POLA GAYA PEMBELAJARAN YANG MENJADI …€¦ · Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai...

28

Transcript of POLA GAYA PEMBELAJARAN YANG MENJADI …€¦ · Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai...

POLA GAYA PEMBELAJARAN YANG MENJADI KEUTAMAAN DI

KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI EMPAT BUAH

SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU MENGIKUT GAYA

PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD.

SHAHRINA BINTI OMAR

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …… ………

Nama Penulis : SHAHRINA BINTI OMAR

Tarikh : 18 APRIL 2006

iii

DEDIKASI

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

Pn. Mariyah Bte. Ramli,

En. Omar B. Hj. Din

Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku dalam menghadapi arus kehidupan

sehingga kini.

Buat abang dan kakak ipar yang disanjungi,

Shahril B. Omar & Rohayah Bte. Abdullah

Serta adik yang disayangi,

Muhammad Hakim B. Omar

Buat teman setia yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi

Ruhaizad B. Hashim

Untuk rakan-rakan seperjuangan 5 SPE yang sentiasa membantu sepanjang

perjuangan kita di sini. Juga tidak lupa kepada ahli keluarga yang lain di atas

sokongan kalian. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah

kejayaan kita bersama.

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En. Kamalularifin B.

Subari di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan

sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta sesiapa

yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang setimpal

dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap

dikenang hingga akhir hayat.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang

dapat dimanfaatkan oleh para pendidik dan penyelidik yang berminat serta cenderung ke

arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan

oleh pelajar-pelajar teknikal di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru

dan Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru. Gaya pembelajaran yang

dikaji adalah aktivis, pragmatis, teoris dan reflektif. Pembolehubah bersandar dalam

kajian ini ialah gaya pembelajaran pelajar berasaskan Gaya Pembelajaran Honey dan

Mumford. Sementara pembolehubah bebas yang dikenalpasti adalah aktivis, pragmatis,

teoris dan reflektif . Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian

dan melibatkan seramai 120 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah

sampel rawak mudah. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah

tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan perbandingan kekerapan dan

peratusan. Hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical

Package For Social Science (SPSS) Version 11.5. Dapatan kajian menunjukkan

kebanyakan pelajar menggunakan gaya pembelajaran aktivis. Manakala gaya

pembelajaran yang paling kurang digunakan ialah gaya pembelajaran reflektif.

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukan bagi

meningkatkan lagi mutu pembelajaran para pelajar.

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the learning style model among student

of technical course at Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah Menengah

Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru and Sekolah

Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru. The types of learning styles are activist,

reflective, theorist and pragmatist. Dependent variable of this research based on Honey

and Mumford learning style. Meanwhile, independent variables that identify are activist,

reflective, theorist and pragmatist. This research has utilized questionnaires as research

instrument involving 120 respondents. The sampling method used in this research is

sample random. Research design that been used is utilizing survey method with

descriptive by compared frequency and percentage. The research has utilized

questionnaire from Learning Style Inventory Honey and Mumford as a research

instrument. The questionnaire data was analyzed using Statistical Package for Social

Science (SPSS) Version 11.5 software. The finding of this research shows that the main

learning style that influenced students is activist. Meanwhile, the least learning style used

among students is theorist learning style. Based on the findings of this research, a number

of proposals are laid out in order to enhance student’s learning style quality.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

BAB I

TAJUK

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xi

xiv

xv

1

2

5

6

6

viii

BAB II

BAB III

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Terminologi/Definisi Istilah

