PLDO Bab 03

13
Pengurusan Latihan dalam Organisasi 67 BAB 3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JURULATIH OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Memahami maksud dan kategori jurulatih. 2. Mengenal pasti peranan dan tangggungjawab jurulatih. 3. Mengenal pasti ciri-ciri jurulatih yang berkualiti. 4. Memahami garis panduan sebagai sorang jurulatih. 3.1 PENGENALAN Dalam pengertian yang luas jurulatih ialah seseorang yang membantu membimbing pembelajaran dan pertumbuhan seseorang atau lebih. Istilah jurulatih juga merujuk kepada seseorang yang merangka dan membimbing latihan sekumpulan pemimpin dalam satu program latihan. Di dalam satu program latihan peranan jurulatih adalah sangat penting iaitu membantu pembelajaran pelatih-pelatih supaya berkesan dengan sentiasa menyemak perkara-perkara berikut: (i) Berapa banyak setiap pelatih telah serap dan belajar. (ii) Sebanyak manakah setiap pelatih merasa yakin untuk mengapliksikan pengetahuan atau kemahiran di bidang mereka. Oleh itu adalah penting bagi seseorang jurulatih supaya mempunyai kelayakan profesional justeru kualiti dan kelayakannya itu boleh mempengaruhi proses pembelajaran.

description

PLDO

Transcript of PLDO Bab 03

Page 1: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

67

BAB 3

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JURULATIH

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Memahami maksud dan kategori jurulatih. 2. Mengenal pasti peranan dan tangggungjawab jurulatih. 3. Mengenal pasti ciri-ciri jurulatih yang berkualiti. 4. Memahami garis panduan sebagai sorang jurulatih.

3.1 PENGENALAN Dalam pengertian yang luas jurulatih ialah seseorang yang membantu membimbing pembelajaran dan pertumbuhan seseorang atau lebih. Istilah jurulatih juga merujuk kepada seseorang yang merangka dan membimbing latihan sekumpulan pemimpin dalam satu program latihan. Di dalam satu program latihan peranan jurulatih adalah sangat penting iaitu membantu pembelajaran pelatih-pelatih supaya berkesan dengan sentiasa menyemak perkara-perkara berikut:

(i) Berapa banyak setiap pelatih telah serap dan belajar. (ii) Sebanyak manakah setiap pelatih merasa yakin untuk

mengapliksikan pengetahuan atau kemahiran di bidang mereka.

Oleh itu adalah penting bagi seseorang jurulatih supaya mempunyai kelayakan profesional justeru kualiti dan kelayakannya itu boleh mempengaruhi proses pembelajaran.

Page 2: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

68

3.2 KATEGORI JURULATIH Jurulatih boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori iaitu:

(i) jurulatih tetap: mereka adalah dilantik secara tetap dan merupakan teras dalam bahagian latihan. Lazimnya mereka terlibat dalam semua program-program latihan

(ii) jurulatih ad hoc: perlantikan mereka adalah secara ad hoc dan biasanya diambil untuk beban kerja tambahan di dalam satu program latihan

(iii) jurulatih sambilan; mereka diambil bagi tugas-tugas khusus atau bagi beban kerja tambahan secara sambilan

(iv) jurulatih undangan: mereka dijemput mengikut bidang kepakaran. Mereka mempunyai kepakaran yang luas seperti:

o kemahiran merancang dan mengurus. o pengalaman di lapangan. o pengetahuan praktik dalam merangka program. o sedia berkongsi pengetahuan mereka. o menerima dan sanggup menerima tanggungjawab

dan bukan sebagai kerja sampingan. o jurulatih undangan ini sangat penting dan berguna

kepada pelatih dalam mereka menghadapi masalah-masalah dari semasa ke semasa berkaitan dengan pengurusan projek.

3.3 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JURULATIH Peranan jurulatih bukan hanya sebagai penyampai malah banyak peranan yang mesti dipenuhi. Berdasarkan lima peringkat pusingan latihan kita dapati jurulatih mempunyai beberapa peranan termasuklah kemahiran menganalisis keperluan, kemahiran merancang kursus, kemahiran menulis bahan sumber dan sebagainya. Seorang jurulatih yang baik mampu mengukur kecekapan dan keperluan di sepanjang pengajaran dalam kursus dan akan sentiasa mengubahsuai latihan mengikut keperluannya.

