pmb investment berhad
Transcript of pmb investment berhad
PMB INVESTMENT BERHAD (256439-D)
(Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA)
Level 20, 1 Sentral Jalan Rakyat
Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur
LAPORAN SETENGAH TAHUN
BERAKHIR
30 SEPTEMBER 2017
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(1)
Tuan/Puan Yang Dihargai
PMB INVESTMENT BERHAD – MAKLUMAN MENGENAI PRIVASI
Berkuatkuasa 15 November 2013, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
(PDPA) diperkenalkan untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi di
dalam transaksi-transaksi komersial.
Kami di PMB INVESTMENT BERHAD menilai tinggi privasi anda dan
menggembeleng usaha untuk melindungi maklumat-maklumat peribadi
anda dalam mematuhi kehendak-kehendak PDPA. Seiring dengan itu,
PMB INVESTMENT BERHAD telah mengeluarkan Notis Privasi kepada
semua pelanggan-pelanggan individu kami.
Kandungan Notis Privasi tersebut melibatkan perkara-perkara mengenai
pemprosesan maklumat-maklumat peribadi anda oleh pihak kami
berkaitan dengan akaun pelaburan anda dan/atau perkhidmatan dengan
kami. Sila luangkan masa untuk membaca dan mengambil maklum
mengenai isi kandungan Notis Privasi berkenaan.
Notis Privasi tersebut boleh dicapai di dalam laman web kami
www.pmbinvestment.com.my dan/atau di pejabat kami sama ada di ibu
pejabat atau cawangan-cawangan kami.
Sila hubungi kami di bahagian Perhubungan Pelabur, talian 03-2785 9900
sekiranya anda memerlukan sebarang penjelasan mengenai perkara ini.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(2)
PENGURUS
PMB INVESTMENT BERHAD (Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA)
IBU PEJABAT
Level 20, 1 Sentral Jalan Rakyat, Kuala Lumpur Sentral Peti Surat 10701 50722 Kuala Lumpur Tel: (03) 2785 9800 Faks: (03) 2785 9901 E-mel: [email protected] Laman Web: www.pmbinvestment.com.my
LEMBAGA PENGARAH
Dato’ Abdul Malik bin Ismail - Pengerusi
Dato’ Sri Hj Abd Rahim bin Hj Abdul
Dato’ Mohammad Safie bin Asnan @ Asnawi
Prof. Dr. Faridah binti Hj Hassan
Mansoor bin Ahmad
Nik Mohamed Zaki bin Nik Yusoff
Dato’ Ahmad Nazim bin Abd Rahman
Najmi bin Hj Mohamed
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Najmi bin Hj Mohamed
SETIAUSAHA SYARIKAT
Shahrizat binti Othman
JAWATANKUASA PELABURAN
Mansoor bin Ahmad
Nik Mohamed Zaki bin Nik Yusoff
Dato’ Ahmad Nazim bin Abd Rahman
Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef
PEMEGANG AMANAH
AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD
PENASIHAT SYARIAH
BIMB SECURITIES SDN. BHD.
JURUAUDIT BEBAS
JAMAL, AMIN & PARTNERS
MAKLUMAT KORPORAT
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(3)
NO. KANDUNGAN MUKA
SURAT
1. MAKLUMAT DANA 5
1.1 NAMA DANA 5
1.2 TARIKH PELANCARAN SEMULA DANA 5
1.3 KATEGORI/JENIS DANA 5
1.4 OBJEKTIF DANA 5
1.5 TANDA ARAS DANA 5
1.6 DASAR PENGAGIHAN DANA 5
1.7 KEDUDUKAN PEGANGAN UNIT 5
2. PENCAPAIAN DANA 6 – 7
2.1 KOMPOSISI DANA 6
2.2 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN 7
3. LAPORAN PENGURUS 8 – 18
3.1 ANALISA PRESTASI DANA 8
3.1.1 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN TANDA
ARAS 8
3.2 CIRI-CIRI DAN PERBANDINGAN KOMPONEN PELABURAN
DANA DENGAN TANDA ARAS 10
3.3 POLISI PENGIMBANGAN DANA 10
3.4 ANALISA PRESTASI DANA BERDASARKAN NILAI ASET
BERSIH SEUNIT 11
3.5 POLISI DAN STRATEGI PELABURAN 11
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(4)
NO. KANDUNGAN MUKA
SURAT
3.6 PERUMPUKAN ASET-ASET DANA 12
3.7 SUASANA EKONOMI NEGARA 13
3.8 SUASANA BURSA SAHAM TEMPATAN SEMASA 16
3.9 SUASANA PASARAN KEWANGAN TEMPATAN SEMASA 17
3.10 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN 18
3.11 KEPENTINGAN PEMEGANG-PEMEGANG UNIT 18
3.12 REBET DAN KOMISEN TIDAK LANGSUNG 18
4. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH 19
5. PENYATAAN PENASIHAT SYARIAH 20
6. PENYATAAN PENGURUS 21
7. PENYATA KEWANGAN 22 – 38
8. ASAS PENGIRAAN MAKLUMAT PRESTASI DAN
PENCAPAIAN DANA
39 – 40
9. MAKLUMAT TAMBAHAN 41 – 42
10. MAKLUMAT JARINGAN PERNIAGAAN 43 – 44
11. MAKLUMAT PERHUBUNGAN PELABUR 45
12. BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PELABUR 46
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(5)
1. MAKLUMAT DANA
1.1 NAMA DANA
PMB SHARIAH INDEX FUND - PMB SIF.
1.2 TARIKH PELANCARAN SEMULA DANA
15 Januari 2013.
1.3 KATEGORI/JENIS DANA
Dana Ekuiti (Syariah) / Indeks.
1.4 OBJEKTIF DANA
Menyediakan peluang kepada pelabur memperolehi pulangan yang berpatutan dan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sekuriti-sekuriti patuh Syariah dan pada masa yang sama Pengurus akan berusaha supaya prestasi Dana hampir
menyamai prestasi FBMSHA.
1.5 TANDA ARAS DANA
Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah (FBMSHA).
1.6 DASAR PENGAGIHAN DANA
Pengagihan pendapatan akan diisytiharkan pada setiap akhir tahun kewangan bergantung kepada jumlah pulangan Dana, lebihan pendapatan sepanjang tempoh kewangan, aliran tunai bagi pengagihan serta kadar pulangan pendapatan yang stabil dan berterusan. Pengagihan pendapatan (jika ada) dan akan diagihkan sama ada dalam bentuk tunai atau unit tambahan.
1.7 KEDUDUKAN PEGANGAN UNIT PADA 30 SEPTEMBER 2017
Saiz Pegangan Unit Jumlah
Pemegang Unit
% Jumlah
Unit Dipegang *
%
5,000 dan ke bawah 1,922 77.85 3,430,455.91 12.05
5,001 - 10,000 288 11.66 2,053,798.48 7.22
10,001 - 50,000 233 9.44 4,147,340.25 14.57
50,001 - 500,000 23 0.93 1,753,672.59 6.16
500,001 dan ke atas 3 0.12 17,075,251.32 60.00
Jumlah 2,469 100.00 28,460,518.55 100.00
* Nota: Tidak termasuk unit Pengurus
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(6)
2. PENCAPAIAN DANA
2.1 KOMPOSISI DANA
Komposisi dan prestasi Dana bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2017 dan 3 tahun kewangan berakhir 31 Mac.
30 SEPT 31 MAC
Sektor 2017 2017 2016 2015
% % % %
Barangan Pengguna 3.86 4.96 5.57 5.18
Barangan Industri 14.38 14.10 13.70 12.54
Pembinaan 4.94 4.96 5.06 6.62
Dagangan & Perkhidmatan 51.38 48.67 48.41 47.56
Perbankan & Kewangan 0.27 0.81 0.87 0.51
Hartanah 1.88 2.05 3.09 3.65
Infrastruktur 4.73 4.97 5.03 5.56
Perladangan 8.27 9.03 8.40 8.48
Teknologi 2.31 0.80 2.87 4.72
Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) Islam
1.03 0.97 0.99 0.74
Simpanan Al-Mudharabah dan lain-lain 6.95 8.68 6.01 4.44
Jumlah 100.00 100.00 100.00 100.00
Maklumat Prestasi
Nilai Aset Bersih (NAB) - xD (RM’000) 14,062 14,220 14,526 15,182
Unit Dalam Edaran (‘000) 28,474 29,047 29,136 28,728
NAB Seunit - xD (RM) 0.4939 0.4895 0.4986 0.5285
NAB Seunit - xD: Tertinggi (RM) 0.5012 0.5106 0.5388 0.5497
NAB Seunit - xD: Terendah (RM) 0.4851 0.4675 0.4474 0.4770
Jumlah Pulangan # (%) 0.90 0.58 (3.39) 3.37
- Pertumbuhan Modal # (%) 0.90 (1.83) (5.66) 1.07
- Pengagihan Pendapatan (%) - 2.41 2.27 2.30
Nisbah Perbelanjaan Pengurusan (NPP)
(%) * 0.42 0.84 0.88 0.87
Pusing Ganti Portfolio (PGP) (kali) ** 0.06 0.16 0.43 0.68
# Sumber: Lipper
* Peratusan NPP menyusut 0.01 peratusan mata kepada 0.42% bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 September 2017 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya (30/09/2016: 0.43%). Ini adalah disebabkan oleh peningkatan saiz purata Dana sebanyak 0.78% manakala tiada perubahan pada jumlah perbelanjaan berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian Dana pada masa lalu bukannya petunjuk atau gambaran pencapaian masa hadapan. Harga unit dan pulangan ke atas pelaburan akan berubah-ubah mengikut nilai pasaran.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(7)
2.1 KOMPOSISI DANA (SAMB.)
** Peratusan untuk PGP meningkat sedikit kepada 0.06 kali bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 September 2017 daripada 0.05 kali pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan aktiviti jualan dan belian saham selaras dengan strategi Dana yang telah direncana. Aktiviti pembelian dan penjualan dilakukan berdasarkan strategi pelaburan yang berubah mengikut keadaan pasaran semasa.