1.9 Penutup

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Gaya Pembelajaran

2.3 Model Kajian

2.3.1 Aktivis

2.3.2 Reflektor

2.3.3 Teoris

2.3.4 Pragmatis

2.4 Faktor-faktor yang Mempengaruhi

Gaya Pembelajaran

2.4.1 Kesediaan Pembelajaran

2.4.2 Pengalaman

2.4.3 Motivasi

2.4.4 Objektif Pembelajaran

2.5 Kajian Lepas Mengenai Gaya

Pembelajaran Honey & Momford

2.6 Penutup

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

7

8

8

11

12

12

15

16

17

17

18

20

21

21

21

22

22

25

26

ix

BAB IV

3.2 Reka bentuk Kajian

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Kesahan Borang Soal Selidik

3.6 Kajian Rintis

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Analisis Data

3.9 Penutup

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Bahagian A

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Kursus/ Aliran

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Jantina

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Keturunan/Bangsa

4.3 Analisis Bahagian B

4.3.1 Pola Gaya Pembelajaran Yang

Menjadi Keutamaan Di Kalangan

Pelajar Dalam Proses Pembelajaran

4.3.1.1 Persoalan Kajian 1

4.3.1.2 Persoalan Kajian 2

4.3.1.3 Persoalan Kajian 3

4.3.1.4 Persoalan Kajian 4

4.3.1.5 Persoalan Kajian 5

4.4 Analisis Keseluruhan

26

27

28

30

30

31

32

34

35

35

36

36

37

37

38

39

42

45

48

50

52

x

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5

5.4 Cadangan

5.4.1 Pelajar

5.4.2 Guru

5.4.3 Sekolah

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

5.6 Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN

53

53

55

55

56

57

58

59

60

61

61

63

64

64

66

73

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK

HALAMAN

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Persampelan Mengikut Jurusan

Sampel Responden Mengikut Sekolah

Pembahagian Item Bahagian A Mengikut

Faktor Demografi Responden

Pernyataan Skor dan Skala Likert Yang

Digunakan Bagi Setiap Item Di Dalam Soal

Selidik

Taburan Item Mengikut Gaya Pembelajaran

Pengkelasan Bagi Jenis-jenis Skor

Kaedah Statistik Bagi Setiap Persoalan Kajian

Skala/Tahap Penguasaan Responden

Taburan Responden Mengikut Kursus/Aliran

Taburan Responden Mengikut Jantina

Taburan Responden Mengikut

Keturunan/Bangsa

Taburan Responden Terhadap Gaya Belajar

Aktivis Yang Diamalkan Dalam Proses

Pembelajaran

Taburan Responden Terhadap Gaya Belajar

Reflektor Yang Diamalkan Dalam Proses

Pembelajaran

Taburan Responden Terhadap Gaya Belajar

Teoris Yang Diamalkan Dalam Proses

27

28

29

29

30

32

33

33

36

36

37

39

42

xii

4.7

4.8

4.9

Pembelajaran

Taburan Responden Terhadap Gaya Belajar

Pragmatis Yang Diamalkan Dalam Proses

Pembelajaran

Taburan Responden Terhadap Gaya

Pembelajaran Yang Diamalkan Oleh Pelajar

Lelaki Dan Perempuan Dalam Proses

Pembelajaran

Purata Keseluruhan Bagi Gaya Belajar Yang

Menjadi Keutamaan Pelajar Tingkatan 4

Dalam Proses Pembelajaran

45

48

50

52

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Gaya Pembelajaran “Gelungan

Pembelajaran Sepanjang Hayat Honey

dan Mumford, 1992” 19

2.2 Empat Tahap Pembelajaran Sepanjang Hayat

Honey dan Mumford, 1992 19

4.1 Graf Purata Keseluruhan Bagi Gaya Belajar 52

xiv

SENARAI SINGKATAN

BPPDP

KPM

P&P

SMT

SMKA

SMK

SPSS

UTM

GEFT

FI

SPM

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengajaran dan Pembelajaran

Sekolah Menengah Teknik

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Sekolah Menengah Kebangsaan

Statistical Package of Social Science

Universiti Teknologi Malaysia

Group Embedded Figures Test

Field Independence

Sijil Peperiksaan Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Dari Kementerian Pendidikan

Malaysia 74

B Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Negeri 75

C Surat Akuan Dari Universiti 76

D Surat Pengesahan Soal Selidik 77

E Borang Soal Selidik 78

F Keputusan Kebolehpercayaan 79

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan adalah merupakan sesuatu perkara asas yang perlu dipandang berat

oleh negara dalam usaha menyediakan generasi muda yang berdaya saing untuk

berdepan dengan cabaran globalisasi. Oleh sebab itu Tuhan memberikan akal supaya

manusia boleh belajar dan memanfaatkan minda yang dikurniakan Tuhan kepadanya.