Page 3: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

69

Menurut Tennakoon peranan jurulatih bermula sebaik sahaja berjalannya sesuatu latihan dan peranan serta tanggunjawab itu akan berakhir dengan tamatnya latihan tersebut. Dalam hal ini jurulatih mempunyai banyak peranan untuk dimainkan beserta tanggungjawab yang akan dipikul iaitu ketika dalam fasa pra latihan, fasa latihan dan fasa pasca latihan. Kita dapati banyak percubaan oleh pengkaji dan pengamal untuk memberi definisi peranan jurulatih. Di antara peranan jurulatih yang banyak itu ialah seperti berikut. Menurut American Society for Training and Development (ASTD) ada lima belas peranan utama jurulatih. Peranan tersebut ialah

(i) sebagai penilai; (ii) pemudahcara kumpulan; (iii) kaunselor pembangunan individu; (iv) penulis pengajaran; (v) jurutunjuk; (vi) pengurus; (vii) pemasar; (viii) pakar media; (ix) penganalisis keperluan; (x) pentadbir program; (xi) perekabentuk program; (xii) ahli strategi; (xiii) penganalisis tugas; (xiv) pakar teori; dan (xv) agen pemindahan.

Lippit dan Nadler telah mengenalpasti tiga peranan utama seorang jurulatih iaitu sebagai pakar pembelajaran, sebagai pentadbir dan sebagai konsultan. Friedman melihat ada enam peranan jurulatih iaitu

(i) sebagai perancang; (ii) kaunselor/katalis; (iii) konsultan/ penyelesai masalah; (iv) informan/penghubung sumber; (v) pakar/penganjur; (vi) pembimbing/pengajar.

Page 4: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

70

Walaupun terdapat banyak klasifikasi berhubungn dengan peranan jurulatih, Bennett5 telah menggariskan lima peranan utama seorang jurulatih iaitu

(i) jurulatih; (ii) pemberi/pembekal; (iii) perunding; (iv) pengislah/pembaharu; (v) pengurus.

Menurut Bennett sebagai jurulatih peranan utamanya ialah berhubung dengan latihan sebenar secara langsung. Peranan beliau ialah membantu manusia belajar, menyediakan maklum balas mengenai pembelajaran mereka dan mengambil reka bentuk kursus yang sesuai bagi memenuhi keperluan pelatih-pelatih. Peranan beliau ini melibatkan pengajaran di bilik darjah, makmal kerja, kerja dalam kumpulan kecil, menyelia projek individu dan semua aktiviti-aktiviti yang secara langsung mempengaruhi pengalaman-pengalaman pembelajaran yang segera. Dalam hal ini tugas jurulatih adalah sebagai pakar pembelajaran. Sebagai pemberi peranannya ialah yang berkaitan dengan reka bentuk, menyelenggara dan menyampaikan program-program latihan. Peranan ini melibatkan analisis keperluan latihan, menetapkan objektif-objektif, mereka bentuk kursus, memilih kaedah–kaedah yang sesuai, menguji dan menilai kursus-kursus atau aktiviti-aktiviti latihan dan membantu jurulatih untuk menyampaikan latihan. Sebagai konsultan atau jururunding peranan utamanya adalah berkaitan dengan menganalisis masalah-masalah bisnes dan mencadangkan penyelesaian, antaranya ialah yang memerlukan latihan. Ia mungkin melibatkan beberapa elemen dalam peranan sebagai pemberi/pembekal tetapi tumpuan khususnya adalah berhubungan dengan barisan pengurus-pengurus; mengenalpasti prestasi mereka, menasihati kemungkinan penyelesaian dengan latihan yang difikirkan sesuai, bekerjasama dengan pembekal atau juga dengan jurulatih untuk mewujudkan program-program latihan, menasihati pengurus-pengurus latihan mengenai matlamat latihan dan polisinya dan memastikan penilaian dijalankan dan keputusannya diterimapakai.

