POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga...
Transcript of POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR … · Penghargaan yang tidak terhingga juga...
POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK
BERPENCAPAIAN TINGGI, SEDERHANA DAN RENDAH
DI DAERAH KULAI
NORHAFIZA BINTI NASIRON
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Penyelia
POLA KECERDASAN PELBAGAI DALAM KALANGAN PELAJAR FIZIK
BERPENCAPAIAN TINGGI, SEDERHANA DAN RENDAH
DI DAERAH KULAI
NORHAFIZA BINTI NASIRON
Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Ogos 2011
ii
iii
Untukmu suami tersayang, ayahanda, bonda dan keluarga, ku menjunjung
kasihmu…
Buat puteri hatiku, Nur Ainul Bashiirah, semoga apa yang bonda lakukan menjadi
motivasi untukmu agar lebih cemerlang pada masa hadapan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan dari hamba
buat Tuhannya, Allah S.W.T kerana tanpa izin, kehendak dan pertolonganNya,
sudah pasti dengan segala kelemahan saya, saya tidak mampu menyiapkan disertasi
ini.
Jutaan terima kasih diucapkan buat penyelia saya Professor Madya Dr. Seth
bin Sulaiman atas setiap bimbingan, tunjuk ajar, semangat dan keprihatinan yang
diberikan sepanjang saya menyelesaikan kajian ini. Setiap galakan yang tidak pernah
jemu yang diberi untuk melihat saya berjaya menjadi salah satu motivasi dan
dorongan agar saya tidak berputus asa dalam meneruskan perjuangan. Terima kasih
juga kepada penilai-penilai disertasi ini iaitu Professor Madya Aziz bin Nordin,
Professor Madya Dr. Yusuf bin Arshad dan Dr. Fatin Aliah Phang binti Abdullah
kerana memberi cadangan-cadangan yang berguna untuk saya memperbaiki disertasi
ini.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan khas buat suamiku, Mohd
Rajab bin Marjuni atas doa, restu, kasih sayang, kesabaran, toleransi dan dorongan
yang diberi. Semoga segala kebaikan yang dicurah mendapat keberkatan dari Yang
Maha Esa. Buat ayahanda Nasiron bin Safar dan bonda Norliah binti Ata, terima
kasih atas doa restu yang diberi. Untuk puteri hatiku yang belum mengerti apa-apa,
maaf kiranya ada kekurangan dalam memberi perhatian sepanjang bonda
menyiapkan tugasan ini. Buat keluargaku, terima kasih.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua rakan dan mereka yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan
disertasi ini. Buat semua yang disebutkan di atas, semoga segala kebaikan yang
diberi mendapat ganjaran yang sewajarnya oleh Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai dalam
kalangan pelajar Fizik berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Kajian ini
melibatkan seramai 288 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Fizik dari
sembilan buah sekolah dalam Daerah Kulai. Pelajar dikelaskan kepada kumpulan
pelajar berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun Setara Daerah Kulai 2009 yang disediakan oleh Panatia
Fizik Daerah Kulai. Selain daripada Soalan Fizik Tingkatan Empat bagi Peperiksaan
Akhir Tahun Setara Daerah Kulai, Set Soal Selidik Kecerdasan Pelbagai Bagi
Pelajar Sekolah Menengah (Ubahsuai: Chislett & Chapman, 2005) juga telah
ditadbirkan kepada responden kajian. Pola kecerdasan pelbagai dalam kalangan
pelajar Fizik tingkatan empat (N=288) adalah kecerdasan logik matematik
(45.33%), kecerdasan muzikal (25.21%), kecerdasan interpersonal (12.46%),
kecerdasan intrapersonal (7.65%), kecerdasan kinestetik (4.25%), kecerdasan
linguistik (3.40%) dan kecerdasan visual spatial (1.70%). Pola kecerdasan pelbagai
bagi pelajar lelaki (N=97) adalah kecerdasan logik matematik (37.96%), kecerdasan
muzikal (27.00%), kecerdasan intrapersonal (10.95%), kecerdasan interpersonal
(10.22%), kecerdasan kinestetik (8.03%), kecerdasan linguistik (3.65%) dan
kecerdasan visual spatial (2.19%). Manakala pola bagi pelajar perempuan (N=191)
adalah kecerdasan logik matematik (50.00%), kecerdasan muzikal (24.07%),
kecerdasan interpersonal (13.89%), kecerdasan intrapersonal (5.56%), kecerdasan
linguistik (3.24%), kecerdasan kinestetik (1.85%) dan kecerdasan visual spatial
(1.39%). Kecerdasan dominan bagi ketiga-tiga kumpulan pelajar mengikut
pencapaian adalah kecerdasan logik matematik. Tujuh orang pelajar yang mendapat
skor tertinggi dalam jenis kecerdasan masing-masing ditemubual bagi memastikan
maklumat daripada soal selidik adalah tekal. Modul bertajuk Impuls juga dibina
berasaskan kecerdasan visual spatial selaras dengan jenis kecerdasan terendah yang
diperolehi daripada dapatan kajian. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberi
gambaran dan panduan yang berguna kepada mereka-mereka yang terlibat dalam
dunia pendidikan khususnya kepada guru-guru mata pelajaran Fizik.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the pattern of Multiple Intelligence of
Form Four Physics students with high, moderate and low performance. The study
involved 288 physics students selected from nine schools in the District of Kulai.
