Portfolio PBS Unit Praktikum
-
Upload
siti-rozita -
Category
Documents
-
view
2.773 -
download
101
Transcript of Portfolio PBS Unit Praktikum
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
1/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
1
1.0 BIODATA
1.1 NAMA : SITI ROZITA BINTI DAN
1.2 NO. K/P : 840328-08-5952
1.3 MAJOR : PENDIDIKAN SENI VISUAL
AMBILAN : AMBILAN KHAS DISEMBER 2011
1.4 TARIKH PBS : 6 -16 OGOS 2012
1.5
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
2/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
2
2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL
2.1 Sebelum PBS
Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami
telah menerima taklimat berkaitan dengan PBS daripada En. Ismail selaku
pensyarah penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami
diadakan di Dewan Seri Budiman IPTHO. Ini merupakan kali pertama kami guru-guru
pelatih semester 2 DPLI-PSV-SR menjalankan PBS. Program ini adalah bertujuan
untuk memberi kefahaman kepada guru-guru pelatih tentang alam persekolahan dan
juga memahami perspektif seorang guru.
Menerusi program ini, kami dapat melihat melalui pemerhatian, penelitian
dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik
darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah
institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan
secara teori dan amali dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani
program PBS, guru-guru pelatih akan dapat memahami bagaimana proses
mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah
mentadbir sekolah.
Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman
kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan di sekolah dan di dalam bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan
untuk memberi pendedahan awal tentang pengajaran dan pembelajaran murid, dan
membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran
pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berkomunikasi
dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara
objektif PBS.
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
3/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
3
Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul
maklumat tentang peranan dan tanggungjawab Panitia Pendidikan Seni Visual,
kaedah dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran pendidikan
seni visual dan maklumat yang berkaitan pengurusan bilik darjah dan pengurusan
murid. Di samping itu, dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran
berfikir secara kritis dan analitikal dalam merancang dan melaksanakan sebarang
aktiviti di sekolah dan ketika bersama murid. PBS membolehkan guru pelatih
membina sikap positif terhadap profesion keguruan, memberikan juga semangat
untuk menjalankan tugas sebagai guru akan datang dan guru pelatih dapat belajar
menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja yang berlandaskan
perkhidmatan.
Di akhir tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan
tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk
perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ini, kami dikehendaki
membuat PBS selama dua minggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS
mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di
kampung halaman masing-masing. Saya memilih untuk menjalankan PBS di
kampung halaman dan memilih sekolah di mana sekolah ini merupakan sekolah
rendah saya pada tahun 1991 hingga 1996 iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
Baroh, selekoh yang terletak di negeri Perak. Walau bagaimana pun, sebelum ini
saya telah mempunyai pengalaman selama 2 tahun sebagai guru GSTT di Sekolah
Menengah Kebangsaan Batu Muda, Sentul di Kuala Lumpur dan saya tidak
mengalami sebarang permasalahan dari segi menyesuaikan diri dengan keadaan
persekolahan. Namun begitu, PBS ini amat penting untuk saya kerana ini adalah
pengalaman pertama saya di sekolah rendah. Oleh itu, tidak menjadi masalah jika
saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di kawasan luar
bandar.
Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami
serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu
menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan-bahan bantu mengajar
untuk tugasan bagi kursus Aspek Pedagogi Dalam PSV dan juga tugasan bagi kerja
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
4/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
4
kursus Psikologi Pendidikan serta tugasan PBS. Menerusi ke semua tugasan yang
kami perolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang ada selama dua minggu
untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut.
