Pmr Bm Kertas 1 Set 2

11
02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2005 Set 2 1 jam UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK --------------------------------------------------------- ‘LEARNING TO SCORE 2005’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan. 2. Jawab semua soalan. 3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan.

description

SKOR A PERAK 2005

Transcript of Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Page 1: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 LTS 2005 Set 2 1 jam

UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

---------------------------------------------------------

‘LEARNING TO SCORE 2005’ PENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

Kertas 1

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.

2. Jawab semua soalan.

3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan.

Page 2: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNINGUNIT KURIJABATAN P

Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah mengambil tindakan yang

___________ kepada para peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati pada musim perayaan. A sewajibnya B sekerasnya C secukupnya D sewajarnya

2 Keharmonian rumah tangga adalah ___________ sikap mempercayai dan

persefahaman antara suami isteri. A berpandukan B berteraskan C bertiangkan D berbentuk

3 Polis berjaya ___________ demontrasi yang diadakan di hadapan bangunan

mahkamah itu. A meleraikan B membantutkan C membubarkan D membolehkan

4 Pembinaan kilang di kampung ini secara tidak langsung ___________ peluang

pekerjaan kepada para belia. A memain B memula C menyentuh D membuka

5 Encik beker

A. pB. pC. pD.

TO SCORE KULUM ELAJARAN PERAK Halaman 2

Mazlan mendapat ____________ daripada pihak polis kerana telah jasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya peragut bersiri. engiktirafan enghargaan enghormatan penganugerahan

Page 3: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 3

6 Ibu bapa perlu mengawasi kegiatan luar anak-anak secara ___________ agar mereka tidak akan terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing. A semua B menyeluruh C bersatu D ikutan

7 Usaha kerajaan menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah atas ___________

tentang pentingnya kesejahteraan yang sama rata antara penduduk di Malaysia. A kemahuan B kejayaan C kesedaran D keinginan

Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8 Para pemimpin menggesa rakyat menyokong proses mempercepatkan pemulihan

A B C ekonomi. Tiada kesalahan

D 9 Majikan yang pernah berhentikan pekerja akan mengalami kesukaran mendapatkan A B

tenaga kerja. Tiada kesalahan

C D 10 Pada zaman gawat seperti ini, kaum belia patut merebut apa sahaja peluang A B

pekerjaan yang ada. Tiada kesalahan

C D 11 Ramai bekas pelajar-pelajar hadir dalam majlis makan malam yang dianjurkan oleh A B C

Persatuan Mahasiswa Perak. Tiada kesalahan

D

12 Sokongan perpaduan yang diberikan oleh para pekerja merupakan faktor utama A B

kejayaan Datuk Hisham dalam dunia perniagaan. Tiada kesalahan

C D

Page 4: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 4

13 Amni membatalkan hasratnya untuk membeli baju itu kerana harganya amat mahal A B

sangat. Tiada kesalahan

C D

14 Azra tidak menyenangi sikap kakaknya yang suka mencampuri urusan peribadinya. A B C

Tiada kesalahan

D Soalan 15 hingga Soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15

I

Atap rumah banglo itu diperbuat daripada genting yang diimport dari luar negara.

II Hubungan antara kedua-dua buah negara itu semakin genting dan bila-bila masa sahaja boleh meletuskan persengketaan.

III Tali itu sudah genting dan tidak sesuai lagi dijadikan tali timba. IV Campur tangan ibu bapa boleh genting lagi hubungan suami isteri itu.

A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

16 I Pendidikan agama dan pengalaman ialah faktor utama dalam bentuk akhlak

seseorang itu. II Ahli kaji purba telah menemui bongkah batu kapur yang pelbagai bentuk di

dalam gua itu. III Acuan simen itu telah berjaya saya bentuk selepas ditunjuk ajar oleh tukang

simen. IV Bentuk bangunan itu sungguh unik.

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV

17 I Para pelajar mendengar ucapan daripada pengetua semasa perhimpunan. II Pembahas daripada barisan pembangkang itu sungguh petah berhujah. III Bangku yang diperbuat daripada batu itu tahan lama IV Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru

A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja

Page 5: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 5

Soalan 18 hingga Soalan 21 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18 Pasukan bomba dan penyelamat daerah telah bertindak ganas dan berusaha

mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan. A bertindak pantas dan berjaya mengawal B bergerak cepat dan berjaya melawan C bergerak segera dan pantas membendung D bertindak ganas dan berusaha mengawal

19 Sebanyak 98 murid miskin negeri ini telah mendapat bantuan basikal tahun ini bagi

memastikan beban ibu bapa berkurangan menyara persekolahan anak-anak. A menyokong ibu bapa mengurangkan beban B menolong ibu bapa membeli basikal C membantu ibu bapa mengurangkan beban D memastikan beban ibu bapa berkurangan

20 Pak Ngah Zahari menceritakan tentang pengalaman pahitnya semasa menjadi buruh

paksaan tentera Jepun. A bercerita tentang pengalaman pahit B menceritakan mengenai pengalaman pahitnya C bercerita tentang pengalaman pahitnya D menceritakan tentang pengalaman pahitnya

21 Penghalusan seni bertenun songket Terengganu telah menarik perhatian pelancong-

pelancong itu. A Kehalusan seni tenunan songket B Kehalusan seni menenun songket C Penghalusan kesenian tenunan songket D Penghalusan seni bertenun songket

Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Setiap guru harus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar mereka.