* PURATA PULANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER
1 Tahun 3 Tahun 5 Tahun
PMB SIF 4.16% (0.07%) 2.71%
FBMSHA 3.64% (0.99%) 2.44%
* PULANGAN TAHUNAN BERAKHIR
31 MAC 15 MAC
2017 2016 2015 2014 2013
PMB SIF 0.58% (3.39%) 3.37% 13.72% 4.38%
FBMSHA 2.50% (4.75%) 2.40% 14.99% 3.33%
* Sumber: Lipper
2.2 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN
TARIKH/TAHUN TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 MAC
2017 2016 2015
Pengagihan - Kasar (sen seunit)
- Bersih (sen seunit)
1.20
^ 1.20
1.20
^ 1.20
1.21
^^ 1.20
Nisbah Unit Pecahan - - -
^ Pengagihan dalam bentuk tunai
^^ Pengagihan dalam bentuk unit Nota: Unit Pecahan (jika ada) tidak layak menerima pengagihan pendapatan
untuk tahun kewangan semasa.
Sila rujuk muka surat 39 - 40 bagi asas pengiraan.
Pencapaian Dana pada masa lalu bukannya petunjuk atau gambaran pencapaian masa hadapan. Harga unit dan pulangan ke atas pelaburan akan berubah-ubah mengikut nilai pasaran.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(8)
3. LAPORAN PENGURUS
Bagi tempoh enam (6) bulan berakhir 30 September 2017 (1 April 2017 sehingga 30 September 2017).
3.1 ANALISA PRESTASI DANA
3.1.1 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN TANDA ARAS
Prestasi Dana berbanding tanda aras bagi tempoh 6 bulan, 3 tahun dan 5 tahun berakhir 30 September 2017 adalah seperti berikut:-
Graf di atas menunjukkan pergerakan pulangan Dana bagi tempoh 6
bulan berakhir 30 September 2017. Sepanjang tempoh tersebut, NAB
seunit Dana meningkat 0.90% berbanding penyusutan penanda aras sebanyak 0.11%.
Pulangan PMB Shariah Index Berbanding Tanda Aras Bagi Tempoh 6 Bulan
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(9)
3.1.1 BANDINGAN PRESTASI DANA DENGAN TANDA ARAS (SAMB.)
Bagi tempoh 3 tahun berakhir 30 September 2017, NAB seunit Dana susut 0.21% berbanding penyusutan penanda aras sebanyak 2.95%. Sila rujuk graf di atas.
Graf di atas pula mencerminkan pergerakan pulangan Dana untuk
jangkamasa 5 tahun berakhir 30 September 2017. Sepanjang tempoh
tersebut, NAB seunit Dana menokok 14.32% berbanding kenaikan penanda aras sebanyak 12.83%.
Pulangan PMB Shariah Index Berbanding Tanda Aras Bagi Tempoh 3 Tahun
Pulangan PMB Shariah Index Berbanding Tanda Aras Bagi Tempoh 5 Tahun
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(10)
3.2 CIRI-CIRI DAN PERBANDINGAN KOMPONEN PELABURAN DANA DENGAN
TANDA ARAS FBMSHA PADA 30 SEPTEMBER 2017
FBMSHA mengandungi komponen yang berlandaskan Syariah seiring dengan metodologi penapisan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPSSS). FBMSHA telah direka untuk memberi para pelabur satu penanda aras yang menyeluruh bagi pelaburan patuh Syariah. Ianya telah dilancarkan pada 22 Januari 2007 dan menggunapakai nilai asas di paras 6,000 pada 31 Mac 2006. Setakat 30 September 2017, FBMSHA mengandungi 212 komponen.
PECAHAN INDUSTRI *
% KOMPONEN
FBMSHA
% KOMPONEN
PMB SIF
30/09/2017 30/09/2017 31/03/2017
Ekuiti
Bahan Asas
Barangan Pengguna
Perkhidmatan Pengguna
Kewangan
Penjagaan kesihatan
Industri
Minyak dan Gas
Teknologi
Telekomunikasi
Utiliti
7.15
12.48
0.59
5.99
7.05
23.89
6.55
2.20
16.40
17.70
6.13
12.03
0.68
2.41
7.20
20.78
5.75
3.48
16.39
17.17
6.05
14.00
0.52
2.87
7.08
20.43
5.52
0.79
17.29
15.80
100.00 92.02 90.35
Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) Islam
Deposit Islam dan lain-lain
-
-
1.03
6.95
0.97
8.68
JUMLAH 100.00 100.00 100.00
* Pecahan industri adalah berdasarkan Industry Classification Benchmark
(ICB) by FTSE Russell.
3.3 POLISI PENGIMBANGAN DANA
Portfolio pelaburan Dana akan diseimbangkan setiap awal bulan bagi
menggambarkan perubahan wajaran saham yang sama di dalam FBMSHA
pada akhir bulan sebelumnya. Antara sebab-sebab pengimbangan
dibuat:-
apabila wajaran saham di dalam portfolio melebihi wajarannya di dalam FBMSHA; penjualan akan dilakukan supaya menurunkan wajaran saham dalam portfolio ke tahap FBMSHA.
apabila wajaran saham di dalam portfolio kurang daripada wajarannya di dalam FBMSHA; pembelian mungkin dilakukan untuk menaikkan pegangan saham dalam portfolio menyamai wajaran di dalam FBMSHA.
apabila sesuatu saham dimasukkan ke dalam atau dikeluarkan daripada komponen FBMSHA.
Walau bagaimanapun, bagi saham-saham yang kos pelaburannya
mengatasi nilai pasaran, pelupusan akan dilakukan dalam tempoh 3 bulan
bagi meminimumkan kerugian.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(11)
3.4 ANALISA PRESTASI DANA BERDASARKAN NILAI ASET BERSIH SEUNIT
Sepanjang tempoh kajian, NAB seunit Dana meningkat sebanyak
RM0.0044 atau 0.90% iaitu daripada RM0.4895 pada 31 Mac 2017
kepada RM0.4939 bagi tempoh 6 bulan berakhir 30 September 2017.
3.5 POLISI DAN STRATEGI PELABURAN
Polisi pelaburan Dana semasa tempoh kajian ialah untuk melabur
sekurang-kurangnya 90% daripada NAB Dana terutamanya dalam ekuiti-
ekuiti yang tersenarai dalam saham-saham komponen FBMSHA dan
saham-saham yang diluluskan oleh MPSSS.
Sebahagian besar Dana dilabur dalam saham-saham komponen utama
Indeks FBMSHA. Dana diurus secara pasif yang mana Pengurus membina
portfolio pelaburan berdasarkan pendekatan pensampelan indeks dengan melabur tidak kurang 60% daripada NAB Dana dalam 15 saham utama
komponen FBMSHA yang mewakili lebih kurang 64% modal pasaran
FBMSHA. Selebihnya Dana dilabur dalam lain-lain saham komponen
FBMSHA dan lain-lain sekuriti patuh Syariah dalam pasaran modal Malaysia. Dana melabur dalam ekuiti antara 90% hingga 99.5% daripada
NAB.
15 SAHAM KONSTITUEN TERBESAR FBMSHA BERBANDING PMB SIF
PADA 30 SEPTEMBER 2017
SAHAM KONSTITUEN % FBMSHA % PMB SIF
1. Tenaga Nasional Bhd 13.02 13.12
2. Sime Darby Bhd 7.10 7.15
3. Axiata Group Bhd 5.31 5.35
4. Petronas Chemicals Group Bhd 4.60 4.63
5. DiGi.Com Bhd 4.01 4.03
6. IHH Healthcare Bhd 3.58 3.64
7. Maxis Berhad 3.55 3.46
8. IOI Corporation Bhd 3.28 3.39
9. Petronas Gas Bhd 3.10 3.14
10. Telekom Malaysia Bhd 2.85 2.89
11. Gamuda Bhd 2.55 2.58
12. Kuala Lumpur Kepong Bhd 2.55 2.56
13. IJM Corporation Bhd 2.34 2.49
14. MISC Bhd 2.34 2.37
15. PPB Group Bhd 2.10 2.35
62.28 63.15
Saham-saham konstituen lain 37.72 28.87
Pelaburan dalam ekuiti 92.02
Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) Islam 1.03
Kecairan 6.95
JUMLAH 100.00 100.00
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(12)
3.5 POLISI DAN STRATEGI PELABURAN (SAMB.)
3.6 PERUMPUKAN ASET-ASET DANA
Pecahan seunit mengikut kelas aset adalah seperti berikut:-
PECAHAN SEUNIT MENGIKUT KELAS ASET
30 SEPT 2017
31 MAC
2017
Perubahan
Peratus
Purata Pendedahan
Pelaburan
(%) (%) Mata (%)
Ekuiti 92.02 90.35 1.67 91.19
Amanah Pelaburan
Hartanah (REIT) Islam 1.03 0.97 0.06 1.00
Depsoit Islam dan lain-lain 6.95 8.68 (1.73) 7.81
Pada 30 September 2017, pegangan ekuiti Dana ialah sebanyak 92.02% berbanding 90.35% pada 31 Mac 2017. Sebanyak 1.03% dilabur dalam
Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) Islam manakala baki 6.95% pula berada dalam deposit Islam dan lain-lain bentuk pelaburan patuh Syariah yang bersesuaian dengan polisi dan objektif Dana.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(13)