Students were classified into high, moderate and low performances based on the
result of Form Four Standardized Final Examination 2009 prepared by Panel of
Physics for the district of Kulai . A questionnaire on Multiple Intelligence
(Adapted: Chislett & Chapman, 2005) was conducted to the respondents. The results
of the study indicated that the pattern of Multiple Intelligence among Form Four
Physics students (N=288) was logical mathematics (45.33%), musical (25.21%),
interpersonal (12.46%), intrapersonal (7.65%), kinesthetic (4.25%), linguistic
(3.40%) and spatial visual (1.70%). The pattern of Multiple Intelligence among boys
(N=97) was logical mathematics (37.96%), musical (27.00%), intrapersonal
(10.95%), interpersonal (10.22%), kinesthetic (8.03%), linguistic (3.65%) and
spatial visual (2.19%). Whereas the pattern of Multiple Intelligence among girls
(N=191) was logical mathematics (50.00%), musical (24.07%), interpersonal
(13.89%), intrapersonal (5.56%), linguistic (3.24%), kinesthetic (1.85%) and spatial
visual (1.39%). The dominant intelligence for the high, moderate and low
performance was logical mathematics. Seven students who acquired highest scores
in their respective Multiple Intelligence were interviewed to check the consistencies
of survey results. A module entitled Impulse was built based on the lowest
intelligence which is spatial visual. Overall, this study can give useful views and
guidance to those who are involved in education especially Science and
Mathematics teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI CARTA xiv
SENARAI GRAF xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kerangka Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Takrifan Operasi 15
1.9 Penutup 18
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 19
2.1 Evolusi pengujian dan teori kecerdasan 19
2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai 21
2.2.1 Teori Kecerdasan Pelbagai Sternberg (1989) 21
2.2.2 Kronologi Teori Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner (1983) 22
2.3 Kajian-kajian yang berkaitan dengan kecerdasan
pelbagai di dalam negara 29
2.4 Kajian-kajian yang berkaitan dengan kecerdasan
pelbagai di luar negara 31
2.5 Model-model berkaitan dengan pembinaan modul 34
2.6 Kajian-kajian yang berkaitan dengan pembinaan
dan penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
dalam bidang Fizik 42
2.6.1 Dalam negara 42
2.6.2 Luar negara 48
2.7 Penutup 50
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 52
3.1 Reka Bentuk Kajian 52
3.2 Kerangka Operasi 53
3.3 Prosedur Kajian 58
3.4 Tempat Kajian 59
3.5 Sampel Kajian 59
3.6 Instrumen Kajian 61
3.6..1 Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 bagi
Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4 Daerah
Kulai 61
ix
3.6.2 Soal selidik 62
3.6.3 Temu bual 64
3.7 Kajian Rintis 65
3.8 Analisi Data 66
3.9 Penutup 67
4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 69
4.1 Pola Kecerdasan Pelbagai Pelajar Fizik Tingkatan
Empat Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai 70
4.2 Pola Kecerdasan Pelbagai Pelajar Fizik Tingkatan
Empat Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai
Mengikut Jantina 73
4.2.1 Pelajar Lelaki 73
4.2.2 Pelajar Perempuan 75
4.3 Kecerdasan pelbagai dominan bagi kumpulan pelajar
berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah 77
4.3.1 Kumpulan Pelajar Berpencapaian Tinggi 77
4.3.2 Kumpulan Pelajar Berpencapaian Sederhana 78
4.3.3 Kumpulan Pelajar Berpencapaian Rendah 79
4.4 Analisis Temubual 81
4.5 Penutup 84
5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pendahuluan 85
5.1 Perbincangan 85