Selain itu, saya juga dikehendaki menyelesaikan soalan tugasan yang telah
ditetapkan oleh pihak institut. Soalan tersebut mengkehendaki saya melihat
bagaimana perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran
pembelajaran, bagaimana murid dapat dilibatkan dalam aktiviti perbincangan,
bagaimana pengukuhan terhadap setiap isi pengajaran dilaksanakan, bagaimana
cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid, bagaimana murid
digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan, bagaimana guru
menangani gangguan luar jangkaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berjalan, bagaimana guru menangani masalah tingkah laku murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, adakah aktiviti berkumpulan dijalankan di
dalam kelas oleh guru-guru sedia ada dan jika ada, bagaimana aktiviti kumpulan
diuruskan dan dijalankan dan bagaimana sesi pengajaran dan pembelajaran
ditamatkan.
Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Ayer Limau bermula
dari 6.08.2012 sehingga 16.08.2012. Saya harap saya dapat menjalankannya
dengan sebaik mungkin. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih
dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut.
2.2 Semasa PBS
Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah
melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya
telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah, murid-murid dan kakitangan-
kakitangan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang berkarisma
dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.
Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar, Penolong Kanan 1,Penolong kanan
Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
5/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
5
seorang guru perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya
adalah guru wanita.
Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian
mengenai pengurusan bilik darjah termasuklah kaedah dan strategi yang dijalankan
oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, dengan kerjasama
dari guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual tahun 3 dan pihak sekolah, saya
dapat memasuki kelas tahun 3 dan membuat pemerhatian sepenuhnya terhadap
pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Guru tersebut juga merupakan guru
kelas dan guru matapelajaran bahasa melayu saya dari ketika saya berusia 7 tahun
sehingga 12 tahun. Setiap darjah atau tahun hanya mempunyai 1 kelas, dari tahun 1
sehingga tahun 6 dan termasuk juga prasekolah yang mempunyai 1 kelas sahaja.
Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang
berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya
turut menemubual guru kelas tahap dua, guru-guru bagi matapelajaran lain serta
guru penanda kertas peperiksaan UPSR bagi menjawab soalan yang terdapat dalam
tugasan tersebut. Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan
Psikologi Pendidikan EDM2203 dan Pendekatan Pengajaran Literasi LNP2202W.
2.3 Selepas PBS
Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah mengumpul
dan mengemaskini maklumat-maklumat yang telah saya perolehi dan kumpulkan
semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai
beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa
hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan
berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat
daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya dan komunikasi yang betul dan
berkesan dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan
dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya dan komunikasi yang baik
dengan guru-guru dan kakitangan di sekolah, saya telah berjaya perolehi ini pelbagai
maklumat dan pelbagai input, justeru itu dapat saya simpulkan bahawa apabila kita
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
6/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
6
menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat
penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya.
Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa
dengan Guru Besar iaitu Encik Ramli bin Bajuri, banyak nasihat yang diberikan
kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu
anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut
mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang
berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Nasihat beliau,
seorang yang kedekut ilmu, seorang yang sangat rugi sebenarnya. Di samping itu,
beliau turut mengingatkan saya, walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman,
janganlah menganggap semua itu sebagai beban, jadikanlah ia sebagai satu ibadah
kita sesama manusia.
Guru besar juga telah melantik GPK Pentadbiran iaitu Puan Rubaiah Adawiah
binti Tahir selaku mentor saya sepanjang saya menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah, beliau juga merupakan guru yang mengajar saya matapelajaran Pendidikan
Islam ketika saya berada di tahun 1 sehingga 6 pada tahun 1991 hingga 1997.
Mentor saya amat banyak membantu saya dalam mendapatkan maklumat dan input-
input berkaitan pengurusan sekolah dan memberikan keizinan untuk saya membuat
pemerhatian di dalam kelas-kelas yang dipilih. Beliau juga banyak memberikan
nasihat yang sangat berguna kepada saya untuk saya jadikan bekalan dalam meniti
dan mengharungi hari-hari mendatang sebagai seorang pendidik dan juga tidak
kedekut dalam berkongsi ilmu dan pengalaman beliau yang sangat lama dalam
bidang pendidikan.
Selain itu, saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah
serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina
perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani, Intelek, Rohani, Emosi
mahupun Intelek. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik
dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid. Murid-murid akan
merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar.
Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
7/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
7
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemudahan yang
tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.
Tambahan lagi, ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan
menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Keadaan
kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil
akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Guru-guru yang
masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam
ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai. Berdasarkan
pemerhatian saya, susunatur tempat duduk di dalam bilik darjah di sekolah ini sangat
memuaskan dan sangat selesa dengan purata bilangan murid yang sedikit.
2.4 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus
Semasa menjalankan PBS selama dua minggu, saya telah melaksanakan
beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak
tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan
komuniti di sekolah sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan
sepanjang tempoh PBS di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh
Bil. Tarikh Tindakan
1. 7 Ogos
2012
(Selasa)
- Melapor diri melalui Guru Besar
- Guru Besar meminta berjumpa dengan GPK
Pentadbiran
- Menghadiri perhimpunan rasmi
- Program Ihya Ramadhan (Ifthar Jamaie dan Bacaan
Yasin)
- Mesyuarat pagi setiap minggu pada hari selasa
- GPK Pentadbiran memperkenalkan saya kepada guru-
guru dan staf sekolah.
- GPK membawa saya berjumpa dengan guru Panitia
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
8/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
8
Pendidikan Seni Visual untuk membimbing.
- GPK Pentadbiran selaku mentor menunjukkan tempat
duduk saya di dalam bilik guru.
2. 8 Ogos
2012
(Rabu)
- Menghadiri perhimpunan tidak rasmi
- Program Ihya Ramadhan (Ifthar Jamaie dan Bacaan
Yasin)
- Mengambil gambar perjalanan sekolah
- Membuat pemerhatian kepada keadaan persekitaran
sekolah
- Mendapatkan buku pengurusan sekolah dan takwim
tahun 2012 melalui GPK Pentadbiran.
- Mengumpul maklumat sekolah
Sejarah
Carta organisasi
Kemudahan
- Mendapatkan maklumat sekolah selanjutnya dengan
guru data emis
- Mengambil gambar persekitaran sekolah
3. 9 Ogos
2012
(Khamis)
- Menghadiri perhimpunan tidak rasmi
- Program Ihya Ramadhan (Tadarus Al-Quran)
- Mendapatkan maklumat mengenai maklumat pusat
sumber sekolah dan juga bilik BBM dari GPK
Pentadbiran
- Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di semua
kelas termasuk kelas prasekolah.
4. 10 Ogos
2012
(Jumaat)
- Menghadiri perhimpunan tidak rasmi
- Bacaan yasin
- Menemuramah pelajar berkaitan dengan aktiviti yang
dijalankan.
- Mengemaskini laporan dan maklumat
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
9/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
9
6. 13 Ogos
2012
(Isnin)
- Menghadiri perhimpunan rasmi
- Majlis Perasmian Minggu Bahasa Inggeris
- Program Ihya Ramadhan (Khatam Al-Quran)
- Melihat perjalanan dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran murid tahun 3 bagi subjek Pendidikan
Seni Visual
- Menemuramah Panitia Pendidikan Seni Visual
- Melihat fail-fail Panitia Pendidikan Seni Visual
- Menemuramah GPK Ko-kurikulum
- Menemuramah GPK HEM
7. 14 Ogos
2012
(Selasa)
- Menghadiri perhimpunan rasmi
- Program Ihya Ramadhan (Khatam Al-Quran)
- Mengemaskini laporan dan maklumat
- Melihat persekitaran murid di dalam perpustakaan.
- Menemubual murid.
- Menebual guru LINUS bagi tugasan Pendekatan
Pengajaran Literasi dan mendapatkan maklumat yang
berkaitan
- Memerhatikan keadaan dan di bilik komputer dan
menebual juruteknik yang menjaga bilik komputer
8. 15 Ogos
2012
(Rabu)
- Menghadiri perhimpunan rasmi
- Program Ihya Ramadhan (Tadarus Al-Quran)
- Mesyuarat dan taklimat mengenai sumbangan anak
yatim dan juga pelajar miskin sempena Hari Raya
- Mengambil rekod pelajar untuk dijadikan kajian bagi
tugasan psikologi pendidikan.