Menurut Borish (1997), pembelajaran adalah proses di mana manusia mengalami proses

belajar , faktor-faktor yang mempengaruhi proses belajar dan teori-teori pembelajaran.

Pembelajaran pada amnya dianggap penting sebagai perolehan maklumat,

pengetahuan, penguasaan kemahiran, tabiat, pembentukan sikap dan kepercayaan.

Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan.

Pembelajaran bukan hanya merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-

mata, tetapi melibatkan proses perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian

serta ciri dalaman (Saniah et el, 2000).

Woolfolk (1998) pula berpendapat pembelajaran berlaku apabila sesuatu

pengalaman secara relatifnya menghasilkan perubahan kekal dalam pengetahuan dan

tingkah laku. Pembelajaran individu bermula daripada peringkat bayi di mana mula-

mula mereka akan mengetahui beberapa kemahiran mudah seperti memegang botol susu

2

dan mengenal ibu bapanya. Apabila kanak-kanak membesar, mereka akan berupaya

mempelajari lebih banyak perkara dan kemahiran (Shahabudin et el, 2003).

Namun demikian, keberkesanan pembelajaran banyak dipengaruhi dari segi

kemahiran teknik belajar, kaedah belajar dan gaya pembelajaran. Menurut kajian Dunn

& Griggs (1993), seseorang pelajar yang belajar melalui gaya pembelajaran tertentu

akan mendapat pencapaian yang lebih baik daripada mereka yang tidak belajar melalui

suatu gaya pembelajaran tertentu. Tidak dinafikan bahawa setiap individu mempunyai

gaya pembelajaran tersendiri seperti mana cap ibu jari mereka (Gremli, 1996).

Perbezaan gaya pembelajaran yang wujud dalam diri individu boleh diperjelaskan

dengan teori gaya pembelajaran yang mengatakan setiap individu mempunyai

pendekatan yang berbeza dalam belajar (Gilbert & Han, 1999).

Rahil et el (2000) menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah

laku yang melibatkan keterampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan

kemahiran intelek. Ilmu tidak sama dengan maklumat tetapi ia dibina daripada

maklumat melalui pemikiran. Apa yang dialami oleh pelajar melalui kehidupan

seharian, pembacaan dan pendengaran menjadi sebahagian daripada ilmunya. Ini akan

hanya berlaku apabila individu berjaya mengintegrasikan pengalaman itu kepada

struktur ilmunya, supaya mempunyai makna, boleh diingati dan boleh digunakan apabila

perlu. Oleh itu ilmu harus dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari pemahaman

mengenai maklumat yang diterima.

1.2 Latar Belakang Masalah

Lee (1998) mengatakan pembelajaran adalah proses dimana pengalaman

menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal. Pembelajaran

adalah proses yang secara tradisinya ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat dalam

bilik darjah yang tersusun dan strategik. Pembelajaran biasanya berlaku selepas

3

seseorang itu terdedah dengan persekitaran. Ia bermula daripada rangsangan yang

diterima melalui pancaindera. Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan

disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman (Salvin,1997). Ini bermakna pengalaman

pembelajaran yang didapati oleh individu semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dapat mempengaruhi tingkah laku pada masa hadapan terutama di dalam membuat

keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Selain itu, gaya pengajaran guru juga menjadi faktor utama dalam keberkesanan

pembelajaran pelajar kerana pengajaran dan pembelajaran merupakan unsur yang tidak

dapat dipisahkan. Pengajaran efektif boleh dirumuskan sebagai satu sistem aktiviti

pengajaran yang dapat mencapai hasil pembelajaran mengikut objektifnya dalam

suasana sihat, menarik, seronok, semangat, tenang dan disiplin (Mok Soon Sang, 2002).

