Poligami

26
POLIGAMI : PRO & KONTRA DISEDIAKAN UNTUK : PUAN SITI ZALEHA BINTI IBRAHIM DISEDIAKAN OLEH : AFIQ AIMAN BIN ABDUL HALIM 12FA01030 MUHAMAD AKIM BIN MAZLAN 12FA01042 IRFAN ASYRAF BIN JAMALUDDIN 12FA01029

Transcript of Poligami

Page 1: Poligami

POLIGAMI : PRO & KONTRA

DISEDIAKAN UNTUK :PUAN SITI ZALEHA BINTI IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH :AFIQ AIMAN BIN ABDUL HALIM 12FA01030MUHAMAD AKIM BIN MAZLAN 12FA01042IRFAN ASYRAF BIN JAMALUDDIN 12FA01029

Page 2: Poligami

TOPIK 1 :PENGENALAN

TAJUK

Page 3: Poligami

Definisi Poligami• Kamus Dewan :

amalan beristeri lebih daripada satu orang pada masa yang sama.

• Konsep Poligami Di Dalam Islam :perkahwinan seorang lelaki melebihi seorang

isteri dan tidak melebihi empat orang isteri dalam satu masa disebabkan faktor-faktor yang tertentu.

Page 4: Poligami

HUKUM POLIGAMI• Harus !!

• Berpoligami itu hukumnya sunnah bagi yang mampu.

• Dengan berpoligami tertunduknya pandangan yang haram, terpeliharanya kehormatan, mengembangkan keturunan, dan juga melindungi lelaki daripada pelbagai keburukan dan penyimpangan.

• “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat.” An-Nisa’ : 3 

• Bagi mereka yang tidak berkemampuan , tidak dibenarkan kepada mereka berpoligami dan cukup bagi mereka dengan mempunyai satu isteri sahaja bagi mengelakkan berlakunya kezaliman terhadap kaum wanita.

Page 5: Poligami

Sejarah Poligami Dalam Islam

• Poligami telah di amalkan sekian lama oleh nabi-nabi yang terdahulu.

• Nabi Daud as mempunyai 99 orang isteri daripada perempuan yang merdeka dan 300 isteri daripada golongan hamba.

• Nabi Sulaiman memiliki 900 orang isteri daripada perempan yang merdeka dan 300 daripada golongan hamba.

• Poligami juga diamalkan oleh bangsa ‘ibrani, arab jahiliah dan agama kristian.

• Setelah datangnya Islam, poligami diletakkan syarat dan diberi garis panduan keatas pengamalnya.

Page 6: Poligami

Syarat-Syarat Poligami Dalam Islam

Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya.

Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-

wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi

isterinya.

Berlaku adil.

Page 7: Poligami

AdilAdil memberi nafkah

Adil dalam menyediakan

tempat tinggal

Adil dalam giliran

Berkuasa menanggun

g nafkah

Page 8: Poligami

TOPIK 2 :SENARIO POLIGAMI

DI MALAYSIA

Page 9: Poligami

KES 1 ( SALIH YAAKOB)

• Salih Yaakob dikenali sebagai ikon poligami Malaysia. Beliau berjaya memenuhi kuota isterinya yang keempat pada 30 Mei 2011 atas persetujuan ketiga-tiga isterinya. Diatas perkahwinan beliau yang keempat, beliau menghadiahkan sebuah rumah untuk setiap isteri terhadap segala pengorbanan semua isterinya selama ini.

• Kata beliau, “ketiga-tiga isteri saya menerima pelbagai ujian dan dugaan akibat berpoligami. Walaupun sering dipandang negatif, ia tidak mematahkan semangat mereka. Kerana itu, saya ingin menghargai kekuatan mereka yang menyokong saya selama ini.” Katanya lagi, “bukan mudah untuk berpoligami. Setiap hari, ada saja dugaan dan ujian yang perlu dihadapi ketiga-tiga isteri saya. Malah, masyarakat kita rata-ratanya sering memandang isu poligami ini sebagai sesuatu yang negatif. Pada masa sama, mereka yang menjadi orang kuat di belakang saya sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, sifat rendah diri dan tabah yang diterapkan dalam diri masing-masing menjadikan mereka kuat, dan itu adalah kekuatan bagi saya,”

Page 10: Poligami

• Beliau telah memberi keselesaan kepada semua isteri-isterinya dengan sama rata. Hasil tinjauan pihak media, didapati kelengkapan dan perhiasan didalam rumah isteri-isteri beliau dihiasi dengan corak yang hampir sama.