Page 5: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

71

Sebagai pembaharu peranannya ialah mengutamakan latihan yang berkesan bagi membantu organisasi, menguruskan perubahan dan menyelesaikan masalah prestasi/performan. Ia melibatkan kerja dengan pihak pengurusan di peringkat kanan atau pertengahan, menyedikan sokongan dan membantu pengurus-pengurus dalam mengatasi perubahan, mengenalpasti tempat seminar dan bengkel yang boleh menjadi alat yang berguna untuk mendidik pengurus kepada perubahan, memudahkan perubahan, mengenalpasti sumber sebenar kuasa dalam organisasi dan menghubungkannya bagi membawa perubahan; menasihati fungsi latihan cara terbaik ia boleh membantu proses perubahan (dalam pembangunan organsisasi istilah bagi peranan ini mungkin disebut agen perubahan, katalis atau penggangguan/pencelahan). Adakalanya peranan ini bertindihan dengan peranan konsultan. Sebagai pengurus peranannya adalah berkaitan dengan perancangan, penyusunan, pengawalan dan membangunkan latihan dan menjalankan aktiviti-aktiviti atau fungsi. Ia melibatkan penetapan matlamat, polisi dan pelan; menghubungi jabatan lain dan pengurus-pengurus kanan mengenai sumbangan yang boleh diberi oleh latihan dan boleh meningkatkan prestasi; memastikan aktiviti latihan yang sesuai dirangka, dimajukan disampaikan dan dinilai; mengambil dan membangunkan latihan staf; menggariskan autoriti dan komunikasi dalam fungsi latihan, mengambil dan menggunakan sumber-sumber bukan staf dengan berkesan, memantau kualiti standard dan mengawal aktiviti-aktiviti dalam satu pelan latihan yang total. Untuk memenuhi kesemua peranan di atas seseorang jurulatih perlulah mempunyai bidang pengetahuan dan asas kemahiran yang luas. Asas pengetahuan itu termasuklah memahami cara kerja organisasi(teori dan praktik), memahami gelagat manusia dalam pekerjaan (contoh: motivasi, personaliti, kepimpinan), memahami bagaimana manusia belajar dan mempunyai pengetahuan dalam topik-topik yang dirancangkan sebagai subjek yang akan disampaikan dalam program latihan. Jurulatih juga perlu mempunyai kecekapan dalam bidang kemahiran tertentu seperti metodologi kuantitatif (memajukan alat mengukur, analisis data)

Page 6: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

72

komunikasi interpersonal (kemahiran mendengar), kemahiran penyampaian, perancangan, menulis, perundingan, memudahkan, mengurus, memasar dan lain-lain. Lazimnya bukan semua peranan tersebut boleh dimainkan mengikut urutannya. Seseorang jurulatih terpaksa mengubah peranan dari satu peranan atau memainkan beberapa peranan dan tanggungjawab serentak mengikut situasi atau keadaan. 3.4 SIAPA LAYAK MENJADI JURULATIH Oleh kerana latihan adalah satu disiplin yang sempurna maju, maka seseorang jurulatih memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Antara kualiti3 dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang jurulatih ialah; Seseorang jurulatih mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai subjeknya dan perkara lain-lain yang berkaitan operasi untuk menyampaikan sesuatu topik menurut perspektif yang tepat/sempurna serta menunjukkan kepentingannya. Selain daripada pengetahuan profesional seseorang jurulatih juga hendaklah mempunyai perspektif yang luas. Beliau bukan sahaja mempunyai bidang kepakaran yang khusus mengenai sesuatu seseorang jurulatih hendaklah mempunyai pengetahuan yang agak luas serta perspektif yang luas dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, beliau juga hendaklah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi membolehkan beliau mengaitkan teori dengan situasi bidang yang berkaitan. Beliau hendaklah mampu menunjukkan dengan jelas hubungan di antara teori dan amalan kerana sesuatu teori yang tidak dapat dipraktikkan adalah rendah nilai dan mutunya.

Kemahiran mengajar dan berkomunikasi bagi seseorang jurulatih juga adalah penting. Beliau hendaklah mampu menyampaikan mesej dan idea dengan berkesan. Berkesan di sini bermaksud beliau berupaya menyampaikan mesejnya atau idea dengan mudah, tepat dan jelas kepada semua peserta.