3.6 PERUMPUKAN ASET-ASET DANA (SAMB.)
3.7 SUASANA EKONOMI NEGARA
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dilapor pada 18 Ogos 2017 berkembang 5.8% pada suku kedua 2017. Pertumbuhan ekonomi Malaysia terus disokong oleh permintaan dalam negara, terutamanya perbelanjaan sektor swasta. Dari segi penawaran, pertumbuhan ini telah didorong oleh prestasi yang lebih baik bagi semua sektor utama ekonomi. Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi negara meningkat 1.3% (S1 2017: 1.8%). Inflasi keseluruhan menurun kepada 4.0% disebabkan terutamanya oleh harga bahan api dalam negara yang lebih rendah. Berikutan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 5.7% pada separuh pertama tahun 2017, ekonomi Malaysia dijangka berkembang melebihi 4.8% pada tahun 2017. Permintaan dalam negara dijangka menjadi penyumbang utama pertumbuhan. Bagi sektor luaran, eksport dijangka mendapat manfaat daripada pertumbuhan global yang lebih kukuh daripada jangkaan. Inflasi keseluruhan diunjurkan lebih sederhana pada separuh kedua tahun 2017, mencerminkan kesan daripada faktor kos global yang semakin berkurang. Bagi tahun 2017 secara keseluruhan, inflasi dijangka berada dalam julat purata 3.0% hingga 4.0%.
PERUMPUKAN ASET PMB SIF PADA 30 SEPTEMBER 2017
PERUMPUKAN ASET PMB SIF PADA 31 MAC 2017
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(14)
3.7 SUASANA EKONOMI NEGARA (SAMB.)
Semua sektor mengikut kaedah pengeluaran mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan kecuali sektor perlombongan.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia Untuk Suku Kedua 2017
(Sumber: Laman sesawang Bank Negara Malaysia)
Inflasi
(Sumber: Laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia)
Untuk tempoh 6 bulan bulan berakhir Ogos 2017, inflasi berada lebih tinggi, iaitu pada kadar 4.0% berbanding 1.8% dalam tempoh yang sama pada tahun 2016. Peningkatan dalam 6 bulan berakhir Ogos 2017 dipacu oleh kenaikan dalam indeks pengangkutan (+13.7%) serta makanan dan minuman bukan alkohol (+4.2%). Inflasi meningkat pada kadar 3.7% tahun-ke-tahun bagi bulan Ogos 2017 dipacu oleh peningkatan dalam indeks pengangkutan (+13.7%) serta makanan dan minuman bulan alkohol (+4.3%) restoran dan hotel (+2.8%), kesihatan (+2.7%), hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+2.7%) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4%).
Sektor 2017 2017 2016 Sektor 2017 2017 2016
Penawaran S2 S1 S2 Permintaan S2 S1 S2
Pertanian 5.9% 8.3% (7.8%) Penggunaan Akhir Swasta
7.1% 6.6% 6.2%
Pembinaan 8.3% 6.5% 8.9% Penggunaan Akhir Kerajaan
3.3% 7.5% 5.5%
Perkhidmatan 6.3% 5.8% 5.7% Pembentukan Modal Tetap Kasar
4.1% 10.0% 6.1%
Pembuatan 6.0% 5.6% 4.2% Eksport 9.6% 9.8% 2.0%
Perlombongan 0.2% 1.6% 2.1% Import 10.7% 12.9% 2.4%
KDNK 5.8% 5.6% 4.0% KDNK 5.8% 5.6% 4.0%
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(15)
3.7 SUASANA EKONOMI NEGARA (SAMB.)
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP)
(Sumber: Laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia)
IPP meningkat sebanyak 6.8% pada bulan Ogos 2017 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan dalam bulan Ogos ini disokong oleh pertumbuhan positif dalam semua indeks: pembuatan (7.6%), perlombongan
(5.3%) dan elektrik (3.0%). Untuk tempoh enam bulan berakhir Ogos 2017, IPP berada lebih tinggi, iaitu pada kadar 5.0% berbanding 3.6% untuk tempoh yang sama 2016 susulan peningkatan dalam semua komponen iaitu indeks pembuatan, elektrik dan perlombongan, masing-masing pada kadar 6.7%, 2.3% dan 0.9%. Perdagangan Luar Negara
(Sumber: Laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia)
Untuk tempoh enam bulan berakhir Ogos 2017, imbangan dagangan Malaysia
mencatatkan kenaikan sebanyak 20.0%, mencecah nilai RM47.3 bilion. Jumlah
perdagangan untuk tempoh enam bulan berakhir Ogos 2017 bernilai RM892.4
milion berbanding RM724.1 milion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(16)
3.8 SUASANA BURSA SAHAM TEMPATAN SEMASA
Bagi tempoh setengah tahun berakhir 30 September 2017, penanda
aras utama ekuiti patuh Syariah Malaysia iaitu Indeks FBMSHA menyusut 13.97 mata atau -0.11% kepada 12,797.37 manakala penanda aras
utama Bursa Malaysia iaitu FBM KLCI meningkat 15.49 mata atau 0.89% kepada 1,755.58.
Bagi tempoh tersebut, Indeks FBMSHA mencatat paras tertinggi 13,099.07 pada 15 Mei 2017 dan paras terendah 12,612.47 pada 11
Ogos 2017. Sementara itu, FBM KLCI mencatat paras tertinggi 1,792.35 pada 14 Jun 2017 manakala paras terendah pula ialah 1,730.99 yang
dicatat pada 14 April 2017. Julat pergerakan Indeks FBMSHA untuk tempoh tersebut ialah 486.60 mata berbanding 743.55 mata pada tempoh yang sama tahun sebelumnya. Dalam tempoh kajian, prestasi Bursa Malaysia kelihatan amat memberangsangkan sepanjang suku kedua 2017 ekoran dari data-data ekonomi tempatan yang lebih baik dari jangkaan. Ini telah menyebabkan institusi-institusi terkemuka menyemak semula unjuran pertumbuhan
tahun-ke-tahun KDNK negara dari julat 4.5% sehingga 4.8% kepada julat 4.8% sehingga 5.0%. Pertumbuhan pasaran saham juga terus dipacu oleh keputusan kewangan syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang bertambah baik serta spekulasi berkenaan Pilihan Raya Umum ke-14 yang sepatutnya diadakan sebelum setengah tahun pertama 2018 berakhir. Namun demikian, pasaran saham tempatan kelihatan berada di dalam mod konsolidasi menjelang pertengahan suku ketiga 2017 walaupun data-data ekonomi tempatan yang diumumkan lebih baik dari jangkaan. Hal ini disebabkan oleh keputusan kewangan syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia untuk suku kedua 2017 tampil kurang baik dari jangkaan. Situasi ini diburukkan lagi oleh ketidakstabilan geopolitik dunia ekoran dari ketidaksefahaman di antara dua pemimpin kuasa nuklear besar dunia serta kecenderungan Amerika Syarikat untuk meningkatkan kadar faedah pada kadar yang lebih cepat berikutan momentum ekonomi Amerika Syarikat yang dijangka akan terus beransur pulih. Hal-hal ini telah meningkatkan kadar ketidakpastian dalam pasaran saham dan telah menyebabkan pelabur asing mula mengurangkan wajaran di dalam pasaran saham tempatan dengan jumlah pengaliran keluar bersih
dana sebanyak RM737.3 juta sepanjang bulan September 2017. Ini telah menjadikan jumlah terkumpul pengaliran masuk dana asing bersih sepanjang enam bulan berakhir September 2017 berkurangan kepada
RM3.9 bilion berbanding jumlah terkumpul RM4.6 bilion untuk tempoh lima bulan berakhir Ogos 2017. Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu ini, berdasarkan sumber
Lipper NAB seunit Dana meningkat sebanyak 0.90% bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2017.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(17)
3.9 SUASANA PASARAN KEWANGAN TEMPATAN SEMASA
Dalam tempoh setengah tahun berakhir berakhir 30 September 2017,
Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank
Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar
Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada kadar 3.00%.
Menurut BNM, ekonomi global semakin kukuh dengan pertumbuhan yang lebih mantap dan segerak dengan kebanyakan negara. Perdagangan global telah meningkat dengan ketara. Penggunaan dan pelaburan di negara-negara maju terus bertambah baik. Pertumbuhan di rantau Asia telah didorong oleh aktiviti dalam negara yang mampan dan permintaan luar negara yang kukuh. Perkembangan ini menunjukkan momentum pertumbuhan global yang berterusan. Walau bagaimanapun, prospek ini mungkin dipengaruhi oleh perkembangan politik dan dasar di negara ekonomi maju serta risiko daripada perkembangan geopolitik.