5.1.1 Pola Kecerdasan Pelbagai Pelajar Fizik
Tingkatan Empat Berdasarkan Teori
Kecerdasan Pelbagai 86
5.1.2 Pola Kecerdasan Pelbagai Pelajar Fizik
Tingkatan Empat Berdasarkan Teori
Kecerdasan Pelbagai Mengikut Jantina 89
x
5.1.3 Kecerdasan Pelbagai Dominan Dalam
Kalangan Pelajar Berpencapaian Tinggi,
Sederhana dan Rendah 91
5.2 Kesimpulan 91
5.3 Implikasi Kajian 93
5.3.1 Pelajar 93
5.3.2 Guru 94
5.3.3 Pihak Berkuasa Pendidikan 95
5.4 Cadangan Kajian 96
5.5 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 99
5.6 Penutup 100
RUJUKAN 101
LAMPIRAN A – T 111
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian
mengikut kumpulan dan gred pencapaian. 60
3.2 Jadual Taburan soalan kepelbagaian kecerdasan 63
3.3 Jadual kaedah analisis bagi persoalan-persoalan kajian 67
4.1 Jadual meunjukkan kekerapan dan peratusan jenis
kecerdasan pelbagai pelajar berdasarkan kumpulan tahap
pencapaian dan juga keseluruhan 71
4.2 Jadual menunjukkan kekerapan dan peratusan jenis
kecerdasan pelbagai bagi pelajar lelaki 74
4.3 Jadual menunjukkan kekerapan dan peratusan jenis
kecerdasan pelbagai bagi pelajar perempuan 76
4.4 Jadual kekerapan kecerdasan pelbagai bagi pelajar
pelajar berpencapaian tinggi 77
4.5 Jadual kekerapan kecerdasan pelbagai bagi pelajar
pelajar berpencapaian sederhana 79
4.6 Jadual kekerapan kecerdasan pelbagai bagi pelajar
pelajar berpencapaian rendah 80
4.7 Jadual Analisis Temubual Hemma a/p Permal 81
4.8 Jadual Analisis Temubual Tan Zu Hao 82
4.9 Jadual Analisis Temubual Ahmad Fahmi Bin Onn 82
4.10 Jadual Analisis Temubual Tan Yi Hong 83
4.11 Jadual Analisis Temubual Liew Ying Hui 83
xii
4.12 Jadual Analisis Temubual Chen Tse Sam 84
4.13 Jadual Analisis Temubual Chin Hui Eng 84
5.1 Urutan Kecerdasan Pelbagai bagi Pelajar Berpencapaian
Tinggi, Sederhana dan Rendah 89
5.2 Pola Kecerdasan Pelbagai bagi Pelajar Lelaki dan
Perempuan 91
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka konsep kajian. 8
2.1 Model Teras Cabang (Shaharom, 1994) 39
3.1 Kerangka Operasi Kajian 57
xiv
SENARAI CARTA
NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT
4.1 Carta pie peratusan bilangan kecerdasan bagi
keseluruhan pelajar 72
4.2 Carta pie peratusan bilangan kecerdasan bagi pelajar
lelaki 75
4.3 Carta pie peratusan bilangan kecerdasan bagi pelajar
perempuan 76
xv
SENARAI GRAF
NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT
4.1 Graf palang peratus bilangan pelajar melawan
kecerdasan pelbagai 73
4.2 Graf palang kekerapan bilangan pelajar berpencapaian
tinggi melawan kecerdasan pelbagai 78
4.3 Graf palang kekerapan bilangan pelajar berpencapaian
sederhana melawan kecerdasan pelbagai 79
4.4 Graf palang kekerapan bilangan pelajar berpencapaian
rendah melawan kecerdasan pelbagai 80
xvi
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
INT - Kecerdasan Interpersonal
INTRA - Kecerdasan Intrapersonal
JSI - Jadual Spesifikasi Item
KN - Kecerdasan Kinestetik
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LI - Kecerdasan Linguistik
LM - Kecerdasan Logik – Matematik
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
MRSM - Maktab Rendah Sains Mara
MZ - Kecerdasan Muzikal
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
PBK - Pendidikan Berketrampilan
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SV - Kecerdasan Spatial – Visual
USA - Amerika Syarikat (”United State of America”)
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 111
B Soal Selidik Kecerdasan Pelbagai 174
C Kebenaran Untuk Menggunakan Soal Selidik Chapman 181
D Akuan Semakan dan Pengesahan 1 182
E Akuan Semakan dan Pengesahan 2 183
F Jadual Spesifikasi Ujian 184
