PKSR 1 2015
description
Transcript of PKSR 1 2015
LTS SET SATU12
KERTAS 011/1
Nama : _____________________________________
Tarikh : ______________
SULIT
011Bahasa Malaysia
50 minit
SK ULU GERUNTUM
31600 GOPENG PERAK
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015
011
011 BAHASA MALAYSIA
Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.
0112008 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT
Soalan 1 hingga Soalan 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1
1Firdaus dan Faiz membantu Cikgu Azizah menyusun___________di dalam dewan.
Akerusi
Bkertas
Cbuku
Dfail
Gambar 1
2Pelbagai tinggalan sejarah negara kita boleh dilihat di ___________ .
APlanetarium Negara
BArkib Negara
CTugu Negara
DMuzium Negara
3___________ mesti tunggu sampai aku datang, kata Hezril mengingatkan rakan-rakannya.
AMereka
BKalian
CKamu
DAnda
4Datuk Mail dan Nenek Piah sungguh sayang ___________ cucu-cucu mereka.
ATentang
BAkan
CPada
DOleh
5Baljit Singh masih menangis teresak-esak ___________ telah dipujuk oleh ibunya dengan membelikannya sebuah kereta mainan.
ASetelah
BMeskipun
CSementara
DApabila
6
Ketua kampung menasihati Puan Hasidah agar ___________ kehilangan anaknya kepada pihak polis.
Amemaklumkan
Bmenerangkan
Cmemberitahu
Dmelaporkan
7
Sejak harga kelapa sawit melambung, pendapatan para peneroka di tanah rancangan itu sungguh ___________.
ALumayan
BMerosot
CRendah
Dlebat
8
Abangnya ___________ bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana ___________ belum mempunyai pekerjaan yang tetap.
Asudah masih
Bbelum harus
Cbelum masih
Dtelah belum
Soalan 9 berdasarkan Gambar 2
9Mereka menunggang basikal ___________ untuk pulang ke rumah selepas mengikuti aktiviti kokurikulum.
ASemua
BSekalian
Cketiga-tiga
Dmasing-masing
Gambar 2
10
Layanan yang saya terima ___________ baik ___________ , kata Pak Mustafa kepada rakan-rakannya.
Asungguh sekali
Bagak sungguh
Cterlalu sekali
Dpaling sekali
11Patmavathy ___________ berhajat untuk menghadiahi ibunya kalung mutiara itu.
AMemang
BSahaja
CHanya
DPun
Soalan 12 berdasarkan Gambar 3
12
___________ Gunung Kinabalu dipenuhi tumbuhan hijau dan udaranya juga segar.
APuncak
BDasar
CLuar
DKaki
Gambar 3
Soalan 13 berdasarkan Gambar 4
13
___________ masih dalam kesedihan, ___________ Sunitha tetap tersenyum menerima kedatangan tetamu.
ABiarpun .... namun
BMeskipun .... selagi
CBukan sahaja .... tetapi
DSungguhpun ...bahkan
Gambar 4
14Kedudukannya sebagai pemimpin persatuan itu tergugat kerana tuduhan salah laku dan bila-bila masa sahaja dia akan disingkirkan.
Peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas ialah
Aair yang tenang jangan disangka tiada buaya
Bbagai sirih pulang ke gagang
Cbagai telur di hujung tanduk
Dnasi sudah menjadi bubur
15Puteri Bongsu sedang ___________ di dalam kamar sambil ditemani oleh beberapa orang inang.
ABersantap
BBersiram
CBeradu
DBertitah
Soalan 16 berdasarkan Gambar 5
16
Sewaktu kami masuk ke ruang makan, kami dapati makanan sudah pun ___________ di atas meja.
ASajian
BTersaji
CDisajikan
Dmenyajikan
Gambar 5
17Wartawan itu sedang ___________ seorang menteri berhubung dengan pembentangan bajet negara.
Amenemu ramah
Bmenyoal selidik
Cmengambil alih
Dbersoal jawab
18Apabila guru besar beredar dari Kelas Enam Mawar, suasana yang ___________ di dalam kelas itu menjadi ___________.
Ahiruk-pikuk senyap-sunyi
Bsenyap-sunyi hiruk-pikuk
Csenyap-sunyi gegak-gempita
Dkucar-kacir tunggang-langgang
19
Beberapa ___________ jongkong emas yang dirompak telah ditemukan oleh pihak polis petang semalam.
