Politik Amerika

download Politik Amerika

of 16

Transcript of Politik Amerika

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    1/16

    POLITIK AMERIKA : KEWUJUDAN AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI KUASA UNIPOLAR MENJAMIN

    KESTABILAN DAN KEAMANAN DUNIA. BAHASKAN

    http://halimunanman.blogspot.com/2012/01/politik-amerika-kewujudan-amerika.html

    1.0 PENDAHULUAN

    Amerika Syarikat telah memperolehi kemerdekaannya daripada British pada 4 Julai 1776 melalui satu

    revolusi yang besar. Revolusi yang bermula pada tahun 1773 itu memberi impak besar terhadap

    landskap politik negara tersebut. Ini adalah kerana ia dianggap sebagai satu proses penting dalam

    pembentukan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi-liberal.

    Para sarjana sejarah berselisih pendapat mengenai faktor-faktor meletusnya Revolusi Amerika. Ada

    yang berpendapat ia berlaku akibat daripada persaingan kepentingan ekonomi di antara pedagang

    Amerika dan British hingga mencetuskan bahang revolusi. Selain daripada itu, terdapat pandangan

    mengatakan bahawa ia merupakan kesan kemarahan orang-orang Amerika terhadap pelbagai cukai

    baru yang dikenakan terhadap mereka tanpa sebarang perbincangan. Beberapa cukai baru seperti Akta

    Gula dianggap tidak logik dan begitu menekan hingga menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan

    orang-orang Amerika yang seterusnya sepakat melancarkan revolusi. Faktor kemunculan semangat

    nasionalisme di kalangan orang-orang Amerika yang membawa kepada kesedaran untuk berkerajaan

    sendiri juga dianggap penyebab berlakunya revolusi berkenaan.

    Dari sudut geografi, Amerika Syarikat menguasai lebih daripada separuh kawasan benua Amerika Utara

    dan merupakan negara keempat terbesar di dunia selepas Russia yang merangkumi keluasan 3.79 batu

    persegi. Namun begitu, satu fakta penting mengenai sejarah penduduk Amerika Syarikat ialah

    sebahagian besar daripada rakyatnya adalah terdiri daripada kumpulan imigran dan hanya lebih kurang

    2.6 peratus sahaja penduduknya adalah kaum peribumi. Ini dijelaskan oleh Almond & Powell Jr.

    (1996)[1] yang menyatakan bahawa kebanyakan penduduk Amerika Syarikat adalah berasal daripada

    negara Eropah dan Scandinavia iaitu lebih kurang 76.2 peratus, diikuti oleh Afrika 8.4 peratus, Eropah

    Timur 5.8 peratus, Asia 1,4 peratus dan Asia Barat 0.3 peratus. Menurut beliau lagi sehingga kini

    Amerika Syarikat masih terus menerima kehadiran pelbagai imigran daripada pelbagai negara-negaraluar. Kepelbagaian ras dan etnik yang mendiami Amerika Syarikat telah memberikan implikasi besar

    terhadap politik negara itu dan disifatkan sebagai pelbagai (diversity) serta majmuk (plural).

    http://halimunanman.blogspot.com/2012/01/politik-amerika-kewujudan-amerika.htmlhttp://halimunanman.blogspot.com/2012/01/politik-amerika-kewujudan-amerika.htmlhttp://halimunanman.blogspot.com/2012/01/politik-amerika-kewujudan-amerika.html
  • 8/10/2019 Politik Amerika

    2/16

    2.0 PRINSIP DAN DASAR LUAR AMERIKA SYARIKAT

    Perbincangan mengenai politik Amerika Syarikat dianggap tidak lengkap tanpa memahami dasar

    luar negara berkenaan. Ini adalah kerana dasar luar Amerika Syarikat bukan hanya saling berkait dengan

    perkembangan politik domestik malahan juga mempengaruhi perkembangan politik antarabangsa.

    Sejarah menunjukkan bahawa bahwa terdapat dua bentuk dasar luar yang pernah diamalkan oleh

    Amerika Syarikat iaitu dasar isolasi (pengasingan) dan dasar campurtangan. Jika dilihat kepada polisi

    atau dasar luar Amerika Syarikat pada peringkat awalnya, ia lebih kepada pengecualian kuasa di mana

    ketika itu mereka lebih menumpukan perhatian dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal-hal

    dalam negeri (Donalson : 2003).[2] Secara umum, dasar isolasi yang diamalkan oleh Amerika Syarikat ini

    merujuk kepada satu polisi untuk tidak campurtangan atau terlibat secara aktif dalam hal ehwal dunia.

    Ini adalah selaras dengan kandungan Doktrin Monroe yang diisytiharkan oleh Presiden James Monroe

    dan ia dianggap sebagai asas kepada polisi luar Amerika ketika itu. Antara kandungan doktrin tersebut

    ialah :

    i) Hemisfera Barat tidak terbuka untuk dijajah oleh mana-mana kuasa Eropah;

    ii) Sebarang percubaan mana-mana negara Eropah untuk menubuhkan koloni-koloni baru atau

    mengawal negara Amerika akan dianggap sebagai tindakan tidak bersahabat dengan Amerika;

    iii) Amerika tidak boleh campur tangan dalam urusan-urusan Eropah atau dalam sebarang

    urusan koloni-koloni yang telah sedia bebas;

    iv) Pada masa yang sama, Eropah juga tidak boleh mengganggu status politik mana-mana

    negara yang bebas di Hemisfera Barat.

    Hanya selepas Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939, barulah Amerika Syarikat

    mengubah dasar luarnya kepada satu dasar campur tangan yang aktif dalam hal ehwal dunia sehingga

    ke hari ini. Polisi ini semakin jelas terserlah pada pasca Perang Dingin susulan daripada keruntuhan blok

    komunis dan menjadikan Amerika Syarikat muncul sebagai satu-satunya kuasa besar yang homogen di

    dunia. Menurut Berman & Murphy (1996), secara asasnya terdapat lima matlamat utama dasar luar

    Amerika Syarikat iaitu:[3]

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    3/16

    i) Memelihara keselamatan negara daripada tindakan keganasan dan

    subversif;

    ii) Meningkatkan kekayaan dalaman;

    iii) Memelihara nilai-nilai kebebasan dan demokrasi dalaman dan luar negara;

    iv) Bertindak secara konsisten mengikut nilai-nilai kemanusiaan negara;

    v) Memerangi sebarang tindakan yang mencabul ketertinggian undang-undang dan kestabilan

    domestik terutamanya dalam soal keganasan dan penyeludupan dadah.