G Soalan temu bual untuk mengenal pasti jenis kecerdasan
pelbagai pelajar 186
H Jawapan Temubual bersama Hemma A/P Permal 187
I Jawapan Temubual bersama Tan Zu Hao 188
J Jawapan Temubual bersama Ahmad Fahmi bin Onn 189
K Jawapan Temubual bersama Tan Yi Hong 190
L Jawapan Temubual bersama Liew Ying Hui 191
M Jawapan Temubual bersama Chen Tse Sam 192
N Jawapan Temubual bersama Chin Hui Eng 193
O Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Daerah Kulai
bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4 194
P Analisis Pencapaian Individu Bagi Mata Pelajaran Fizik
Tingkatan 4 Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 195
Q Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi 204
R Analisis Kebolehpercayaan 205
S Surat Kementerian Pelajaran Malaysia 206
T Surat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 208
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Kriteria yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu dianggap berjaya,
bukan hanya setakat berjaya mencapai gred yang tinggi dalam peperiksaan tetapi
meliputi pelbagai kemahiran dalam kehidupan. Justeru itu, baik pelajar, ibu bapa dan
institusi pendidikan sedia ada sentiasa berlumba-lumba dan berusaha bagi
memastikan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan juga kemahiran-
kemahiran lain adalah membanggakan. Ia adalah sebagai salah satu jaminan untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains
dan matematik terutamanya telah menjadi agenda dan tumpuan utama sistem
pendidikan Malaysia dalam usaha melahirkan masyarakat yang saintifik dan
progresif selaras dengan Wawasan 2020. Kesedaran mengenai kepentingan
mempunyai lebih ramai sumber manusia yang memiliki kelayakan dalam bidang
sains dan teknologi juga telah mendorong kerajaan meningkatkan pengambilan
pelajar aliran sains terutamanya di peringkat sekolah menengah. Walau
bagaimanapun, pertambahan bilangan pelajar tidak menjamin mutu pelajar dalam
mata pelajaran sains tulen seperti Fizik (Zaiton, 2005). Jurang antara pelajar yang
berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian rendah juga semakin
bertambah.
2
Persoalannya, bagi mencapai objektif utama iaitu membolehkan
kecemerlangan dicapai oleh pelajar dalam mata pelajaran Fizik, apakah keperluan-
keperluan pelajar tersebut dalam aspek pendidikan telah dapat dipenuhi? Apakah
faktor-faktor penyumbang kepada kesukaran pembelajaran yang dihadapi pelajar
sehingga mereka berpencapaian rendah? Faktor-faktor ini perlu dilihat dan diteliti
bagi membolehkan pelajar mencapai sasaran yang diharapkan. Terdapat banyak
faktor yang menyumbang kepada kesukaran pembelajaran antaranya adalah faktor
minat, motivasi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini disokong oleh Zaiton
(2005) yang menyatakan bahawa pembelajaran sains oleh pelajar bergantung kepada
minat, sikap dan kaedah pengajaran oleh guru. Pencapaian yang rendah dalam mata
pelajaran Fizik mungkin berpunca dari minat yang rendah dalam mata pelajaran
tersebut atau dalam mata pelajaran sains semasa di peringkat sekolah rendah atau
menengah rendah. Ee (1997) berpendapat bahawa suasana pembelajaran dan
motivasi merupakan faktor yang mempengaruhi kepuasan dan pencapaian pelajar
dalam Sains.
Oleh itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan diri
pelajar adalah penting bagi memastikan pelajar berminat untuk meneroka ilmu yang
disampaikan seterusnya diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang bermutu dan
berpencapaian tinggi. Dalam konteks ini, proses pengajaran yang diamalkan oleh
para pendidik ke arah tercapainya matlamat di atas perlu diteliti (Shaharom, 2000).
Dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik pula, pelajar
tidak boleh dianggap sama dan dilayan secara sama rata. Ini adalah kerana setiap
individu mempunyai tahap yang berbeza untuk jenis kecerdasan yang berbeza. Tiada
dua individu mempunyai gambaran kecerdasan yang sama walaupun kembar yang
seiras (Gardner, 2005). Pencapaian pelajar mungkin berkaitan dengan pembelajaran
atau cara mereka belajar sebagai pelajar (Diaz & Cartnal, 1999). Oleh itu, kaedah
pengajaran dan pembelajaran tradisi yang menganggap semua pelajar di dalam satu
kelas adalah sama sudah dianggap kurang sesuai dan berkesan. Setiap pelajar perlu
dianggap mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza untuk mencapai satu
sasaran pembelajaran yang sama.
Gardner (2005) menyatakan bahawa pandangan tradisi terhadap kecerdasan
yang terdiri daripada satu jenis kecerdasan sahaja adalah tidak sesuai lagi. Ini kerana
3
setiap individu mempunyai kecerdasan yang berbeza dan kekuatan serta kelemahan
dalam satu-satu bidang tidak boleh meramalkan kekuatan atau kelemahan dalam
bidang yang tertentu bagi seseorang individu. Oleh itu, kajian yang berkaitan dengan
jenis kecerdasan pelajar perlu dilakukan dan tidak boleh dipandang ringan. Ini
adalah kerana setiap individu yang mempunyai jenis kecerdasan yang berbeza
pastinya memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza untuk
mencapai sesuatu matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan
mengetahui profil kecerdasan pelajar, perancangan terhadap strategi pengajaran oleh
guru dianggap dan diharapkan menjadi lebih mudah dan berkesan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Sistem peperiksaan sudah tidak asing lagi dalam sistem pendidikan negara.
Sistem peperiksaan yang menekankan kebolehan dalam bidang akademik ini mampu
mempengaruhi masa depan pelajar. Kerjaya dalam bidang professional selalunya
menuntut pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan
tinggi. Namun, berpandukan sejarah, di kebanyakan negara, sekolah telah memberi
sepenuh tumpuan kepada kecerdasan bahasa dan logik matematik. Pendidikan
formal telah mengabaikan jenis-jenis kecerdasan lain seperti kecerdasan muzikal,
kinestetik, personal dan naturalis (Gardner, 1991).
Sistem pendidikan di negara kita yang menumpu kepada peperiksaan sebagai
penilaian utama juga banyak memberi penekanan dalam kemahiran bahasa dan logik
matematik. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akan dianggap sebagai
pelajar yang pintar manakala yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan
akan dianggap sebagai pelajar yang lemah. Kesannya, pelajar yang lemah akan
merasa kekurangan dan tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran sedangkan
pelajar tersebut pastinya mempunyai pelbagai kecerdasan lain yang apabila
digunakan dengan cara yang betul akan menjadikan mereka juga seorang pelajar
yang cemerlang.
4
Sternberg (1985) menyatakan bahawa kecerdasan pelajar tidak boleh ditaksir
berdasarkan ujian IQ sahaja kerana ujian ini tidak mencerminkan kecerdasan secara
keseluruhan, malah hanya berkait dengan keupayaan pencapaian akademik sahaja.
Oleh itu, setiap pelajar perlu mempelajari cara-cara untuk menghadapi masyarakat
akan datang dan mencipta senario bagi mencapai kejayaan sebenar (Wu, 2004). Skor
atau gred yang tercatat di dalam rekod pencapaian pelajar bukanlah satu-satunya
kriteria yang boleh diharapkan untuk meramal kejayaan pelajar pada masa akan
datang (Noorsiha, 2006). Pelajar perlu sedar, bahawa mereka mempunyai pelbagai
kecerdasan yang setiap satunya boleh diperkukuhkan dan diaplikasikan dalam usaha
menjadi pelajar yang cemerlang.
Kurangnya kesedaran di kalangan tenaga pengajar tentang kecerdasan
pelbagai pelajar juga merupakan antara faktor penyumbang kepada hilangnya minat
seseorang pelajar untuk belajar. Darling-Hammond (1995) berpendapat bahawa para
pendidik seharusnya faham bahawa tiada satu set pembelajaran yang sesuai untuk
semua individu. Pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan, berlainan pendekatan
pembelajaran, pengalaman budaya, bakat dan minat yang berbeza. Pembelajaran
akan menjadi lebih berkesan apabila pelajar membina kefahaman dan ilmu menurut
bidang kecenderungan mereka. Kepelbagaian ini memerlukan pedagogi yang sesuai
agar guru-guru dapat menggunakan pelbagai pendekatan dalam sesuatu pengajaran
bagi menyerlahkan kebolehan pelajar. Pelajar pastinya lebih mudah memahami
sesuatu konsep fizik sekiranya diterangkan dengan cara yang bersesuaian dengan
jenis kecerdasan yang mereka miliki. Dengan adanya kesedaran ini, guru-guru perlu
mengenali dengan lebih dekat lagi pelajar mereka ataupun perlu mengetahui profil
kepelbagaian kecerdasan pelajar mereka agar isi pelajaran dan gaya pengajaran yang
akan mereka persembahkan bukan sahaja mampu menarik pelajar bahkan
menghasilkan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar.