AKetul
BButir
CBentuk
DBatang
20Nenek ___________ padi dengan menggunakan lesung kaki.
AMenumbuk
BMenggiling
CMelenyek
DMemijak
Soalan 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris
21Ayah dan ibu tersenyum apabila melihat telatah adik yang lucu.
Aketawa, pelik
Bterbatuk, kelakar
Ctersipu-sipu, biadap
Dtersengih, menggelikan hati
Soalan 22
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.
22Wajah budak perempuan itu tiba-tiba berubah menjadi suram.
Perkataan berlawan bagi suram ialah
AMuram
BManis
CCantik
Dceria
Soalan 23
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberi.
23Mengapakah kita perlu menghayati erti kemerdekaan?
AEntahlah, saya tidak pernah menyambut Hari Kemerdekaan.
BKita perlu menghayatinya agar kita lebih menyayangi negara kita.
CSejak dahulu lagi saya akan menyambutnya bersama-sama keluarga.
DHari Kemerdekaan sepatutnya disambut dengan penuh gilang-gemilang.
Soalan 24
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat yang diberi.
24Abang tiada di rumah. Dia pergi ke perpustakaan.
AAbang kamu pergi ke mana?
BBoleh saya berjumpa dengan abang kamu?
CBenarkah abang kamu pergi ke perpustakaan?
DSudah lamakah abang kamu pergi ke perpustakaan?
Soalan 25 dan Soalan 26
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
25ISuasana di tempat ini sungguh asing bagi saya.
IIOrang kaya itu tinggal asing dengan isterinya.
IIIBanyak warganegara asing bekerja sebagai buruh di negara ini.
IVBeliau merupakan pemimpin koperasi yang tidak asing lagi di negara kita.
AI, II dan III
BI, II dan IV
CI, III dan IV
DII, III dan IV
26IDia dihukum kerana melakukan kesalahan yang berat.
IINovel Salina karya A.Samad Said ialah sebuah novel yang berat.
IIIPokok nangka di belakang rumah Nenek Saodah berbuah berat.
IVMakanan berat biasanya membuat kita mengantuk.
AI dan II
BII dan IV
CI, II dan III
DI, II dan IV
Soalan 27
Pilih ayat seruan yang betul.
27ACis, jangan makan makanan di atas meja itu! larang Swee Mooi.
BEh, itu bukan beg duit saya! kata Aliman kepada rakan-rakannya.
CAduhai, di dalam bekas bunga itu ada jentik-jentik! kata Zaiton.
DWah, kamu yang mengejek kawan adik saya! jelas Ramli.
Soalan 28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
28Mesyuarat itu dijangka akan berlarutan hingga pukul enam petang, kata pengerusi majlis.
APengerusi majlis menyatakan bahawa berkemungkinan mesyuarat akan berlanjutan hingga pukul enam petang.
BPengerusi majlis menyatakan bahawa pukul enam petang mesyuarat yang berlarutan itu akan tamat.
CPengerusi majlis dijangka akan bermesyuarat hingga pukul enam petang.
DMesyuarat itu dijangka berlanjutan hingga pukul enam petang.
Soalan 29 hingga Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
29IBerbagai-bagai jenis kuih-muih terdapat di gerai itu.
IISaya suka akan ulam pegaga.
IIIWarna baju yang dipakainya merah amat.
IVDia menjerit hingga sampai serak suaranya.
AI dan III
BII dan III
CIII dan IV
DI, III dan IV
30IRazmin menafikan bahawa dia datang lambat ke sekolah.
IILayang-layang Muhaimin tersangkut pada dahan pokok rambutan itu.
IIIPintu pagar sekolah itu sentiasa terbuka luas pada waktu pagi dan tengah hari.
IVPemuda yang berkemeja lengan panjang itu berasal daripada Indonesia.