9. 16 Ogos
2012
(Khamis)
- Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai bagi tahun 6
sempena Program Ihya Ramadhan
- Program sumbangan duit raya serta sumbangan anak
yatim
- Ucapan khas dari saya untuk pelajar-pelajar SK
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
10/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
10
Sungai Tiang Baroh
- Menyerahkan lampiran sahsiah kepada Guru Besar
- Berjumpa dengan GPK Pentadbiran berkaitan struktur
organisasi sekolah.
- Bersalam-salaman sesama guru dan murid
Catatan :.
2.5 Penilaian dan Laporan
Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani
bermula dari 7 Ogos 2012 hingga 16 Ogos 2012 banyak memberi pengetahuan dan
pengalaman baru kepada saya. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang
Baroh, Selekoh Perak. Seperti yang kita semua tahu, sekolah merupakan satu
institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam kelompok
masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya menumpukan
kepada aspek intelek sahaja, malahan ia merangkumi pelbagai aspek seperti
jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis akan dapat
dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam
persekolahan di sekolah rendah berbanding sebelum ini saya hanya mempunyai dan
merasai pengalaman di sekolah menengah sahaja dan saya hanya mempelajari
mengenai sekolah dalam teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman
menjalani tugasan ini tidak mungkin dilupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah
menjadi seorang murid sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru
pelatih. Perasaan yang dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah
dahulu. Pengalaman yang dilalui semasa menjalani PBS yang pertama kalinya ini
banyak mengajar saya supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah.
Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan
para guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai
contohnya, saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas dan
dapat merekodnya pada satu masa yang penuh untuk kelas tahun 3 subjek
Pendidikan Seni Visual. Pendekatan yang digunakan para guru juga berbeza
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
11/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
11
mengikut kepintaran murid kerana murid tidak mempunyai minda yang sama
walaupun mereka sebaya dan juga saya dapat melihat strategi guru berkomunikasi
dengan murid dan menarik minat murid dengan pelbagai cara. Saya juga dapat
mengetahui peranan kakitangan dan bahagian pihak pentadbiran sekolah dalam
memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik. Sebagai contohnya, seorang
guru besar berperanan penting dalam mencorakkan masa depan sekolah. Usaha ini
tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari semua pihak.
Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas
yang merupaka faktor paling penting sebelum dan semasa guru sedang mengajar.
Berdasarkan pemerhatian saya, pengawalan kelas bagi guru-guru di sekolah ini tidak
berapa sukar kerana kerana purata saiz kelas di sekolah ini ialah sebanyak 19
orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan terhadap murid-murid
yang berada di kerusi belakang. Dalam melunaskan tugasan PBS, saya perlu
mengumpulkan data mengenai sekolah. Data yang telah dikumpul akan direkodkan
dalam senarai semak yang telah dibekalkan oleh pihak Institut. Berdasarkan aktiviti
pengumpulan data ini, tugasan ini melatih saya supaya lebih bersikap proaktif, kreatif
dan kritis. Data-data yang ingin dikumpul termasuklah mengenai organisasi sekolah,
prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan di sekolah perlu diperolehi
daripada individu-individu tertentu di sekolah dan mengajar saya cara untuk
mendapatkan data tersebut dengan menggunakan kemahiran komunikasi yang baik
terhadap mereka. Hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya mengenai
apa yang sewajarnya ada dalam satu sekolah.
Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan
sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi
perbincangan yang dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka
terutamanya dalam bidang pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian saya
ke atas murid-murid. Melalui temubual ini juga, dapat melatih saya supaya bersikap
berani dan kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.
Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak
membina sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
12/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
12
tugasan ini, kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman
bagi memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai
seorang guru kelak.