Page 7: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

73

Beliau hendaklah mempunyai kemahiran untuk melibatkan semua pelatih dalam proses pembelajaran dengan menggunakan stail pengajaran yang boleh membawa pelatih-pelatih dalam perbincangan yang berkesan. Oleh yang demikian seorang jurulatih hendaklah mempunyai pengetahuan mengenai kaedah pengajaran dan bahan bantu pengajaran bagi membolehkan beliau berkomunikasi dengan berkesan. Sehubungan dengan ini, seorang jurulatih hendaklah mempunyai kemahiran mengurus dan merancang pengajaran dengan baik. Beliau mampu menghubungkan semuanya dengan objektif-objektif latihan dengan memilih kaedah pengajaran yang sesuai, bahan bantu pengajaran dan infra struktur fizikal. Beliau juga hendaklah mempunyai minat dalam hubungan manusia. Bukan semua sarjana boleh menjadi seorang jurulatih. Seorang sarjana selaku jurulatih mestilah baik dalam hubungan manusia. Beliau mesti mempunyai keyakinan, kesabaran, kegigihan/kecekalan, penghargaan dan menghormati pandangan-pandangan orang lain. Beliau hendaklah mampu mengawal kelas dan mampu menggalakkan penyertaaan/penglibatan dalam pembelajaran. Seperkara yang penting iaitu di dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif seseorang jurulatih hendaklah mempunyai bakat/kebolehan mewujudkan hubungan baik dengan peserta-peserta. Kualiti diri jurulatih juga adalah penting. Seseorang jurulatih hendaklah mempunyai kualiti diri yang bagus. Seorang jurulatih hendaklah kelihatan bertenaga, bersemangat inovatif, menarik, ikhlas dan seorang yang bekerja keras dan seronok bekerja dengan orang lain serta mempunyai kontek yang baik dengan mereka. Tambahan pula beliau hendaklah menunjukkan minat yang mendalam dalam pengajaran atau kerjaya latihan di samping merasa puas dengannya. Oleh itu fizikal dan watak psiko–sosial seorang jurulatih mempunyai kepentingan/sangat diutamakan kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pencapaian/prestasi pelatih.

Page 8: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

74

Satu perkara yang agak penting ialah seorang jurulatih perlu tahu pelatih-pelatihnya dan mampu mengukur kebolehan pelatih-pelatihnya. Oleh itu jurulatih hendaklah sentiasa mengukur tahap pembelajaran pelatih-pelatihnya. Seorang jurulatih yang baik berupaya mengukur kebolehan dan keperluan di sepanjang pengajaran dalam sesuatu kursus dan akan terus menerus melakukan ubahsuai latihan menurut keperluan tersebut. Seorang jurulatih juga tidak boleh rigid tetapi perlu fleksibel. 3.5 MEMBUAT PERSEDIAAN SESUATU SESI LATIHAN Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh jurulatih apabila membuat persediaan sesuatu sesi latihan.

(i) Apakah topik / sub topik sesuatu pengajaran? (ii) Apakah yang dijangkakan dalam strategi pembelajaran? (iii) Apakah strategi pembelajaran? (iv) Berapakah masa yang diperuntukkan bagi topik atau sesi

tersebut? (v) Apakah kemudahan yang ada seperti bahan bantu

pengajaran, peralatan, bilik dan sebagainya? (vi) Apakah yang boleh jurulatih lakukan? (vii) Menyediakan suatu iklim pembelajaran. (viii) Menolong menjelaskan matlamat dan tujuan. (ix) Menolong pelatih-pelatih membuat diagnosis keperluan

latihan mereka. (x) Melibatkan diri bersama pelatih dalam perancangan. (xi) Menunjukkan, merangsang dan model. (xii) Membantu merangka pengalaman pembelajaran yang

bermakna. (xiii) Mengambil tanggungjawab melibatkan peserta-peserta

dalam menjalankan latihan. (xiv) Membantu peserta-peserta menyelesaikan masalah. (xv) Membantu pelatih-pelatih bersedia dengan pengalaman

yang khusus. (xvi) Membantu mendapatkan kreativiti yang terdapat pada

setiap individu dalam kumpulan sebelum, ketika dan selepas pengalaman latihan.

Page 9: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

75

3.6 BEBERAPA GARIS PANDUAN KEPADA JURULATIH Garis panduan berikut boleh digunakan kepada mereka yang ada kaitan dengan program latihan. 1. Seorang jurulatih hendaklah tahu objektif-objektif latihan bagi

menghubungkannya dengan kandungan program supaya tercapai objektif latihan.