Kaedah pengajaran guru merupakan faktor penyumbang besar terhadap pencapaian bagi

sesuatu mata pelajaran. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan hasil pembelajaran

yang berkesan dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran, keserasian antara gaya

pengajaran dengan gaya pembelajaran adalah amat diperlukan (Felder, 1993).

Tuckman (1992) melalui penyelidikannya yang mengkaji hubungan di antara

gaya pembelajaran pelajar dengan gaya pengajaran guru telah menunjukkan bahawa

terdapat kolerasi yang signifikan antara cara belajar pelajar dengan kaedah penyampaian

pengajaran guru. Menurut Mazlan (2003), kajian yang telah dijalankan oleh Dunn &

Dunn dan para profesor serta penyelidik lain di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa

pelajar-pelajar mempunyai pencapaian yang lebih cemerlang, lebih berdisplin dan

mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan

dengan gaya pembelajaran pelajar.

Begitu juga kajian yang djalankan oleh Wheeler (1980) telah menujukkan

pencapaian pelajar kurang upaya (disabled students) meningkat apabila mereka diajar

dengan gaya pembelajaran yang digemari oleh mereka (Mazlan, 2003). Justeru, para

4

pelajar perlu didedahkan dengan pengetahuan gaya pembelajaran supaya dapat

mewujudkan keseimbangan antara pembelajaran pelajar dengan pengajaran guru.

Terdapat banyak kajian empirikal yang membuktikan gaya pembelajaran boleh

meningkat atau menurunkan pencapaian akademik pelajar dalam pelbagai aspek (Riding

& Gremley, 1999; Ross, 1999). Menurut Dunn (1995), pelajar yang lemah akan

memperoleh markah yang lebih baik di dalam peperiksaan setelah mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran mereka.

Pencapaian pelajar akan lebih baik apabila mereka dapat menguruskan gaya

pembelajaran mereka dengan bijak seterusnya memperoleh pencapaian yang cemerlang

(Atkinson, 1998). Pelajar yang dapat mengenalpasti pembelajaran sendiri dapat

mempelajari sesuatu subjek dengan lebih baik kerana maklumat gaya pembelajaran

membolehkan mereka memahami proses pemikiran mereka dengan jelas (Felder, 1993).

Di samping itu, kecerdasan individu juga memainkan peranan penting untuk

memperolehi kecemerlangan dalam akademik, tetapi tanpa cara belajar yang berkesan,

objektif pembelajaran mungkin tidak dapat dicapai. Menurut Maddox (1990),

kecemerlangan dalam pelajaran bukan hanya bergantung kepada kepandaian dan

kesungguhan sahaja tetapi bergantung kepada keberkesanan cara belajar.

Kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi mendapati terdapat

pelbagai jenis gaya pembelajaran yang digunakan secara meluas dalam institusi

pendidikan di seluruh dunia. Antara yang popular adalah Model Pembelajaran Dunn &

Dunn dengan lima gaya pembelajaran iaitu persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal

dan psikologikal, Model Pembelajaran Kolb dengan empat gaya pembelajaran iaitu

konverger, diverger, akomodator dan assimilator, Model Pembelajaran Honey dan

Mumford dengan empat gaya pembelajaran, Teori Kepelbagaian Kecerdasan oleh

Gardner dengan sembilan ciri kecerdasan dan sebagainya.

5

Malahan dalam kajian-kajian yang lepas, penyelidik-peyelidik telah

membuktikan bahawa dengan menggunakan gaya pembelajaran tertentu, seseorang

pelajar berupaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam akademik. Che Zaini

(2000) yang mengkaji gaya pembelajaran berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan

telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar berjaya mendapat keputusan yang lebih baik

setelah mengenalpasti cara belajar yang tertentu mengikut kecerdasan individu. Begitu

juga kajian yang dijalankan oleh Yee Mei Heong (2002) yang mengunakan pendekatan

gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dunn & Dunn dengan lima cara belajar

mendapati pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik adalah para pelajar

yang mengaplikasikan cara belajar yang betul mengikut kemampuan mereka.