AI dan II sahaja
BI dan III sahaja
CI, lI dan III sahaja
DI, lI, lll, dan IV
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Nazrul seorang murid yang miskin. Bapanya, Pak Harun bekerja mencari rotan di hutan. Kehidupan Pak Harun sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana pendapatannya tidak mencukupi untuk menanggung keluarganya yang ramai. Tambahan pula, kesemua anaknya masih bersekolah.Walaupun keluarganya miskin, Nazrul mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia mahu melanjutkan pelajarannya ke universiti. Namun begitu, dia terpaksa membatalkan niatnya itu kerana bapanya tidak mampu menyara perbelanjaannya di universiti. Sebaik sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tamat, Nazrul merantau ke kota untuk mencari pekerjaan. Sebagai anak sulung, dia mahu membantu bapanya menyara persekolahan adik-adiknya yang seramai lima orang itu. Semasa di kota, Nazrul telah diterima bekerja di sebuah kilang. Separuh daripada wang gajinya dikirimkan kepada bapanya di kampung. Tiga bulan selepas dia bekerja, keputusan peperiksaan pun keluar. Nazrul begitu gembira kerana dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang. Peluangnya untuk melanjutkan pelajaran di universiti terbuka luas. Namun begitu, dia mengambil keputusan untuk terus bekerja. Dia bekerja dengan tekun dan sabar. Sikapnya itu amat disenangi oleh majikannya. Pada suatu hari, majikan Nazrul memanggilnya ke pejabat. Majikannya memberitahu bahawa dia akan dihantar berkursus ke Negara Matahari Terbit. Setelah tamat berkursus nanti, dia akan dilantik sebagai pengurus di cawangan baharu yang akan dibuka di Terengganu.Berita gembira ini telah disampaikan oleh Nazrul kepada bapanya. Pak Harun menangis sebaik sahaja menerima berita itu.
31Apakah kerja yang dilakukan oleh bapa Nazrul?
AMerotan
BMenjual rotan
CMenanam rotan
DMembuat perabot
32Berapakah jumlah anak Pak Harun?
A3 orang
B4 orang
C5 orang
D6 orang
33Bagaimanakah Nazrul membantu bapanya?
ADengan membatalkan cita-citanya
BDengan mencari pekerjaan di kota
CDengan menghantar separuh daripada wang gajinya
DDengan bekerja bersungguh-sungguh sehingga berjaya
34Mengapakah Pak Harun menangis?
ANazrul akan meninggalkan keluarga
BTerharu dengan kejayaan Nazrul
CNazrul berjaya menjadi pengurus
DNazrul akan berkursus di Jepun
35Rangkai kata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dalam petikan bermaksud
Abekerja tidak berhenti-henti dari pagi hingga petang.
Btidak mempunyai simpanan langsung
Ckehidupan yang susah
Dmalas membuat kerja
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Makan nasi berulam pegaga, Pegaga diberi oleh Cik Dayang; Sejak kecil kita dijaga, Dengan penuh kasih sayang.
Manis sungguh buah papaya, Lalu diletak ke dalam sampan; Mereka berharap kita berjaya, Agar cerah masa hadapan.
Singgah bersuka di Kota Melaka, Berteduh di bawah pohon jejawi; Hidup berjaya pada hari muka, Berbakti kepada ibu pertiwi.
Tinggi sungguh pohon saga, Berbanding dengan si pokok jati; Ibu yang tua perlu dijaga, Bapa yang uzur sama dirawati.
Tumbang sebatang pokok kelapa, Potong daunnya jadikan anyaman; Ingatlah kita jangan lupa, Jasa keduanya tiada tandingan.
36Tema puisi di atas adalah tentang
Atanggungjawab keluarga
Btanggungjawab anak
Ctanggungjawab bapa
Dtanggungjawab ibu
37Apakah yang diharapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka?
ABerlumba untuk mencapai kejayaan
BBergembira dalam kehidupan
CBerusaha untuk kedamaian
DBerjaya dalam pelajaran
38Pembayang puisi di atas menggambarkan perkara yang berkaitan dengan
Atumbuh-tumbuhan
Btempat berteduh
Ckasih sayang
Dkesihatan
39Maksud ibu pertiwi dalam puisi di atas ialah
Abangsa
Bkerajaan
Cibu bapa
Dtanah air
40Mengapakah kita perlu mengingati kedua-dua ibu bapa?
AMereka kurang pendapatan
BMereka kurang pelajaran
CMereka telah berjasa
DMereka telah uzur
- KERTAS SOALAN TAMAT -
LEARNING TO SCORE UPSR : KERTAS BAHASA MALAYSIA 011Hak Cipta Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Perak Tahun 20081212