Buku-buku rujukan yang digunakan oleh pelajar juga sedikit sebanyak
memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Buku-buku rujukan yang ada perlu
mengambil kira aspek kecerdasan pelbagai pelajar disamping cuba menggalakkan
penglibatan pelajar. Penglibatan pelajar merupakan sebahagian daripada proses
pembelajaran (Kamaruddin, 1997). Pembelajaran yang melibatkan pelajar boleh
meningkatkan mutu pembelajaran dan memberi motivasi untuk pelajar terus belajar
5
(Eegan, 1997). Ini membuktikan bahawa buku yang bermutu adalah buku yang
menyeimbangkan pemberian maklumat dan penglibatan pelajar. Buku rujukan yang
berada di pasaran kurang melibatkan pelajar dalam proses penyampaian maklumat
walhal penglibatan pelajar boleh ditekankan dalam bahan pembelajaran melalui
unsur teks, gambarajah dan objektif pembelajaran (Sharifah, 2001). Pembelajaran
yang bergantung kepada teks semata-mata adalah sesuatu yang menyukarkan dan
boleh menyebabkan masalah pembelajaran berlaku. Oleh itu, bahan rujukan yang
hanya mempunyai teks berbentuk fakta dan penghafalan boleh menyukarkan pelajar.
Sebaiknya teks yang dihasilkan adalah teks yang menggalakkan pelajar memberi
penumpuan yang lebih. Ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih jelas dan
bermakna (Kadhana, 1994).
Gambarajah pula membantu pelajar melihat idea-idea umum pelajaran
dengan lebih ringkas (Cyrs, 1997). Muhammad Sam (1999) mendapati bahawa
tahap penglibatan pelajar dalam unsur gambarajah adalah lemah iaitu bersifat satu
hala. Gambarajah dalam buku rujukan di pasaran hanya untuk tujuan penerangan
sahaja. Gabungan teks dan gambarajah yang bermakna diperlukan dalam penulisan
sesuatu buku rujukan kerana dapat menggalakkan pelajar menggunakan kedua-dua
kecerdasan linguistik dan kecerdasan visual spatial mereka dalam usaha memburu
kejayaan.
Kebanyakan buku-buku rujukan juga tidak menekankan aspek perbezaan
individu dalam penulisannya (Radiah, 2001). Perkara ini perlu diberi penekanan
kerana kadar pembelajaran pelajar adalah berbeza. Terdapat pelajar yang mudah
memahami sesuatu dengan cepat dan ada pula yang sebaliknya. Oleh itu,
menyediakan pilihan pembelajaran merupakan suatu usaha dalam mengambil kira
perbezaan individu dalam proses pembelajaran. Perkara ini tidak boleh dipandang
remeh memandangkan mengikut psikologi neuron manusia, setiap manusia akan
menggunakan langkah yang berlainan, cara yang berlainan dan penggunaan
bahagian otak yang berlainan semasa berfikir dan membuat keputusan (Riding,
1993). Pembelajaran berkesan akan dapat dicapai dengan mengambil kira aspek
perbezaan individu (Ee, 1997). Oleh itu, adalah penting bagi memastikan sumber
rujukan pelajar atau bahan pembelajaran pelajar menekankan aspek penglibatan
pelajar disamping mengambil kira jenis kecerdasan pelbagai pelajar bagi
6
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Usaha dalam penulisan modul-modul
pembelajaran yang bermutu dengan menggabungkan unsur-unsur kecerdasan
pelbagai, penglibatan pelajar dan perbezaan individu perlu dipertingkatkan bagi
menjana pelajar yang cemerlang.
