran teknikal akan meneruskan pembelajaran di SMT yang terpilih . Setelah menamatkan pembelajaran di SMT, pelajar akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti diploma dan ijazah di mana-mana institusi pengajian tinggi awam dan swasta (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum atau tingkatan enam. Justifikasinya, SMT merupakan saluran terbaik untuk pelajar cemerlang akademik membina kerjaya masa hadapan dalam bidang PTV. Berdasarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025),Pendidikan teknikal mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan vokasional, iaitu menyediakan murid untuk kerjaya yang khusus, daripada bidang perakaunan hinggalah kepada bidang nutrisi. Namun, Pendidikan teknikal merupakan sebahagian daripada laluan akademik dan memerlukan asas pencapaian akademik yang tinggi bagi membolehkan murid melanjutkan pelajaran. Selain mengambil mata pelajaran akademik yang sama seperti muriddi aliran perdana, murid aliran teknik boleh memilih daripada set pilihan mata pelajaran elektif teknikal yang berbeza, iaitu merangkumi bidang kejuruteraan awam, sains pertanian, prinsip perakaunan dan lain-lain. Terkini, kementerian memulakan usaha sama dengan sektor swasta bagi meningkatkan penerimaan pihak industri terhadap pendidikan teknikal. Sebagai contoh, murid yang mengikuti bidang perakaunan akan menerima akreditasi separa Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) untuk kelayakan profesional ACCA.Sehingga kini terdapat lebih daripada 20,000 orang murid yang berdaftar di sekolah teknik, iaitu kurang daripada 1% jumlah murid sekolah menengah (KPM, 2012b). (ms. 159) Berdasarkan fakta yang dinyatakan di atas, penyertaan pelajar cemerlang akademik dalam aliran teknikal dilihat masih kurang memberangsangkan. Sebagaimana sedia maklum, jumlah pelajar cemerlang PMR pada masa kini semakin ramai setiap tahun. Berdasarkan analisis keputusan Peperiksaan PMR 2012 di seluruh Malaysia, seramai 30,474 orang pelajar telah berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan tersebut iaitu sebanyak 6.92% keseluruhannya. Manakala pada peringkat Negeri Johor pula, daripada jumlah 52,572 calon yang menduduki Peperiksaan PMR, seramai 3,916 orang pelajar atau 6.889% mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil (Hassan, 2012). Jumlah tersebut menunjukkan bahawa, lebih ramai pelajar cemerlang PMR perlu diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikaldi SMT seluruh Malaysia.Bidang teknikal yang terhad kepada pelajar cemerlang dilihat sebagai cabaran kepada mereka untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di SMT. Hal ini demikian kerana, bermula pada tahun 2013, bidang teknikal hanya akan ditawarkan di 17 buah SMT seluruh Malaysia berbanding 28 buah SMT dan SMV yang menawarkan bidang tersebut pada tahun 2012 (BPTV, 2012). Hal ini adalah disebabkan penjenamaan semula sebahagian besar SMT dan SMV kepada Kolej Vokasional (KV) yang lebih cenderung kepada pemilihan pelajar kategori sederhana dan lemah akademuntuk memasuki aliran vokasional dan kemahiran. Menurut Ahmad Sipon (2001), penyertaan pelajar di SMT dan SMV adalah tujuh peratus daripada jumlah enrolmen kohort Tingkatan 4, iaitu satu angka yang rendah berbanding kadar penglibatan pelajar di negara-negara maju seperti Jerman, Perancis dan Itali meliputi penyertaan melebihi 60%. Di negara maju seperti Jerman, PTV serta latihan vokasional menjadi Antara pilihan utama pelajar kerana ia menyediakan prospek kerjaya yang baik (Ivan, 2007). Justeru, kecenderungan pelajar cemerlang akademik terhadap aliran Pendidikan teknikal perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa agar dapat meningkatkan enrolmen yang setanding dengan negara-negara maju sedia ada.Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan Malaysia berkata, pertumbuhan ekonomi nasional menuntut peningkatan bilangan graduan dalam bidang PTV. Menurut beliau, kerajaan telah mengambil langkah proaktif sejak tahun 2009 dengan melihat pelaksanaan bidang PTV di negara maju dan serantau kerana kadar purata kemasukan pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus berbanding hanya 10 peratus di Malaysia (Bernama, 2012). Melihat kepada negara-negara maju tersebut, beliau berpendapat PTV dianggap sebagai satu kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara tersebut.Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada BPTV (2013), seramai 25,433 orang calon dari SMT dan SMV telah mendaftar dan menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 2012. Sementara itu, hanya seramai 5,833 orang pelajar atau 22.93% calon sahaja merupakan kumpulan pelajar daripada aliran teknikal. Jumlah tersebut masih dianggap rendah jika dibandingkan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Menurut Bakar (2009), Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) pernah mendedahkan bahawa, kekurangan pelajar aliran teknik dan vokasional kini adalah di peringkat kritikal. Isu kekurangan pelajar ini tidak seharusnya dikesampingkan oleh mana-mana pihak kerana dengan hanya seramai 35,000 pelajar aliran itu atau tujuh peratus daripada keseluruhan 500,000 pelajar bagi setiap kohort akan menjejaskan usaha kerajaan mencapai status negara maju menjelang 2020. Menurut laporan Bernama (2012) pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia pernah menyuarakan kebimbangan bahawa, Malaysia tidak akan menjadi negara kompetitif dan terus ketinggalan sekiranya bidang PTV tidak mengalami perubahan besar dengan segera. Perubahan yang dimaksudkan adalah termasuk dalam meningkatkan bilangan graduan dalam bidang teknikal.Menurut Yahaya & Ismail (2011), walaupun mereka yang berjaya mendapattempat di SMT adalah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih berasaskan kelayakan, prestasi yang ditunjukkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidaklah menepati sesuatu yang membanggakan. Keputusan SPM 2012 menunjukkan bahawa, jumlah pelajar yang memperoleh 8A dan ke atas bagi aliran teknikal adalah seramai 210 orang sahaja berbanding 5833 orang pelajar keseluruhannya. Jumlah tersebut dilihat sebagai suatu yang membimbangkan apatah lagi dengan kekurangan jumlah pelajar dalam aliran teknikal di SMT seluruh Malaysia. Pada hakikatnya, pakej-pakej bagi mata pelajaran yang ditawarkan dalam aliran teknikal dapat menyediakan kemahiran yang bersesuaian dengan kelayakan akademik pelajar. Kemahiran dan pakej lengkap yang dimiliki oleh pelajar cemerlang akademik bergelar graduan akan menjadi faktor terhadap pemilihan tenaga kerja. Hal ini demikian kerana, pada masa ini pasaran kerja graduan bukan lagi hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi kualiti kendiri seseorang individu itu sendiri boleh mempengaruhi kebolehpasaran mereka (Mat Yazid, 2010). Kajian Ismail (2012) mendapati bahawa, prestasi yang diharapkan oleh majikan berbanding prestasi kerja sebenar graduan mempunyai jurang yang begitu ketara. Hal ini boleh menyebabkan peningkatan longgokan penganggur dalam kalangan graduan siswazah dari masa ke semasa. Oleh hal yang demikian, kecenderungan pelajar cemerlang akademik terhadap bidang PTV perlu dikenal pasti dengan lebih awal. Hal ini bagi memastikan mereka yang memilih bidang ini benar-benar merupakan kumpulan yang berminat, bersedia, dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap masa hadapan bidang tersebut. Hal ini demikian kerana, pelajar daripada aliran ini bakal menceburi bidang kejuruteraan, teknologi dan keusahawanan jika berkelayakan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) yang berasaskan PTV.Kecenderungan dan minat pelajar untuk mengikuti bidang PTV akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia seiring dengan 10 kelayakan yang ada. Minat yang tinggi dapat mempengaruhi dan mendorong seseorang itu berusaha dengan gigih untuk menguasai apa yang dikehendaki (Yahaya & Ismail, 2011). Minat juga merupakan kecenderungan yang menyebabkan seseorang berusaha untuk mencari ataupun mencuba aktiviti-aktiviti dalam bidang tertentu. Menurut Harun (2006), sikap, minat dan motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian masing-masing.Sebagaimana sedia maklum, amatlah penting pelajar cemerlang akademik mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap bidang PTV sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran dalam aliran pendidikan teknikal di peringkat menengah atas. Kesedaran yang ada dalam kalangan pelajar tersebut membuktikan bahawa mereka benar-benar mengambil tahu setiap maklumat terkini yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Oleh hal yang demikian, bidang PTV seharusnya dipilih sebagai keutamaan bagi pelajar cemerlang akademik lepasan PMR dalam menentukan bidang pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

