Portal Utusan TRIAL UPSR

download Portal Utusan TRIAL UPSR

of 13

Transcript of Portal Utusan TRIAL UPSR

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    1/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 1

    SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSRBAHASA MALAYSIA (SET 1)

    Kertas 1

    Masa : Lima puluh minit

    Arahan Am: Tia p -t ia p soa la n d iikutitiga p iliha n ja wa p a nA, B, da nC a t a u empatp iliha n ja w a p a nA, B, C, d a nD. An ta ranya , ad a sa tu ja wa pa n

    sa ha ja ya ng b etu l . Pilih ja w a p a n itu,

    Soalan 1 hingga Soalan 17Isi temp a t kosong d eng an jaw ap a n yangpaling sesuai.

    1. Bagaimana keadaan adik _____________ yang sakit itu, Sarah?Saya harap ____________ akan cepat sembuh, kata Cikgu Asri.

    A. kitakamuB. kamikalianC. kamudiaD. merekabeliau

    Soalan 2be rd asa rka n gam ba r d i ba wa h .

    2. Kami diminta oleh Cikgu Zainal _________________ tangan semasalatihan senaman itu.

    A. menjulurkanB. mengangkatC. mendepakanD. menghulurkan

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    2/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 2

    3. Puan Lian ________________ berbual dengan jirannya sehingga tidaksedar bahawa anak kec ilnya sedang menangis.

    A. lancarB. petah

    C.hebatD. rancak

    4. Suasana di tapak pesta itu amat __________________ dengankehadiran para pengunjung.

    A. sesatB. sesakC.semak

    D. sendat

    5. _________________ minggu lalu, saya sekeluarga bercuti _____________Pulau Langkawi selama tiga hari.

    A. DidariB. SejakkeC. PadadiD. Darihingga

    6. Mak Siti memerah pakaian yang basah itu _______________menyidainya di ampaian.

    A. laluB. sambilC. keranaD. malahan

    7. _____________________ kejadian itu, hubungan Adi dan Radzi semakinrenggang.

    A. SambilB. SemenjakC.SekiranyaD. Sementara

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    3/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 3

    Soalan 8be rd asa rka n gam ba r d i ba wa h .

    8. Puan Siti Haida berasa cemas apabila menyedari bahawa adaseorang lelaki sedang ____________________nya.

    A. menjejakiB. mengekoriC.mengiringiD.menyaingi

    9. Kita _________________ berhati-hati semasa berada di jalan raya____________________ mengelakkan kemalangan.

    A. perluuntukB. harusnescayaC. bolehsemogaD. dapatsupaya

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    4/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 4

    Soalan 10b erd asa rkan ga mb a r d i b aw ah .

    10. Budak itu __________________ apabila kehendaknya tidak dituruti olehibunya.

    A. seragamB. beragamC.meragamD.meragamkan

    11. Encik Musa dinasihati oleh ketuanya supaya tidak

    ____________________ antara urusan pejabat dengan masalahperibadinya.

    A. mengemaskinikanB. menyatupadukanC. mencampuradukkanD. menggabungjalinkan

    12. Puan Saida membeli senaskhah majalah Wanita _______________

    bulan Ogos.

    A. keluarB. keluaranC. terkeluarD. pengeluaran

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    5/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 5

    13. Sebelum majlis bermula, keadaan di dalam dewan itu ______________dengan suara para peserta yang berbual sesama sendiri.

    A. kacau-bilauB. kucar-kacir

    C. hiruk-pikukD. huru-hara

    14. Hazmi ___________________ membuka pintu rumah apabila terdengarnamanya dipanggil orang.

    A. terikut-ikutB. tergesa-gesaC. terbawa-bawaD. terpinga-pinga

    15. Kejayaan anak Pak Mail dalam pertandingan pidato peringkatkebangsaan menjadi _________________ penduduk kampung.

    A. buah mulutB. berat mulutC. perang mulutD. banyak mulut

    16. Ibu berpesan kepada ayah supaya membelikannya dua______________ roti dan se ______________ sayur bayam.

    A. bukuikatB. bijibatangC. butirbentukD. kepinghelai

    17. J angan percaya _________________ cakap orang yang lidah

    bercabang itu, kata Ayu kepada adiknya.