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada perbincangan dalam latar belakang masalah, adalah baik
sekiranya seorang guru mempunyai pengetahuan tentang kecerdasan pelbagai dalam
kalangan pelajar-pelajar mereka sebelum memulakan pengajaran. Bahan
pembelajaran yang bermutu juga adalah penting dalam usaha melahirkan pelajar
yang cemerlang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai
dalam kalangan pelajar Fizik berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah di Daerah
Kulai serta membina modul yang mengambil kira aspek kecerdasan pelajar.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilakukan adalah :
i) Mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai pelajar Fizik tingkatan empat
berdasarkan teori kecerdasan pelbagai.
ii) Mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai pelajar Fizik tingkatan empat
berdasarkan teori kecerdasan pelbagai mengikut jantina.
iii) Mengenal pasti kecerdasan pelbagai yang dominan dalam kalangan
pelajar yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah dalam
kepelbagaian kecerdasan.
iv) Membina modul bertajuk Impuls yang bersesuaian dengan kecerdasan
pelbagai yang terendah
7
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan seperti berikut:
i) Apakah pola kecerdasan pelbagai pelajar Fizik tingkatan empat
berdasarkan teori kecerdasan pelbagai?
ii) Apakah pola kecerdasan pelbagai pelajar Fizik tingkatan empat
berdasarkan teori kecerdasan pelbagai mengikut jantina?
iii) Apakah kecerdasan pelbagai yang dominan dalam kalangan pelajar yang
berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah dalam kecerdasan pelbagai?
1.5 Kerangka konsep
Kerangka konsep kajian ini dapat diringkaskan seperti Rajah 1.1. Kajian ini
bertujuan mengenal pasti pola kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar Fizik
berepencapaian tinggi, sederhana dan rendah di Daerah Kulai dan pembinaan modul
bertajuk Impuls berdasarkan kecerdasan yang terendah dalam kajian. Soal selidik
kecerdasan pelbagai (Ubahsuai Chislett & Chapman, 2005) digunakan bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kecerdasan pelbagai setiap sampel
pelajar. Bagi membuat analisis tentang pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
fizik, soalan peperiksaan akhir tahun setara daerah bagi tingkatan empat 2009 telah
digunakan. Peperiksaan ini merupakan peperiksaan setara Daerah Kulai dan soalan
yang terkandung di dalamnya meliputi keseluruhan topik dalam tingkatan empat.
Keputusan pelajar dianalisis dan kemudiannya pelajar dikelaskan kepada tiga
bahagian iaitu pelajar berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah.
Jenis kecerdasan pelbagai yang dominan bagi setiap kumpulan pelajar dicari.
Pola tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran fizik dalam kalangan pelajar
pelbagai kecerdasan juga dicari. Hasil daripada analisis, satu daripada jenis
kecerdasan pelbagai yang mendapat peratusan terendah dipilih untuk dijadikan
8
sebagai asas dalam pembinaan modul bertajuk Impuls. Modul ini dibina berdasarkan
Model Teras-Cabang Shaharom (1994). Modul ini juga dibina bersesuaian dengan
jenis kecerdasan pelbagai yang mendapat peratusan terendah bagi membantu pelajar
meningkatkan penggunaan jenis kecerdasan tersebut dan mengaplikasikannya dalam
mempelajari mata pelajaran fizik.
Hubungan dengan
Tahap pencapaian
Rendah Sederhana
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Pembinaan Modul
Kepelbagaian kecerdasan yang dominan
Tinggi
Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun mata pelajaran fizik tingkatan 4
Kecerdasan Pelbagai
Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian
9
1.6 Kepentingan kajian
Mengembangkan potensi individu pelajar seperti yang tersurat dalam
Falsafah Pendidikan Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) merupakan
hasrat murni yang seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya. Demi mencapai
hasrat tersebut, semua pihak yang terlibat dalam alam pendidikan di negara ini
seharusnya menggemblengkan tenaga dan fikiran dalam usaha untuk memastikan ia
menjadi kenyataan (Shaharom, 2000). Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti
potensi diri setiap pelajar menerusi kaca mata kecerdasan pelbagai agar setiap
individu mendapat apa yang sewajarnya bagi membantu dan menggalakkan lagi
mereka mencapai kecemerlangan dalam hidup dan akademik amnya dan dalam mata
pelajaran Fizik khususnya. Ini adalah kerana antara tiga mata pelajaran Sains tulen
dalam aliran Sains di sekolah menengah iaitu Biologi, Fizik dan Kimia, mata
pelajaran Fizik sering dikatakan sebagai mata pelajaran Sains yang paling sukar
(Fatin, 2005). Kesukaran dalam mata pelajaran Fizik ini telah menimbulkan isu
kekurangan guru opsyen Fizik sedangkan berlaku kelebihan guru opsyen Kimia dan
Biologi.