    Walau bagaimanapun, William Blum (2007) di dalam buku bertajuk Rogue State ( Negara

    Samseng ) menyatakan bahawa kajian mengenai campurtangan terhadap beberapa negara jelas

    menunjukkan jentera dasar luar Amerika bukanlah dimarakkan oleh apa-apa sikap untuk menghargaikemanusiaan.[4] Sebaliknya ia didorong oleh keperluan berkhidmat kepada tuan lain yang boleh

    dibahagikan kepada empat keutamaan seperti berikut:

    i) Menjadikan dunia ini terbuka dan selesamengikut peristilahan semasauntuk globalisasi,

    khususnya syarikat transnasional yang berpengkalan di Amerika;

    ii) Memperkukuhkan penyata kewangan kontraktor pertahanan di dalam negara yang

    bermurah hati memberi sumbangan kepada ahli Kongres dan penghuni Rumah Putih;

    iii) Mencegah kebangkitan mana-mana masyarakat yang boleh menjadi contoh alternatif yang

    berjaya daripada model kapitalis;

    iv) Memperluaskan sebanyak mungkin hegemoni politik dan ketenteraan terhadap mana-mana

    bahagian di dunia demi untuk menghalang kebangkitan sebarang kuasa serantau yang mampu

    mencabar keagungan Amerika, dan mewujudkan orde baru dunia mengikut acuan mereka selaras

    dengan kehendak satu-satunya sahaja kuasa besar dunia.

    Jelasnya, idea isolasi dianggap sebagai persediaan kebangsaan atau pengecualian daripada

    sesetengah kuasa politik. Ia merupakan satu percubaan untuk mengasingkan negara daripada

    cengkaman mana-mana kuasa luar. Melalui dasar pemencilan kuasa ini, Amerika mampu membina

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    4/16

    negaranya melalui Doktrin Monroe. Doktrin Monroe dilihat oleh Amerika dapat menghalang kuasa

    Eropah daripada campurtangan dalam urusan negara Amerika Latin yang ketika itu di bawah

    dominasinya. Namun begitu, dasar tersebut telah berubah pada tahun 1941 apabila Perang Dunia

    bermula. Transformasi daripada dasar isolasi telah berubah kepada campurtangan dan peranan

    Amerika ini telah dilihat sebagai untuk mendominasi negara-negara lain yang terlibat. Dasar perluasan

    kuasa ini telah membuktikan bahawa Amerika berjaya dalam misi ` Colonialisme ` malah ia kekal

    hingga kini hingga digelar sebagai `` super power `` yang tiada tolok bandingannya. Selain daripada itu,

    dasar luar Amerika juga berubah melangkaui misi ` Colonialisme ` selepas peristiwa 11 September 2001

    dengan menjadikan agenda memerangi terrorisme sebagai satu keutamaan.

    3.0 KONSEP KUASA

    3.1 Definisi Kuasa

    Menurut K.J. Holsti (1977), dalam konteks hubungan antarabangsa kuasa merupakan kapasiti

    umum sebuah negara dalam mengawal tindakan-tindakan negara lain. Sebagai contoh, negara A cuba

    untuk mempengaruhi B kerana A tidak akan dapat mencapai objektif-objektifnya sekiranya B tidak

    melakukan X. Sekiranya ini merupakan asas kepada semua proses-proses politik antarabangsa, kapasiti

    untuk mengawal tingkahlaku boleh dilihat dalam beberapa cara seperti:

    3.1.1 Pengaruh

    Iaitu penggunaan beberapa bentuk kapabiliti sebagai instrumen pendorong, pemujukan,

    penghargaan, ancaman atau hukuman;

    3.1.2 Proses

    Merujuk kepada proses yang menunjukkan bahawa terdapatnya perhubungan di antara A dan B;

    3.1.3 Kuasa

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    5/16

    Kuasa dianggap sebagai kuantiti atau boleh diukur yang akan memaksa B untuk akur kepada A.

    Walau bagaimanapun, kuasa sebgai satu kuantiti hanya akan bermakna apabila ia dibandingkan dengan

    kuasa aktor-aktor lain.

    4.0 AMERIKA SYARIKAT DAN KUASA UNIPOLAR

    Samuel P. Huntington (1999) di dalam buku bertajuk `` The Lonely Superpower `` mendefinisikan

    kuasa unipolar sebagai A system would have one superpower, no significant major powers and many

    minor powers.[5] Sehubungan dengan itu, beliau menjelaskan dengan kedudukan yang ada mereka

    dapat menyelesaikan beberapa isu antarabangsa secara efektif dengan bersendirian. Keruntuhan

    Soviet Union dan perpecahan Eropah Timur sebagai kuasa paksi komunisme serta kebungkaman

    kepimpinan Asia Barat dan dunia Islam pada tahun 1991, telah menobatkan Amerika Syarikat sama ada

    secara langsung atau tidak langsung, sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tunggal. Transformasi yang

    berlaku dalam politik antarabangsa ini telah membawa kita kepada era unipolar. Fenomena ini

    ditambah lagi dengan proses pensejagatan dalam bidang demokrasi liberal dan perdagangan bebas.

    Faktor keseimbangan kuasa yang selam ini melingkungi era Perang Dingin telah mengalami kemusnahan

    dan menandakan sejarah permusuhan di antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union

    telah berakhir. Apa yang nyata, selepas tahun 1990-an, dunia hanya mempunyai satu superpower yang

    tiada tolok bandingannya iaitu Amerika Syarikat.

    Justeru, pada masa kini Amerika Syarikat sedang menandai hegemoni dunia dalam kebanyakan

    bidang terutamanya politik, ekonomi, kebudayaan, sosial dan ketenteraan. Menurut G. John Ikenberry,

    Michael Mastanduno dan William C. Wohlforth (2009), dominasi tersebut tidak pernah dialami oleh

    dunia sebelum ini di mana sebuah kuasa besar itu menikmati kelebihan yang terbesar dalam keupayaan

    material seperti pertahanan, ekonomi, teknologi dan geografi.[6] Justeru dengan kekuatan dan

    keupayaan Amerika Syarikat terutamanya dalam bidang ketenteraan telah menjadikan kuasa negara itu

    berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kenyataan ini disokong oleh laporan Stockholm International

    Peace Research Institue pada tahun 2006 yang mencatatkan bahawa perbelanjaan ketenteraan Amerika

    Syarikat mewakili 46 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan dunia dan 65.6 peratus daripada

    perbelanjaan ketenteraan kuasa-kuasa besar. Laporan yang sama turut mendedahkan betapa tiadakuasa-kuasa besar lain berani membelanjakan sekitar 4 peratus daripada KDNK masing-masing untuk

    tujuan ketenteraan kecuali Russia. Namun begitu, dari segi jumlah matawang perbelanjaan ketenteraan

    Russia hanyalah berjumlah US$34.7 billion berbanding Amerika Syarikat sebanyak US$528,8 billion.

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    6/16

    5.0 KUASA UNIPOLAR AMERIKA SYARIKAT DAN KEAMANAN DUNIA

    5.1 Latarbelakang

    Mantan Presiden Amerika Syarikat, George H. Bush ketika berucap dalam persidangan Kongres

    pada 11 September 1990 menyatakan bahawa dunia hari ini sedang bergelut dengan penghidupan baru,

    satu dunia yang mana negara-negara mengenalpasti tanggungjawab bersama untuk memupuk

    kebebasan dan keadilan serta negara yang kuat menghormati hak-hak negara yang lemah ( Mohd

    Azizuddin : 2003 ). Justeru, beliau telah menggariskan secara objektif mengenai pembentukan dan

    kewujudan oder baru dunia yang bebas daripada ancaman keganasan, kuat mempertahankan keadilan

    dan lebih menjamin kepada kewujudan keamanan dunia. Menurut Mittleman (1997), jika berdasarkan

    intipati ucapan tersebut adalah wajar agar semua pihak mengalu-alukannya atas dasar keamanan,

    keharmonian dan kemakmuran. Ini adalah disebabkan semua perkara tersebut merupakan suatutuntutan serta keperluan untuk memenuhi cita-cita dan falsafah globalisasi.

    Walau bagaimanapun, berdasarkan perkembangan politik dunia hari ini ternyata itu hanyalah

    retorik semata-mata dan Amerika Syarikat jelas gagal dalam usaha untuk menjamin keamanan dunia.

    Beberapa tindakan negara kuasa besar tunggal ini dalam kebanyakan isu antarabangsa yang cuba

    ditanganai bukan sekadar menimbulkan kontroversi malahan semakin merumitkan lagi konflik yang

    telah sedia ada. Ternyata pembentukan dunia unipolar dan tindakan unilateral pada masa kini telah

    membolehkan Amerika Syarikat bertindak bermaharajalela tanpa sebarang kawalan. Pada masa yang

    sama negara-negara yang tidak bersekutu dengannya akan diberi pelbagai label seperti paksi kejahatan

    dan berbagai gelaran yang tidak sepatutnya. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana dalam

    konteks hubungan antarabangsa ada tatacara antara satu Negara dengan Negara Jiran yang perlu diikuti

    dan disanjung tinggi. Ini meliputi perasaan saling menghormati dan pada masa yang sama tidak

    mencampuri hal ehwal domestik negara-negara lain selagi tidak menyentuh kepentingan jiran.

    5.2 Dasar Kolonialisme dan Imperialisme Amerika Syarikat Di Negara-negara Dunia Ketiga

    Perspektif sejarah sering menekankan betapa setiap peristiwa itu sering berulang walaupun

    dalam keadaan dan suasana berbeza. Sehubungan dengan itu, proses penguasaan, pendominasian dan

    pensejagatan yang merupakan antara ciri-ciri sistem unipolar adalah suatu agenda kesinambungan

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    7/16

    daripada proses kolonialisme serta imperialisme. Menurut Panikkar K.M. (1993) di dalam buku Asia and

    Western Dominance, ia telah berlaku sejak sekian lama terutamanya terhadap Negara-negara Dunia

    Ketiga.[7] Walau bagaimanapun, segala bentuk pendominasian baru ini muncul dalam bentuk yang

    lebih strategik termasuklah melalui proses ` pentamadunan` . Pihak barat terutama Amerika Syarikat

    sering mencanangkan di peringkat antarabangsa bahawa ia merupakan sesuatu yang baik dan betul.

    Antara instrumen serta mekanisme telah digunakan dalam proses penajajahan semula ini seperti idea

    liberalisasi perdagangan, soal hak asasi manusia, kebebasan akhbar, campurtangan dalam hal ehwal

    dalaman negara-negara tertentu atas alasan melaksanakan misi kemanusiaan dan yang terakhir ini isu

    keganasan antarabangsa.

    Beberapa peristiwa yang berlaku di benua Afrika seperti konflik Darfur contohnya dapat

    membuktikan hakikat tersebut. Konflik yang berpunca akibat beberapa faktor seperti bencana alam,

    oportunis politik, masalah politik serantau, pembangunan tidak seimbang di antara pusat bandar di

    sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran seperti Darfur sebenarnya tidak kena mengena dengan Amerika

    Syarikat. Sebaliknya Amerika Syarikat sendiri yang beriya-iya untuk campurtangan dalam konflik

    tersebut untuk mengalihkan pandangan dunia terhadap pencerobohan mereka di Iraq yang mendapat

    kecaman pelbagai pihak. Tindakan tersebut juga merupakan satu tekanan terhadap Kerajaan Sudan

    dan ia menjadi lebih buruk selepas tragedi 11 September 2001. Peristiwa itu telah mencetuskan

    fenomena Islamiphobia apabila Amerika Syarikat bersama sekutu rapatnya Britain mensasarkan

    kemarahan mereka terhadap pemerintahan pro Islam seperti Sudan. Akibatnya regim Sudan secara

    tiba-tiba telah menduduki antara senarai teratas yang menjadi musuh Amerika Syarikat.