Malaysia telah mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh pada suku kedua tahun 2017, hasil dorongan daripada aktiviti ekonomi dalam negara dan eksport yang lebih mantap. Prospek pertumbuhan dijangka disokong oleh jangkaan pertumbuhan global yang lebih positif dan kesan daripada prestasi sektor luaran yang lebih baik kepada ekonomi negara. Permintaan dalam negara akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan. Keadaan ini disokong oleh peningkatan pendapatan dan keadaan pasaran pekerja yang lebih baik secara keseluruhan, projek infrastruktur baharu dan sedang dilaksanakan serta pelaburan modal yang berterusan oleh firma-firma dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan. Pertumbuhan ekonomi negara dijangka lebih kukuh bagi keseluruhan tahun 2017. Kadar inflasi secara keseluruhannya terus sederhana dan menurun kepada 3.2% pada bulan Julai. Penurunan ini disebabkan terutamanya oleh harga bahan api domestik yang lebih rendah. Melangkah ke hadapan, kadar inflasi keseluruhan diunjurkan menurun berikutan jangkaan bahawa kesan daripada faktor kos global semakin berkurang. Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka terus terkawal walaupun dalam keadaan permintaan dalam negara yang masih kukuh. Pasaran kewangan domestik terus berdaya tahan. Ringgit semakin kukuh dan lebih mencerminkan asas-asas ekonomi yang bertambah teguh. Mudah tunai sistem perbankan terus mencukupi. Institusi kewangan terus beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh. Pembiayaan kepada sektor swasta terus meningkat dan menyokong aktiviti ekonomi.
Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari adalah akomodatif.
MPC akan terus menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.
(Sumber: Laman sesawang Bank Negara Malaysia)
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(18)
3.10 PENGAGIHAN PENDAPATAN/TERBITAN UNIT PECAHAN Tiada pengagihan pendapatan dan/atau terbitan unit pecahan
dicadangkan bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2017.
3.11 KEPENTINGAN PEMEGANG-PEMEGANG UNIT Sepanjang tempoh kajian, tiada sebarang kejadian yang menjejaskan
kepentingan Pemegang-Pemegang Unit selain daripada urusniaga-urusniaga yang dijalankan selaras dengan Suratikatan Amanah, Garispanduan Tabung Unit Amanah, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa.
3.12 REBET DAN KOMISEN TIDAK LANGSUNG
Sepanjang tempoh 6 bulan berakhir 30 September 2017, Pengurus tidak menerima sebarang imbuhan daripada institusi-institusi broker saham selain daripada laporan ataupun material penyelidikan yang berkaitan dengan ekonomi, pasaran saham termasuk analisa penyelidikan terhadap sesuatu syarikat yang tersenarai ataupun yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(19)
4. PENYATAAN PEMEGANG AMANAH Kepada Pemegang-Pemegang Unit
PMB SHARIAH INDEX FUND
Kami, AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD telah bertindak selaku Pemegang
Amanah kepada PMB SHARIAH INDEX FUND bagi tempoh kewangan enam bulan
berakhir 30 September 2017. Pada pendapat kami, PMB INVESTMENT BERHAD,
selaku Pengurus, telah melaksana dan mengurus PMB SHARIAH INDEX FUND
selaras dengan had-had kuasa pelaburan yang diberikan kepada Pengurus
mengikut Suratikatan, undang-undang sekuriti dan Garispanduan Tabung Unit
Amanah yang diterimapakai bagi tempoh kewangan enam bulan berakhir 30
September 2017.
Kami juga berpendapat bahawa:
(a) Penilaian dan penentuan harga dibuat selaras dengan Suratikatan dan
mana-mana kehendak kawalseliaan; dan
(b) Penjadian dan perlucutan unit dilaksanakan adalah selaras dengan
Suratikatan dan lain-lain peruntukan undang-undang berkaitan. Untuk dan bagi pihak
AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD
HABSAH BINTI BAKAR Ketua Pegawai Eksekutif
Kuala Lumpur, Malaysia
7 November 2017
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(20)
5. PENYATAAN PENASIHAT SYARIAH PEMEGANG-PEMEGANG UNIT YANG DIHORMATI
Kami telah bertindak sebagai Penasihat Syariah kepada PMB INVESTMENT
BERHAD, selaku Pengurus bagi PMB SHARIAH INDEX FUND untuk tempoh
kewangan berakhir 30 September 2016. Tanggungjawab kami adalah untuk
memastikan prosedur dan proses yang dilaksanakan oleh PMB INVESTMENT
BERHAD serta peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Suratikatan
Induk Tambahan Keempat Belas bertarikh 6 September 2016 yang telah
didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 14 Oktober 2016
adalah mematuhi Syariah.
Pada pendapat kami, berdasarkan laporan-laporan berkala dan penerangan
yang kami terima, untuk tempoh kewangan berakhir 30 September 2017, PMB
INVESTMENT BERHAD telah mengurus dan mentadbir PMB SHARIAH INDEX
FUND mengikut kehendak Syariah dan mematuhi segala garispanduan, arahan
mahupun keputusan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
dari aspek Syariah.
Kami juga mengesahkan bahawa portfolio PMB SHARIAH INDEX FUND yang
dikendalikan oleh PMB INVESTMENT BERHAD adalah mengandungi sekuriti-
sekuriti yang dikategorikan sebagai patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sementara itu, pelaburan juga telah dibuat
melalui simpanan dan instrumen kewangan patuh Syariah dengan institusi
kewangan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk dan bagi pihak
BIMB SECURITIES SDN BHD
IR. DR. MUHAMAD FUAD ABDULLAH Pegawai Syariah Yang Dilantik
KUALA LUMPUR
7 November 2017
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(21)
6. PENYATAAN PENGURUS
Kepada Pemegang-Pemegang Unit
PMB SHARIAH INDEX FUND
Kami, sebagai Pengarah kepada PMB INVESTMENT BERHAD selaku Pengurus
PMB SHARIAH INDEX FUND berpendapat penyata kewangan yang tidak diaudit
yang dibentangkan memberikan maklumat dan pandangan yang benar dan
saksama mengenai kedudukan kewangan Dana pada 30 September 2017,
perubahan dalam ekuiti, prestasi kewangan serta aliran tunai Dana untuk
jangkamasa kewangan yang berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan
Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting
Standards - MFRS), Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (International
Financial Reporting Standards - IFRS) dan diubahsuai menurut Garispanduan
Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Untuk dan bagi pihak
PMB INVESTMENT BERHAD
Selaku Pengurus, PMB SHARIAH INDEX FUND
NAJMI BIN HAJI MOHAMED Pengarah
YBHG. DATO’ AHMAD NAZIM BIN ABD RAHMAN Pengarah
KUALA LUMPUR
20 Oktober 2017
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(22)
7. PENYATA KEWANGAN
PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN YANG TIDAK DI AUDIT PADA 30 SEPTEMBER 2017
NOTA 30.09.2017 31.03.2017
RM RM
ASET
PELABURAN 4
Saham tersiarharga di Malaysia 12,943,922 13,362,381
Deposit Islam dengan institusi kewangan berlesen di Malaysia 5 906,491 1,164,724
13,850,413 14,527,105
LAIN-LAIN ASET
Terhutang oleh Broker Saham - 197,714
Keuntungan dari deposit Islam diterima terakru
268 323
Dividen diterima terakru 66,096 1,770
Tuntutan Cukai 41,804 41,918
Simpanan Al-Wadiah 64,452 180,464
172,620 422,189
JUMLAH ASET 14,023,033 14,949,294
LIABILITI
Terhutang kepada Pengurus 6 6,968 7,358
Terhutang kepada Pemegang Amanah 581 613
Terhutang kepada Broker Saham - 384,815
Pengagihan 7 - 348,564
Lain-lain sipiutang 2,753 3,678
JUMLAH LIABILITI 10,302 745,028
EKUITI
Modal unit bersih 8 13,413,422 13,697,749
Keuntungan terkumpul 599,309 506,517
JUMLAH EKUITI 14,012,731 14,204,266
JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI 14,023,033 14,949,294
UNIT DALAM EDARAN 8 28,474,000 29,047,000
NILAI ASET BERSIH SEUNIT (RM) 9 0.4921 0.4890
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(23)
PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF YANG TIDAK DI AUDIT UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
NOTA
ENAM BULAN
BERAKHIR
30.09.2017
RM
ENAM BULAN
BERAKHIR
30.09.2016
RM
PENDAPATAN PELABURAN
Keuntungan Dari Deposit Islam 12,671 14,442
Hibah Dari Simpanan Al-Wadiah 307 697
Dividen Kasar 162,140 155,296
Keuntungan/(Kerugian) Dari Penjualan Pelaburan
119,121 (56,007)
Kerugian Bersih Pelaburan Di Atas Perubahan Nilai Pasaran Wajar (Fair Value)
10 (134,662) (403,881)
159,577 (289,453)
PERBELANJAAN
Yuran Pengurus 11 42,898 42,564
Yuran Pemegang Amanah 12 3,575 4,086
Yuran Audit 1,250 1,250
Yuran Agen Cukai 350 350
Yuran Broker Saham Dan Lain-Lain Kos Transaksi
13 6,750 5,061
Cukai Barangan dan Perkhidmatan 3,088 3,022
Perbelanjaan Pentadbiran 8,874 8,919
66,785 65,252
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BERSIH SEBELUM CUKAI
92,792 (354,705)
Cukai 14 -
-
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BERSIH SELEPAS CUKAI
92,792 (354,705)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BERSIH SELEPAS CUKAI TERHASIL OLEH:
KEUNTUNGAN DIREALISASI 227,454 49,176
KERUGIAN BELUM DIREALISASI 10 (134,662) (403,881)
92,792 (354,705)
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(24)
PENYATA PERUBAHAN DALAM EKUITI YANG TIDAK DI AUDIT UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
Modal Unit Bersih
Keuntungan Terkumpul
Jumlah Ekuiti
RM RM RM
Baki pada 1 April 2016 13,738,078 760,188 14,498,266
