Pola Perbandingan

5
Maz/smkr/2015 POLA PERBANDINGAN *** TIPS ini hanya untuk soalan PERBANDINGAN SAHAJA. *** Jika kehendak soalan ialah Pola Perbandingan sahaja maka jawapan boleh mendatar dan menegak, TETAPI jika kehendak soalan Pola Perubahan dan Perbandingan, maka jawapan perbandingan hanya secara MENEGAK SAHAJA. CONTOH i. Pada tahun 2012 dengan 2013 ii. Pada tahun 2012 dan 2013 iii. Pada tahun 2012 hingga 2013 iv. Pada tahun 2012 v. Pada tahun-tahun yang diliputi/dinyatakan @ pada tempoh- tempoh yang dinayatakan vi. Bagi tahun 2012 dan 2013 vii. Antara tahun 2012 dengan 2013 viii. Antara tahun hingga 2013 ix. Dari tahun 2012 hingga 2013 1. Pada tahun 2012 dengan 2013 Perbandingan antara tahun (Idea nilai tertinggi dan terendah diasingkan) - MENDATAR Contoh Idea: a) Peratus eksport minyak sawit Malaysia tahun 2012 lebih tinggi dari tahun 2013. Negara India, Thailand, Afrika, Bangladesh, Papua New Guinea dan Negara-negara Lain. b) Peratus eksport minyak sawit Malaysia tahun 2012 lebih tinggi dari tahun 2013. Negara China, Timur Tengah, Pakistan, Filipina dan Singapura.

description

Tips untuk menjawab ABK bagi Pola Perbandingan

Transcript of Pola Perbandingan

Page 1: Pola Perbandingan

Maz/smkr/2015

POLA PERBANDINGAN

*** TIPS ini hanya untuk soalan PERBANDINGAN SAHAJA.

*** Jika kehendak soalan ialah Pola Perbandingan sahaja maka jawapan boleh mendatar dan menegak, TETAPI jika kehendak soalan Pola Perubahan dan Perbandingan, maka jawapan perbandingan hanya secara MENEGAK SAHAJA.

CONTOH

i. Pada tahun 2012 dengan 2013ii. Pada tahun 2012 dan 2013

iii. Pada tahun 2012 hingga 2013iv. Pada tahun 2012v. Pada tahun-tahun yang diliputi/dinyatakan @ pada tempoh-tempoh yang dinayatakan

vi. Bagi tahun 2012 dan 2013vii. Antara tahun 2012 dengan 2013

viii. Antara tahun hingga 2013ix. Dari tahun 2012 hingga 2013

1. Pada tahun 2012 dengan 2013 Perbandingan antara tahun (Idea nilai tertinggi dan terendah diasingkan) - MENDATAR Contoh Idea:

a) Peratus eksport minyak sawit Malaysia tahun 2012 lebih tinggi dari tahun 2013. Negara India, Thailand, Afrika, Bangladesh, Papua New Guinea dan Negara-negara Lain.

b) Peratus eksport minyak sawit Malaysia tahun 2012 lebih tinggi dari tahun 2013. Negara China, Timur Tengah, Pakistan, Filipina dan Singapura.

c) Peratus eksport minyak sawit Malaysia paling tinggi bagi kedua-dua tahun ialah China

d) Peratus eksport minyak sawit Malaysia paling rendah bagi kedua-dua tahun ialah negara Singapura dan Papua New Guinea.

2. Pada tahun 2012 dan 2013 Perbandingan dalam tahun (Idea nilai tertinggi dan terendah disatukan dalam satu idea) -

MENEGAK Contoh Idea:

Page 2: Pola Perbandingan

Maz/smkr/2015

a) Kedatangan pelancong yang paling ramai ialah pelancong dari negara China manakala paling sedikit ialah pelancong dari negara Australia.

b) Pada tahun 2012 dan tahun 2013, peratus tertinggi ialah ASEAN, manakala peratus yang terendah ialah USA.

3. Pada tahun 2012 hingga 2013 Perbandingan dalam tahun (Idea nilai tertinggi dan terendah disatukan dalam satu idea) -

MENEGAK Contoh Idea:

a) Ketibaan pelancong tertinggi pada tahun 2012 ialah dari India manakala yang terendah ialah dari Arab Saudi

b) Aliran dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat menunjukkan aliran defisit pada bulan Januari hingga Ogos tahun 2010 (Id). Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Syarikat sebanyak USD1044.2 bilion, manakala jumlah import Malaysia dari Amerika Syarikat sebanyak USD1333.0 bilion. Defisit sebanyak USD288.8 bilion. (hd) -------> rujuk skema jawapan Ulangan P3 utk lebih memahami.