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
13/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
13
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN
3.1 Pemerhatian
Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa
kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui
pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara
keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah tidak berapa
sempurna dan selesa tetapi masih mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu, pihak pentadbiran sekolah tetap
berusaha untuk membuat penambahbaikan terhadap prasarana sekolah.
Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah dan landskap sekolah yang
hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur
bangunan yang lama. Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk
mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di
persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-
dinding sekolah tetapi masih lagi tidak menarik dan memberikan keceriaan, banyak
yang perlu ditambahbaik dari segi keceriaan di sudut-sudut ilmu dan dinding sekolah.
Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan
pembelajaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Saya perhatikan guru-
guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi dan semangat ingin menarik perhatian
murid-murid. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu pengajaran dan
pembelajaran tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang
digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di
bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
3.2 Temu Bual
Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini.
Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru
penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
14/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
14
penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru panitia, guru-guru lain kakitangan
sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan
beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik.
Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini
3.3 Soal Selidik
Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan
kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan
mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang murid sekolah
ini. Saya menanyakan murid tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang
menarik mengenai sekolah ini.
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
15/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
15
4.0 KOLABORASI
Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama
beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam borang kolaborasi
yang disediakan berserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa,
kolaborasi adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di
samping meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga
meningkatkan keyakinan diri ketika berinteraksi.
Rujuk Lampiran Ko laboras idi muka surat sebelah.
4.1 Perbincangan dengan Pengurusan Sekolah
4.2 Perbincangan dengan Guru-guru
4.3 Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah
4.4 Interaksi dengan Murid
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
16/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
16
5.0 ILMU/ PENGETAHUAN BARU MELALUI KAEDAH
Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi
pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program
ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat bagi pelajar-pelajar
IPG. Program Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) ditugaskan untuk mengikuti
PBS pada semester kedua. Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman
awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah
sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui
pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti
sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam
konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS
pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar
dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.
Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan
yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus
tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi
mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur
dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.
Tujuan penyataan profesional adalah :
Menyatakan hala tuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas.
Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang difokuskan
dengan sistematik.
Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan
aktiviti yang difokuskan.
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
17/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
17
Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat penambahbaikan /
tindakan susulan.
Objektif :
Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat :
Memahami budaya sekolah
Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah
Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid
Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran
Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah
Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklimpengajaran pembelajaran dan budaya sekolah
Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal
Membina sikap positif terhadap profesion keguruan
Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru
Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa
sesi refleksi
5.1 Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman
tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan
bahawa setiap sekolah ditekankan dengan pelaksanaan program NILAM dan
mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited. Dalam pada itu,
saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurnamembawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang
lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang
terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat
berbanding pengurusan yang ada sekarang.
Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati
dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan murid-murid SK Sungai Tiang Baroh
yang telah dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu. Murid-murid di sekolah
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
18/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
18
tersebut menunjukkan kerjasama dan sikap hormat yang tinggi terhadap guru-guru,
staf dan sesame mereka kerana perkara ini amat ditekankan oleh pihak sekolah.
Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada guru ketika
melintas tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan guru. Ini merupakan satu
budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk modal insan yang cemerlang
dan gemilang.
Meskipun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman yang kurang sempurna
kemudahannya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini sentiasa ingin maju dan
cuba meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini telah mendorong
kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan kepada reputasi
sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan Pelajaran
Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam
perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.
5.2 Temu bual
Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi.
Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak
perkara dan maklumat yang diperolehi. Saya telah menemubual beberapa pihak
seperti Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak malu untuk
menemu bual pihak berkenaan memandangkan ia adalah persekitaran yang baru,
tetapi ia cuba diadaptasi.
Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah
peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan murid serta bagaimana proses
perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas
atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan
yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
19/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
19
ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Soalan-
soalan juga turut ditanyakan.
Antara soalan yang ditanyakan ialah:
Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK?
Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?
Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?