Keuntungan direalisasi - 49,176 49,176
Kerugian belum direalisasi - (403,881) (403,881)
Perolehan daripada penjadian unit 163,071 - 163,071
Penjelasan tunai bagi perlucutan unit
(172,655) - (172,655)
Baki pada 30 September 2016 13,728,494 405,483 14,133,977
Baki pada 1 April 2017 13,697,749 506,517 14,204,266
Keuntungan direalisasi - 227,454 227,454
Kerugian belum direalisasi - (134,662) (134,662)
Perolehan daripada penjadian unit 367,725 - 367,725
Penjelasan tunai bagi perlucutan unit
(652,052) - (652,052)
Baki pada 30 September 2017 13,413,422 599,309 14,012,731
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(25)
PENYATA ALIRAN TUNAI YANG TIDAK DI AUDIT
UNTUK JANGKAMASA BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
30.09.2017 30.09.2016 RM RM
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN DAN OPERASI
Perolehan daripada penjualan pelaburan 1,264,832 1,001,699
Pembelian pelaburan (1,049,015) (593,304)
Dividen diterima 97,482 33,128
Keuntungan dari deposit Islam 12,726 14,331
Hibah dari simpanan Al-Wadiah 307 697
Yuran Pengurus telah dijelaskan (43,288) (42,677)
Yuran Pemegang Amanah telah dijelaskan (3,607) (4,726)
Yuran audit telah dijelaskan (2,500) (2,500)
Lain-lain perbelanjaan (18,291) (60,306)
Tunai bersih diperolehi daripada aktiviti pelaburan dan operasi
258,646 346,342
ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN
Perolehan daripada penjadian unit 367,725 163,071
Agihan yang telah dijelaskan (348,564) (349,632)
Penjelasan tunai bagi perlucutan unit (652,052) (172,655) Tunai bersih digunakan dalam aktiviti pembiayaan
(632,891) (359,216)
KURANGAN BERSIH DALAM TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI
(374,245) (12,874)
TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI DIBAWA KE HADAPAN
1,345,188 1,111,990
TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI DIHANTAR KE HADAPAN
970,943 1,099,116
TUNAI DAN PERSAMAAN TUNAI
Simpanan Al-Wadiah 64,452 84,245
Deposit Islam 906,491 1,014,871
970,943 1,099,116
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(26)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
1. UNIT AMANAH, PENGURUS DAN AKTIVITI UTAMA
PMB SHARIAH INDEX FUND diuruskan oleh PMB INVESTMENT BERHAD, mula dilancarkan pada 19 Februari 1969 dengan nama Kumpulan Modal Bumiputera Yang Kedua dan telah dilancarkan semula pada 25 Mac 2002 sebagai ASM Index Fund. Dengan persetujuan pemegang-pemegang unit di dalam Mesyuarat Agong Luarbiasa pada 19 Julai 2012, Dana ini telah ditukarkan nama kepada ASM Shariah Index Fund sebagaimana yang termaktub di dalam Suratikatan Induk Tambahan Kesembilan bertarikh 9 Oktober 2012, di antara Pengurus (PMB INVESTMENT BERHAD), Pemegang Amanah (AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD) dan pemegang-pemegang unit berdaftar dan telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 12 November 2012. Berdasarkan Prospektus Induk bertarikh 28 April 2014, Dana ini sekali lagi telah ditukar namanya daripada ASM Shariah Index Fund kepada PMB SHARIAH INDEX FUND selari dengan perubahan nama Pengurus daripada ASM Investment Services Berhad kepada PMB INVESTMENT BERHAD. Dana ini akan terus beroperasi sehingga ia diberhentikan atau dibubarkan mengikut peruntukan Suratikatan Amanah dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Aktiviti utama PMB SHARIAH INDEX FUND ialah urusniaga sekuriti bolehpasar di mana pelaburan dibuat di dalam “Pelaburan Yang Dibenarkan” sebagaimana yang didefinisikan di bawah Klausa 1 di dalam Suratikatan Amanah dan tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan berlandaskan Prinsip-Prinsip Syariah dari semasa ke semasa. Ini termasuk sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan di dalam instrumen pasaran kewangan yang diluluskan mengikut Prinsip-Prinsip Syariah. Pengurus adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Pelaburan MARA Berhad. Aktiviti utama Pengurus ialah pengurusan Dana-Dana Unit Amanah dan Dana Korporat.
2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN
Operasi Dana Unit Amanah ini adalah terdedah kepada beberapa risiko yang mana antara lainnya termasuklah risiko pasaran, risiko kecairan, risiko spesifik, risiko kadar keuntungan dan risiko harga ekuiti. Pengurusan risiko kewangan dilaksanakan melalui sistem kawalan dalaman serta sekatan-sekatan pelaburan yang digariskan di dalam Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mengikut Prinsip-Prinsip Syariah.
(a) Risiko Pasaran
Pendedahan kepada risiko pasaran terhasil dari perjalanan biasa perniagaan Unit Amanah melalui ketidakpastian dalam harga pasaran yang dipengaruhi oleh perubahan dalam persekitaran pasaran termasuk perubahan ekonomi secara global, peraturan, politik dan kadar keuntungan. Unit Amanah menguruskan risiko pasaran melalui garispanduan dan polisi pelaburan yang disediakan serta strategi kepelbagaian pengagihan portfolio aset Dana.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(27)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
2. OBJEKTIF DAN POLISI PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (SAMB.)
(b) Risiko Kecairan
Unit Amanah menguruskan aliran tunai dengan menempatkan sebahagian tunai dalam deposit Islam dengan memastikan pulangan yang maksimum dan mengambil peluang ke atas pelaburan dan peluang baru. Risiko kecairan adalah risiko Unit Amanah menghadapi kesulitan untuk mendapatkan dana bagi memenuhi komitmen kewangan.
(c) Risiko Spesifik
Risiko spesifik adalah risiko yang dialami melalui pelaburan terhadap syarikat-syarikat yang mengalami perubahan dalam prestasi perniagaan, citarasa dan permintaan pengguna, tindakan undang-undang dan amalan pengurusan. Risiko ini boleh dikurangkan melalui kepelbagaian dalam pelaburan dan sekatan pelaburan yang digariskan oleh Garispanduan Tabung Unit Amanah dan berlandaskan kepada Prinsip-Prinsip Syariah.
(d) Risiko Kadar Keuntungan
Unit Amanah menguruskan risiko kadar keuntungan dengan mengekalkan portfolio instrumen kewangan berdasarkan garispanduan dan polisi pelaburan serta semakan yang kerap ke atas kadar keuntungan dan jangkaan pasaran. Risiko kadar keuntungan adalah risiko nilai instrumen kewangan Unit Amanah yang sensitif terhadap kadar keuntungan akan berubah-ubah disebabkan oleh perubahan dalam kadar keuntungan pasaran.
(e) Risiko Harga Ekuiti
Risiko harga ekuiti adalah perubahan harga ekuiti yang akan naik atau turun disebabkan perubahan terhadap indeks ekuiti dan nilai saksama individu. Pendedahan risiko harga ekuiti timbul dari pelaburan tersiarharga Dana.
Jadual di bawah menunjukkan kesan ke atas nilai aset bersih Dana
pada tarikh pelaporan disebabkan kemungkinan perubahan dalam harga ekuiti dengan semua pembolehubah lain yang dipegang malar:-
Perubahan Dalam Harga Ekuiti
Kesan Ke Atas Nilai Aset Bersih Diagihkan
% RM
+5 / -5 647,196 / (647,196)
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(28)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
3. HURAIAN DASAR PERAKAUNAN PENTING
(a) Asas Penyediaan
Penyata kewangan ini telah disediakan menurut kelaziman kos sejarah dan diubahsuai bagi mematuhi Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards -
MFRS), Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (International
Financial Reporting Standards - IFRS) dan Garispanduan Tabung Unit Amanah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dasar perakaunan yang digunapakai bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 September 2017 adalah konsisten dengan yang digunapakai pada penyata kewangan bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 September 2016.
Dana masih belum menerimapakai MFRS berikut yang diterbitkan
oleh MASB tetapi belum berkuatkuasa.
Tarikh Kuatkuasa Bagi Tahun
Kewangan Bermula Pada Atau Selepas
MFRS 9
Instrumen Kewangan (IFRS 9
diterbitkan oleh IASB pada Julai 2014)
1 Januari 2018
Penggunaan piawaian di atas adalah dijangka tidak mempunyai kesan yang ketara ke atas penyata kewangan Dana.
(b) Saham Tersiarharga
Saham tersiarharga adalah dinilaikan menurut harga tertinggi tawaran (Bid Price) pada penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan. Ini adalah bagi mematuhi Piawaian Laporan
Kewangan Malaysia - MFRS 139. Walau bagaimanapun Unit Amanah ini tertakluk kepada Suratikatan Amanah (Trust Deed) di mana saham tersiarharga adalah dinilaikan menurut harga penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan. Oleh yang demikian, bagi sebarang urusniaga jual beli unit amanah pada tarikh pelaporan ini, harga sebenar jual beli unit amanah tersebut adalah dinyatakan di dalam nota 9.
(c) Pendapatan Dividen
Kiraan dividen-dividen dari pelaburan ditetapkan mengikut asas akruan sebaik sahaja harga saham syarikat berkenaan dicatat ”xD” (tanpa dividen) di Bursa Malaysia.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(29)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
3. HURAIAN DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMB.)
(d) Keuntungan dari Deposit Islam
Keuntungan dari deposit Islam adalah diambilkira berdasarkan asas akruan.