    A. awal-awalB. bulat-bulatC.cepat-cepatD.benar-benar

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    6/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 6

    18. Penduduk kampung membantah cadangan pembinaan lojikumbahan najis di kampung itu.Perkataan seertibagi membantah ialah

    A. menyerang

    B. menghalauC. menentangD. memberontak

    19. Masalah kewangan yang dihadapinya cukup merunsingkanfikirannya.Perkataan berlawanbagi merunsingkan ialah

    A. meyakinkanB. menyatakanC. menerangkanD. menenangkan

    Soalan 20 hingga Soalan 22

    Pilih a yat -a ya t yang m eng guna kanperkataan bergarisd e n g a n betul.

    20. I Walaupun budak itu kec il, tetapi akalnya tajam.II J alan menuju ke puncak bukit itu sangat tajam.III Orang buta biasanya mempunyai pendengaran yang tajam.IV J ari kakak luka kerana terkena mata pisau yang tajam itu.

    A. I dan II sahajaB. I dan III sahajaC. I, II dan III sahajaD. I, III, dan IV sahaja

    21. I. Pada minggu lepas, saya mengunjungi pameran buku diKuala Lumpur.

    II. Lepas makan jangan lupa cuci pinggan, pesan ibukepada kakak.

    III. Kapal terbang itu sudah lepas ke Pulau Pinang.IV. Abang saya merupakan graduan lepas Universiti Malaya.

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    7/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 7

    A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. I, II, dan III sahajaD. I, III dan IV sahaja

    22. I. Beberapa keping biskut di dalam bekas itu telah hancur.II. Harapan Said hancur apabila permohonan pinjamannya

    ditolak oleh pihak bank.III. Ibu menumbuk cili itu hingga hancur.IV. Suara peserta pertandingan nyanyian itu hancur.

    A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. I, II, dan III sahaja

    D. I, III dan IV sahaja

    23. Pilihjawapan yang sesua i b ag i aya t tanya d i b aw ah .Apakah punca yang menyebabkan projek perumahan ituterbengkalai?

    A. Pihak pemaju akan disaman oleh para pembeli.B. Para pembeli mengadukan masalah itu kepada pihak berkuasa.C. Pihak pemaju gagal mengurus projek itu dengan baik.D. Projek perumahan itu akan disambung oleh pemaju yang lain.

    24. Pilihayat tanyayang sesua i ba g i aya t d i ba wa h.Persembahan dikir barat diadakan selepas persembahan drama.

    A. Apakah acara yang dipersembahkan?B. Mengapakah persembahan dikir barat diadakan?C. Bilakah persembahan dikir barat diadakan?D. Di manakah persembahan dikir barat diadakan?

    Soalan 25 dan Soalan 26Pilih a ya t ya ngsama maksudd e n g a n ayat yang diberi.

    25. Wah, besarnya! Sabri menjerit apabila melihat seekor ikanmelompat di dalam tasik.

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    8/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 8

    A. Sabri melompat kegembiraan apabila ternampak seekor ikanyang besar di dalam tasik.

    B. Sabri gembira apabila ikan besar yang dijeritnya melompat didalam tasik.

    C. Sabri berteriak kerana berasa kagum apabila melihat seekor

    ikan besar melompat di dalam tasik.D. Sabri terkejut apabila seekor ikan melompat di dalam sebuah

    tasik yang besar.

    26. Affendi sudah membuat keputusan untuk tidak berharap padasesiapa lagi.

    A. Affendi berharap agar dia tidak akan membuat keputusan untuksesiapa lagi.

    B. Affendi telah mengambil keputusan untuk tidak bergantung padaorang lain.C.Sesiapa yang telah membuat keputusan perlu berharap pada

    Affendi.D. Keputusan yang dibuat oleh Affendi tidak mengharapkan sesiapa

    lagi.

    Soalan 27 hingga Soalan 30Pilih aya t yangbetul.

    27. A. Setengah orang tidak suka membaca akhbar.B. Kakak merajuk bila ditegur oleh ibu.C. Burung itu dikandang di da lam sangkar.D. Anggota polis sering meronda di kawasan itu.

    28. A. Azmi mengambil ayahnya segelas air.B. Pemburu itu membawa sebatang senapang.C.Tayar basikal Amin pancit kerana terkena paku.D. Di waktu malam, kami tidak dibenarkan ke kawasan itu.

    29. I Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara.II Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu.III Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.IV Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    9/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 9

    A. I dan IV sahajaB. II dan III sahajaC. III dan IV sahajaD. II, III, dan IV sahaja

    30. I. Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam.II. Masa yang diperuntukkan kepada kami terlalu singkat.III. Sekolah di kawasan pendalaman itu masih banyak

    kekurangannya.IV. Pesta jualan murah itu diadakan selama sebulan.

    A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. II dan IV sahaja

    D. I, IIII, dan IV sahaja

    Soalan 31hingga Soalan 35Ba c a p et ika n d i b a wa h, kemud ia n ja wa b soa la n-soa la n yang b eriku tnya .

    9:00 pagiAyah dan atuk masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapaorang penduduk kampung turut berada di situ untuk membantu merekamemasak rendang. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin di bilikpengantin. Aku dan Ramli sedang mencuba-cuba mikrofon dan

    pembesar suara yang disewa daripada Pak Cik Mahat.

    9:45 pagiNasi minyak serta lauk-pauk siap dimasak. Lagu Selamat Pengantin Barumula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalinpakaian. Atuk mengarahkan aku dan Ramli mengemaskan kerusi meja dibangsal tetamu.

    10:15 pagiSanak saudara terdekat mula tiba. Masing-masing membawa hadiah

    untuk Kak Long. Kumpulan Kompang Sinar Bahagia tiba dengan segalaperalatan mereka.

    11:30 pagi

    Para tetamu memenuhi kedua-dua buah bangsal yang disediakan. Ayaht ida k c ukup tang a nmelayan saudara-mara dan sahabat-handai. Aku,Ramli dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkanmakanan.

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    10/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 10

    12:00 tengah hari

    Rombongan pengantin tiba. Ketibaan mereka disambut dengan paluankompang dan pencak silat.

    31. Apakah yang dilakukan oleh ayah dan atuk pada pukul 9:00 pagi?

    A. mencuci kawahB. menghias pelaminC. memasak lauk-paukD. menghidangkan makanan

    32. Siapakah yang melangsungkan perkahwinan?

    A. akuB. RamliC. kakak akuD. Pak Cik Mahat

    33. Yang berikut dilakukan oleh aku kecuali

    A. menghidangkan makanan.B. menguji sistem pembesar suara.C.mengemaskan meja dan kerusi.

    D. menyambut rombongan pengantin.

    34. Rangkai kata t id ak cukup ta nga nbermaksud

    A. sangat gembira.B. sentiasa mesra.C. terlalu sibuk.D. ggak malu.

    35. Yang berikut benar tentang petikan kecuali

    A. majlis itu dimeriahkan oleh Kumpulan Kompang Sinar Bahagia.B. rombongan pengantin tiba pada waktu tengah hari.C.ayah aku begitu sibuk melayan para tetamu yang datang.D. aku: merupakan anak sulung dalam keluarganya.

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    11/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 11

    Soalan 36hingga Soalan 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan PegawaiPendidikan Daerah, Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, guru-guru, para

    ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Sayamengucapkan terima kasih kepada semua jemputan dan ibu bapa yangdapat hadir pada petang ini. Pertama sekali saya memohon maafkerana Majlis Anugerah Cemerlang ini telah ditunda beberapa kali. Hal Inidisebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana akhirnya majlis ini dapatdiadakan.

    Para hadirin sekalian,Sepanjang tahun ini Sekolah Kebangsaan Desa Cemara telah

    mencapai banyak kejayaan sama ada dalam bidang akademikmahupun kokurikulum. Dalam Peperiksaan UPSR 2007, sebanyak 16 orangmurid telah mendapat 5 A. Hal ini merupakan suatu kejayaan yang besarkerana sejak tiga tahun sebelum itu pencapaian sekolah tidak begitumemberangsangkan.

    Dalam bidang kokurikulum juga, sekolah ini telah mencapaikejayaan yang membanggakan. Kita telah menyertai empat acarapermainan, iaitu bola sepak, bola jaring, badminton serta bola baling.Dalam permainan bola jaring dan badminton, pasukan lelaki kita telahberjaya menjadi johan di peringkat daerah, manakala dalam permainanbola sepak dan bola baling pula kita telah berjaya mendapat tempat

    kedua di peringkat zon. Sementara itu, dalam pertandingan PidatoDiraja, wakil sekolah kita telah berjaya ke peringkat negeri. Sekolah jugaturut mengambil bahagian dalam pertandingan Kuiz Kesihatan peringkatdaerah dan berjaya menduduki tempat ketiga. Sesungguhnya, kejayaanyang dicapai itu merupakan hasil usaha dan kesungguhan murid-muridberlatih di samping tunjuk ajar dan bimbingan guru-guru di sekolah ini.

    Para hadirin sekalian,Seperti mana yang telah kita ketahui, hari ini merupakan hari yang

    amat bermakna kepada semua murid yang berjaya dalam peperiksaan

    akhir tahun baru-baru ini. Pada hari ini, kecemerlangan mereka dalampelajaran akan dihargai. Kepada murid-murid yang tidak berjaya, janganberputus asa. Jadikan ini sebagai ikt ibarpada masa akan datang. Akhirkata, selamat maju jaya kepada semua.

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    12/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 12

    36. Ucapan di atas disampaikan oleh

    A. Guru BesarB. Ketua DarjahC. Ketua Pengawas

    D. Pegawai Pendidikan Daerah

    37. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk

    A. memberikan anugerah kepada murid yang cemerlang dalampelajaran.

    B. memberikan penghargaan kepada guru yang banyak berjasa.C. menyampaikan anugerah kepada murid yang berjaya dalam

    acara sukan.D. memberikan penghargaan kepada wakil Pertandingan Pidato

    Diraja.

    38. Kali terakhir Sekolah Kebangsaan Desa Cemara mencapai kecemerlangandalam UPSR ialah pada tahun

    A. 1998.B. 2000.C.2003.D. 2006.

    39. Perkataan ik t ibardalam petikan di atas membawa maksud

    A. ikutan.B. teladanC.panduan.D. pedoman.

    40. Pernyataan yang berikut benar tentang kejayaan SekolahKebangsaan Desa Cemara kecuali

    A. wakil Pidato Diraja berjaya ke peringkat negeri.

    B. penyertaan pasukan bola sepak hanya di peringkat zon sahaja.C. pasukan badminton lelaki lebih berjaya daripada pasukan

    badminton perempuan.D. pencapaian murid dalam UPSR 2006 lebih baik daripada

    pencapaian murid dalam UPDR 2007.

    - KERTAS SOALAN TAMAT -

  • 7/27/2019 Portal Utusan TRIAL UPSR

    13/13

    Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta TerpeliharaUtusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 13

    Jawapan

    Kertas 1

    1. C

    2. C3. D4. B5. C6. A7. B8. B9. A10.C

    11.C

    12.B13.C14.B15.A16.A17.B18.C19.D20.D

    21.A

    22.C23.C24.C25.C26.B27.D28.C29.B30.C

    31.C

    32.C33.D34.C35.D36.A37.A38.C39.B40.D