Power-point Keganasan Dlm Sukan

download Power-point Keganasan Dlm Sukan

of 64

  • date post

    18-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    1.690
  • download

    0

Transcript of Power-point Keganasan Dlm Sukan

KeganasanDalam

SukanCHAN SENG PENG CHAN MING FOONG

Definisi Keganasan/KeagresifanMenurut Baron dan Richardson ( 1994 ): Keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.

Definisi keganasan dalam sukanSebarang jenis keganasan yang berlaku dalam sukan sama ada dilakukan ketika pertandingan oleh atlet, jurulatih, pegawai mahupun oleh penyokong. Keganasan dalam sukan boleh membawa kepada kecederaan dan kematian. Sikap agresif kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan. Keagresifan yang terlalu melampau akan menyebabkan tumpuan menjadi semakin kecil. Kesannya, pemain akan melakukan kesilapan.

Keagresifan Ketara

Keagresifan Instrumental

Jenis-jenis Keagresifan dalam sukan

Keagresifan Asertif

Keagresifan KetaraSilva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.

Contoh : Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan).

Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan.

Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.

Keagresifan InstrumentalMerujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk

mencederakan individu lain, bermatlamat untukmendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai instrumental ( perlu dilakukan ) untuk

mencapai matlamatnya.

Contoh :Tindakan agresif seorang pemain pertahanan ke atas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain.

Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut.Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.

Keagresifan AsertifTindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali.

Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.

Contoh:Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan

ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturanpermainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan.

Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemainlawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia

dilakukan dengan bersih serta mengikut peraturantanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

berlakunya keagresifan dalam sukanTeori Semula Jadi Teori KekecewaanKeagresifan (Frustrasi) Teori Bredemeire

Faktor-faktor

Teori KekecewaanKeagresifan Yang Dikaji Semula (Revised Frustration)

Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Teori Semula JadiSetiap manusia mempunyai sifat keagresifan kerana ia adalah secara semula jadi ( Gill.1986). Sifat ini adalah untuk melepaskan perasaan yang ada (cathasis) pada manusia. Seseorang kanak-kanak yang merajuk dan menghentak kakinya sedang melepaskan tenaga.

Salah satu contoh dalam sukan adalah bola yang dalam kawalan seseorang pemain bola sepak telah dirampas oleh pihak lawan, pemain tersebut berkemungkinan besar merampas balik bola dengan melakukan tackle yang kasar ke atas pihak lawannya bagi menghapuskan kesilapannya.

Teori BredemeireBerdasarkan kepada Teori Piaget mengenai perkembangan kognitif. Mengenai alasan moral, kehendak atau kemahuan dalam keagresifan berkaitan dengan tahap/tingkat alasan moral (Bredemeire,1994) Sifat agresif manusia dianggap sesuatu yang tidak beretika.

Dalam sukan lasak seperti ragbi, sesuatu yang dianggap kasar dalam permainan ini seolaholah satu keagresifan yang diterima dan sah kerana terdapat dalam peraturan. Keadaan ini akan mencelarukan perkembangan moral seseorang apabila cuba mengenalpasti sesuatu yang dianggap agresif.

Teori Kekecewaan-Keagresifan (Frustrasi)Kekecewaan berlaku apabila sesuatu motif yang amat diingini oleh seseorang itu tidak dapat dicapai kerana pergerakan ke arah motif itu dihalang atau dihenti (Dollard, Doob, Mowrer dan Sears, 1939). Keagresifan yang keterlaluan akan menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu supaya dapat melepaskan rasa marah atau kecewa.

Contoh: Dalam pertandingan hoki, pemain pasukan A telah merampas bola dengan cara yang tidak dibenarkan tetapi pengadil tidak nampak kesalahan tersebut kerana dilindungi oleh pemain-pemain lain. Ini akan menyebabkan pemain pasukan B menjadi kecewa dan menggunakan kayu hoki memukul kaki pemain pasukan A. Pemain pasukan B berbuat demikian kerana ingin melepaskan perasaan kecewa dan marah yang ada pada dirinya.

