POLISI DAN PERATURAN PROGRAM PERKHEMAHAN · PDF filebahagian pengurusan sekolah harian...
Transcript of POLISI DAN PERATURAN PROGRAM PERKHEMAHAN · PDF filebahagian pengurusan sekolah harian...
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH
HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
ARAS 3&4, BLOK E2, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
POLISI DAN PERATURAN
PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH
PUSAT PERMATApintar™ NEGARA
1. Kehadiran & Aktiviti
i. Kehadiran sepanjang program adalah wajib
ii. Pelajar yang tidak mendaftar pada tarikh yang telah dinyatakan tanpa alasan yang munasabah tidak
akan dibenarkan untuk mengikuti program.
iii. Sijil penyertaan hanya akan dianugerahkan kepada pelajar yang menghadirkan diri sepanjang program
sahaja.
2. Urusan Keluar Masuk
i. Pelajar
- Harus melalui Pengurus Pelajar (Resident Dean) dan mendapat kelulusan daripada Pengurus
Tapak (Site Director) terlebih dahulu.
ii. Ibu Bapa/ Penjaga
- Harus melalui Pengurus Pelajar (Resident Dean) dan mendapat kelulusan daripada Pengurus
Tapak (Site Director) terlebih dahulu.
iii. Waktu Berurusan
- 03-89217521 : 8.30 pagi – 5.00 petang (Waktu Pejabat)
3. Penginapan dan Makanan Para Pelajar
i. Penginapan : Kos penginapan ditanggung oleh pihak Pusat
PERMATApintar™ Negara.
: Lokasi adalah di asrama Pusat PERMATApintar™ Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
(Rujuk Peta Yang Dilampirkan – Lampiran 3)
: Para pelajar akan sentiasa dipantau oleh Pembantu Pelajar
(Resident Assisstant ), Kaunselor dan Pembantu Kesihatan (PBSM) sepanjang
program.
ii. Makanan : Kos makanan ditanggung oleh pihak Pusat
PERMATApintar™ Negara.
: Jadual makan adalah 6 kali sehari.
(Rujuk Jadual Harian – Lampiran 4)
4. Keselamatan Pelajar
i. Urusan keselamatan dikawal selia oleh pengawal keselamatan UKM.
ii. Sekiranya terdapat sebarang kecemasan, pelawat perlu mencatatkan keterangan pada buku daftar
keluar masuk di pos pengawal Pusat PERMATApintar™ Negara.
iii. Pusat PERMATApintar™ Negara menyediakan persekitaran yang kondusif, selamat dan terkawal.
2
5. Pemantauan Pelajar
i. Setiap peserta program sentiasa dalam pengawasan kakitangan Pusat PERMATApintar™ Negara.
Pembantu Pengajar (Teaching Assistant) akan memastikan peserta mengikut laluan yang ditetapkan.
ii. Pergerakan peserta akan diawasi oleh Pembantu Pengajar (Teaching Assistant) / Pembantu Pelajar
(Resident Assisstant) / Pengajar (Instructor). Teaching Assistant /Resident Assisstant akan
memastikan peserta tidak berkeliaran atau bergerak secara bersendirian.
iii. Peserta tidak dibenarkan berada di dalam kelas/bangunan tanpa pengawasan kakitangan Pusat
PERMATApintar™ Negara.
6. Pengangkutan Pelajar
i. Ibu bapa/ penjaga diminta merujuk perkara 7.3.5 pada Lampiran 1 (Terma Rujukan Program
Kementerian Pendidikan Malaysia) dengan betul sebelum membuat keputusan untuk menerima
tawaran ke program.
ii. Terdapat 3 jenis pengangkutan sepanjang program iaitu:-
- Pergi dan Balik Program : Ibu bapa/ penjaga diminta merujuk perkara
7.3.5 pada Lampiran 1 (Cabutan Terma
Rujukan Program PERMATApintar™
Kementerian Pendidikan Malaysia)
- Lawatan Akademik : Bergantung kepada kursus
- Ke Pusat Ibadat : Sila rujuk Lampiran 2 (B – no 5)
7. Kesihatan Pelajar
i. Sila baca dan faham Borang D & Borang E dengan betul sebelum mengisi borang berkenaan.
ii. Peserta yang memerlukan pemakanan (diet) khas, contohnya makanan vegetarian atau mempunyai
sebarang masalah kesihatan perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan secara bertulis dan
mengemukakan senarai pemakanan yang diperlukan pelajar.
iii. Sebarang dokumen daripada doktor panel mengenai masalah kesihatan/ alergi perlu dilampirkan
bersama Borang D & Borang E.
8. Etika Berpakaian Sepanjang Program
i. Pelajar dikehendaki berpakaian sopan setiap masa.
(Sila rujuk Lampiran 2 (A / No 1 - 8)
9. Barang-Barang yang Dilarang
i. Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan elektrik dan elektronik. (Sila baca dan faham
Lampiran 2 (B / No 1)
ii. Sebarang jenis senjata, mercun, pemetik api, bunga api dan bahan kimia berbahaya adalah dilarang.
iii. Pihak Pusat berhak merampas barang-barang berkenaan.
iv. Sebarang kerugian yang disebabkan oleh kecuaian para pelajar tidak akan ditanggung oleh pihak
Pusat PERMATApintar™ Negara.
10. Hari Melawat
i. Ibu bapa/ penjaga yang ingin melawat pelajar yang menghadiri program ini dinasihatkan merujuk
Lampiran 2 (B / No 2).
ii. Sebarang perubahan berkaitan tarikh dan waktu melawat akan dimaklumkan melalui laman sesawang
program perkhemahan www.ukm.my/permatapintar/pcs dari masa ke semasa.
3
PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA
Saya, _______________________________________________________________________
(Ibu / Bapa / Penjaga)*
No. Kad Pengenalan __________________________________________________________
(Ibu / Bapa / Penjaga)*
kepada _____________________________________________________________________
(anak / anak jagaan saya)*
No. Kad Pengenalan __________________________________________________________
(anak / anak jagaan saya)*
mengaku telah membaca, memahami dan dengan ini bersetuju dengan polisi, syarat-syarat dan
peraturan Program Perkhemahan Cuti Sekolah Pusat PERMATApintar™ Negara. Dengan itu,
saya tidak akan membuat sebarang dakwaan, tuntutan atau tindakan mahkamah terhadap
pihak Pusat PERMATApintar™ Negara.
Sekian,terima kasih.
_______________________________
_______________________________
Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga Tandatangan Saksi
*Penjawat Awam Kategori A/Pesuruhjaya Sumpah*
Nama : Nama :
No. Tel. Bimbit :
Cop Jawatan :
No. Tel. Rumah : No. Kad
Pengenalan
Tarikh : Tarikh :
* Sila potong mana-mana yang tidak berkaitan*
4