• Menurut Salih, dia memastikan layanan kepada setiap isteri dan keluarganya sama adil dan saksama supaya mereka mampu hidup aman dan selesa hasil pendapatannya. Dengan tindakan Salih ini, isteri-isteri mereka tidak mudah cemburu terhadap satu sama lain kerana beliau bijak membahagikan pendapatannya sama rata terhadap kesemua isterinya. Inilah cara berpoligami yang sebenar-benarnya yang dituntut oleh Islam.

• “Alhamdulillah, tidak ada satu pun yang kurang. Jika seorang mendapat kereta, yang lain juga dapat. Ini yang cuba saya terapkan terhadap keempat-empat isteri nanti. Syukur kepada Allah, kami hidup selesa hasil rezeki pemberian-Nya.

Page 11: Poligami

KES 2 (BUNG MUKHTAR)

• Datuk Bung Moktar Radin telah berkahwin dengan pelakon Zizie Izette A. Samad secara poligami tanpa keizinan daripada mahkamah. Pasangan itu telah bernikah pada 16 Disember 2009 di sebuah rumah di Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak dengan mas kahwin RM80, wang hantaran RM31,000 dan sebentuk cincin berlian serba satu untuk Zizie.

• Namun begitu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 12 Jun 2010 memutuskan pernikahan pasangan itu yang berlangsung pada 9 Jun lalu di rumah Zizie di No. 6, Jalan Setiawangsa 6, Taman Setiawangsa di ibu negara adalah sah dan memerintahkan ia didaftarkan.

Page 12: Poligami

KES 3(DATUK SERI MAHMUD ABU BEKIR TAIB ABDUL TAIB)

• Anak Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib bercerai secara fasakh dengan Datin Seri Shahnas A. Majid adik kepada Sheila Majid . Ia diakaibatkan daripada selepas pernikahan Datuk Seri dengan seorang wanita Rusia. Dikhabarkan Datin Seri Shahnas mendapat habuan cerai dengan kos RM400 juta. Mahmud Abu Bekir Taib membayar wang mutuah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian sebanyak RM300 juta.

• Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.

Page 13: Poligami

• Shahnaz yang juga kakak kepada penyanyi popular, Sheila Majid memfailkan permohonan itu atas alasan Mahmud Abu Bekir tidak memberikan nafkah batin sejak tahun 2001.

• Selain itu, beliau juga mendakwa defendan telah menunjukkan perubahan bermula tahun 1994 dan 1999 apabila bertindak agresif seperti menumbuk kepala, menendang rusuk dan suka memaki hamun plaintif dengan menggunakan kata-kata kesat.

• Plaintif juga mendakwa, suaminya amat jarang pulang ke rumah sejak tahun 1999, tidak boleh ditegur, sukar dihubungi, gemar bersosial dengan perempuan bukan muhrim serta tidak melayan diri beliau dengan adil selepas bernikah dengan seorang wanita Rusia yang berstatus janda dan telah mempunyai tiga orang anak itu.

Page 14: Poligami

TOPIK 3 :FAKTOR-FAKTOR

POLIGAMI

Page 15: Poligami

FAKTOR-

FAKTOR

POLIGAMI

Zuriat Kelahir

an

Memperbanyakkan Umat

Islam

Membendung Nafsu

Jumlah Kaum

Wanita Lebih Ramai

Melebihi Dari Jumlah Kaum Lelaki

Page 16: Poligami

TOPIK 4 :PRO DAN KONTRA

POLIGAMI

Page 17: Poligami

PRO POLIGAMI(PANDANGAN WANITA TERHADAP POLIGAMI)

• Ada sebahagian daripada mereka yang menerimanya secara keseluruhannya. Isteri seperti ini amat sukar ditemui.

• Ada juga golongan isteri yang menawarkan kepada suami mereka supaya berkahwin lagi. Isteri seperti ini lebih susah dicari. Situasi ini biasanya berlaku akibat si isteri tidak dapat melahirkan zuriat untuk suami mereka akibat kemandulan. Maka isteri yang baik akan mempelawa suami mereka supaya berkahwin lagi. Bagi mereka, kebahagiaan dan zuriat suami mereka lebih penting daripada segala-galanya.

Page 18: Poligami

• Terdapat juga isteri yang kuat beribadah yang menawarkan kepada suami mereka supaya berpoligami. Ini adalah kerana apabila suami mereka tidak bermalam di rumah mereka, ianya memudahkan bagi mereka untuk beribadat dan tidak membiarkan suami mereka berseorangan tanpa dilayan apabila mereka khusyuk beribadah.

• Antara golongan wanita yang selalunya menyokong poligami adalah wanita daripada golongan janda.