Teori Pembelajaran Sosial BanduraKanak-kanak yang memerhati orang dewasa melakukan sesuatu tuindakan yang ganas akan terikut-ikut dengan perbuatan tersebut berbanding golongan kanak-kanak yang tidak ada pengalaman pendedahan menonton perbuatan ganas (Bandura,1973). Kajian ini sebenarnya menerangkan bagaimana Teori Pembelajaran Sosial yang menekankan keagresifan sebagai suatu yang boleh dipelajari atau dilatih melalui pemerhatian kepada tingkah laku individu lain yang mempunyai sikap yang ganjil.

Contoh:Apabila seseorang peminat bola sepak melihat orang lain bertindak ganas sama ada melalui siran televisyen atau semasa menonton perlawanan bola sepak dan akhirnya meniru perbuatan tersebut. Bagi mereka, apa yang ditonton merupakan satu pembelajaran yang secara sedar atau tidak membolehkan mereka mempraktikkan insiden yang serupa untuk mereka meniru perlakuan sedemikian.

Teori Kekecewaan-Keagresifan Yang Dikaji Semula (Revised Frustration)Aggression menyatukan Teori FrustrasiAgresif dengan Teori pembelajaran Sosial. Walaupun bukan semua kekecewaan akan mengakibatkan tindakan agresif tetapi ia berkemungkinan meningkatkan kemarahan dan kekecewaan (Berkowitz, 1965,1969,1993; Baron Richardson, 1994).

Walau bagaimanapun, peningkatan kemarahan dan kekecewaan hanya berkesan dalam keagresifan apabila kita belajar tindakan agresif yang sesuai dalam sesuatu keadaan. Sekiranya pembelajaran tindakan agresif melalui sosial tidak sesuai maka ia tidak berkesan.

Melalui model Berkowitz, pada mulanya seseorang individu akan menjadi frustrasi dalam sesuatu keadaan, kemungkinan melalui kekalahan dalam pertandingan. Seterusnya kekecewaan akan meningkat kesan daripada frustrasi.

Keagresifan tidak akan terus terhasil sekiranya peningkatan kekecewaan dan kemarahan menyebabkan keagresifan berlaku hanya jikalau individu tersebut pernah belajar bahawa ia adalah sesuai untuk melakukan tindakan agresif dalam keadaan tersebut. Jadi, seseorang pemain bola sepak akan menyepak kaki pemain pihak lawan hanya jika jurulatihnya membenarkan perkara tersebut berlaku dalam sesi latihan.

Faktor faktor yang mempengaruhi Keagresifan

1. Kebangkitan fisiologiKebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu persekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas serta mudah marah.

Ini telah dibuktikan oleh Reifman, Larrick dan Fein (1991) yang mendapati wujudnya perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul bola yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling (pitcher). Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin agresif pembaling membaling bola sehingga ramai pemukul bola yang terkena balingan pembaling tersebut.

2.Persepsi individu yang dikasariKeagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks ini, persepsi tentang niat pemain lawan untuk mengasari seseorang individu adalah lebih kukuh dari kekalahan atau susana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yag agresif di kalangan pemain. Justeru itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.

3.Perbezaan mata atau jaringanKajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar perbezaan mata atau jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox,1999) .

Bagaimanapun, jika kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah mata kecil, kurang perlakuan yang agresif dilakukan kerana semua pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan agresif.

4.Lokasi perlawananBiasanya, pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen,1975).

5. Keputusan pertandinganPemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pamain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana rasa kecewa berdasarkan Teori Frustrasi-Agresif (Cullen&Cullen,1975).

6. Kedudukan pasukan dalam ligaPasukan yang berkedudukan di temapat teratas liga lazimnya kurang agresif (kurang melakukan kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang kedudukannya di bawah. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif, pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan.

Justeru itu, mereka bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.

7. Penggunaan SteroidSalah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, kita perlu memastikan agar atlet kita tidak terlibat mengambil bahan terlarang ini demi untuk kebaikan diri dan orang lain.

Cara-cara mengatasi keagresifan dalam sukan

1.Kurikulum sukanKurikulum sukan perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi.

Dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar etika penonton dan bermain dalam sukan.Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai jenis program sukan secara terus akan dapat menyemai nilai-nilai murni dan dapat membentuk semangat kesukanan tulin sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Dengan adanya program-program tersebut, adalah diharapkan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk melalui Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum di peringkat awal sekolah.

