Pkk

6
1.0 Pengenalan Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak pula adalah sangat penting kerana bahasa merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut. Ketika berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Akan tetapi , pada peringkat bayi, kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, perbuatan menangis merupakan isyarat bahasa untuk menyatakan bahawa bayi sedang lapar, lampin basah, tidak selesa dan sebagainya. Bahasa merangkumi bentuk verbal, bukan lisan dan tulisan, adalah bukan sahaja penting dalam komunikasi dan interaksi, tetapi juga dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teori yang menghuraikan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Setiap teori juga tersebut menumpukan kepada faktor- faktor tertentu yang menyebabkan perkembangan bahsasa dalam kalangan kanak-kanak. 2.0 Teori Psikolinguistik Teori ini dikemukakan oleh Chomsky (1968) dan rakan-rakan sebagai respons terhadap kekurangan yang terdapat teori lain seperti teori behaviorisme. Menurut Chomsky, adalah mustahil bagi seorang kanak- kanak yang berusia 4 tahun menguasai bahasa pada tahap yang begitu kompleks dengan hanya mendengar bahasa orang dewasa dan mengingatinya. Tokoh-tokoh yang mempelapori teori ini berpendapat bahawa bahasa adalah unik pada manusia dan bahasa dipelajari oleh semua golongan tanpa mengambil kira budaya dan situasi.

description

grhgthehrjti

Transcript of Pkk

Page 1: Pkk

1.0 Pengenalan

Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak pula adalah sangat penting kerana

bahasa merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut. Ketika berinteraksi

dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang

perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula

sejak dari bayi. Akan tetapi , pada peringkat bayi, kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi

dengan jelas. Namun, perbuatan menangis merupakan isyarat bahasa untuk menyatakan

bahawa bayi sedang lapar, lampin basah, tidak selesa dan sebagainya. Bahasa merangkumi

bentuk verbal, bukan lisan dan tulisan, adalah bukan sahaja penting dalam komunikasi dan

interaksi, tetapi juga dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teori yang

menghuraikan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Setiap teori juga tersebut

menumpukan kepada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan perkembangan bahsasa dalam

kalangan kanak-kanak.

2.0 Teori Psikolinguistik

Teori ini dikemukakan oleh Chomsky (1968) dan rakan-rakan sebagai respons terhadap

kekurangan yang terdapat teori lain seperti teori behaviorisme. Menurut Chomsky, adalah

mustahil bagi seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun menguasai bahasa pada tahap yang

begitu kompleks dengan hanya mendengar bahasa orang dewasa dan mengingatinya. Tokoh-

tokoh yang mempelapori teori ini berpendapat bahawa bahasa adalah unik pada manusia dan

bahasa dipelajari oleh semua golongan tanpa mengambil kira budaya dan situasi.

Chomsky berpendapat bahawa, kanak-kanak bukan sahaja menghafal input bahasa satu

persatu, tetapi mereka juga balajar peraturan-peraturan bahasa. Justeru, Chomsky membuat

kesimpulan bahawa, bahasa merupakan suatu kemahiran yang telah terbina semula jadi dalam

diri setiap manusia. Dengan perkataan yang lain, bayi dilahirkan dengan kesediaan untuk

belajar bahasa. Selain itu, menurut Chomsky, bayi mempunyai satu mekanisme yang dikenali

sebagai language acquisition device (LAD) yang terdiri daripada kategori tatabahasa asas dan

satu set peraturan yang dikongsi oleh semua bahasa.

Menurut terori ini, LAD hanya beroperasi apabila kanak-kanak didedahkan kepada sesuatu

bahasa. Apabila kanak-kanak didedahkan kepada input bahasa, LAD akan mengambil alih

untuk membantu kanak-kanak memperoleh peraturan-peraturan bahasa. Sebalik sahaja

Page 2: Pkk

peraturan-peraturan tersebut dikuasai beserta perbendaraan kata asas, kanak-kanak akan

memahami dan menghasilkan bahasa. Akan tetapi, kefahaman sepenuhnya tentang LAD dan

lokasinya masih didebatkan sehingga hari ini. Teori ini dapat memberi penjelasan terhadap

fakta bahawa hampir semua kanak-kanak berupaya berbahasa tanpa latihan khas. Selain itu,

teori ini juga dapat menjelaskan mengapa kanak-kanak menguasai bahasa dengan begitu cepat

, seolah-olahnya mereka telah diprogramkan sejak lahir untuk memproses peraturan-peraturan

bahasa.

