Power Point Geo

28
KAJIAN BERKAITAN CERUN DISEDIAKAN OLEH : NORZAHARIAH BINTI ABD MALEK NORHASNIRA BINTI JUSOH NORUAJEERAH BINTI ABU BAKAR

Transcript of Power Point Geo

Page 1: Power Point Geo

KAJIAN BERKAITAN

CERUN

DISEDIAKAN OLEH : NORZAHARIAH BINTI ABD MALEK

NORHASNIRA BINTI JUSOHNORUAJEERAH BINTI ABU BAKAR

Page 2: Power Point Geo

• Arked bermaksud laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri kanannya.

Kawasan yang bercerun merupakan salah satu kawasan muka bumi yang sesuai dijadikan kawasan pertanian. Ciri-ciri fizikal cerun seperti landai atau curam, keadaan cuacanya telah membolehkan manusia menjalankan pelbagai aktiviti untuk memenuhi keperluan kehidupan harian mereka. Keadaan ini terbukti di kawasan Cameron Highlands, di mana wujudnya aktiviti agropelancongan dan perkhidmatan yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Mengikut rujukan dan sumber terkini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perkataan cerun adalah berkaitan tebing di sebelah kiri dan kanan yang bermaksud ‘hampir tegak’, ‘curam’, atau ‘terjal’. Hal ini membawa erti ‘slope’ atau ‘inclined surface or line’.

Proses Kegagalan cerun berlaku disebabkan oleh keadaan cuaca dalam negara kita yang menerima hujan lebat sepanjang tahun purata (2800mm) setahun. Jadi, untuk mengurangkan atau mengawal masalah kegagalan cerun ini, pelbagai asas-asas utama yang digunakan dalam ‘soil mechanic’ dan ‘geolosis’ akan diguna pakai.

PENGENALAN

Page 3: Power Point Geo

OBJEKTIF KAJIAN

Mengetahui bentuk-bentuk cerun yang terdapat di kawasan kajian.

Mengenal pasti proses kegagalan cerun yang berlaku.

Menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun.

Menghubungkaitkan kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan manusia.

Menyenaraikan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang sesuai untuk menstabilkan cerun di kawasan yang dikaji.

Page 4: Power Point Geo

KAEDAH KAJIAN

PEMERHATIAN

SOAL SELIDIK

TEMU BUAL

RUJUKAN

Page 5: Power Point Geo

PEMERHATIAN

Bagi mendapatkan maklumat di lokasi kajian, kami telah membuat pemerhatian di sepanjang perjalanan ke lokasi kajian. Kami turut

membuat catatan mengenai bentuk-bentuk cerun, ciri fizikal dan ciri budaya lokasi kajian. Kami juga membuat pemerhatian untuk

mengenal pasti kesan kegagalan cerun terhadap persekitaran fizikal dan persekitaran manusia di sepanjang perjalanan. Dengan

menggunakan kaedah pemerhatian ini, kami mendapati bahawa banyak kawasan telah mengalami gelongsoran tanah akibat

daripada beberapa faktor. Melalui proses pemerhatian ini juga, kami telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti

bagi menunjukkan keadaan dan persekitaran kawasan kajian.

Page 6: Power Point Geo

SOAL SELIDIK

Kami telah mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk setempat dan peniaga-peniaga di sekitar kawasan kajian

tersebut. Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan proses kajian kami untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Dengan kaedah ini juga secara tidak langsung kami dapat meneliti perkara yang berkaitan dengan cerun. Oleh itu, kami telah membentuk beberapa

soalan dan turut melampirkan 30 borang soal selidik yang telah siap dicetak untuk diedarkan kepada penduduk dan peniaga-

peniaga di Cameron Highlands untuk dimasukkan dalam bahagian lampiran.

Page 7: Power Point Geo

TEMU BUAL

Kaedah ini telah digunakan untuk mendapatkan data daripada temu bual dengan penduduk setempat serta

peniaga-peniaga yang tinggal di sekitar kawasan kajian. Selain itu, kami juga telah menemu bual Jurutera JKR

Daerah Setiu iaitu Encik Mohd Khairul Amir bagi mendapatkan maklumat mengenai faktor berlakunya

masalah kegagalan cerun. Maklumat yang diperoleh juga didapati bahawa pihak JKR Cameron Highlands juga

telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengawal proses kegagalan cerun. Sebagai contoh, ‘gabion wall’,

‘rock netting’, dan ‘rainforced earth wall’.