2. Merancang program sangatlah penting supaya kursus dapat dijalankan dengan licin dan sistematik. Perancangan bukan sahaja berkaitan dengan menentukan keperluan latihan, menampakkan objektif-objektifnya, menilai keberkesanan latihan tetapi hendaklah dapat mengekalkan minat pelatih-pelatih.

3. Dalam membincangkan masalah-masalah yang praktikal keputusan yang lebih baik dapat diperolehi jika peserta-peserta yang berinteraksi terdiri daripada beberapa lapisan /tingkat kerja. Komunikasi antara pelajar senior dan junior akan berada dalam kedudukan yang lebih baik dan berkesan dengan bantuan pihak dari luar.

4. Adalah penting jurulattih tahu nama peserta, minat, tahap pendidikan, disiplin dan sebagainya. Begitu juga peserta hendaklah tahu sesama mereka. Mengenali sesama mereka adalah langkah pertama untuk mewujudkan iklim yang terbuka dan tidak formal. Jurulatih perlu memahami pelatih-pelatihnya mengenai perkara berikut: • Pekerjaan pelatih. • Tugas dan sub tugas yang mesti dipelajari pelatih-pelatih. • Mengukur tahap pelatih-pelatih dan apakah maklumat

yang penting kepada pelatih untuk melakukan kerja mereka.

• Sebanyak manakah perincian yang hendak diberi kepada peserta-peserta atau pelatih-pelatih.

• Kaedah pengajaran dan bahan bantu yang sesuai dan terbaik bagi keperluan sesuatu topik.

• Masa dan tempat pelatih-pelatih akan belajar.

Page 10: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

76

5. Menyedari hakikat bahawa pembelajaran pelatih-pelatih bukan sahaja dari situasi dalaman tetapi juga dari situasi luar. Oleh itu, jurulatih hendaklah mengakui kepentingan proses-proses bagi pembangunan pelatih.

6. Jurulatih perlu ingat bahawa dengan terus bercakap dalam sesuatu sesi adalah mudah tetapi nilainya meragukan. Oleh itu hendaklah menggunakan kaedah pengajaran inovatif atau penyertaan/melibatkan pelatih bagi menyegarkan pelatih dan menjadikan pembelajaran menarik dan latihan yang menyeronokkan.

7. Pelatih belajar dengan lebih baik sekiranya mereka membuat/melakukannya daripada mendengar sahaja. Seseorang yang mendengar, mudah lupa. Sekiranya seseorang itu melihat ia mudah ingat dan sekiranya ia melakukannya, ia akan tahu. Oleh itu penekanan hendaklah lebih kepada mempraktik daripada berteori dan teori hendaklah dikaitkan dengan mengamalkannya.

8. Adalah lebih baik proses latihan dijalankan dari atas ke bawah kerana • Pihak pengurusan atasan boleh menilai kepentingan dan

kegunaan program dan mencadangkan pengubahsuaian. • Latihan akan menjadi penting jika kakitangan senior turut

terlibat dan akan meningkatkan penerimaannya. 9. Latihan adalah satu amalan kerjasama yang melibatkan latihan

kumpulan atau pembelajaran kendiri menerusi pelbagai disiplin latihan.

10. Dalam latihan terdapat sedikit teori-teori tertentu. Dalam pembangunan teori juga dilihat sebagai ssuatu yang praktis. Oleh itu ia hendaklah dapat membanttu pelatih-pelatih di dalam proses membuat keputusan, penyelesaian masalah dan hubungan interpersonal selain daripada bidang-bidang teknikal yang lain.

11. Membuat rumusan di akhir sesi membantu pelatih–pelatih menggulung semula apa yang telah mereka pelajari.

12. Membuat penilaian sesi adalah penting. Ia dapat membantu jurulatih mengetahui kelompangan di dalam satu sesi latihan dan boleh diisi dalam sesi lain.

Page 11: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

77

13. Jurulatih bukan sahaja seorang sarjana tetapi hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan pengetahuan baru dalam bidangnya dan hendaklah juga membuat persediaan sebelum menyampaikan pelajaran dalam kelas.

14. jurulatih tidak boleh menganggap dirinya hebat/unggul dan mempunyai perasaan serba tahu. Adakalanya pelatih juga sama cerdiknya dan layak menjadi seorang jurulatih. Mereka tidak boleh dilayani semata-mata sebagai pelajar. Ada banyak bidang yang boleh mereka sumbangkan melalui interaksi sesama mereka. Jurulatih tidak boleh bersikap dogmatic tetapi hendaklah fleksibel.