    Bekas Menteri Luar Negeri Sudan, Muhammad Najib El Khair pernah mengatakan bahawakeadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai yang memerlukan

    campurtangan asing, sebaliknya ia semata-mata berpunca daripada perebutan hasil bumi

    (http://ms.wikipedia.org/wiki/Konflik_Darfur)[8]. Ia bermula dengan puak-puak tertentu di Sudan

    berebut sumber asli dan akhirnya berubah menjadi isu politik apabila kerajaan dan media barat mula

    campur tangan. Keadaan ini diburuk lagi dengan penemuan minyak di Chad yang bersempadan dengan

    Sudan dan eksploitasi minyak di selatan Darfur menambahkan lagi ketegangan tersebut. Laman web

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Konflik_Darfur turut mengemukakan beberapa hujah yang menunjukkan

    wujudnya campurtangan Amerika Syarikat selaku negara kuasa besar dalam kekacauan di Darfur:

    5.2.1 Lokasi Darfur yang terletak di wilayah barat Sudan adalah kaya dengan hasil bumi seperti

    uranium, gas asli dan emas. Menurut bekas Menteri Luar Sudan Muhammad Najib El Khair, Amerika

    Syarikat telah menemui sumber minyak di wilayah tersebut, namun Sudan telah memberi kepercayaan

    kepada syarikat-syarikat yang berpengkalan di Asia untuk menjalankan operasi carigali. Justeru, adalah

    tidak mustahil bagi Amerika Syarikat masuk ke dalam wilayah Darfur untuk menguasai kepentingan

    hasil-hasil bumi itu terutamanya uranium;

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    8/16

    5.2.2 Darfur adalah merupakan pusat kegiatan Islam di Sudan dan wilayah tersebut mempunyai

    peranan penting di dalam menyatukan Sudan dengan umat Islam di negara-negara Afrika yang lain.

    Pada masa yang sama umat Islam Darfur begitu komited untuk melaksanakan sistem Islam secara

    menyeluruh dan ini tentunya tidak disenangi oleh Amerika Syarikat. Walaupun konflik di Darfur telahbermula sejak tahun 1970-an lagi, namun ia menjadi memuncak hanya setelah tragedi 11 September

    2001 dan semakin tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campurtangan;

    5.2.3 Selaku negara yang bersifat unipolar Amerika Syarikat telah menggunakan sepenuh kuasa

    yang ada untuk melaksanakan dasar campurtangan menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNCHR

    dan Amnesti International. Mereka berusaha memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar

    menerima kehadiran pasukan PBB atas alasan untuk memelihara kepentingan orang awam dan pelarian.

    Ini jelas daripada kenyataan oleh Nancy Pelosi ( US House Democratic Minority Leader ), Carlifornia yang

    mengatakan bahawa : Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan lebih banyak pembunuhan

    jika tidak mahu melihat tragedi Rwanda berulang semula. Ini adalah situasi kecemasan dan kita

    mempunyai kewajiban yang sah untuk bertindak di bawah undang-undang antarabangsa . Selain

    daripada itu, seorang wakil parti Demokrat dari New Jersey iaitu Donald Payne pula berkata : Kita

    menggesa Setiausaha Pertahanan Colin Powell untuk menyokong campurtangan segea bagi

    menghentikan pembunuhan-pembunuhan itu, jika tidak berjuta-juta orang akan terbunuh pada akhir

    tahun nanti .

    5.2.4 Kuasa Amerika Syarikat sebenarnya telah pun bertapak di wilayah selatan Sudan apabilamereka terbukti membekalkan senjata dan dana kepada kumpulan South People Liberation Army

    (SPLPA) pimpinan John Garang di dalam menjalankan misi keganasannya. Pada tahun 1999, wakil

    Amerika Syarikat iaitu Madeline Albright telah menemui John Garang kononnya untuk membincangkan

    misi kemanusiaan. Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut telah menimbulkan kontroversi kerana

    perbincangan tersebut sepatutnya diadakan di peringkat pemerintah Sudan bukannya dengan pemimpin

    sebuah kumpulan yang telibat dalam pertelingkahan.

    Justeru, walau atas apa sahaja alasan yang dikemukakan adalah jelas bahawa kekacauan di

    Darfur (barat Sudan) sebenarnya merupakan batu loncatan kepada Amerika Syarikat untuk masuk kewilayah tersebut demi meraih potensi kekayaan alam di situ. Di samping itu, ia dapat mengekalkan

    pengaruhnya secara berterusan di wilayah Sudan dengan bertopengkan misi kemanusiaan dan

    keamanan. Apa yang nyata campurtangan Amerika dengan kuasa unipolar yang dimiliki hanya

    menambahkan kecelaruan kepada konflik yang sedia ada. Misi rundingan damai yang diatur oleh

    beberapa buah pertubuhan seperti Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) dan Kesatuan Afrika

    sebenarnya lebih baik daripada pendekatan perang yang ditaja oleh Amerika Syarikat dengan sokongan

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    9/16

    Britain. Ini terbukti apabila Perjanjian Damai Darfur telah ditandatangani pada bulan Mei 2005 di Abuja,

    Nigeria oleh kerajaan Sudan dengan puak-puak yang bertelingkah. Sehubungan dengan itu, Presiden

    Sudan iaitu Omer Hassan Ahmed Al-Bashir mahu semua pihak dipujuk agar menerima pelan damai

    tersebut. Seruan beliau telah memberi impak besar apabila ia telah diterima secara terbuka oleh

    majoroti puak yang terlibat dalam pertelingkahan itu.

    5.3 Amerika Syarikat Mencetuskan Fenomena Islamophobia

    Menurut Kassim Thukiman dan Dr. Durrishah Idrus (2003), selepas keruntuhan ideologi

    komunis dan kejatuhan Soviet Union serta Eropah Timur pada tahun 1991, Islam jelas menjadi sasaran

    Barat yang menjadi tumpuan dunia sejak sekian lama.[9] Sehubungan dengan itu, Islam telah menjadi

    suatu ` ideologi ` yang perlu ditangani dan dibanteras untuk membolehkan Amerika Syarikat

    dinobatkan sebagai kuasa besar tunggal secara mutlak. Keadaan ini berlaku kerana di negara-negarabarat, proses modenisasi dalam kehidupan masyarakat sering didewa-dewakan sebagai pencapaian

    tamadun tertinggi. Namun begitu, hakikat yang sebenarnya ialah mereka telah semakin jauh

    meninggalkan kepercayaan beragama dalam kehidupan masyarakatnya. Keadaan sebaliknya berlaku

    dalam kehidupan masyarakat Islam yang berteraskan konsep ad-din iaitu mengintegrasikan antara

    kehidupan insaniah duniawi dengan aspek ketuhanan. Pertembungan budaya seperti inilah yang telah

    menyebabkan pihak barat terus berusaha memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat dan negara

    Islam.