A Pelajar perlu diberi contoh teladan oleh guru mereka. B Setiap guru wajib menjadi teladan kepada pelajar mereka agar menjadi baik. C Setiap guru perlu menyampaikan teladan yang baik kepada pelajar mereka. D Setiap guru mesti menjadi contoh yang baik kepada pelajar mereka.

23 Suntikan kancing gigi diberikan kepada pelajar untuk mengelakkan mereka

daripada jangkitan penyakit tersebut. A Pelajar diberi suntikan kancing gigi supaya mereka tidak mudah dijangkiti

penyakit tersebut. B Suntikan kancing gigi dapat mengubati pelajar yang dijangkiti penyakit itu. C Suntikan kancing gigi berguna kepada pelajar yang dijangkiti penyakit tersebut. D Suntikan kancing gigi boleh menyebabkan penyakit tersebut kepada pelajar.

Page 6: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 6

24 Ahmad makan hati berulam jantung semenjak ditinggalkan oleh orang yang

disayanginya. A Selera makannya hilang semenjak ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. B Ahmad merana semenjak ditinggalkan oleh buah hatinya. C Ahmad kecewa kerana tinggal berjauhan dengan orang yang disayanginya. D Ahmad kecil hati semenjak ditinggalkan oleh si jantung hatinya.

Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25 I Datuk Badrul Hisham akan merasmikan pembukaan Dewan Kayangan pada

malam ini. II Kedua-dua pelajar itu didenda oleh Pengetua kerana dia menconteng dinding

dewan. III Kami memang tidak faham akan maksud kata-kata Zafran tadi. IV Semua kanak-kanak istimewa itu terhibur oleh pelbagai acara yang diadakan

bersempena dengan Hari Kanak-kanak Sedunia. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

26 I Alatan elektrik dirosakkan apabila bekalan elektrik terlebih voltan. II Pusat peranginan di tanah tinggi itu belum saya kunjungi lagi. III Kelab Golf Awana Kijal menyediakan banyak kemudahan kepada ahlinya. IV Nenek Kumar mundar-mandir di halaman rumah sewaktu memerhatikan cucunya

bermain. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

27 I Negara-negara maju di dunia seperti Amerika Syarkat, Jepun dan Britain. II Akan kita hadiri majlis kenduri kesyukuran itu. III Raja yang kami sanjungi bersemayam di istana yang indah itu. IV Ensiklopedia yang kamu cari itu ada pada kakak saya.

A I dan IV sahaja B II, III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja

Page 7: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TUNIT KURIKUJABATAN PE

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. 28 Ahmad seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan novel tetapi dia

tidak suka menunjukkan kelebihannya. Keadaan ini dikatakan A bagai haruan makan anak B seperti ikan pulang ke lubuk. C bagai cembul mendapat tutupnya. D seperti harimau menyembunyikan kukunya.

29 Pilih perib

A. BagaiB. BagaiC. BagaiD. Bagai

30 Pak Ta

berminabeliau itA apB kaC poD ru

O SCORE LUM

LAJARAN PERAK Halaman 7

ahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam gambar di atas. pinang dibelah dua bulan dipagar bintang sirih pulang ke gagang menatang minyak yang penuh

m dikenali sebagai tokoh mahaguru silat yang terkenal tetapi beliau tidak t untuk mencurahkan ilmunya kepada anak-anak muda dikampungnya. Sikap u laksana … i dalam sekam. cang lupakan kulit. kok yang tidak berbuah. mput di tepi jalan.

Page 8: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 8

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. ORANG TUA : Kau tak pernah rasa kecewa? YATIM : Tidak pak, kerana suratan takdir tadi, saya tetap berasa bahagia dan

berasa syukur. ORANG TUA : Sebenarnya, maksud bapak kita harus sayangkan diri sendiri. Yang

kurang disempurnakan. Yang sikit diperbanyakkan. Macam kamu ini juga, kau harus sayangkan dirimu …

YATIM : Saya faham, tapi sayangkan diri dan keluarga lebih mahal nilainya, pak. Saya tak berkeluarga. Bapak ada anak, bapak kenalah ...

ORANG TUA : Kena apa, Yatim? YATIM : Tugas bapak menjaga ahli keluarganya, anak-anak dari api neraka. ORANG TUA : Menjaga dari api neraka? Bagaimana? Aku tak faham! YATIM : Kerana setiap kita akan dipersoalkan tangungjawab masing-masing.

Kerana itulah persiapan kita yang penting untuk menghadap Allah. ORANG TUA : Menghadap Allah? YATIM : Ya,kerana itu kita mesti membuat perhitungan dulu sebelum

terlambat. Sebelum Allah memberikan perhitungan-Nya. ORANG TUA : Perhitungan bagaimana? (SUARA : Hai, manusia… sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu

dan orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Takutilah Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan!)