15. Jurulatih hendaklah menjadi kawan, ahli falsafah dan pembimbing kepada pelatih-pelatih dan hendaklah membantu mereka dalam perancangan, perlaksanaan dan penilaian kerja mereka. Beliau bukan sahaja cuba menjadi popular tetapi hendaklah berkesan dan cekap.

16. Jurulatih hendaklah memastikan bahawa tempat latihan memiliki iklim yang kondusif kepada pembelajaran dengan susunan lampu, ruang keluar/masuk udara, sejuk/panas seperti yang diperlukan dan tempat duduk yang selesa.

17. Adalah sangat penting membuat penilaian latihan sebagai satu profesion.

3.7 PEMBANGUNAN STAF

Pembangunan staf adalah tugas utama dalam mana-mana organisasi latihan yang memerlukan tindakan yang jitu dan berhati-hati. Peri pentingnya jurulatih sebagai sumber latihan adalah diakui. Oleh itu para jurulatih hendaklah diberi peluang mengikuti perkembangan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan disiplin mereka.

Terdapat pusat-pusat latihan yang menyediakan latihan kepada jurulatih. Umpamanya American Society of Training for Development, Institut Latihan dan Pembangunan di United Kingdom, Persatuan Latihan dan Pembangunan Singapura dan lain-lain. Tempat atau pusat seumpama ini menyediakan kursus-kursus yang praktikal dan memberi asas latihan yang sangat baik.

Page 12: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

78

Jurulatih hendaklah diberikan latihan baik di dalam atau di luar agensi atau kedua-duanya sekali. Penyeliaan teknikal pengajaran hendaklah disediakan dan jurutunjuk sentiasa mengikuti teknik-teknik latihan yang terkini dan pengetahuan kerja. Jika ketiadaan manual latihan yang sesuai maka perlulah manual disediakan. Manual ini akan menjadi rujukan kerja kepada jurutunjuk dan juga sebagai satu rekod kemahiran-kemahiran bagi tugas-tugas tertentu. Jurulatih juga hendaklah memainkan peranan yang aktif terutamanya dalam latihan meningkatkan gred staf. Namun peranannya akan berbeza mengikut saiz dan agensi yang memerlukan latihan. Institusi-institusi latihan dapat membantu jurulatih dalam proses latihan atau pembelajaran di samping menggalakkan dan menajamkan kemahiran dalam perancangan, proses pembangunan dan pembuatan keputusan.

Di samping itu reka bentuk latihan juga perlu diberi perhatian. Oleh kerana latihan adalah proses yang berterusan maka ia hendaklah diperteguhkan dengan sentiasa menyemak semula mengikut keperluan perubahan sama ada oleh agensi atau pun individu. Begitu juga penilaian jurulatih hendaklah dilakukan supaya dapat memastikan bahawa obejktif-objektif latihan telah dicapai dan jurulatih telah memberi bentuk input yang betul baik dari segi kualiti mahupun dari segi kandungannya. Ini dapat dilakukan sebahagiannya oleh jurulatih sendiri.

3.8 RUMUSAN Pemilihan jurulatih hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Sebelum seseorang jurulatih dipilih spesifikasi kerja atau tugas hendaklah disediakan. Kelayakan dan pengalaman jurulatih hendaklah dinilai dan orang yang dipilh itu hendaklah mempunyai kualiti pemikiran dan tingkah laku yang sesuai sebagai seorang pakar di dalam bidang berkenaan. Setelah pemilihan dibuat hendaklah disusun orientasi atau latihan yang berterusan kepada jurulatih sebagai proses yang berterusan.

Page 13: PLDO Bab 03

Pengurusan Latihan dalam Organisasi

79

Dengan mengenalpasti peranan jurulatih bagi masa hadapan, jurulatih akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memajukan diri mereka. Ada banyak cara dan peluang yang boleh dilakukan oleh seseorang jurulatih. Antaranya menghadiri konferens, bengkel dan sesi latihan yang dikendalikan oleh mereka yang terkenal, bekerja dengan orang lain, melakukan latihan secara sendirian, membaca dan membuat refleksi.