    Justeru itu, beberapa tindakan telah dilaksanakan demi untuk membolehkan gerombolan

    sekutu barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat melaksanakan dasar unipolar dan tindakan unilateral

    bagi memusnahkan seterusnya menghancurkan apa sahaja elemen yang dikaitkan dengan institusi,

    umat serta negara Islam. Mereka sering mengaitkan Islam dengan unsur-unsur negatif seperti militan,

    keganasan dan kekerasan hingga memberi impak buruk terhadap umat Islam terutamanya yang menjadi

    penduduk minoriti di beberapa buah negara seperti Australia, Canada serta Peranchis. Sebagai contoh,

    pada 25 Januari 2010 Peranchis telah menguatkuasakan larangan pemakaian jilbab (penutup muka) oleh

    umat Islam wanita di tempat awam. Selain daripada itu, menurut laman web http://remajaislam.com

    satu kajian telah dijalankan di Peranchis menunjukkan peluang mendapatkan pekerjaan di kalangan

    umat Islam negara itu hanya 2.5% berbanding dengan orang-orang beragama Kristian walaupun

    mempunyai kelulusan yang sama. Jelas, islamophobia yang ditaja oleh Amerika Syarikat dan dipatuhi

    oleh negara sekutunya hanya menimbulkan suasana tegang di kalangan penduduk dunia terutama

    dalam konteks perhubungan di antara negara barat dan dunia Islam.

    5.4 Amerika Syarikat dan Isu Keganasan Antarabangsa.

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    10/16

    Isu keganasan antarabangsa begitu banyak dibicarakan terutamanya selepas peristiwa

    pengeboman ke atas bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia di Manhattan, New York pada 11

    September 2001. Peristiwa tersebut dianggap sebagai titik tolak kepada beberapa siri kegananasan lain

    yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan Islam semata-mata. Malahan, semua elemen yangberkaitan dengan Islam dianggap negatif daripada kacamata negara-negara barat. Senario ini telah

    mengubah lanskap politik antarabangsa apabila pihak Barat diketuai oleh Amerika Syarikat melancarkan

    dasar agresif terhadap negara-negara dan pertubuhan Islam yang dikaitkan dengan jenama pengganas

    untuk menghalalkan cara dan tindakannya (Kassim Thukiman dan Dr. Durrishah Idrus : 2003). Walau

    bagaimanapun, tuduhan barat bahawa Islam menaja keganasan adalah tidak tepat kerana unsur

    tersebut sebenarnya terdapat juga di kalangan bangasa serta agama lain yang merasa diri mereka

    ditindas. Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahathir Mohammad pernah mencadangkan agar

    mentakrifkan semula istilah terrorism` secara universal yang sepatutnya diformulakan secara

    sistematik agar dapat diterima oleh semua pihak.

    Sehubungan dengan itu, sebarang perbincangan mengenai isu keganasan perlu keluar

    daripada ruang lingkup mana-mana agama, bangsa dan fahaman politik. Justeru, mengaitkan Islam

    dengan pengganas adalah merupakan sesuatu yang ` completely unjustified `. Pendekatan ini penting

    untuk melandasi perbincangan secara intelektual dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jika hanya

    pihak Barat sahaja yang dibenarkan mendefinisikannya sudah pasti ia tidak adil dan bersifat berat

    sebelah. Ini adalah kerana aktiviti pengganas tidak hanya terhad ke atas negara-negara Islam tetapi

    boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sejarah juga telah menunjukkan dan membuktikan fenomena

    tersebut turut pernah berlaku di bumi Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Asia Timur dan benua Eropah.

    Namun begitu, agak menghairankan dalam menangani isu keganasan antarabangsa ini Amerika Syarikat

    kelihatan seperti hilang punca dan ketiadaan pemikiran rasional untuk melihat semula atau merenung

    jauh ke dalam seterusnya mencari punca boleh berlaku fenomena tersebut.

    Walaupun memegang status selaku kuasa besar tunggal di dunia dan memiliki daya

    keintelektualan yang selama ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia, mereka tiba-tiba bertindak di

    luar pemikiran rasional. Selain daripada itu, kecanggihan teknologi yang dimiliki hanya dijadikan alat

    untuk menindas golongan lemah. Justeru tanpa sebarang penyelidikan dan penelitian apatah lagi bukti

    yang sahih, Amerika Syarikat lantas menuduh bahawa Osama bin Laden adalah ketua pengganas danmerupakan individu yang bertanggungjawab terhadap tragedi 11 September 2011. Pada masa

    yang sama mereka terus mengaitkannya dengan pertubuhan Al-Qaeda yang selama ini bersikap anti-

    Amerika Syarikat. Kemudiannya kerajaan Afghanistan yang dipimpin oleh kumpulan Taliban pula telah

    menjadi sasaran mereka. Tindakan tidak rasional ini walaupun dilakukan atas nama menentang

    keganasan, ia menimbulkan ketegangan antarabangsa dan telah dikecam oleh para pencinta keamanan

    dunia. Sebenarnya, tidak gopoh seumpama ini bukan pertama kali dilakukan oleh Amerika Syarikat.

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    11/16

    Sejarah menunjukkan ketika berlakunya peristiwa pengeboman bangunan perdagangan di Oklahoma, ia

    terus dikaitkan dengan elemen Islam, sedangkan hasil penyiasatan membuktikan bahawa perbuatan

    tersebut dilakukan oleh rakyat mereka sendiri.

    Ternyata selepas tragedi 11 September 2011, Amerika Syarikat telah mengorak langkah

    dengan melaksanakan dasar luar yang agresif dengan menggunakan pendekatan militari. Ini terbukti

    apabila pada tahun 2002, pasukan tentera Bersekutu yang diketuai oleh Ameria Syarikat telah

    menyerang dan menjajah Afghanistan seterusnya berjaya menumbangkan kerajaan Islam Afghanistan.