Apakah mata pelajaran yang menyumbang kepada kecemerlangan
akademik?
Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?
Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam
memantapkan akademik murid?
Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?
Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan murid-murid?
5.3 Soal Selidik
Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah.
Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas
menjalankan soal selidik. Selain itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai murni di
kalangan murid-murid.
Nilai-nilai murni didefinisikan sebagai sifat yang baik yang terdapat dalam
diri seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat,keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik
hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia kawan dan
sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu guru dan sukarela membantu
aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat
tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa
orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai
pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba mendapatkan maklumat ini pada
masa saya mengikuti guru mengajar di dalam kelas.
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
20/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
20
5.4 Pengalaman Di Sekolah
PROFIL SEKOLAH
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh
Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh
36200 Selekoh, Perak Darul Ridzuan.
No Telefon : 05-6489940
Gred Sekolah/Band : B/3 (Luar Bandar)
Sesi Sekolah : Pagi Sahaja
Bilangan Kelas Biasa : 7
Bilangan Kelas Pra Sekolah : 1 Kelas
Bilangan Guru : 18 Orang
Guru Besar : En. Ramli bin Bajuri
Penolong Kanan Pentadbiran : Pn. Rubaiah Adawiah binti Tahir
Penolong Kanan HEM : En. Abdullah bin Mat Abas
Penolong Kanan Ko-Kurikulum : En. Mohd Iqbal bin Zakaria
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh telah dibuka secara tidak rasmi
pada 11.01.1953. Murid-muridnya seramai 75 orang dan tenaga pengajar seramai 2
orang iaitu:
Guru Besar : Encik Wan Hussein bin Wan Sulaiman
Guru Penolong : Encik Kadir bin Nusi
Tapak sekolah ini telah dibeli oleh kerajaan dari Tuan Haji Abdul Rani bin Mat
Klang seluas 3 ekar. Keluasan tapak sekolah ini ialah 60 kaki x 25 kaki. Sekolah
yang dibina merupakan bangunan kayu beratap zin.
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
21/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
21
Pada 17.12.1953 sekolah ini telah dirasmikan oleh Orang Besar Jajahan Raja
Musa. Turut serta dalam perasmian itu ialah Encik Baharom (Pegawai Jajahan Hilir
Perak), Encik Jamaludin bin Din (Pengelola Sekolah-sekolah), dan Encik Yahya bin
Abdul Rahman (Penghulu Rungkup).
Projek bangunan baru telah mula dilancarkan pada 09.03.1976. Bangunan 2
tingkat itu telah siap dibina pada 23.05.1977. Majlis penyerahan telah dilakukan oleh
Pegawai Pembangunan dan Pembantu Teknik JKR Hilir Perak kepada Encik Wan
Hussein selaku Guru Besar.
Murid-murid telah berpindah ke bangunan baru. Mereka datang dari serata
tempat berhampiran dengan sekolah iaitu Kampung Sungai Tiang Darat, Sungai
Tiang Tengah, Sungai Tiang Baroh, Sungai Baru, Kunci Air, Sungai Payung Tebuk
Imam dan Sungai Belukang.
Pada 12 November 1984 sekolah ini telah dirasmikan oleh Datok Seri Wan
Muhammad bin Wan Teh iaitu Menteri Besar Perak ketika itu.