2.Teknik Mengurus KeagresifanSetiap individu mempamerkan satu tingkah laku alternative yang perlu dipraktikkan secara berulang kali supaya ia menjadi lazim pada dirinya. Antara tingkah laku tersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendirian, uruskan konflik yang dihadapi secara terbuka dan secara langsung tanpa berselindung, elakkan tingkah laku menyalahkan orang lain, berikan tindak balas positif kepada orang lain, nilai semula matlamat dan harapan, berehat dan relaksasi buat sementara waktu. Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan keagresifan dalam diri seseorang ( ADAM,1980 ).

3. Peranan Jurulatih(Papanek,1977 ), jurulatih perlu memainkan peranan agar keagresifan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah meleraikan kekusutan yang dialami atau dirasai oleh pemainnya daripada menimbulkan keagresifan. Oleh itu, pemain-pemain Jurulatih juga akan mempunyai kemahiran tidak

mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada kekecewaan tersebut. disarankan supaya memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan kemenangan setiap kali bermain ( Widmeyer, 1984 ).

4. Menggalakkan role model yang bersih kepada atlet atau pemain.

Terdapat ramai atlet professional yang berpotensi serta sesuai untuk diketengahkan sebagai idola kepada pemain-pemain muda. Ini akan membuka mata pemain bahawa kejayaan boleh dicapai secara bersih.

5. Menghukum pemain yang beraksi secara agresif.

Atlet yang melakukan kesalahan yang sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang berat kerana bukan sahaja mereka mencederakan atlet yang lain (kerugian dari segi kos), malahan mereka menjadi contoh yang negatif kepada pemain-pemain muda.

6. Menghukum jurulatih yang menggalakkan keagresifan

Bukan sahaja pemain yang bersalah dihukum, malahan jurulatih menggalakkan penggunaan taktik strategi yang bersifat agresif juga dikenakan hukuman.

perlu yang atau perlu

Semangat bermain secara adil bukan lagi menjadi pegangan jurulatih sedemikian. Justeru itu, memang layaklah mereka ini dikenakan hukuman yang setimpal.

6. Menjauhkan stimulus luaran yang boleh meningkatkan keagresifan.

Stimulus luaran seperti sepanduk serta kain rentang yang bersifat menghina perlu diharamkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan atau semangat yang negatif khususnya kepada pasukan yang merasa dihina.

7. Memberikan ganjaran kepada pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih. Pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih khususnya dalam keadaan tertekan perlu diberikan ganjaran kerana ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk berbuat demikian. Ini akan menjadi iktibar untuk pemain atau pasukan yang lain di masa depan.

Contoh kes keganasan dalam sukan

Bola sepak Perlawanan yg berlangsung pada bulan februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu tackle kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri dan buku lali yg cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semua jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.

Kejadian pemain tengah pasukan Perancis Zidane menanduk pemain pertahanan Italy Materazzi dalam perlawanan akhir Piala Dunia tahun 2006. Sehingga kini Zidane masih belum mengemukakan sebab beliau menanduk pemain pertahanan Italy. Terdapat khabar angin menyatakan bahawa beliau membuat demikian sebab Materazzi menghina ibunya sebagai pelacur.

Sukan tinju Kejadian Mike Tyson mengigit telinga Evander Holyfield sehingga telinganya putus pada tahun 1997. Peristiwa Tyson menggigit putus telinga Evander Holyfield merupakan peristiwa yang menggemparkan tinju dunia. Saat itu merupakan pertemuan kedua antara Holyfield dan Tyson setelah Holyfield menang TKO pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan bertajuk,The Sound and The Fury ini Tyson dua kali menggigit telinga Holyfield dan terkena diskualifikasi dari wasit Mills Lane. Ia kemudian dijatuhi hukuman larangan bertanding selama satu tahun.

Ice Hockey Refree sedang berusaha memisahkan pemain ice hockey yang sedang bergaduh di depan goal pasukan Tampa Bay semasa permainan playoff Hoki Ais Pertama di antara pasukan Ottawa Senator dan Tampa Bay Lightning.

Keganasan semasa pertandinganPergaduhan di antara atlet-atlet dari dua pasukan berlainan akibat daripada sentuhan badan (body contact) yang berlebihan.

Kejadian atlet marah dan memukul pengadil akibat tidak puas hati dengan keputusan pengadil.Jurulatih marah pengadil sebab tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil dan akhirnya dihalau oleh pengadil.