• Bagi anak dara tua pula, majoriti daripada mereka selalunya akan menerima walaupun dilamar untuk menjadi isteri kedua. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa hanya ini dapat menyelamatkan mereka daripada terus menjadi anak dara dan poligami dapat memberi mereka merasakan kenikmatan berumahtangga.

Page 19: Poligami

PRO POLIGAMI(PANDANGAN LELAKI TERHADAP POLIGAMI)

• Golongan besar lelaki akan bersetuju dengan pensyariatan poligami berbanding golongan wanita.

• Ada lelaki yang bersetuju dengan poligami kerana yakin bahawa ada hikmah di sebalik pensyariatan poligami.

• Ada juga lelaki yang bersetuju terhadap poligami secara mutlak.

Page 20: Poligami

PRO POLIGAMI(PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP

POLIGAMI)

• Hanya golongan minoriti di dalam masyarakat kita pada hari ini memandang bahawa poligami merupakan jalan penyelesaian bukannya penyebab keruntuhan rumahtangga.

• Ada juga sebahagian masyarakat yang memahami hakikat dan konsep sebenar poligami dari sudut pandangan Islam. Mereka menerima bahawa poligami adalah ketetapan Allah dan setiap yang di aturkan oleh Allah itu ada hikmahnya.

Page 21: Poligami

KONTRA POLIGAMI(PANDANGAN WANITA TERHADAP POLIGAMI)

• Terdapat golongan isteri yang membantah suami mereka berpoligami pada awalnya. Tetapi setelah dipujuk dan dirayu oleh suami mereka, dibenarkan juga si suami berpoligami dengan meletakkan beberapa syarat.

• Terdapat juga golongan isteri yang melenting dan teros melatah apabila dinyatakan hasrat berpoligami oleh si suami kepada mereka. Mereka akan bertindak seperti orang yang hilang akal fikiran dan mengamuk seperti orang gila. Isteri seperti ini adalah isteri yang derhaka kerana telah menahan hak suami mereka dan juga telah menentang hukum Allah swt. Selagimana mereka tidak memohon ampun daripada suami mereka, mereka akan kekal di dalam keadaan berdosa.

• Ada juga antara mereka yang mengugut suami agar menceraikan mereka sekiranya masih berkeras untuk berpoligami.

Page 22: Poligami

• Bagi isteri gagal menahan suami mereka berpoligami akan cuba menghasut anak-anak supaya membencikan bapa mereka.

• Terdapat juga wanita yang menentang poligami secara mutlak tanpa ada alasan dan hujah. Golongan ini amat membimbangkan kerana ianya boleh menyebabkan tercacatnya akidah wanita tersebut kerana telah menentang ketetapan Allah.

• Antara hujah-hujah yang sering dilontarkan oleh wanita yang menentang poligami adalah :

1.Lelaki kuat nafsu. Berkahwin lebih didorongkan dengan hawa nafsu bukannya keadilan.

2.Lelaki yang berpoligami akan bertindak tidak adil terhadap isteri tua dan melebih-lebihkan isteri muda.

3.Lelaki mata keranjang. Pantang tengok anak dara cantik atau janda yang lawa.

• Dakwaan bahawa mengatakan lelaki kuat seks amatlah mudah ditombangkan. Sekiranya si suami memiliki kehendak seks yang tinggi yang tidak mampu di layan oleh si isteri, maka wajarlah bagi si suami untuk berpoligami.

Page 23: Poligami

KONTRA POLIGAMI(PANDANGAN LELAKI TERHADAP POLIGAMI)

• Terdapat golongan lelaki yang tidak bersetuju terhadap mereka yang mengamalkan poligami dan juga tidak suka sekiranya mereka mengamalkan poligami. Lelaki seperti ini kebiasaannya telah melihat kesan buruk terhadap poligami yang berada hampir dengan mereka dan tidak terdedah kepada kelebihan berpoligami itu sendiri.

• Ada juga golongan lelaki yang berkeinginan poligami tetapi mereka takutkan isteri. Golongan seperti ini kebiasaannya akan mengambil jalan yang kurang bijak dengan berkahwin secara sembunyi.

Page 24: Poligami

KONTRA POLIGAMI(PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP

POLIGAMI)

• Sesetengah daripada masyarakat memandang serong terhadap lelaki yang mengamalkan poligami.

• Mereka akan mengatakan bahawa si dia melebihkan isteri muda dan juga menuduh bahawa isteri muda “Queen Control” .

Page 25: Poligami

1

1 Al-Ahzab : 36 .

kesimpulan

Maksudnya : “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”Al-Ahzab : 36

Page 26: Poligami

SEKIAN

TERIMA KASIH !!!

SELAMAT BERPOLIGAMI