LOGO, LAGU, VISI, MISI, MOTO DAN SLOGAN SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI TIANG BAROH
LOGO SEKOLAH
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
22/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
22
LAGU SEKOLAH
SKSTB SEKOLAH KITA
SEKOLAH YANG TERCINTA
TEMPAT MENDIDIK PUTERA PUTERI NEGARA
HARAPAN NUSA BANGSA
SIAP SEDIA MENGUMPUL TENAGA
MENCURAH ILMU BERGUNA
PELBAGAI BIDANG SUSUNAN KERJA
MENDIDIK PUTERA PUTERI NEGARA
SEMOGA BERJAYA DALAM CITA-CITA
UNTUK DIRI, NUSA DAN BANGSA
SKSTB SEKOLAH KITA
SEKOLAH YANG TERCINTA
CEKAL DAN TABAH MENCURAH ILMU
HARUM SEMERBAK NAMAMU SELALU
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
23/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
23
VISI
Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh sebagai sebuah sekolah
terbilang di negeri Perak pada tahun 2013
MISI
Menghasilkan kemenjadian pelajar yang terbilang pada setiap tahun
Mentadbir urus sekolah dengan lebih efision
Membudayakan pengurusan headcount secara efektif
Memperkukuhkan pembudayaan adab dan pembentukan sahsiah yang mulia
Menyediakan prasarana sekolah yang lebih kondusif
Sentiasa mesra pelanggan dan pelajar diutamakan
MOTO
ILMU SULUH HIDUP
SLOGAN
LAKSANAKAN PERUBAHAN DEMI KECEMERLANGAN
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
24/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
24
KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
Taman Kolam Ikan
Taman Permainan
Makmal Komputer
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
25/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
25
5.5 Pengalaman di Bilik Darjah
Saya berpeluang melihat perjalanan pengajaran dan pembelajaran
seorang guru Pendidikan Seni Visual di kelas tahun 3 semasa menjalankan
PBS di SK Sungai Tiang Baroh pada satu masa. Dengan memanfaatkan
kesempatan yang ada, saya mengambil peluang untuk mendalami suasana di
dalam kelas dengan melihat aktiviti murid-murid sepanjang aktiviti seni
dijalankan. Pada hari itu mereka telah membuat aktiviti membentuk dan
membina anak patung.
Suasana di dalam kelas
Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu teruja dengan suasana
pembelajaran kerana murid-muridnya begitu bersungguh-sungguh walaupun
kemudahan kelas adalah bersifat sederhana. Dari situ, saya dapat
mengetahui kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk
memudahkan pelajar memahami proses pembelajaran mereka. Rata-ratanya,
guru-guru lebih menggunakan kaedah pengajaran tradisional kerana
kebanyakan kelas tidak mempunyai kemudahan LCD melainkan bilik-bilik
khas.
Ia tidak menjadi satu halangan kepada guru-guru semasa menjalankan
aktiviti bersama murid-murid. Sepanjang pemantauan saya untuk aktiviti
bidang membentuk dan membina ia sedikit sebanyak membantu saya dalam
pengajaran kelak. Ini kerana pengawalan kelas oleh guru ini amat baik
sehingga perjalanan pengajaran dan pembelajaran dapat dihabiskan dalam
tempoh yang telah ditetapkan.
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
26/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
26
Keadaan sewaktu pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan seni
visual tahun 3
Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh
murid secara berkesan
Pembelajaran yang berkesan juga bukan hanya terletak pada input yangdiberi oleh para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber pengajaran
juga memainkan peranan. Saya menjalankan pengalaman berasaskan
sekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh selama 2 minggu.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dapat menjalankan pemerhatian
terhadap guru-guru yang mengajar di beberapa buah kelas. Guru-guru
menggunakan pelbagai bahan dan sumber pengajaran untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih menarik di bilik darjah. Antara bahan dan
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
27/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
27
sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah carta, cakera
keras (cd) dan sebagainya.
Bahan Bantu Mengajar
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
28/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
28
Susun Atur Bilik Darjah
Sepanjang pemerhatian yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas keadaan kelas bersih dan bersifat sederhana.
Susunatur ini dibuat kerana purata bilangan pelajar yang sedikit dan
memudahkan guru-guru memantau setiap aktiviti mereka ketika pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Rata-rata setiap kelas di sekolah tersebut
mempunyai susun atur yang hampir sama. Di bawah merupakan pelan
susun atur tahun 3 :
PAPAN HITAM
MEJA
GURU
BAHAN
PAMERAN
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
29/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
29
6.0 REFLEKSI
Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar-pelajar dibimbing untuk
menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat
penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan
meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.
Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan
setiap tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan
refleksi sebagai asas untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti setiap
tugasan secara berterusan. Di samping itu, saya akan mampu
memperkembangkan keupayaan celik akal bagi melahirkan kreativiti dan
inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Secara langsung juga, refleksi
dapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu professional
keguruan yang tinggi.
Rujuk Amalan Ref leksidi muka surat sebelah.
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
30/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
30
7.0 LAPORAN AKHIR
Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan
Sekolah amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini
memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah,
saya telah memilih salah sebuah sekolah yang terletak di Kampung Sungai Tiang
Baroh, Bagan Datoh, Perak. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sungai
Tiang Baroh yang terletak di daerah Hilir Perak. Pemilihan sekolah ini dibuat kerana
ia merupakan sebuah sekolah yang berada berdekatan dengan rumah ibu bapa saya
dan memudahkan untuk saya melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah.
Berdasarkan pemerhatian saya, sekolah ini amat menitik beratkan aktiviti yang
berunsurkan agama islam kerana sekolah ini hanya mempunyai seorang sahaja
pelajar bukan islam iaitu berbangsa india daripada 132 orang keseluruhan pelajar.
Sekolah ini mempunyai prestasi akademik yang semakin meningkat walaupun
secara perlahan-lahan.
Setelah beberapa hari menjalankan tugasan ini, saya dapati ia sangat
membina sikap positif dalam diri saya dan memberikan semangat yang berkobar-
kobar untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru yang sebenar kelak. Ianya
memupuk sifat bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-
guru, kakitangan, pengawal keselamatan dan murid-murid. Ketika berhadapan
dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi
dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan
menjalankan peraturan di dalam kelas. Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi
penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti
kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja merangkumi bidang sukan, malahan
kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh murid-murid dalam
bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Setiap pelajar diwajibkan menyertai setiap
bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini juga menyahut seruan kerajaan iaitu 1
Murid 1 Sukan. Walaupun aktiviti-aktiviti kokurikulum tidak dapat dijalankan
sepanjang saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah kerana ketika itu adalah
bulan Ramadhan, bagi menghormati bulan puasa pihak pentadbiran tidak
-
7/30/2019 Portfolio PBS Unit Praktikum
31/31
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum tetapi dapat dilihat murid-murid amat
bersemangat dengan memakai pakaian unit beruniform pada hari Rabu.
Teknik dan strategi pengajaran guru-guru yang telah banyak pengalaman
banyak membantu pencapaian dan kejayaan murid-murid di sekolah ini terutama
bagi pelajar yang sangat lemah dalam bahasa inggeris dan matematik. Pihak
sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian
para pelajar. Sebagai contohnya, program LINUS dan PROTIM dijalankan bagi
membantu pelajar-pelajar yang lemah. Berdasarkan laporan guru-guru yang terlibat
dalam program ini, murid-murid yang menjalani program ini Berjaya mencapai
objektif dan murid-murid akhirnya 100 peratus dapat menguasai 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira bagi persediaan mereka untuk ke sekolah menengah. Ia
merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dalam pencapaian
kurikulum sekolah ini.
Selain itu, sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan
murid-muridnya. Pelbagai program seperti solat hajat dan bacaan doa dianjurkan
oleh pihak sekolah. Sepanjang bulan Ramadan, murid-murid diisi dengan aktiviti-
aktiviti yang telah dirancangkan dan dipanggil sebagai Program Ihya Ramadhan
1433H yang melibatkan semua pelajar. Ia dijalankan bagi menggalakkan murid-murid
menjalani aktiviti bulan ibadah dengan sebaik-baiknya. Bagi meningkatkan lagi
semangat murid-murid dalam mengikuti aktiviti-aktiviti pengisian Ramadhan ini,
mereka akan diberi hadiah dan cenderahati sebagai kenang kenangan.
Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui bahawa saya banyak
belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami
budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam
mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.