Page 8: Power Point Geo

RUJUKAN

Selain itu, kami turut membuat rujukan mengenai perkara yang berkaitan dengan cerun bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai bentuk, faktor,

kesan, dan juga langkah dengan merujuk kepada jurutera Daerah Cameron Highlands untuk menguatkan lagi maklumat yang sedia ada. Di samping itu, kami

turut membuat rujukan di internet bagi menambah lagi maklumat mengenai cerun di kawasan kajian tersebut supaya kajian yang dilaksanakan berjalan dengan lancar serta mendapatkan maklumat tambahan terutamanya penerangan berkaitan cerun dengan bahagian kejuruteraan JKR Daerah Setiu dan Cameron Highlands. Buku-buku rujukan turut saya jadikan sebagai bahan rujukan untuk mendapatkan data

demografi penduduk di kawasan kajian.

Page 9: Power Point Geo

LOKASI KAJIAN km 23.6 laluan FD 102 Jalan Ringlet-Bertau-Sungai Koyan yang terletak di

daerah Cameron Highlands, Pahang.

Terdapat tiga buah pekan utama di sini, iaitu Ringlet yang terletak 1000 meter dari aras laut, Tanah Rata setinggi 1400 meter dan Brinchang setinggi 1500 meter. Ringlet ialah pekan pertama yang ditujui jika perjalanan adalah dari Kuala Lumpur.

Cameron Highlands terletak setinggi 1829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10’C hingga 20’C. Ciri fizikal yang terdapat di sana ialah Gunung Brinchang setinggi 2000 meter dari sebelah barat dan Gunung Berembun setinggi 1820 meter di sebelah timur.

Ciri budaya pula didapati di sepanjang perjalanan di bahagian timur seperti gerai buah-buahan, gerai bunga-bungaan, gerai sayur-sayuran, taman rama-rama, lembah orkid dan lembah ros.

Page 10: Power Point Geo
Page 11: Power Point Geo

HASIL KAJIAN

BENTUK CERUN PROSES KEGAGALAN CERUN

FAKTOR KEGAGALAN CERUN

KESAN KEGAGALAN CERUN

LANGKAH PENGSTABILAN

CERUN

Page 12: Power Point Geo

Cerun komposit

Mempunyai cerun curam

dan cerun landai yang berselang-seli.

Mempunyai cerun cembung dan cerun

cekung.

Garis-garis kontur yang rapat menggambarkan

kawasan itu adalah cerun curam

Cerun komposit mempunyai garisan kontur berselang-seli

di antara cerun yang rapat dan jarang.

BENTUK CERUN

Garis kontur yang jarang menggambarkan kawasan

itu adalah cerun landai.

Page 16: Power Point Geo

FAKTOR KEGAGALAN CERUN

FIZIKAL MANUSIA

UNSUR CUACA

PEMOTONGAN CERUN

Page 17: Power Point Geo

UNSUR CUACA

Cuaca adalah salah satu faktor penentu yang diambil kira semasa berlakunya kegagalan cerun di mana faktor tersebut adalah berdasarkan

kepada keadaan cuaca sama ada panas atau hujan yang berlaku secara melampau. Apabila hujan berpanjangan dan permukaan cerun mulai tepu dengan air, cerun tidak dapat menampung beratnya akibat

tarikan graviti dan menyebabkan berlaku gerakan jisim tanah. Sebagai contoh, hujan yang menimpa sesetengah kawasan di Cameron

Highlands telah menyebabkan permukaan bumi yang tidak dilitupi tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut gagal untuk mengcengkam

tanah. Kesannya, hal ini akan menyumbang kepada berlakunya kegagalan cerun dan tanah runtuh.

Page 18: Power Point Geo

PEMOTONG

AN CERU

N

Kegiatan pembangunan di kawasan kajian terutama yang bercerun akan melibatkan kerja

tanah seperti korekan, tambakan, pemotongan dan penimbusan semula. Kerja tanah yang dinyatakan

adalah penyediaan aras pembentukan seperti yang dikehendaki dalam lukisan tapak. Aras

pembentukan ini adalah aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menambak tapak

kajian bagi tujuan pembinaan tersebut. Kerja tanah ini juga melibatkan kerja pemotongan pokok dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Peranan tumbuh-

tumbuhan ini untuk menyerap air larian permukaan. Jika penanaman semula rumput tidak dijalankan dengan segera di kawasan yang dikaji tersebut, kegagalan cerun akan berlaku kerana kawasan cerun tersebut tidak dilindungi dan lambat laun

tanah akan terhakis.

Page 19: Power Point Geo

KESAN KEGAGALAN

CERUN

Kehilangan lapisan atas tanah yang

subur

Kehilangan nyawa

FIZIKAL MANUSIA

Page 20: Power Point Geo

KEHILANGAN LAPISAN ATAS TANAH YANG SUBUR

Tanah runtuh boleh menyebabkan kehilangan lapisan atas tanah yang ketara terhadap permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kejadian tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands mungkin menjadi rata dan pemendapan sedimen juga boleh menjadi

tebal dengan pantas. Sebagai contoh di Bukit Lanjang. Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih

cetek dan tidak mampu untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih tinggi dan kawasan darat

berubah menjadi kawasan berair.