7.0 Kesediaan Guru-guru mengajar subjek MPVSatu plan induk MPV telah disediakan melalui satu bengkel penyediaan plan induk pada 29 hingga 31 Januairi 2002 yang melibatkan perancang, penggubal dan pelaksana kurikulum dari bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pengetua serta guru sekolah. Plan induk MPV bertujuan menyediakan perancangan yang bersepadu dan menyeluruh selaras dengan hasrat dan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Di Antara objektifnya disebutkan untuk memantapkan lagi persediaan prasarana, tenaga pengajar dan pentaksiran secara lebih sistematik dan berkesan. Perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi penyediaan guru adalah meliputi tiga pendekatan berbeza. Pada peringkat awal pelancaran MPV, Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM dipertanggungjawabkan melaksanakan kursus orientasi kepada guru-guru yang mengajar pada tahun 2002. Bahagian Pendidikan Guru pula melatih guru-guru mulai tahun 2002 dalam Program KPLI dan keluaran sulung guru permulaan program ini telah mulai mengajar di sekolah-sekolah pada tahun 2003. Institusi pengajian tinggi seperti Kolej Universiti Tun Husin Onn, Universiti Teknologi Malaysia akan dilibatkan dalm persediaan guru dalam jangka masa panjang. (Ahmad Sipon, 2001).Adalah menarik untuk melihat unjuran sekolah, kelas dan murid bagi mata pelajaran vokasional yang diunjurkan dar tahun 2002 hingga 2005, seperti terdapat dalam Jadual 3 (Plan Induk MPV di Sekolah Harian Bagi Tahun 2002 2003 PPK, Januari2003). Isu dan Cabaran berkaitan kesediaan guru mengajar antaranya;1. Penyediaan guru MPV berdasarkan bidang pengkhususan mengikut mata pelajaran MPV diperingkat ijazah pertama jelas menjadi keutamaan. Bagaimana pun sebagai langkah awal penawaran kursus bagi mata pelajaran berkaitan boleh dilaksanakan dengan menawarkan mata pelajaran baru dalam program sedia ada di jabatan/fakulti tertentu di institusi pengajian tinggi. Mata pelajaran di peringkat universiti boleh bersifat teras, mata pelajaran wajib atau elektif. Orientasi pelaksanaan kursus haruslah bercorak competency based dan modular supaya pendedahan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran MPV sebenar dapat diterapkan.2. Proses pengajaran dan pembelajaran MPV menekankan pembelajaran masteri dan kompetensi. Penggunaan modul pembelajaran memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu tugas dalam sesuatu kompetensi, sebelum mereka bergerak ke tugas yang baru. Oleh itu selain aspek kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru MPV, mereka juga perlu mempunyai kemahiran mengajar pembelajaran berasaskan keterampilan (competency base learning). Kaedah mengajar yang menekankan pedagogi konvensional adalah tidak lagi sesuai.3. Pada masa yang sama kepentingan menekankan keperluan kemahiran bukan teknikal atau employbility skills perlu diambil kerana kompetensi adalah satu unit tugasan (task) yang mengintegrasikan pengetahuan teknikal, kemahiran dan sikap dalam menggunakan alat, bahan, keselamatan dan kaedah atau teknik untuk menyempurnakan tugas (duty) yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Ini selaras dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh McDaniels, 1992 di mana antara kemahiran employability yang diperlukan oleh majikan termasuklah, berdikari, jujur, kemas, menepati masa, keupayaan berhubung secara berkesan, keupayaan bekerja dalam satu kumpulan, bercit-cita tinggi, mempunyai etika kerja yang baik, setia dan juga dapat membuat pengubahsuaian. Oleh itu kurikulum pendidikan guru MPV perlu menyediakan peluang mempraktikkan kemahiran employbility.4. Perubahan ketara dalam melaksanakan pentaksiran MPV dalam SPM memperlihatkan satu lagi inovasi dalam pentaksiran yang diperkenalkan. MPV menjadi satu lagi medan ujian kepada pakar pentaksir dengan mengetengahkan Sistem Hurdle (Rujuk Lampiran 1) . Pentaksiran MPV dibahagikan kepada dua jenis pensijilan iaitu pensijilan modular yang mengiktiraf pencapaian murid dalam sesuatu keterampilan dan pensijilan terbuka SPM. Sistem pentaksiran kompeten yang dilaksanakan lebih fleksibel, individualized dan mampu mempertingkatkan pembelajaran murid yang dinamakan sebagai Pentaksiran Kompetensi-Pensijilan Modular (PK-PM) (Hassanor Othman, 2003). Sementara itu kaedah pentadbiran pentaksiran adalah berasaskan sekolah dan pusat. Oleh itu keperluan menyediakan guru yang dapat menguasai kaedah pentaksiran berasaskan ketrampilan (competency base assessment) adalah menjadi kemestian.