Berdasarkan kenyataan di atas, terdapat beberapa keberkesanan teori Chomsky untuk

diaplikasi dalam konteks perkembangan kanak-kanak di Malaysia. Adapun aplikasi teori

Chomsky dalam pembelajaran Bahasa di antaranya ialah kanak-kanak berupaya berbahasa

tanpa latihan khas. Sudah jelaslah bahawa, pelajar tidak semestinya diberikan latihan secara

intensif, tetapi hanya dibimbing sahaja oleh gurunya. Hal ini demikian kerana kemampuan

berbahasa adalah satu proses kreatif, maka pembelajar harus diberi kesempatan yang luas

untuk mengkreasi ujaran-ujaran dalam situasi komunikatif yang sebenarnya, bukan sekadar

menirukan dan menghafalkan. Dengan adanya LAD, anak juga akan belajar bahasa dengan

cepat, terutamanya untuk bahasa kedua sebelum usia 10 tahun. Chomsky mengatakan bahawa

kanak-kanak menguasai bahasa begitu cepat, seolah-olahnya mereka telah diprogramkan sejak

lahir untuk memproses peraturan-peraturan bahasa.

Teori ini juga menekankan proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pengajaran

dan pembelajaran bahasa akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap

kematangan murid. Dengan itu proses pembelajaran akan lebih bersifat sistematik dan guru

dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. Selain itu,

menurut Chomsky akan menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri di antara

seseorang murid, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran

berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Menekankan kaedah

pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat

secara aktif dalam aktiviti pembelajaran serta terlibat aktif dalam penggunaan bahan-bahan

pembelajaran berbanding guru.

Page 3: Pkk

3.0 TEORI BEHAVIORIS

            Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak balas

hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan luaran (Siti

Hajar Abdul Aziz, 2009:383). 

Dari konteks pemerolehan bahasa pula, teori Behavioris merupakan sebuah fahaman

yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui proses

pencernaan tatabahasa dalam bentuk yang betul. Menurut teori ini juga, pemerolehan bahasa

adalah berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun sebaliknya (Siti Hajar Abdul

Aziz, 2009:389). Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang menggunakan elemen

peneguhan untuk mengukuh serta mengekalkan gerak balas dalam pemerolehan bahasa (Mok

Soon Sang, 2012:104). Ini bermakna, pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah

laku secara spontan, sama ada diteguhkan dengan ganjaran atau dilemahkan melalui

hukuman. (Siti Hajar Abdul Aziz,2009:389).

            Antara pelopor utama dalam teori ini adalah Thorndike dan juga B.F. Skinner.  Mereka

berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana bagi mereka,

perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383).

Oleh yang demikian, mereka menolak fungsi otak dan operasi kognitif dalam dalam

pemerolehan bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383-384).

Menurut teori ini, pengajaran bahasa merupakan proses mekanikal untuk membentuk

tabiat yang melalui latihan dan pengulangan. Oleh yang demikian, satu bentuk latihan

mekanisme bersistem perlu diwujudkan dalam pengajaran. Teori ini juga mementingkan

persekitaran dan tingkah laku murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Siti

Hajar Abdul Aziz, 2009:384). Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri

serta suasana dalam bilik darjah.

Walaubagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya kerana menekankan kepada

latihan tubi . Proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa merupakan suatu proses

pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses pengajaran

bahasa dapat dilakukan secara lebih sistematik. Selain itu, teori ini juga menitikberatkan

peranan persekitaran dalam pemerolehan bahasa untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana

Page 4: Pkk

dalam bilik darjah. Seterusnya, teori ini menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid

akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan dari kawan-

kawan atau keluarga. Contohnya, apabila mereka mencontohi sebutan bahasa orang dewasa

yang tidak baik maka mereka akan diberi peneguhan dan ini untuk menggalakkan kanak-kanak

melatih sebutan seterusnya.

Sebaliknya, teori ini juga mempunyai beberapa kekurangan seperti pembelajaran hanya

berlaku apabila murid menerima rangsangan. Sebagai contoh, guru perlu menghasilkan bahan

bantu mengajar bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Tambahan

pula, pembelajaran bahasa hanya diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru

perlu bersama murid di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,

pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara

kendiri atau self learner. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara

kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid

dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru

semata-mata untuk belajar.

4.0 Teori

Page 5: Pkk

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunandan

faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yangdibawa oleh ibu

bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warnamata dan lain-lain. Baka

diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.Baka ini boleh menguasai

penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan hadkeupayaan, kemampuan mental kita

sama ada pandai atau tidak pandai.

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,bahawa setiap

individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalamperingkat-peringkat

pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangansetiap individu, walaupun dalam

peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza darisegi fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikanbahawa tidak ada dua orang individu mempunyai

kadar perkembangan yang sama.Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-

faktor yang menyebabkankadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di

antara satu samalain.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri

daripadanukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus

tertentupada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati

dalamnukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian,

kromosommengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen

yangmengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23

pasangankromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet

jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat23

kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara

kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri bakatersendiri, kemudian

diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajahberikut mengilustrasikan

bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosomberlaku dalam proses

persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum