PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

download PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

of 6

Transcript of PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

  • 8/14/2019 PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

    1/6

    UNIT KURIKULUM

    JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

    LEARNING TO SCORE 2007

    PENILAIAN MENENGAH RENDAH

    BAHASA MELAYU

    Kertas 2

    2 jam

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

    2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendakimenjawab kedua-dua bahagian tersebut.

    3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

    4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalansahaja.

    5. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan

    Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

    [Lihat sebelahSULIT

    02/2BahasaMelayuKertas 2

    LTS 2007Set 12 jam

    SULIT

  • 8/14/2019 PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

    2/6

    Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR

    LEARNING TO SCOREUNIT KURIKULUMJABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

    2

    Bahagian A(i)[Masa yang dicadangkan : 40 minit]

    [20 markah]

    Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentangtujuan Program Latihan Khidmat Negara diadakan . Panjang ringkasan andahendaklahtidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpamengubah maksud asal petikan.

    Idea untuk mengadakan Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) sebenarnya telahtercetus sejak sepuluh tahun yang lalu setelah diteliti dari segi kebaikan dan keburukannya,program PLKN ini dilaksanakan pada 16 Februari 2004.

    PLKN ini diwujudkan supaya semangat patriotisme dalam kalangan remaja dapatdisemai. Peserta ini juga akan mendapat kekuatan luaran dan dalaman bagi menghadapisebarang cabaran yang mendatang dalam kehidupan.

    Peserta PLKN ini dipilih daripada golongan remaja dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran

    Malaysia ( SPM ). Mereka akan menjalani latihan fizikal, kursus ketatanegaraan danperkhidmatan masyarakat. Modul serampang tiga mata ini diharap dapat melahirkangolongan remaja yang sayang dan cinta akan negara serta bersedia mempertahankan tanahair sekiranya diancam pihak luar. Selain itu, PLKN berperanan bagi mewujudkan perpaduandan memupuk integrasi sosial yang lebih jitu dalam kalangan generasi muda yang terdiridaripada pelbagai kaum. Secara tidak langsung pelajar lepasan sekolah dan para remajaterhindar daripada membuang masa serta melibatkan diri dalam aktiviti yang tidakberfaedah. Sehubungan itu, program ini dapat menyelesaikan sebahagian daripadamasalah keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak muda hari ini.

    Latihan ala ketenteraan dan aktiviti lasak pula bukan bertujuan untuk mendera tetapimembentuk disiplin dan ketahanan diri mereka sendiri. Semua modul yang digunakan,disesuaikan dengan persekitaran sosial dan budaya masyarakat di Malaysia.

    PLKN ini juga merupakan program untuk pelajar SPM menimba pengalaman dan ilmupengetahuan sebelum mereka menerjunkan diri ke dalam realti kehidupan yang sebenar.Mereka juga akan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai anggotamasyarakat apabila mereka menjalankan aktiviti perkhidmatan sosialnya.

    Setelah tamat latihan, kerajaan mengharapkan agar para pelatih PLKN dapat menjadiremaja yang bersemangat patriotik dan mempunyai jati diri yang tinggi serta menjadiwarganegara yang bertanggungjawab.

    ( Dipetik dan diubahsuai daripada Fokus, April 2004)

  • 8/14/2019 PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

    3/6

    Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR

    LEARNING TO SCOREUNIT KURIKULUMJABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

    3

    Bahagian A (ii): Pemahaman[10 markah]

    Berdasarkan petikan Bahagian A (i) jawab soalan-soalan yang berikut denganmenggunakan ayat anda sendiri

    i. Apakah maksud rangkai kata dalam realiti kehidupan? [ 2 markah ]

    ii. Berdasarkan petikan , nyatakan dua daripada modul utama PLKN ?[4 markah ]

    iii. Pada pendapat anda, mengapakah program ini dirancang khas untuk pelajaryang sedang menunggu keputusan SPM pada tahun semasa .

    [ 4 markah ]

  • 8/14/2019 PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

    4/6

    Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR

    LEARNING TO SCOREUNIT KURIKULUMJABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

    4

    Bahagian B( Masa yang dicadangkan : 25 minit )

    ( 20 markah )

    Kaji iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat dalam iklan itu, huraikan kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120patah perkataan.

    KADAR FAEDAH SIMPANAN TETAP RBH BANK MULAI 2007

    Sebulan(Minimum RM 10000)

    5.00%

    3 bulan

    5.10%

    6 bulan

    5.15%

    9 bulan

    5.15%

    12 bulan

    5.25%

    15 bulan

    5.25% (boleh dirunding)

  • 8/14/2019 PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

    5/6

    Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR

    LEARNING TO SCOREUNIT KURIKULUMJABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

    5

    Bahagian C[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

    [40 markah]

    Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan andahendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

    (a) Andaikan bahawa anda ialah ibu atau bapa seorang pelajar tingkatan tiga.Anda tidak berpuas hati dengan keadaan asrama anak anda yang kotor dan tidakmenyenangkan.

    Tulis sepucuk surat kepada pengetua sekolah untuk menyatakan rasa tidak puas hatianda dan berikan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

    (b) Sebagai Ketua Pengarang Buletin Sekolah, anda dikehendaki untukmewawancara Guru Pusat Sumber Sekolah anda tentang langkah-langkahuntuk menarik minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

    Tuliskan wawancara anda selengkapnya.

    (c) Baru-baru ini tempat tinggal anda telah dilanda banjir yang teruk.

    Gambarkan suasana ketika itu serta ceritakan pengalaman anda dan penduduksetempat menghadapi keadaan tersebut.

    (d) Anda dan rakan-rakan terpilih menyertai pertandingan perbahasan peringkatnegeri. Tajuk yang ditetapkan ialah Sikap Penggunalah yang MenyebabkanKenaikan Harga Barang di Pasaran.

    Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah anda.

    (e) Anda bercadang menulis rencana yang bertajuk Kepentingan MenyertaiPertubuhan Sukarela.

    Sediakan rencana tersebut selengkapnya.

  • 8/14/2019 PMR B Melayu Kertas 2 Set 1

    6/6

    Set 1 Bahasa Melayu 2 PMR

    LEARNING TO SCOREUNIT KURIKULUMJABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

    6

    Bahagian D[Masa yang dicadangkan: 10 minit]

    [10 markah]

    Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, sama ada diTingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3

    (i) Aku Anak Timur karyaSiti Aminah haji Yusuf.(ii) Kapten Hassan Wira Bangsa, karyaHarun Johari.(iii) Merdeka! Merdeka! karyaA. Rahman Hanafiah.

    Baik hati RasionalTegas TabahSabar Jujur

    BertanggungjawabBertimbangrasa

    Penyayang

    Selain nilai di atas , banyak lagi nilai murni ingin disampaikan kepada pembaca melaluinovel yang anda kaji.

    Nyatakan tiga nilai murni yang ingin disampaikan melalui novel yang anda pelajari besertabukti yang jelas.

    KERTAS SOALAN TAMAT