(e) Keuntungan/(Kerugian) dari Penjualan Pelaburan
Kos yang diambilkira bagi menentukan keuntungan/(kerugian) dari penjualan pelaburan adalah berdasarkan kepada kos purata wajaran.
(f) Keuntungan/(Kerugian) Belum Direalisasi
Keuntungan/(Kerugian) belum direalisasi mewakili keuntungan/ (kerugian) akibat daripada perubahan pada Nilai Pasaran Wajar bagi saham tersiarharga yang menggunakan harga tertinggi tawaran (Bid Price) pada tarikh pelaporan berbanding dengan tarikh jangkamasa kewangan sebelumnya.
(g) Penjadian dan Perlucutan Unit
Penerimaan dari penjadian unit dan pembayaran atas perlucutan unit adalah berdasarkan nilai pasaran unit yang terdiri dari bahagian modal dan bahagian pendapatan pada tarikh penjadian atau perlucutan berkenaan.
(h) Pengimbangan Agihan
Pengimbangan agihan diambilkira pada tarikh penjadian dan perlucutan berdasarkan purata jumlah pendapatan yang boleh diagihkan termasuk dalam harga penjadian dan perlucutan unit.
(i) Tunai dan Persamaan Tunai
Tunai dan persamaan tunai meliputi deposit Islam dan simpanan Al-Wadiah dengan bank dan institusi kewangan berlesen di mana simpanan tersebut adalah berlandaskan Prinsip-Prinsip Syariah.
(j) Instrumen Kewangan
Aset dan liabiliti kewangan yang dinyatakan dalam Penyata Kedudukan Kewangan adalah merangkumi tunai di bank, pelaburan sekuriti saham tersiarharga, simpanan di institusi-institusi kewangan, penghutang dan pemiutang. Polisi perakaunan tentang perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-masing.
Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti
berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Keuntungan dari deposit Islam dan simpanan Al-Wadiah, dividen, keuntungan atau kerugian berkaitan instrumen kewangan yang diklasifikasikan sebagai aset, dilaporkan sebagai pendapatan atau kerugian dari pelaburan.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(30)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
4. PELABURAN
Butir-butir adalah seperti berikut:- 30.09.2017 31.03.2017
RM RM
(a) Saham tersiarharga @ jumlah kos 11,383,781 11,667,578
Lebihan nilai pasaran 1,560,141 1,694,803
Nilai Pasaran 12,943,922 13,362,381
(b) Deposit Islam 906,491 1,164,724
Jumlah Pelaburan 13,850,413 14,527,105
Senarai Pelaburan adalah seperti di Jadual A.
5. DEPOSIT ISLAM
Deposit Islam adalah meliputi simpanan tetap berlandaskan Prinsip-Prinsip Syariah di dalam institusi kewangan berlesen seperti berikut:-
30.09.2017
RM
31.03.2017
RM
Bank-bank Islam 906,491 1,164,724
Purata kadar keuntungan sepanjang jangkamasa kewangan dan purata
tempoh akan matang simpanan pada tarikh penutup jangkamasa kewangan adalah seperti berikut:-
Purata Kadar Keuntungan
%
Purata Tempoh Akan Matang
Hari
Bank-bank Islam 2.95 97
6. TERHUTANG KEPADA PENGURUS
30.09.2017
RM
31.03.2017
RM
Yuran pengurus yang terakru 6,968 7,358
7. PENGAGIHAN
Tiada peruntukan pengagihan (interim) disyorkan kepada pemegang-pemegang unit bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 September 2017 [Pengagihan pendapatan sebanyak 1.20 sen (kasar) (bersih: 1.20 sen) seunit yang diagihkan dalam bentuk tunai bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017].
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(31)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
8. MODAL UNIT BERSIH
30.09.2017 31.03.2017
Unit RM Unit RM
Baki dibawa ke hadapan
29,047,000 13,697,749 29,136,000 13,738,078
Penjadian dalam jangkamasa
750,000 367,725 412,000 201,955
29,797,000 14,065,474 29,548,000 13,940,033
Perlucutan dalam jangkamasa
(1,323,000 ) (652,052 ) (501,000 ) (242,284)
Baki dihantar ke hadapan
28,474,000 13,413,422 29,047,000 13,697,749
9. NILAI ASET BERSIH
Nilai Aset Bersih diambilkira setelah menolak jumlah liabiliti Dana daripada jumlah aset Dana.
Bagi mematuhi MFRS 139 di dalam penyediaan Penyata Kewangan ini, saham tersiarharga telah dinilaikan menurut harga tertinggi tawaran (Bid Price) pada penutup pasaran di Bursa Malaysia pada tarikh pelaporan berbanding dengan Suratikatan Amanah yang menetapkan nilai pasaran pada harga terakhir yang disebut di Bursa Malaysia bagi penetapan harga jualan dan belian unit amanah pada tarikh tersebut.
Oleh yang demikian, pada 30 September 2017 penyesuaian bagi nilai aset bersih seunit untuk tujuan agihan kepada pemegang-pemegang unit amanah pada tarikh di atas adalah seperti berikut:-
30.09.2017 31.03.2017
RM RM/Unit RM RM/Unit
Nilai aset bersih seunit bagi agihan jual/beli unit amanah
14,062,454 0.4939 14,219,820 0.4895
Perbezaan nilai aset bersih apabila mematuhi
MFRS 139
49,723 0.0018 15,554 0.0005
Nilai aset bersih seunit yang boleh diagihkan kepada pemegang-pemegang unit seperti yang dinyatakan di Penyata Kewangan
14,012,731 0.4921 14,204,266 0.4890
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(32)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
10. KERUGIAN BERSIH PELABURAN DI ATAS PERUBAHAN NILAI PASARAN WAJAR (FAIR VALUE)
30.09.2017
RM
31.03.2017
RM
Keuntungan belum direalisasi dari saham tersiarharga
1,560,141 1,694,803
Keseluruhan keuntungan belum direalisasi
1,560,141 1,694,803
Tolak: Keuntungan belum direalisasi tahun terdahulu
1,694,803 1,956,384
(134,662) (261,581)
11. YURAN PENGURUS
Yuran yang dibayar kepada Pengurus, PMB INVESTMENT BERHAD adalah dikira secara harian berdasarkan 0.6% setahun ke atas Nilai Aset Bersih sebelum mengambilkira yuran Pengurus dan yuran Pemegang Amanah terakru harian.
12. YURAN PEMEGANG AMANAH
Yuran yang dibayar kepada Pemegang Amanah, AMANAHRAYA
TRUSTEES BERHAD adalah dikira secara harian berdasarkan 0.05% setahun ke atas Nilai Aset Bersih sebelum mengambilkira yuran Pengurus dan yuran Pemegang Amanah terakru harian.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(33)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
13. URUSNIAGA DENGAN BROKER/DEALER (01/04/2017 – 30/09/2017)
Nama Broker/Dealer
Nilai Transaksi
RM
%
Komisen & Fi
RM
%
RHB Investment Bank Bhd. 353,130 20.40 1,317 19.49
Hong Leong Investment Bank Bhd.
352,895 20.38 1,291 19.11
MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
297,263 17.17 1,201 17.80
Affin Hwang Investment Bank Bhd.
265,601 15.34 1,011 14.98
KAF-Seagroatt & Campbell Securities Sdn. Bhd.
206,195 11.91 826 12.24
BIMB Securities Sdn. Bhd. 101,918 5.89 574 8.54
Kenanga Investment Bank Bhd. 81,774 4.72 312 4.62
Public Investment Bank Bhd. 72,542 4.19 218 3.22
Jumlah Transaksi 1,731,318 100.00 6,750 100.00
14. CUKAI
30.09.2017
RM
30.09.2016
RM
Peruntukan cukai semasa - -
Cukai adalah dikenakan pada kadar 24% (2016: 25%) ke atas pendapatan
bercukai dividen setelah ditolak perbelanjaan dibenar pada kadar 10%.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(34)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