4. Pada tahun 2012 (satu tahun sahaja) Perbandingan dalam tahun dan antara tahun (MENDATAR dan MENEGAK) Contoh Idea:

a) Pada tahun 2012, nilai eksport negara yang paling banyak mengimport ialah Singapura manakala negara yang paling sedikit mengimport ialah Myanmar. (MENEGAK mengikut negara secara keseluruhan)

b) Secara keseluruhan, nilai eksport sayur-sayur lebih banyak berbanding buah-buahan pada tahun 2012. (MENDATAR)

c) Pada tahun 2012, nilai eksport sayur-sayuran yang paling banyak ialah ke negara Singapura manakala paling sedikit ialah ke negara Myanmar. (MENEGAK mengikut barangan)

d) Pada tahun 2012, nilai eksport buah-buahan yang paling banyak ialah ke negara Singapura manakala paling sedikit ialah ke negara Myanmar. (MENEGAK mengikut barangan)

e) Pada tahun 2012, nilai eksport sayur-sayuran lebih banyak daripada buah-buhan iaitu negara Singapura, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Myanmar (MENDATAR)

f) Pada tahun 2012, eksport buah-buahan lebih banyak daripada sayur-sayuran iaitu negara Thailand, Brunei Darussalam dan Filipina. (MENDATAR)

5. Pada tahun-tahun yang diliputi @ pada tempoh-tempoh yang dinyatakan Perbandingan dalam tahun (MENEGAK)

Page 3: Pola Perbandingan

Maz/smkr/2015

Contoh Idea:a) Ketibaan pelancong tertinggi pada tahun 2012 ialah dari India manakala yang

terendah ialah dari Arab Saudib) Ketibaan pelancong tertinggi pada tahun 2013 ialah India manakala ang terendah

ialah dari Arab Saudi.

6. Bagi tahun 2012 dan 2013 Perbandingan dalam tahun (MENEGAK) Contoh Idea:

a) Ketibaan kapal yang paling banyak pada tahun 2012 dan 2013 ialah di Pasir Gudang dan ketibaan kapal yang paling sedikit pada tahun 2007 dan 2008 adalah di Labuan.

7. Antara tahun 2012 dengan 2013 / Antara tahun 2012 hingga 2013

Perbandingan antara tahun (MENDATAR) Contoh Idea:

a) Aliran masuk pelaburan Asing pada tahun 2012 lebih tinggi daripada nilai tahun 2013 iaitu negara Kesatuan Eropah, Singapura, Thailand dan Malaysia.

b) Aliran masuk pelaburan Asing pada tahun 2013 lebih tinggi daripada nilai tahun 2012 iaitu negara Amerika Syarikat, India, Jepun, Indonesia dan Vietnam.

c) Aliran masuk pelaburan Asing yang paling besar antara tahun 2012 dan 2008 ialah negara Kesatuan Eropah.

d) Aliran masuk pelaburan Asing yang paling kecil anatara tahun 2012 dan 2013 ialah negara Vietnam dan Indonesia.Antara -- hingga

e) Eksport bulan Januari hingga Julai 2012 lebih tinggi berbanding bulan Januari hingga Julai 2013

f) Eksport bulan Januari hingga Julai 2013 lebih rendah berbanding bulan Januari hingga Julai 2012.

g) Eksport paling tinggi bagi tempoh Januari hingga Julai kedua-dua tahun ialah Timur Laut Asia.

h) Eksport paling rendah bagi tempoh Januari hingga Julai kedua-dua tahun ialah Afrika.

8. Dari tahun 2012 hingga 2013 Perbandingan secara MENDATAR Contoh Idea:

a) Sepanjang tahun 2012 hingga 2013, inflasi yang tertinggi ialah neagra Indonesia manakala yang terendah ialah 2012 hingga 2013 ialah Singapura dan Malaysia.

Page 4: Pola Perbandingan

Maz/smkr/2015

b) Negara yang mengalami kadar negatif inflasi pada tahun 2012 ialah negara China dan Thailand.

c) Sumbangan terbesar Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit dunia ialah bagi tahun 2012 dan 2013.

d) Sumbangan kedua terbesar Malaysia ialah pada tahun 2013.

PERHATIAN:

** TIPS di atas digunakan jika terdapat kata-kata sendi di dalam soalan. Jika tiada, pelajar perlu sesuaikan jawapan mengikut kehendak soalan dan jadual yang diberi.

** Sebelum pelajar menjawab soalan pastikan pelajar benar-benar memahami kehendak soalan dan jadual yang diberi. Analisis jadual sebaik mungkin.

** Semoga Berjaya.