Pn.maureen

download Pn.maureen

of 7

Transcript of Pn.maureen

P E N G H A R G A A NSyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah, PUAN MARDHIAH MAUREEN kerana telah banyak membantu dan berkat tunjuk ajar beliau akan sentiasa dikenang. Dorongan dan suntikan semangat yang diberikan beliau amat berguna dimasa akan datang. Jutaan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan kerana telah banyakmembantu dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada nukilan - nukilan karya lepas yang banyak membantu dalam menyumbangkan maklumat - maklumat penting. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dan semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada sesiapa yang merujuknya.

P E N G E N A L A NKontraktor utama hendaklah melantik penyelia keselamatan tapak bina bagi menjalankan penyeliaan keselamatan keatas aktiviti pembinaan yang dijalankan di tapak bina. Antara tugas penyelia keselamatan tapak bina adalah - memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina; membetulkan mana-mana amalan tidak selamat; memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.Di bawah Peraturan 25(2) Peraturan BOWEC telah menetapkan bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dalam subperaturan (3) dan (4), dan mempunyai kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa dan berpengalaman sekurang-kurangnya selama dua tahun sebagai formen tapak bina. Ketua Pemeriksa ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kompetensi penyelia keselamatan tapak bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memutuskan bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seseorang yang telah berjaya menamatkan kursus penyelia keselamatan tapak bina yang dijalankan oleh pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP, dan berdaftar dengan JKKP.KERJA KERJA AWALAN Kerja permulaan ialah kerja - kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala bentukkemudah dan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar dilakukantermasuklah menyediakan : pejabat dan tempat tinggal sementara bekalan air untuk kerja bekalan kuasa elektrik untuk kerja jalan-jalan sementara(access road) kemudahan telefon papan-papan tanda lindungan sementara (hoarding atau pagar dawai dan sebagainya)

LALUAN SEMENTARAUntuk memudahkan kerja-kerja penghantaran bahan-bahan peralatan dan sebagainya ke tapak bina. Jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Laluan ini dibina di atas tapak yang telah dikenalpasti sebagai jalan utama menuju ke bangunan tersebut.

JALAN SEMENTARADiperlukan untuk membawa masuk atau keluar bahan-bahan. Saling menghubungkan antara laluan masuk, kawasan simpanan dan tempat aktiviti pembinan. Keperluanya sama seperti laluan masuk.mempunyai keupayaan menggalas beban kenderaan yang berat.

PEJABAT TAPAK Projek yang besar memerlukan pejabat tapak bagi maksud pengurusan pembinaan. Pejabat tapak digunakan oleh kakitangan pengurusan konktraktor dan perundingan. Dibina berdekatan dengan laluan masuk

STOK SIMPANAN Untuk menyimpan bahan dan peralatan yang perlu di beri perlindungan Cuaca. Contohnya simen,cat, kerja besi, untuk tingkap dan pintu, papan lembut dan lain - lain. Kedudukan stor ini perlu lebih hampir kepada tempat kerja.

KANTIN Berhampiran dengan tempat kerja. Menjimatkan masa perjalanan untuk mencari tempat makan dan minum.

KERJA TANAHPEMBERSIHAN TAPAKSebelum kerja-kerja pembinaan dapat di jalankan,tapak mestilah dikenalpasti, sempandannya ditentukan dan kawasannya dibersihkan.selain itu kerja menanda kedudukan bangunan di kenal

MERANCANG TANDA TAPAK.Langkah berjaga-jaga haruslah diambil untuk melindungi utiliti bawah tanah dan utiliti atas kepala yang sedia ada (jika ada) terutamanya kabel elektik untuk mengelakkan apa-apa kemalangan yang tak sepatutnya berlaku semasa kerja pembersihan tapak jika penempatan semula perkhidmatan tersebut

KERJA PENGOREKAN TANAHKerja pengorekan tanah adalah bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan di lakukan. Oleh itu sebarang pengorekan tanah adalah penting Supaya apabila pengorekan nanti betul mengikut pelan yang ditetapkan

SETTING OUT ( MEMANCANG TANDA )Sesebuah bangunan apabila didirikan mestilah benar-benar terletak diatas kedudukan yang ditetapkan di dalam pelan yang telah luluskan. Jarak-jarak sempadan-sempadan sisi, belakang dan dari garisan bangunan mestilah diukur dengan tepat.perkara-perkara yang dititikberatkan semasa memacang tanda bangunan ialah seperti mendapatkan bentuk mengikut pelan, kedudukan parit - parit atau lubang-lubang untuk asas, garis - garis luar.dan dalam tembok - tembok kedudukan, simpang atau tembok-tembok sekat dan sebagainya.

PEMBINAAN ASASBahagian yang pling penting bagi sesebuah bangunan adalah asas atau Building foundation.pembinaan bangunan bermula asas yang terletak paling bawah diatas tanah yang menanggungnya. Asas mengandungi struktur yang terletak di bawah tanah.struktur ini termasuklah cerucuk (filling) dan penapak (base). Pembinaan asas Memerlukan bahan binaan yang kuat untuk menampung beban di atas.

FUNGSI ASAS mengagihkan bebanan yang ditanggung ke seluruh tapak bangunan mengelakkan daripada bangunan tengelam(sinking) disebakan oleh hakisan atau gerakkantanah menambahkan kestabilan bangunan