Oleh itu, jelaslah bahawa dengan mengenalpasti gaya pembelajaran tertentu

dapat membantu pelajar-pelajar mengenali kekuatan dan kelemahan diri dalam

pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka dengan lebih baik.

1.3 Pernyataan Masalah

Apabila memperkatakan mengenai pembelajaran, ia seringkali dikaitkan dengan

gaya belajar seseorang individu kerana ia mempunyai daya pengaruh yang kuat terhadap

prestasi seseorang. Gaya pembelajaran telah menyediakan suatu mekanisme

pembelajaran yang dapat memberi cabaran yang betul kepada para pelajar dan

menyediakan maklum balas yang tepat terhadap pendekatan pengajaran guru.

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan, penyelidik mendapati

bahawa gaya pembelajaran adalah penting dalam proses pembelajaran bagi

memperkembangkan potensi diri serta memperbaiki kelemahan diri pelajar.

Justeru dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti gaya belajar para pelajar

berdasarkan gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Honey dan Mumford (1986).

Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford adalah gaya belajar yang diadaptasikan

6

daripada Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984) yang mengemukakan cara belajar

melalui pengalaman yang mengandungi empat peringkat pengalaman. Penyelidik juga

ingin mengkaji gaya pembelajaran yang berorientasikan gaya pembelajaran Honey dan

Mumford di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah menengah daerah Johor

Bahru dalam mata pelajaran teknikal.

1.4 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang

menjadi keutamaan di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah menengah

daerah Johor Bahru bagi mata pelajaran teknikal. Objektif kajian adalah untuk :

i. Mengenal pasti tumpuan gaya pembelajaran iaitu aktivis, reflektor, teoris dan

pragmatis yang diamalkan di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat dalam

proses pembelajaran.

ii. Mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan di kalangan pelajar-pelajar

tingkatan empat berdasarkan demografi jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Menurut Abd Majid (2000), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Ini

membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan. Justeru itu di dalam kajian

ini persoalan-persoalan kajian adalah :-

i. Adakah gaya pembelajaran aktivis menjadi keutamaan pelajar-pelajar

tingkatan empat dalam proses pembelajaran?

7

ii. Adakah gaya pembelajaran reflektor menjadi keutamaan pelajar-pelajar

tingkatan empat dalam proses pembelajaran?

iii. Adakah gaya pembelajaran teoris menjadi keutamaan pelajar-pelajar

tingkatan empat dalam proses pembelajaran?

iv. Adakah gaya pembelajaran pragmatis menjadi keutamaan pelajar-pelajar

tingkatan empat dalam proses pembelajaran?

v. Apakah pendekatan gaya pembelajaran yang dominan diamalkan oleh pelajar

lelaki dan perempuan dalam proses pembelajaran?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran di kalangan

pelajar. Faedah daripada hasil kajian ini diharap akan menjadi garis panduan kepada

pelajar, guru, sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Penyelidikan ini diharap dapat membantu pelajar mempelajari cara pembelajaran

yang berkesan. Di samping itu, pelajar dapat mengenal pasti gaya pembelajaran diri

sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan diri supaya dapat mengembangkan potensi

diri. Dengan mengetahui tentang gaya pembelajaran juga, pelajar dapat menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan mencabar.

Melalui kajian ini juga, guru dapat mengenal pasti elemen-elemen gaya

pembelajaran melalui pemerhatian semasa proses pengajaran di dalam kelas dan

keputusan peperiksaan. Malahan guru dapat menilai jurang perbezaan antara pengajaran

dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru juga dapat membantu menyediakan kaedah

8

dan media yang sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar, kekuatan dan kelemahan

pelajar.

Apabila gaya pembelajaran pelajar telah dikenal pasti, diharap pihak sekolah

dapat memberi perhatian dan boleh menggunakannya sebagai panduan dan kayu ukur

yang berguna seterusnya merangka tindakan susulan supaya boleh dijalankan dengan

lebih bermakna. Selain itu, kajian yang dijalankan ini membantu Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan monograf yang sesuai untuk gaya

pembelajaran pelajar. Justeru, kajian ini mampu meningkatkan potensi diri pelajar

setelah gaya pembelajaran dikenal pasti. Secara tidak langsung guru dapat merancang

kaedah pengajaran bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar.