14. CUKAI (SAMB.)
Penyelarasan di antara perbelanjaan cukai dan keuntungan perakaunan didarabkan dengan kadar cukai 24% dan 25% bagi jangkamasa kewangan berakhir 30 September 2017 dan 30 September 2016 adalah seperti berikut:-
30.09.2017
RM
30.09.2016
RM
Keuntungan/(Kerugian) sebelum cukai 92,792 (354,705)
Cukai Malaysia @ 24% (2016: 25%) (22,270) 88,676
Kesan cukai dari pendapatan yang tidak dikenakan cukai
38,298 (72,363)
Kesan cukai dari perbelanjaan yang tidak dibenar
(16,028) (16,313)
Peruntukan cukai semasa - -
15. KEPENTINGAN PENGURUS DAN PENGARAH-PENGARAH
Butir-butir kepentingan Pengurus dan Pengarah-Pengarah Syarikat di dalam Dana ini adalah seperti berikut:-
30.09.2017 30.09.2016
(a) Unit Pegangan
PMB INVESTMENT BERHAD 13,481.45 unit bernilai
RM6,658.49
3,968.72 unit bernilai
RM1,928.00
Pengarah-Pengarah Tiada Tiada
(b) Perbelanjaan
Yuran Pengurus yang telah dibayar dan terakru
RM42,898
RM42,564
Urusniaga-urusniaga di antara Dana dan Pengurus serta pihak berkaitan dijalankan berdasarkan transaksi perniagaan yang normal. Pegangan unit Pengurus adalah berasaskan pegangan benefisial.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(35)
NOTA-NOTA BERKENAAN PENYATA KEWANGAN UNTUK JANGKAMASA KEWANGAN BERAKHIR 30 SEPTEMBER 2017
16. NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN (NPP)
Pengiraan NPP adalah seperti berikut:-
30.09.2017 30.09.2016
NPP = Fi + Perbelanjaan yang didapatkan balik x 100 Saiz Purata Dana dikira setiap hari urusniaga
0.42%
0.43%
17. PUSING GANTI PORTFOLIO (PGP)
Pengiraan PGP adalah seperti berikut:-
30.09.2017 30.09.2016
PGP = (Jumlah kos belian + Jumlah kos jualan) / 2
Saiz Purata Dana dikira setiap hari urusniaga
0.06 kali
0.05 kali
18. MATAWANG
Semua jumlah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(36)
JADUAL A
SENARAI PELABURAN PADA 30 SEPTEMBER 2017
RM RM %
A SAHAM TERSIARHARGA
PASARAN UTAMA
BARANGAN PENGGUNA
1 Fraser & Neave Holdings Bhd
3,000 69,100 73,980 0.53
2 PPB Group Bhd 17,700 268,176 298,068 2.13
3 UMW Holdings Bhd 30,000 235,815 165,900 1.18
Jumlah Kecil 573,091 537,948 3.84
BARANGAN INDUSTRI
1 Cahya Mata Sarawak Bhd 51,000 247,023 201,450 1.44
2 DRB-HICOM Bhd 127,000 178,574 205,740 1.47
3 Hartalega Holdings Bhd 23,600 105,450 161,660 1.15
4 Petronas Chemicals Group Bhd
89,300 536,341 650,997 4.65
5 Petronas Gas Bhd 24,700 421,820 441,636 3.15
6 Press Metal Aluminium Holdings Bhd
56,000 142,701 207,200 1.48
7 Top Glove Corporation Bhd 23,000 112,017 126,500 0.90
Jumlah Kecil 1,743,926 1,995,183 14.24
PEMBINAAN
1 Gamuda Bhd 68,100 280,912 359,568 2.56
2 IJM Corporation Bhd 100,100 299,125 329,329 2.35
Jumlah Kecil 580,037 688,897 4.91
DAGANGAN/PERKHIDMATAN
1 Axiata Group Bhd 143,500 690,915 751,940 5.37
2 Dagang Nextchange Bhd 350,000 208,495 164,500 1.17
3 Dialog Group Bhd 175,000 286,423 350,000 2.50
4 IHH Healthcare Bhd 89,000 349,934 511,750 3.65 5 KPJ Healthcare Bhd 200,000 201,336 206,000 1.47 6 Malakoff Corporation Bhd 119,000 191,868 123,760 0.88 7 Maxis Bhd 84,000 519,788 486,360 3.47 8 MISC Bhd 45,700 297,129 332,696 2.38
9 My E.G. Services Bhd 96,500 140,298 197,825 1.41
10 Petronas Dagangan Bhd 10,000 195,867 243,200 1.74 11 Pos Malaysia Bhd 30,000 128,100 156,600 1.12 12 Sapura Energy Bhd 142,000 341,766 214,420 1.53
NILAI PERATUS NILAI HARGA HARGA TERTINGGI JUMLAH JUMLAH TERTINGGI TAWARAN KE ATAS BIL. NAMA SYARIKAT SAHAM KOS TAWARAN NILAI ASET BERSIH
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(37)
JADUAL A
SENARAI PELABURAN PADA 30 SEPTEMBER 2017
RM RM %
A SAHAM TERSIARHARGA
PASARAN UTAMA
DAGANGAN/PERKHIDMATAN (SAMB.)
13 Sime Darby Bhd 111,500 942,428 1,005,730 7.18
14 Sunway Bhd 21,000 27,992 38,220 0.27
15 Telekom Malaysia Bhd 62,600 324,172 395,006 2.82
16 Tenaga Nasional Bhd 128,800 1,219,283 1,844,416 13.16
17 Westports Holdings Bhd 33,400 127,121 126,252 0.90
Jumlah Kecil 6,192,915 7,148,675 51.02
HARTANAH
1 IOI Properties Group Bhd 98,250 196,569 197,482 1.41
2 Mah Sing Group Bhd 43,300 0300
64,821 63,651 0.45
Jumlah Kecil 261,390 261,133 1.86
PERLADANGAN
1 Felda Global Ventures Holdings Bhd
64,000 136,557 107,520 0.77
2 Genting Plantations Bhd 20,000 214,805 206,000 1.47
3 IOI Corporation Bhd 105,100 463,252 476,103 3.40
4 Kuala Lumpur Kepong Bhd 14,800 297,127 363,488 2.59
Jumlah Kecil 1,111,741 1,153,111 8.23
TEKNOLOGI
1 Inari Amertron Bhd 57,000 88,018 143,640 1.02
2 Unisem (M) Bhd 47,000 142,880 176,250 1.26
Jumlah Kecil 230,898 319,890 2.28
INFRASTRUKTUR
1 DiGi.Com Bhd 115,700 437,390 566,930 4.05
2 TIME dotCom Bhd 10,500 77,060 93,135 0.66
Jumlah Kecil 514,450 660,065 4.71
NILAI PERATUS NILAI HARGA HARGA TERTINGGI JUMLAH JUMLAH TERTINGGI TAWARAN KE ATAS BIL. NAMA SYARIKAT SAHAM KOS TAWARAN NILAI ASET BERSIH
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(38)
JADUAL A
SENARAI PELABURAN PADA 30 SEPTEMBER 2017
RM RM %
A SAHAM TERSIARHARGA
PASARAN UTAMA
KEWANGAN
1 Syarikat Takaful Malaysia Bhd 10,000 41,233 37,900 0.27
Jumlah Kecil 41,233 37,900 0.27
PASARAN MODAL
AMANAH PELABURAN HARTANAH
(REIT) ISLAM
1 KLCC Real Estate Investment Trust
18,000 134,100 141,120 1.01
Jumlah Kecil 134,100 141,120 1.01
Jumlah Saham Tersiarharga 11,383,781 12,943,922 92.37
Keuntungan Belum Direalisasi 1,560,141
12,943,922
RM RM %
B DEPOSIT ISLAM
1 Bank Muamalat Malaysia Bhd
Komoditi Murabahah
465,497 465,572 3.32
2 CIMB Islamic Bank Bhd Komoditi Murabahah
150,277 150,400 1.07
3 CIMB Islamic Bank Bhd Komoditi Murabahah
290,717 290,787 2.08
Jumlah Deposit Islam
906,491 906,759 6.47
13,850,681 98.84
NILAI PERATUS NILAI HARGA HARGA TERTINGGI JUMLAH JUMLAH TERTINGGI TAWARAN KE ATAS BIL. NAMA SYARIKAT SAHAM KOS TAWARAN NILAI ASET BERSIH
NILAI NILAI PENEMPATAN KOS PENEMPATAN DANA KE ATAS BIL. NAMA INSTITUSI JENIS PENEMPATAN DANA NILAI ASET BERSIH
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(39)
8. ASAS PENGIRAAN MAKLUMAT PRESTASI DAN PENCAPAIAN DANA
KANDUNGAN PORTFOLIO
Kandungan portfolio adalah dikira mengikut harga penutup pasaran pada setiap 30 September.
KAEDAH HARGA TUNGGAL (SINGLE PRICING REGIME - SPR)
Berkuatkuasa 1 Julai 2007, Kaedah Harga Tunggal (SPR) telah digunapakai bagi menggantikan kaedah Dwipenetapan Harga (Dual Pricing). Melalui kaedah ini, penjualan, pembelian balik, perlucutan dan penjadian unit-unit oleh Pengurus akan dilaksanakan pada Nilai Aset
Bersih (NAB) seunit pada penutup hari urusniaga. Yuran kemasukan/pengeluaran (jika ada) akan dikira secara berasingan
berdasarkan NAB pelaburan unit-unit anda.
HARGA JUALAN SEUNIT
Harga jualan seunit ialah harga yang dijual oleh Pengurus kepada
pemegang-pemegang unit dengan mengambilkira NAB pada penutup hari urusniaga dibahagi dengan bilangan unit dalam pusingan pada hari tersebut dan dikenakan caj jualan sebanyak 6% (berkuatkuasa 28 April
2014) kecuali 2% bagi PMB Sukuk Fund dan tiada caj jualan dikenakan
bagi PMB Shariah Cash Management Fund.
HARGA BELIAN SEUNIT
Harga belian seunit ialah harga yang sedia dibeli oleh Pengurus daripada pemegang-pemegang unit yang ingin menjual kembali unit-unit
pelaburan mereka pada harga NAB Dana.
NISBAH PERBELANJAAN PENGURUSAN (NPP)
Pengiraan NPP adalah seperti berikut:
NPP = Fi + Perbelanjaan yang didapatkan balik x 100 Saiz Purata Dana dikira setiap hari urusniaga
PUSING GANTI PORTFOLIO (PGP)
Pengiraan PGP adalah seperti berikut:
PGP = (Jumlah kos belian + Jumlah kos jualan) / 2 Saiz Purata Dana dikira setiap hari urusniaga
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(40)
JUMLAH PULANGAN
Jumlah pulangan ialah jumlah pulangan pendapatan bersih dan pertumbuhan nilai modal dikira seperti berikut:-
NAB (cD bagi tempoh kewangan semasa) - 1 x 100
NAB (xD bagi tahun kewangan sebelumnya) (selepas penyelarasan unit-unit pecahan sekiranya ada)
PENGAGIHAN PENDAPATAN (JIKA ADA)
Pengagihan pendapatan kasar adalah pengagihan tunai sebelum cukai dalam tahun kewangan, manakala pengagihan pendapatan bersih adalah pengagihan tunai selepas peruntukan cukai.