ORANG TUA : Yatim! Kau dengarkah? (Dalam ketakutan.) Apakah benar Yatim? Aku belum …

YATIM : Bapak harus memulakan tekad dan azam baru. Jangan putus asa, pak.

ORANG TUA : Tekad dan azam baru? Apakah aku kehilangan kedua-duanya? Katakanlah Yatim!

YATIM : Tahun ini kita harus banyakkan usaha, amal dan sumbangan. Biar tahun ini amalan kita bertambah lagi dari tahun-tahun yang lalu.

ORANG TUA : Tapi bagaimana? Aku selama ini tak berbuat apa-apa. Apakah aku dalam kerugian, Yatim? Oh, bagaimana … cakaplah! (Menekan badan Yatim beberapa waktu.) Tolonglah aku sebelum terlambat.

YATIM : (Bangun dan berjalan mengelilingi Orang Tua). Bersabarlah, pak, Insya-Allah… Allah itu Maha Penyayang. Sentiasa memberikan peluang dan keampunan kepada hamba-Nya.

ORANG TUA : Aku takut menghadapi-Nya! (SUARA : Hai, orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sembahyang

sebagai penolongmu . Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.)

ORANG TUA : Tolong! Tolong aku, Yatim. (Dipetik daripada drama Asar Belum Berakhir, karya

A. Rahim Abdullah, Antologi Anak Bumi Tercinta, A. Tingkatan 3, DBP)

Page 9: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 9

31 Mengapakah Yatim menyatakan bahawa “kita perlu bersiap sedia sebelum menemui Allah”? A Kita akan diuji dengan pelbagai ujian. B Banyak halangan yang perlu kita tempuh. C Semua orang akan ditanya tanggungjawab masing-masing. D Setiap orang akan dihukum jika gagal membuat persediaan.

32 Yang berikut merupakan pernyataan yang diluahkan oleh Orang Tua itu kecuali…

A semua orang haruslah menghadapi kehidupan ini dengan tabah. B setiap orang hendaklah memperbanyak benda yang kurang. C kita perlu menyempurnakan sesuatu tanggungjawab. D semua orang perlu sayang akan diri sendiri.

33 Berdasarkan petikan, Yatim merupakan seorang pemuda yang …

A gagah. B tampan. C beriman. D periang.

34 Peristiwa yang manakah yang menunjukkan peleraian cerita dalam drama Asar Belum Berakhir?

A Yatim menasihati Orang Tua supaya bertaubat sebelum terlambat dan mengajaknya ke surau.

B Imran memberitahu Orang Tua bahawa ada orang hendak berjumpa dengannya di surau.

C Orang Tua sanggup mendermakan matanya kepada Yatim supaya Yatim dapat melihat.

D Orang Tua hendak mewakafkan tanah peninggalan isterinya untuk dijadikan tapak masjid di kampung itu.

35 Apakah nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh Orang Tua berdasarkan petikan itu?

A Insaf akan kesalahannya. B Patuh akan peraturan. C Tolong-menolong. D Rajin berusaha.

Page 10: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 10

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PANTUN PERIBAHASA

Buat bangsal di Pulau Daik, Menahan taut sambil mengilau; Kalau asal benih yang baik, Jatuh ke laut menjadi pulau. Hendak layari perahu payar, Angin berpuput di Laut India; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabut nampaklah dia. Hendak belayar ke Teluk Betung, Sambil mencuba labuhkan pukat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta,

Tingkatan 3, DBP)

36 Bagaimanakah cara orang yang berketurunan baik menjalani kehidupan hariannya?

A Menampilkan kualiti diri walau di mana kita berada. B Melakukan sebarang tindakan tanpa berfikir panjang. C Melahirkan rasa tidak puas hati dengan tnidakan orang lain. D Menunjukkan kehebatan kepada orang lain.

37 Sekiranya sesuatu perkara itu sudah tentu diperoleh, kita …

A tidak perlu melakukan sesuatu perkara dengan tergesa-gesa. B mesti segera lakukan. C harus berdiam diri. D tidak perlu berpeluk tubuh menunggu bulan jatuh ke riba.

38 Apakah fungsi peribahasa dalam masyarakat? A Penyampai maklumat dan sindiran. B Teguran dan sindiran. C Teguran, sindiran dan nasihat. D Nasihat, penyampai maklumat dan jenaka.

39 Apakah maksud rangkap ketiga pantun di atas ?

A Bersatu padu dan sepakat akan menghasilkan kejayaan. B kerja yang berat dibuat oleh semua ahli masyarakat. C masing-masing dengan tanggungjawab sendiri. D setiap orang hanya memainkan peranan yang ditetapkan.

Page 11: Pmr Bm Kertas 1 Set 2

Set 2 Bahasa Melayu PMR

LEARNING TO SCORE UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK Halaman 11

40 Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam “ jatuh ke laut menjadi pulau” ialah A aliterasi. B asonansi. C simile. D personifikasi.

KERTAS SOALAN TAMAT