1.7 Batasan kajian

Menurut Mohd Najib (1998), penyelidik tidak dapat mengkaji semua perkara

yang berkaitan dengan masalah kajian kerana keputusannya mungkin tidak dapat

memberi penyelesaian kepada semua masalah yang berkaitan itu. Oleh itu, penyelidik

telah mengadakan batasan kajian bagi memastikan kajian ini tidak terkeluar daripada

skop kajian dan memenuhi objektif kajian. Berdasarkan objektif yang telah digariskan,

kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata

pelajaran teknikal di empat buah sekolah menengah daerah Johor Bahru iaitu:

i. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

ii. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan

iii. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri

iv. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru

Dapatan kajian juga terbatas kepada instrumen soal selidik yang digunakan dan

yang dianalisis oleh penyelidik. Responden yang dipilih adalah secara rawak yang

9

terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah tersebut yang

telah ditetapkan oleh penyelidik dari pelbagai bangsa dan jantina.

1.8 Terminologi / Definisi Istilah

Terdapat istilah-istilah yang perlu diberi penjelasan bagi memastikan ketepatan

maksud yang digunakan. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam kajian

ini:

1.8.1 Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses perubahan tingkah laku atau perubahan ke atas sifat

seseorang manusia kesan daripada pengalaman melalui sistem pendidikan (Abdullah,

1997). Pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada perubahan tingkah laku pelajar-

pelajar melalui gaya pembelajaran Honey dan Mumford.

1.8.2 Gaya pembelajaran

Gaya pembelajaran adalah satu kombinasi strategi dan proses yang menjadi

tabiat pelajar dalam proses mempelajari sesuatu bahan yang baru (Schmeck, 1988).

Merujuk kepada kajian ini, gaya pembelajaran yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

a. Pragmatis

b. Aktivis

c. Teoris

d. Reflektor

10

1.8.3 Pragmatis

Mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mementingkan ciri-ciri teori, bersifat

praktikal, banyak menghitungkan keadaan dan akibat yang sebenar atau akan timbul

(Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Pragmatis dalam kajian ini adalah untuk

megenal pasti ciri-ciri pelajar dengan gaya belajar.

1.8.4 Aktivis

Orang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif

dan agresif (Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Aktivis dalam kajian ini adalah

untuk mengenal pasti ciri-ciri pelajar jenis ini dengan gaya pembelajaran.

1.8.5 Teoris

Pelajar dengan gaya belajar teoris suka menyatakan pendapat dan pandangan

berasaskan prinsip dan teori (Shahabudin et el, 2004). Teoris dalam kajian ini adalah

untuk mengenal pasti ciri-ciri pelajar jenis ini dengan gaya pembelajaran.

1.8.6 Reflektor

Pelajar dengan gaya belajar reflektor memperolehi maklumat melalui

pemerhatian dan refleksi kendiri apabila mentafsir persekitaran (Shahabudin et el, 2004).

Reflektif dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri pelajar jenis ini dengan

gaya pembelajaran.

11

1.8.7 Mata Pelajaran Teknikal

Mata pelajaran teknikal merupakan subjek yang diambil oleh pelajar-pelajar

yang memilih bidang kejuruteraan atau vokasional. Biasanya mata pelajaran teknikal ini

ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan vokasional. Mata pelajaran yang

dimaksudkan dalam kajian ini adalah Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal,

Kejuruteraan Awam dan Lukisan Kejuruteraan.

1.8.8 Gaya

Gaya boleh didefinikan sebagai tingkah laku, lagak, kelakuan, sikap,

perangai,corak, bentuk dan rupa (Kamus Dewan Bahasa, 1995). Gaya dalam kajian ini

merujuk kepada corak atau cara belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar tingkatan

empat yang mengambil mata pelajaran teknikal.

1.9 Penutup

Dalam bab ini pengkaji menerangkan pengenalan kajian yang mengandungi

pelbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif,

persoalan, kepentingan, batasan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.