8.0 Kesediaan Pelajar Mempelajari Subjek MPVi) MinatMenurut Mohd Nizam (2004) minat merupakan daya penggerak yang mendorong kita untuk memberikan perhatian kepada sesuatu benda atau kegiatan. Dalam konteks pendidikan" minat merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian dalam meran+angstrategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi mengukuhkan minat pelajar terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya sentiasa bersedia untuk menerima pelajaran yang seterusnya.Minat akan mendorong perubahan sikap pelajar terhadap sesuatu proses pembelajaran. Oleh itu" para pelajar akan lebih bersikap positif terhadap sesuatu perkara yangdiminati mereka. Pelajar juga akan lebih bersedia untuk menghadapi pembelajaran yangseterusnya dalam mata pelajaran Vokasional. Menurut Mohd Nizam (2004) menyatakan"apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya" maka dia akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita - citakannya. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa minat telah mendorong seseorang pelajar itu untuk berusaha bersungguh - sungguh dalam mempelajari mata pelajaran vokasional ini. Selain itu minat merupakan salah satu faktor yang penting dalam menentukankejayaan seseorang pelajar. Menurut Roziana (2007) pula minat yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang diminati akan menambahkan lagi keyakinan diri untuk berjaya. Dengan adanya minat dalam diri seseorang pelajar itu dalam mata pelajaran vokasional ini maka mereka akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam sesuatu ujian penilaian.ii) Model pengajaran yang berkesan1) Kaedah pengajaran yang digunakan dan kesesuaian aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan sukatan pelajaran yang diajar.- kaedah pengajaran amat penting dalam memastikan proses pembelajaranmenjadi menarik dan menyeronokkan.- guru haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat pelajar dalam amali jahitan.- contohnya: guru memberi ganjaran kepada pelajar yang dapat menyiapkantugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan denganmengikut spesifikasi yang ditetapkan.2) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar terhadap mata pelajaran yang di ajar - guru perlu mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran sedia adapelajar yang di ajar bagi menentukan kaedah pendekatan yang perludilakukan semasa proses pengajaran.contohnya : guru perlu mengagihkan pelajar kepada kumpulan-kumpulanmengikut tahap penguasaaan mereka seperti pelajar yang lebihmahir berada di dalam kumpulan yang mahir, manakala pelajar yang kurang mahir akan disatukan dalam kumpulan yang lainsupaya guru dapat memberi lebih perhatian dan tumpuankepada kumpulan pelajar yang kurang mahir.

9.0 PenutupSubjek MPV merupakan komponen dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Ianya merupakan subjek penting dalam merealisasikan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Malaysia menjadikan Negara maju dan produktif. Seterusnya semua pihak kena sama-sama berganding bahu dalam mengarusperdanakan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang berpengetahuan bagi mencapai status Negara dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2015.

Rujukan

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum. Kuala Lumpur: Quantum Books. Abdul Razak Othman. (1997). Persepsi guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap reka cipta. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi MalaysiaAdzmi Yusoff. (2003). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lukisan kejuruteraan bagi sub topik unjuran ortografik, pandangan isometric dan pandangan oblik di sekolah menengah teknik negeri Pantai Timur. Disertasi Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.Esah Sulaiman. (2003). Asas pedagogi. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.Ramly. I. (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.Siti Mapsiah dan Nor Azizah Salleh. (1995). Pendidikan Vokasional: Formal dan nonformalke arah Wawasan 2020. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad ke 21, Universiti Kebangsaan Malaysia..1