    Tindakan ini diambil kerana kerajaan Afghanistan didakwa mempunyai hubungan rapat dengan

    pertubuhan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden. Selain daripada itu untuk menghalalkan segala

    tindakannya itu, Amerika Syarikat juga telah menuduh kerajaan Afghanistan melanggar hak asasi

    manusia berkaitan dengan hak-hak wanita dan kebebasan agama kerana meruntuhkan patung-patung

    penganut Buddha. Selepas penaklukan itu, negara tersebut telah ditadbir oleh Hamid Karzai yang

    merupakan peminpin boneka tajaan pihak barat. Pada masa yang sama, nama Osama bin Laden tiba-

    tiba hilang daripada perhatian pihak Amerika Syarikat. Apa yang pasti nama Osama hanya sekadar alat

    untuk menghalalkan tindakan penjajahan Amerika Syarikat di Afghanistan.

    Walau bagaimanapun, fenomena ini sebenarnya begitu mudah difahami kerana menunjukkan

    bahawa pihak barat memang tidak selesa dan senang andainya pembentukan kerajaan sesebuah negara

    itu dikaitkan dengan pemerintahan Islam (Kassim Thukiman dan Dr. Durrishah Idrus : 2003). Selain

    daripada itu, pihak Washington juga sebenarnya secara sinis ingin menunjukkan kepada Moscow

    bahawa mereka juga boleh mengalahkan Afghanistan yang diterajui oleh kepimpinan mujahidin Islam.

    Pada masa yang sama, rakyat Afghanistan telah mulai sedar betapa mereka perlu bersatu memerangipihak barat. Ini adalah kerana segala janji yang ditaburkan oleh pihak Amerika Syarikat sedikit masa

    dahulu untuk memperbaiki pembangunan ekonomi dan sosial rakyat Afghanistan ternyata tidak menjadi

    kenyataan. Apa yang nyata kehidupan majoroti rakyat Afghanistan masih berada dalam kedaifan dan

    kesusahan, terutamanya yang tinggal di khemah-khemah pelarian. Pemerintahan boneka barat yang

    dilantik hanya menberi fokus untuk terus memerangi saki baki kumpulan Taliban dan puak mujahidin

    yang lain. Keadaan ini bertambah buruk dengan penangkapan Khalid Shaikh Mohammed yang

    merupakan pemimpin ketiga tertinggi dalam pertubuhan al-Qaeda di Rawalpindi pada bula Mac 2003.

    Penangkapan ini telah memberikan banyak maklumat perisikan mengenai aktiviti militan di

    Afghanistan kepada pihak Amerika Syarikat. Selain daripada itu, menurut Far Eastern EconomicReview (

    FEER ) bertarikh 11 September 2003 Amerika Syarikat semakin mendapat banyak kelebihan untuk

    membanteras gerakan militan apabila Presiden Pakistan Pervez Musharaf menyokong tindakan

    ketenteraan mereka di Afghanistan. Pakistan diketahui umum merupakan sekutu rapat Amerika

    Syarikat dalam usaha kedua-dua buah negara menentang aktivit pengganas di negara tersebut dan

    Afghanistan. Walau bagaimanapun, dalam kes serbuan pasukan komando Amerika Syarikat terhadap

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    12/16

    tempat persembunyian Osama bin Laden di Abbotabbad yang membawa kepada kematian pemimpin al-

    Qaeda itu ternyata mereka bertindak sendirian. Ini berdasarkan kepada kenyataan jurucakap tentera

    Pakistan, Mejar Jeneral Athar Abbas yang kesal kerana serbuan pada bulan Mei lalu itu dibuat tanpa

    pengetahuan pihaknya walaupun tempat berkenaan hanya 50 kilometer ke timur laut ibu negara,

    Islamabad ( Berita Harian, 29 Oktober 2011). [10]

    Apa yang nyata, sikap Amerika Syarikat tidak mempedulikan negara sekutu atas kepentingan

    sendiri hanya menjejaskan usaha jangka panjang kedua pihak untuk menentang pengganas di Pakistan

    dan Afghanistan. Ini dijelaskan oleh Jeneral Athar Abbas yang merujuk kepada tindakan komando

    Amerika Syarikat membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden serta operasi pesawat kawalan jauh

    di wilayah Pakistan. Pada masa yang sama beliau turut membuat kenyataan sinis kepada pihak

    Washington dengan mengatakan bahawa ` jihad tidak berpunca dari Pakistan tetapi Amerika ` ( Berita

    Harian, 29 Oktober 2011). Selain daripada itu, beliau turut menjelaskan betapa `` tindakan ketenteraan

    sahaja buka cara terbaik menangani keganasan. Maksud saya, apabila anda hanya tahu guna penukul,

    anda akan hanya nampak paku`` ( Berita Harian, 29 Oktober 2011). Dasar Amerika Syarikat yang terus

    menggunakan taktik pesawat kawalan jauh untuk menyasarkan militan di kawasan sempadan Pakistan

    Afghanistan hanya mendatangkan kesan lebih buruk. Tindakan itu selain mencabul kedaulatan wilayah

    Pakistan turut memberi sebab lebih kuat untuk penduduk tempatan membenci Amerika Syarikat dan

    pada masa yang sama menghasilkan lebih ramai militan.

    5.5 Pengaruh Globalisasi dan Agenda Peperangan Moden

    Amerika Syarikat.

    Globalisasi atau juga disebut sebagai ` Golden Age ` merujuk kepada satu proses untuk

    meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi

    sesebuah negara. Dalam sistem globalisasi, sebagai sebuah negara unipolar dan mengamalkan

    pendirian realis dalam konteks hubungan antarabangsa, Amerika Syarikat ternyata mementingkan kuasa

    dalam setiap tindak tanduk mereka. Justeru, negara tersebut sentiasa melihat kuasa sebagai satu

    motivasi utama dalam semua kehidupan politik untuk meneruskan kesinambungan mereka di peringkat

    antarabangsa. Pada masa yang sama mereka mengandaikan bahawa kemananan itu boleh dicapai

    melalaui kuasa dan ia amat jelas dalam beberapa tindakan negara itu terhadap beberapa buah negara.Sebagai contoh kempen peperangan oleh Amerika Syarikat di bawah Presiden George W. Bush dan

    Britain pimpinan Tony Blair terhadap Iraq. Ia dianggap sebagai satu bentuk peperangan moden yang

    berlaku disebabkan oleh dakwaan Amerika Syarikat bahwa Iraq memiliki senjata pemusnah besar-

    besaran WMD ( Weapon of Mass Destructions) dan mampu mengancam keselamatan dunia.