Kajian tentang kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Gardner (1983)
menyatakan bahawa selain daripada satu atau dua kecerdasan, semua manusia
mempunyai lapan kecerdasan. Apa yang membuat hidup lebih menarik adalah kita
tidak punya kekuatan yang sama dalam kawasan kecerdasan yang sama, sama
seperti rupa kita yang berbeza antara satu sama lain. Sepertimana kita mempunyai
emosi yang berbeza, begitu juga fikiran kita (Checkley, 1997). Kajian yang
berkaitan dengan kecerdasan pelbagai ini mampu memberi persepsi baru kepada
pelajar tentang pemikiran mereka. Pelajar perlu sedar bahawa mereka mempunyai
pelbagai kecerdasan yang setiap satunya boleh diaplikasikan dan diperkukuhkan
dalam usaha mencapai kejayaan. Profil kecerdasan pelbagai membantu pelajar
menjadi peka terhadap kecerdasan mereka dalam aspek kekuatan dan kelemahan.
Oleh itu, pembelajaran mereka menjadi lebih bersifat individu atau peribadi (Acosta,
2004). Dengan itu, pelajar boleh membuat pilihan pembelajaran yang sesuai dengan
kekuatan kecerdasan mereka bagi menghasilkan pembelajaran bermakna. Sebagai
contoh, pelajar yang mempunyai kekuatan dalam kecerdasan visual spatial boleh
membuat nota mahupun menyelesaikan masalah dalam bentuk carta, jadual ataupun
10
gambarajah. Ini adalah selari dengan pendapat Townsed & Segal (2003) yang
menyatakan bahawa penggunaan pelbagai gambarajah dan jadual yang bersesuaian
dengan kecerdasan visual spatial didapati mampu memperbaiki kebolehan pelajar
dalam menyelesaikan masalah mekanik. Howard et al. (1999) pula berpendapat
pelajar yang mempunyai keupayaan yang praktikal dan kreatif mendapat manfaat
yang lebih dengan membina sikap yang positif terhadap sains dalam suasana yang
bersesuaian dengan keupayaan mereka. Lazear (2000) menyatakan bahawa
sekiranya ada kesan teori kecerdasan pelbagai terhadap isi kandungan kurikulum,
beliau percaya bahawa pendekatan yang terbaik adalah mengkaji kecerdasan
pelbagai itu sendiri, yang mana memberi peluang kepada pelajar untuk
mengenalpasti diri mereka secara intelektual. Ia akan melibatkan kajian tentang
setiap jenis kecerdasan dengan kapasiti yang berkaitan, kajian dan projek yang boleh
membantu pelajar memahami profil intelektual mereka, cara untuk mengembangkan
dan mengukuhkan kecerdasan yang kurang dikembangkan dan cara untuk
menggunakan pelbagai jenis kecerdasan secara berkesan apabila menemui cabaran
dalam hidup atau menyelesaikan masalah dalam kerja, sesuatu keluarga atau
kehidupan peribadi. Oleh itu, kajian ini yang mengkaji tentang kecerdasan pelbagai
dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dirasakan perlu. Pelajar dapat
mengekalkan pengawalan akademik yang tinggi apabila mereka diajar bagaimana
belajar dan melakukan tugas menggunakan kekuatan yang mereka miliki (Kay,
2005).
Bercakap tentang soal pendidikan, satu lagi watak yang memainkan peranan
penting adalah guru dan pendidik itu sendiri. Kajian ini dijangka mampu membuka
minda dan mengubah persepsi sebahagian guru yang kadangkala menganggap
pelajar adalah sama. Sekiranya pemikiran ini masih lagi diguna pakai oleh guru,
kebarangkalian untuk teknik pengajaran dan penyampaian guru tidak menekankan
aspek perbezaan individu akan berlaku. Perkara ini dijangka dapat mengurangkan
minat pelajar dalam mata pelajaran sains. Teknik pengajaran secara menyeluruh juga
dianggap mampu memberi tekanan kepada pelajar yang kurang memahami ilmu
yang disampaikan kerana teknik pengajaran yang diajar kurang sesuai dengan
kekuatan kecerdasan mereka. Diaz & Cartnal (1999) menyatakan bahawa pelajar
bukan sahaja mengharapkan pembelajaran yang mempunyai mutu yang sama rata
seperti yang dihasilkan dalam kaedah tradisional, tetapi mengharapkan suasana