Page 21: Power Point Geo

KEHILANGAN NYAWA

Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya apabila berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak nyawa akan terkorban apabila berlakunya tanah runtuh. Sebagai contoh :

5.4.3.1 Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002 telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan mengorbankan lapan nyawa sekeluarga.

5.4.3.2 Tanah Runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang menyebabkan seramai 48 orang terkorban dan ramai yang tercedera.

Page 22: Power Point Geo

LANGKAH PENGSTABILAN CERUN

Pembinaan tembok gabion

Penggunaan sistem longkang dan

perparitan

Menanam tanaman tutup bumi

Page 23: Power Point Geo

PEMBINAAN TEMBOK GABION

Kos pembinaan tembok gabion adalah cukup menarik sekiranya dibandingkan dengan tembok-tembok lain terutama sekali apabila terdapat hanya lah batu yang sesuai di kawasan berhampiran tapak bagi mengisi sangkar-sangkar gabion tersebut. Batu-batu yang keras dicuci dan tahan lama mengikut saiz

empat sehingga lapan inci adalah kerap digunakan. Apabila mengisi sangkar gabion tersebut, hendaklah dipastikan bahawa batu bahagian luar adalah teratur dan kelihatan padat serta berbentuk segi empat. Tembok gabion permukaan bertangga lebih sesuai jika tembok tersebut melebihi 10 kaki

tinggi. Untuk meninggikan kestabilan tembok gabion adalah disyorkan supaya tembok gabion disendeng sebanyak enan darjah. Sekiranya tanah belakang

tembok adalah berpasir, maka lebih baik jika penapis seperti ‘geotextile’ digunakan bagi mengurangkan larut lesap pasir tersebut.

Page 24: Power Point Geo

SISTEM LONGKANG & PERPARITAN

Langkah ini dilaksanakan dengan membina salur pada cerun. Kaedah ini cukup ekonomi kerana kos yang diperlukan adalah rendah. Justeru itu, ianya sesuai digunakan terutama di kawasan runtuhan yang besar yang

menyebabkan aiar liang disalurkan melalui salur sebelum iar tersebut sampai kepada bahagian yang gagal. Seterusnya ialah membina sistem

perparitan bagi melancarkan perjalanan air. Kaedah ini pula sesuai digunakan bagi air permukaan yang rendah di mana air akan dialirkan dengan kuantiti yang lebih banyak dari permukaan. Longkang terbuka

juga perlu dibina di sepanjang kawasan runtuhan. Hal ini turut berguna dalam pelbagai situasi di mana longkang pada kawasan yang mengalami runtuhan cukup berguna semasa kritikal. Limpahan hendaklah disalurkan

terus ke longkang dari kawasan runtuhan.

Page 25: Power Point Geo

MENANAM TANAMAN TUTUP BUMI

Tumbuh-tumbuhan mempengaruhi kekuatan zarah tanah melalui tindakan akar yang menjadi tambatan semulajadi tanah. Akar juga secara mekanikalnya bertindak kepada daya ricih tanah melalui daya tegangan akarnya. Permukaan bumi terutama di lereng-

lereng bukit dan gunung yang sedang atau telah diganggu oleh kegiatan manusia seharusnya diliputi dengan penanaman pokok atau rumput. Litupan bumi ini dapat mencengkam tanah melalui akar-akarnya kerana tanah kurang terdedah kepada

tindakan air hujan. Tanaman tutup bumi merupakan tanaman yang ditanam di sepanjang kawasan cerun. Contoh tanaman tutup bumi ialah seperti rumput dan pokok-pokok yang

mempunyai akar yang kuat. Tujuan tanaman tutup bumi ini diadakan untuk mengawal hakisan tanah yang oleh mempengaruhi kestabilan cerun.

Page 26: Power Point Geo

KESIMPULAN Kegagalan cerun semakin dipandang serius oleh pelbagai pihak. Kajian kes ini

melibatkan kajian yang khusus dalam pelbagai aspek berkaitan cerun bagi menentukan tahap keselamatan daripada faktor-faktor semulajadi dan faktor manusia yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun.

Kajian ini sangat penting bagi memberi gambaran yang jelas mengenai impak yang mungkin berlaku berdasarkan keadaan semasa dan tanda-tanda berlakunya pergerakan tanah pada permukaan cerun. Sebarang perubahan bentuk dapat menentukan tahap kestabilan permukaan cerun itu.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak terutama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak kerajaan bagi memastikan cerun-cerun berada dalam keadaan selamat. Kerjasama ini dapat mengelakkan kejadian tanah runtuh berlaku. Kesedaran awam tentang tanah runtuh dan keselamatan cerun akan dapat mencegah atau mengurangkan kemalangan jiwa atau kerugian harta benda.

Page 27: Power Point Geo
Page 28: Power Point Geo

SEKIAN, TERIMA KASIH