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    13/16

    Walau bagaimanapun, kecenderungan dakwaan itu sebenarnya disebabkan Iraq pernah

    terlibat dalam beberapa peperangan di Timur Tengah seperti Perang Iran-Iraq (1980-1988) dan Perang

    Teluk (1990-1991) di antara Iraq dan Kuwait. Malahan ketika Perang Teluk berlaku, dikatakan terdapat

    penggunaan senjata kimia terlarang seperti pendedahan kepada uranium dan kecenderungan vaksin

    antraks. Justeru, senjata-senjata ini telah menjadi pertikaian kerana ia merupakan satu ancaman

    terhadap Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya serta kepentingan-kepentintang mereka yang lain.

    Sehubungan dengan itu, dalam satu ucapan bertajuk 2003 State of The Union Adress Presiden George

    W. Bush telah merangka undang-undang untuk pencerobohan terhadap Iraq. Kebimbangan ini

    ditambah lagi dengan personaliti Saddam Hussein yang bersifat autokratik dan berkemungkinan untuk

    berlakunya serangan Iraq terhadap kerajaan Amerika Syarikat serta dunia adalah tinggi. Menurut

    beberapa laporan daripada agensi pemeriksaan PBB, United nation Special Commission (UNSCOM), Iraq

    menghasilkan 600 tan metrik agen-agen kimia seperti gas mustard, VX dan sarin. Selain daripada itu

    mereka juga mendakwa bahawa Iraq mempunyai hampir 25,000 buah roket dan 15,000 buah meriam

    dengan agen kimia yang masih tidak dapat dikesan. Walau bagaimanapun pada bulan Januari 2003

    pemeriksa senjata PBB melaporkan mereka tidak menemui tanda-tanda senjata nuklear yang begitu

    aktif di Iraq seperti didakwa. Sehubungan dengan itu, beberapa orang bekas anggaota UNSCOM dan

    pemeriksa-pemeriksa senjata PBB sendiri tidak bersetuju dengan dakwaan. Ini adalah kerana Amerika

    Syarikat tidak berupaya menunjukkan bukti bahawa Iraq mempunyau simpanan uranuim atau

    plutonium untuk membolehkan negara tersebut menghasilkan senjata nuklear.

    Walaupun gagal membuktikan dakwaan tersebut, Majlis Keselamatan PBB diketuai oleh

    Amerika Syaikat telah membuat ketetapan bahawa biarpun tiada sebarang senjata ditemui tetapi Iraq

    mempunyai kebolehan serta berpotensi dalam bidang itu yang mampu mengancam keselamatan dunia.

    Justeru itu, Amerika Syarikat yang bertindak atas alasan mengekalkan keamanan dunia telahmemberikan Saddam Hussein tempoh 48 jam untuk meletakkan jawatan dan seterusnya meninggalkan

    bumi Iraq ataupun menghadapi serangan tentera pihak bersekutu. Seperti yang diduga, Saddam

    Hussein enggan berbuat demikian dan setelah berpuashati bahawa rancangan mereka untuk

    mewujudkan peperangan berjalan lancar maka pencerobohan terhadap Iraq bermula pada 20 Mac

    2003. Ia bermula apabila satu pasukan yang sebahagian besarnya terdiri daripada tentera Amerika

    Syarikat dan British serta disokong pasukan kecil daripada Australia, Denmark dan Poland menyerang

    Iraq. Walaupun cuba bertahan, ternyata pasukan Saddam Hussein gagal untuk menahan asakan

    daripada tentera pihak bersekutu yang dibekalkan dengan pelbagai peralatan perang canggih.

    Pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya telah membawa kepada kekalahan dan

    kemusnahan terhadap kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussien. Amerika Syarikat yang mengetuai

    gabungan untuk menduduki Iraq dan cuba untuk menubuhkan sebuah keraajaan demokratik yang baru,

    ternyata gagal berbuat demikian walaupun setelah bejaya menguasai hampir keseluruhan negara

    berkenaan. Kegagalan itu hanya menimbulkan kegelisahan di kalangan peduduk tempatan kerana pihak

    Amerika Syarikat ternyata tidak mampu memenuhi janji mereka untuk menyediakan persekitaran yang

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    14/16

    lebih baik berbanding ketika di bawah Saddam Hussein. Kegagalan itu telah menimbulkan sentimen

    membenci pihak Amerika Syarikat kerana mereka berpendapat tidak ada bezanya rejim Saddah Hussein

    dengan pemerintahan yang ada sekarang. Malahan ada yang berpendapat era Saddam Hussein adalah

    lebih baik kerana penduduk dapat keluar dengan aman menjalankan aktiviti harian berbanding suasana

    sekarang yang penuh pergolakan.

    Kenyataan tersebut mungkin ada benarnya kerana selain daripada menghadapi sentimen anti

    Amerika, mereka juga terpaksa menghadapi peperangan kecil dengan kumpulan pemberontak yang

    terdiri daripada penduduk tempatan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan perang saudara yang berlaku

    di antara kumpulan Sunni dengan rakyat Iraqshia serta beberapa siri serangan terhadap tentera Amerika

    Syarikat oleh pihak Al-Qaeda di Iraq. Hasilnya telah membawa kepada kegagalan untuk memulihkan

    pemerintahan di Iraq menyebabkan sebahagian besar negara-negara gabungan telah menarik balik

    pasukan tentera masing-masing. Selepas pencerobohan itu, ternyata tiada sebarang senjata nuklear

    dijumpai seperti yang didakwa oleh Amerika Syarikat. Jelasnya, Amerika Syarikat telah menggunakan

    pengaruh sebagai kuasa besar terhadap Majlis Keselamatan PBB untuk meluluskan pencerobohan

    terhadap Iraq. Apa yang nyata, pencerobohan terhadap Iraq bukanlah atas tujuan menghapuskan

    senjata pemusnah yangdidakwa dimiliki oleh negara itu dan menjatuhkan rejim Saddam Hussein, tetapi

    sebaliknya untuk membolehkan Amerika Syarikat bertapak di Timur Tengah. Kejatuhan Saddaam

