Potens i

2
Potensi Kawasan kajian saya, iaitu Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang mempunyai banyak peluang pekerjaan tetapi masih terdapatnya kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dikembangkan. Menurut soal selidik yang saya jalankan, penduduk kawasan ini telah memberi pendapat mereka mengenai kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di Taman Sutera Prima. Selepas menganalisis maklumat, saya telah mendapati bahawa ada 3 kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian ini. Kebanyakan penduduk berpendapat bahawa pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang paling berpotensi dikembangkan di kawasan ini. Hal ini demikian kerana kawasan ini wujudnya bentuk muka bumi yang amat strategik dan sesuai untuk kerja penanaman. Bentuk muka bumi yang rata dan tanih yang kaya dengan tanah aluvium amat bersesuaian untuk penanaman sayur-sayuran dan padi. Lantaran itu, banyak tapak pertanian yang ditinggalkan kosong juga merupakan faktor yang penting untuk memajukan bidang pertanian di kawasan ini. Berdasarkan kata-kata seorang petani, Encik Ng Gim Huat, dia telah menanam padi dan sayur-sayuran di kebunnya selama 7 tahun. Dia telah berpengalaman dalam penanaman sebegini dan menganggap pertanian itu amat berpotensi di samping berharap agar mana-mana pihak yang berkenaan dapat menyokong sektor pertanian di kawasan tersebut. Selain itu, pendidikan juga merupakan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan ini. Hal ini demikian kerana terletaknya sebuah sekolah menengah, iaitu Sekolah Menengah Tun Hussein Onn di kawasan kajian ini. Sebanyak 2000 orang pelajar bersekolah di situ dan wujudnya permintaan yang tinggi untuk menubuhkan sebuah pusat tuisyen untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran mereka. Dengan ini, kegiatan ekonomi pendidikan dapat dikembangkan dengan cara penubuhan pusat kelas tambahan yang banyak di sekeliling kawasan tersebut. Tambahan pula, terdapat juga seorang guru yang bertauliah, iaitu salah satu penduduk di Taman Sutera Prima, Puan Ong Poh Wah memberi pendapatnya mengenai perkara ini semasa menjalankan soal selidik. Pada pendapatnya, murid kini bertambah banyak dan mereka tidak memahami pembelajaran guru di kelas dengan sepenuhnya. Oleh itu, pusat tuisyen dapat membantu mereka dalam pelajaran dan secara tidak langsung menambahkan pendapatan penduduk di kawasan ini.

description

geografi

Transcript of Potens i

Page 1: Potens i

Potensi

Kawasan kajian saya, iaitu Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang mempunyai banyak peluang pekerjaan tetapi masih terdapatnya kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dikembangkan. Menurut soal selidik yang saya jalankan, penduduk kawasan ini telah memberi pendapat mereka mengenai kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di Taman Sutera Prima. Selepas menganalisis maklumat, saya telah mendapati bahawa ada 3 kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian ini.

Kebanyakan penduduk berpendapat bahawa pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang paling berpotensi dikembangkan di kawasan ini. Hal ini demikian kerana kawasan ini wujudnya bentuk muka bumi yang amat strategik dan sesuai untuk kerja penanaman. Bentuk muka bumi yang rata dan tanih yang kaya dengan tanah aluvium amat bersesuaian untuk penanaman sayur-sayuran dan padi. Lantaran itu, banyak tapak pertanian yang ditinggalkan kosong juga merupakan faktor yang penting untuk memajukan bidang pertanian di kawasan ini. Berdasarkan kata-kata seorang petani, Encik Ng Gim Huat, dia telah menanam padi dan sayur-sayuran di kebunnya selama 7 tahun. Dia telah berpengalaman dalam penanaman sebegini dan menganggap pertanian itu amat berpotensi di samping berharap agar mana-mana pihak yang berkenaan dapat menyokong sektor pertanian di kawasan tersebut.

Selain itu, pendidikan juga merupakan kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan ini. Hal ini demikian kerana terletaknya sebuah sekolah menengah, iaitu Sekolah Menengah Tun Hussein Onn di kawasan kajian ini. Sebanyak 2000 orang pelajar bersekolah di situ dan wujudnya permintaan yang tinggi untuk menubuhkan sebuah pusat tuisyen untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam pelajaran mereka. Dengan ini, kegiatan ekonomi pendidikan dapat dikembangkan dengan cara penubuhan pusat kelas tambahan yang banyak di sekeliling kawasan tersebut. Tambahan pula, terdapat juga seorang guru yang bertauliah, iaitu salah satu penduduk di Taman Sutera Prima, Puan Ong Poh Wah memberi pendapatnya mengenai perkara ini semasa menjalankan soal selidik. Pada pendapatnya, murid kini bertambah banyak dan mereka tidak memahami pembelajaran guru di kelas dengan sepenuhnya. Oleh itu, pusat tuisyen dapat membantu mereka dalam pelajaran dan secara tidak langsung menambahkan pendapatan penduduk di kawasan ini.

Di samping itu, Perai berperanan sebagai pusat perkilangan dan perindustrian yang penting di Pulau Pinang. Oleh sebab itu, perkilangan merupakan salah satu kegiatan ekonomi yang amat berpotensi untuk mengembangkannya. Memang tidak dapat dinafikan, kilang-kilang memerlukan tenaga buruh yang mencukupi untuk menjalankan kerja perindustrian mereka dengan lancar. Sehubungan dengan itu, ini telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan kajian ini. Banyak penduduk telah mendiami di kawasan tersebut dan hal ini telah menyumbang kepada salah satu faktor yang mengembangkan sektor perkilangan, iaitu tenaga buruh yang banyak. Selain itu, Encik Andrew Tan juga mengemukan pandangannya dengan mengatakan kompleks beli-belah Aeon Big yang terletak di Taman Sutera Prima juga memainkan peranan penting untuk memajukan sektor perkilangan. Hal ini demikian kerana kompleks tersebut memerlukan barangan yang diproses oleh kilang-kilang untuk memasarkannya di pasaran kepada para pengguna. Dengan berbuat demikian, banyak kilang perlu didirikan untuk memproses bahan mentah untuk menampung keperluan pengguna.

Page 2: Potens i

Sumber rujukan

1. Buku Teks

f2 d and f3 d geo teks book

2. Buku rujukan

Mohammad Ismail, Khaw Ah Seng, 2009. Success Geografi PMR. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohammad Yasin, Sri Ethicawati ,1998. Ekonomi Pelajaran IPS Terpadu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

3. Internet

http://www.musadun.com/2015/06/usaha-meningkatkan-pendapatan-penduduk.html

http://www.ekonomi-holic.com/2015/01/jenis-kegiatan-ekonomi.html

http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/modul_pnp/ictic/ekonomi/index2.html

http://www.mikirbae.com/2014/12/kegiatan-ekonomi-masyarakat.html