Pengagihan tunai bersih di dalam tempoh kewangan x 100
NAB (xD bagi tahun kewangan sebelumnya) (selepas penyelarasan unit-unit pecahan sekiranya ada)
PERTUMBUHAN MODAL
Pertumbuhan modal dikira dengan mengambil perbezaan jumlah pulangan dan jumlah pulangan pendapatan.
JUMLAH PURATA PULANGAN TAHUNAN
Jumlah purata pulangan tahunan dikira seperti berikut:- Jumlah Pulangan
Bilangan tahun bawah kajian
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(41)
9. MAKLUMAT TAMBAHAN
PEMBAYARAN PENGAGIHAN
Pembayaran pengagihan tunai (jika ada) akan dihantar dalam jangkamasa dua (2) bulan selepas tarikh tutup tahun kewangan kepada pemegang-pemegang unit melalui cek ke alamat terkini di dalam daftar. Cek tersebut sahlaku selama enam (6) bulan dari tarikh pengeluaran. Harap ambil perhatian bahawa cek yang tidak ditunaikan selepas enam (6) bulan dari tarikh pengeluarannya akan dilaburkan semula mengikut harga jualan pada penutup hari kelima belas (15) bulan berikutnya atau tarikh lebih awal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pengurus.
MELABURKAN SEMULA PENGAGIHAN
Anda boleh melabur semula dengan membuat pilihan yang sesuai di dalam Borang Permohonan atau memaklumkan kepada Pengurus secara bertulis dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh tutup tahun kewangan Dana. Walau bagaimanapun, untuk pengagihan yang bernilai kurang
dari RM50.00, ianya akan dilaburkan semula secara automatik.
Pengagihan akan dilaburkan semula pada nilai NAB Seunit yang dikira pada penutup hari urusniaga pertama selepas tarikh agihan. Tiada caj dikenakan ke atas pelaburan semula pengagihan. Walau bagaimanapun, pelaburan semula pengagihan melalui waran agihan akan dianggap sebagai jualan biasa.
PERTUKARAN KE LAIN-LAIN DANA
Semua pemegang-pemegang unit Dana sedia ada diberi kemudahan
untuk menukar Dana yang disertai ke lain-lain Dana [kecuali PMB Shariah
TNB Employees Fund]. Caj-caj yang dikenakan adalah seperti berikut:-
- caj pertukaran dana yang dikenakan bagi Dana yang mempunyai caj
jualan yang sama adalah tidak melebihi RM25.00 bagi setiap transaksi.
- walau bagaimanapun, tiada caj pertukaran dikenakan sekiranya melibatkan pertukaran Dana yang mempunyai caj jualan yang lebih tinggi ke Dana yang tiada atau mempunyai caj jualan yang lebih rendah.
- caj pertukaran pada kadar caj jualan semasa pula akan dikenakan sekiranya melibatkan pertukaran Dana dari Dana yang tiada atau mempunyai caj jualan yang rendah ke lain-lain Dana yang mempunyai caj jualan yang lebih tinggi.
- unit akan ditebus dan dibelikan unit amanah yang baru berasaskan
NAB seunit. Pertukaran minimum bagi setiap transaksi hendaklah
tidak kurang daripada RM1,000.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(42)
KEMUDAHAN MENAMBAH MODAL MELALUI BANK (AUTODEBIT)
PMB INVESTMENT BERHAD menyediakan kemudahan pelaburan secara
tetap setiap bulan melalui Arahan Bank (Autodebit) menerusi BANK
SIMPANAN NASIONAL, CIMB BANK BERHAD, MALAYAN BANKING BERHAD/
MAYBANK ISLAMIC BERHAD dan RHB BANK BERHAD/RHB ISLAMIC BANK
BERHAD. Pelaburan minimum setiap arahan ialah sebanyak RM50.00 pada tiap-tiap bulan.
MENUKAR MILIK
Unit-unit Dana anda boleh ditukar milik kepada orang lain dengan menggunakan borang tukar milik yang boleh diperolehi di pejabat Pengurus. Pembeli atau penerima unit akan dikenakan caj tukar milik
tidak melebihi RM10.00 untuk mendaftar unit-unit tersebut atas namanya.
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GOODS AND SERVICES TAX - GST)
Berkuatkuasa 1 April 2015, semua caj yang dikenakan adalah tertakluk
kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.
PROSES PENYUCIAN
Zakat
Kewajipan mengeluarkan zakat adalah dikenakan kepada mana-mana pelabur yang beragama Islam dan entiti Islam ke atas perolehan/ pendapatan dari pelaburan. Walau bagaimanapun, Dana tidak memperuntukkan bayaran untuk zakat yang dikenakan ke atas perolehan modal pengagihan pendapatan. Sehubungan dengan itu, bayaran zakat ke atas perolehan modal dan pengagihan pendapatan adalah menjadi tanggungjawab pelabur-pelabur untuk berbuat demikian.
Penentuan jumlah zakat adalah dengan mengambil kira jumlah pelaburan perolehan modal dan pengagihan pendapatan dalam tahun kewangan didarabkan dua perpuluhan lima peratus (2.5%).
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(43)
10. MAKLUMAT JARINGAN PERNIAGAAN
PEJABAT JUALAN: Ibu Pejabat
Level 21, 1 Sentral, Jalan Rakyat Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur Tel: (03) 27859800 Faks: (03) 27859901 E-mel: [email protected]
Wilayah Tengah
Tingkat 1, Wisma PMB No. 1A, Jalan Lumut 50400 Kuala Lumpur Tel: (03) 40454000 Faks: (03) 40443800
H/P: (013) 2710392 (Suhaila Malzuki) E-mel: [email protected] [email protected]
Wilayah Utara
No. 46 1/F Jalan Todak 2 Pusat Bandar Seberang Jaya 13700 Perai, Pulau Pinang Tel: (04) 3909036 Faks: (04) 3909041
H/P: (012) 4703914 (Ahmad Shahril Md Yusof) E-mel: [email protected] [email protected]
Wilayah Timur
Lot D103, Tingkat 1, Mahkota Square Jalan Mahkota, 25000 Kuantan Pahang Darul Makmur Tel: (09) 5158545 Faks: (09) 5134545
H/P: (017) 7710117 (Ameer Khalifa Mohd Azman) E-mel: [email protected] [email protected]
Wilayah Selatan
No. 17-01, Jalan Molek 1/29 Taman Molek, 81100 Johor Bahru Johor Darul Takzim Tel: (07) 3522120 Faks: (07) 3512120
H/P: (017) 2809653 (Mohd Shohada Ahmad Mokhtar) E-mel: [email protected] [email protected]
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(44)
PEJABAT JUALAN: Sarawak
No. 59, Tingkat Satu, Jalan Tun Jugah 93350 Kuching, Sarawak Tel: (082) 464402 Faks: (082) 464404
H/P: (013) 8230645 (John Nyaliaw) E-mel: [email protected] [email protected] Sabah
Lot 2-3-19C, Tingkat 2, Plaza Wawasan Lorong Plaza Wawasan 88000 Kota Kinabalu, Sabah Tel: (088) 244129 Faks: (088) 244419
H/P: (013) 8808273 (Hadjira@Azeera Mangguna) E-mel: [email protected] [email protected]
PEJABAT AGENSI: Kuala Lumpur
Najdiah Abu Bakar Heroz Ventures Resources 19-1 Jalan Danau Lumayan, Bandar Permaisuri 56000 Kuala Lumpur
H/P: (019) 2773776 E-mel: [email protected] Melaka
Datuk Md. Ramly bin Mohamad
No. 253-A, Jalan TMR 3, Taman Melaka Raya 75000 Melaka
Tel: (06) 2815051 Faks: (06) 2815046 H/P: (012) 6093859 E-mel: [email protected]
EJEN INSTITUSI:
Phillip Mutual Bhd
iFast Capital Sdn Bhd
PERKHIDMATAN AUTODEBIT:
Bank Simpanan Nasional
CIMB Bank Berhad
Malayan Banking Berhad/Maybank Islamic Berhad
RHB Bank Berhad/RHB Islamic Bank Berhad
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(45)
11. MAKLUMAT PERHUBUNGAN PELABUR
Sebarang pertanyaan mengenai Dana, sila hubungi bahagian
Perhubungan Pelabur melalui:
E-mel : [email protected]
Telefon : (03) 2785 9900
PERINGATAN KEPADA BAKAL PELABUR
LAPORAN INI BUKANLAH TAWARAN UNTUK MENJUAL UNIT. BAKAL PELABUR
DIKEHENDAKI MEMBACA PROSPEKTUS INDUK DAN/ATAU PROSPEKTUS INDUK
TAMBAHAN DANA INI DENGAN TELITI SEKIRANYA INGIN MELABUR. SEKIRANYA
ANDA MERASA RAGU, SILA BERUNDING DENGAN PENASIHAT PELABURAN ANDA
TENTANG SKIM INI. PENCAPAIAN DANA INI PADA MASA LALU BUKANNYA
PETUNJUK ATAU GAMBARAN PENCAPAIANNYA PADA MASA HADAPAN. HARGA
UNIT DAN PULANGAN KE ATAS PELABURAN AKAN BERUBAH-UBAH MENGIKUT
NILAI PASARAN.
>>> LAPORAN SETENGAH TAHUN - PMB SHARIAH INDEX FUND >>>
(46)
12. BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PELABUR