    Hussein sebenarnya memberi peluang kepada Amerika Syarikat untuk melebarkan pengaruh mereka di

    kawasan tersebut seperti mana yang dilakukan terhadap beberapa buah negara seperti Arab Saudi,

    Kuwait, Sudan dan Syria. Selain daripada itu, menurut Sity Daud dan Zarina Othman (2005) ketiadaan

    penentang di Timur Tengah seperti Iraq telah menyebabkan penguasaan ekonomi terutamanya

    petroleum dapat dikuasai walaupun tidak secara keseluruhan tetapi ia sudah cukup bagi Amerika

    Syarikat untuk menjaga kepentingan negaranya. [11]

    5.6 Dasar Amerika Syarikat Terhadap Isu Palestin dan

    Keganasan Israel.

    Walaupun Amerika Syarikat jelas menguasai pentas politik dunia dalam isu memerangi keganasan

    terutama yang melibatkan umat Islam. Namun begitu, satu persoalan yang menjadi fokus ialah

    mengapa tindakan negara Uncle Sam itu menjajah dan menceroboh beberapa buah negara sepertiNicaragua, Somalia, Sudan, Kuwait, Libya, Vietnam, Iran dan Iraq tidak pula dianggap sebagai pengganas

    antarbangsa. Pada masa yang sama, amat jelas betapa organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan

    Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikuasai oleh Amerika Syarikat hanya berdiam diri dan tidak

    membuat sebarang tindakan tegas untuk menyekat perbuatan ganas Israel terhadap umat Islam Palestin

    sejak sekian lama. Dalam isu Israel ini, Amerika Syarikat kelihatan teragak-agak untuk membuat

    ketetapan mengecam negara tersebut seperti dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kem

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    15/16

    pelarian Sabra dan Shatila. Agensi PBB seperti Suruhanjaya Mengenai Orang Pelarian (UNHCR) ketika itu

    seperti membiarkan sahaja tindak-tanduk Israel menzalimi dan membunuh orang-orang Palestin di

    bumu mereka sendiri.

    Krisis di Palestin ini terus berlarutan dan masyarakat dunia terutama Amerika Syarikat yang

    menjadi satu-satunya kuasa besar tidak mampu menghalang pembinaan tembok keselamatan yang

    dibina oleh pihak Israel. Pada masa yang sama pembunuhan secara terbuka pihak Israel terhadap

    penduduk awam Israel terus berlaku walaupun pelbagai perjanjian damai telah ditandatangani di

    seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, pihak barat terutamanya Amerika Syarikat tidak wajar

    mempersalahkan tindakan kumpulan jihad Islam, Hamas dan Hizbullah untuk bertindakbalas terhadap

    militan Israel di atas kezaliman tersebut. Malah bekas pemimpin utama pergerakan Hamas yang

    berpangkalan di Bandaraya Gaza iaitu allahyarham Sheikh Ahmad Yassin pernah menyimpulkan bahawa

    tindakan Amerika Syarikat melakukan pencerobohan serta peperangan adalah merupaka tindakan

    berterusan untuk memusuhi dunia Islam ( TIME, 24 Mac 2003 ).

    6.0 KESIMPULAN

    Jelas, perkembangan politik dunia pasca Perang Dingin adalah dikuasai oleh Amerika Syarikat

    selaku kuasa besar yang tunggal dan dominasi mereka dalam pelbagai isu antarabangsa memang tidak

    dapat dinafikan. Malahan, menurut Kassim Thukiman dan Prof. Madya Dr. Durrishah Idrus di dalam

    Jurnal Kemanusiaan bertajuk Keganasa Antarabangsa : Suatu Tinjauan Awal berpendapat bahawa pada

    masa kini, dunia antarabangsa kelihatan menumpukan secara mutlak apa sahaja dasar yang diputuskan

    oleh kepimpinan Rumah Putih dan PENTAGON. Walau bagaimanapun dasar luar Washington yang

    agresif dan bersifat militer terutama selepas tragedi 11 September 2011 hanya banyak mengundang

    lebih banyak keganasan berleluasa. Misi kemananan yang sering dilaung-laungkan ternyata bersifat

    serampang dua mata. Mereka menaja bantuan kemanusiaan tetapi pada masa yang sama cuba

    campurtangan dalam pergolakan dalaman negara-negara tertentu dan Justeru bagi sesetengah negara,

    rakyatnya merasa berkewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara mereka

    lantas bertindak balas terhadap dasar luar tersebut. Keadaan inilah yang menyebabkan misi keamanan

    di beberapa buah negara menjadi sebaliknya apabila penduduk tempatan bangun untuk memberontak

    menentang dasar campurtangan tersebut.

    [1] Almond, Gabriel A & Powell Jr, G. Bingham. 1996. Comparative Politics Today : A World View. Edisi

    Keenam. Harper Collins.hal.792

  • 8/10/2019 Politik Amerika

    16/16

    [2] Donalson G.A. 2003. American Foreign Policy; The Twentieth Century in Documents. New York.

    Pearson Education Inc.hal.87

    [3] Berman, Larry & Murphy, Barry Allen. 1996. Approaching Democracy. New York. Prentice

    Hall.hal.613

    [4] William Blum. 2007. Negara Samseng. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad..

    Hal xIii

    [5] Samuel Huntington. 1999. The Lonely Superpower; Foreign Affairs.hal 35

    [6] G.John Ikenberry, Michael Mastanduno dan William C, Wohlforth.2009.Unipolarity,State Behavior

    and Systemic Consequences. Worl Politics. Hal 1

    [7] Panikkar.K.M.1993. Asia and Western Dominance. Kuala Lumpur. The Others Press

    [8] Rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Konflik_Darfur. 20.11.2011

    [9] Kassim Thukiman dan Dr. Durrishah Idrus. 2003. Keganasan Antarabangsa; Suatu Tinjauan Awal

    dalam Jurnal Kemanusian.

    [10] Berita harian. 29 Oktober 2011

    [11] Sity Daud dan Zarina Othman. 2005.Politik dan Keselamatan. Bangi. UKM