Kejadian penonton menggangu perlawanan yang sedang dijalankan. Sebagai contoh, kejadian penonton menggunakan laser untuk menggangu perlihatan para pemain dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki 2011 di antara pasukan Malaysia dengan Indonisia.

Keganasan selepas pertandinganPergaduhan di antara atlet atau pemain akibat tidak puas hati dengan keputusan pertandingan. Kejadian pergaduhan besar-besaran di antara dua pihak penonton. Contoh: Kejadian pertempuran di antara penyokong pasukan al-Masri dengan penyokong pasukan alAhly yang menyebabkan sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.

Kejadian penonton merosakkan stadium bola sepak serta membakar kereta selepas perlawanan. Atlet dendam sebab kalah dalam perlawanan pertama dan melakukan keganasan pada perlawanan ke-dua untuk membalas dendam kekalahan yang dialami dalam perlawanan pertama.

Keganasan penontonDibahagikan kepada 2 jenis :I. Penonton televisyen II.penonton acara sukan

Penonton televisyenKebanyakan tontonan pertandingan sukan berlaku di hadapan televisyen. Penonton di hadapan televisyen mungkin menonton dengan penuh ekspesif semasa menonton perlawanan atau pertandingan. Mereka mungkin marah dan melakukan pergerakan yang ganas pada rakan-rakan atau ahli keluarganya.

Apabila penyokong-penyokong dari pasukan yang bertentangan berada di tempat pertandingan yang sama, mereka akan membuat perbuatan yang fitna atau mengeluarkan perkataan yang menyakit hati penyokong pasukan yang bertentangan. ini akan menyebabkan pergaduhan dan keganasan berlaku semasa menonton pertandingan sukan.

Penonton acara sukanKeganasan antara penonton acara sukan jarang berlaku setakat ini. Mungkin mereka ekspresif, tetapi jarang menunjukkan keganasan dengan penyokong lain, pengadil, pengiring atau polis. keganasan dalam kumpulan besar juga pernah berlaku dan telah menjadi perkara yang serius. Keganasan yang melibatkan kumpulan yang besar juga akan mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Contoh Keganasan tercetus sebaik pengadil meniup wisel penamat dalam satu perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah al-Masri menewaskan al-Ahly dari Kaherah, 3-1. Penyokong al-Masri yang membanjiri padang membaling batu, botol dan bunga api kepada penyokong al-Ahly, menimbulkan kekacauan dan suasana cemas apabila pemain al-Ahly dan penyokong mereka bertempiaran ke pelbagai arah untuk melarikan diri.

Setelah pasukan Kelantan tewas dalam pusingan akhir,penyokong bertindak membakar trak polis, cermin kenderaan awam dipecahkan, botol minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.

Cara-cara mengawal keganasan penonton

1. Memastikan tiada senjata atau perkara yang membahayakan dibawa masuk oleh penonton ke dalam stadium.Pihak pengurusan stadium perlu memastikan agar penonton tidak membawa masuk barang-barang yang membahayakan. Di luar negara, penjualan arak di stadium juga dikurangkan untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini.

2. Memisahkan penyokong pasukan.Penyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan atau perkara yang tidak diingini di dalam stadium. Kita perlu elakkan situasi seperti di beberapa negara Eropah di mana ramai penonton yang mati kerana pergaduhan di antara penyokong.

3. Singkirkan penonton yang bertingkah laku agresif (contohnya halau mereka keluar).

Hentikan tingkah laku agresif dengan cepat ketika ia bermula dan maklumkan kepada mereka bahawa pihak penganjur tidak akan bertorelansi.

4. Mempromosikan acara sukan sebagai aktiviti keluarga.Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga, maka kita akan menjaga kesopanan serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana yang selamat.

5. Maklumkan kepada jurulatih bahawa tidak ada torelansi jika agresif berlaku dalam pasukan mereka.6. Bekerjasama dengan media untuk menghantar maklumat penting supaya pihak media tidak memuji kelakuan agresif yang berlaku dalam sukan.

7. Media tidak menjadi batu api kepada kedua-dua pasukanPihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap perlawanan tersebut tidak ada sentiment yang negative. Ini adalah kerana kewujudan sentiment yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar api dendam di antara pemain, malahan di antara para penyokong. Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang berlaku dalam pertandingan separuh akhit Piala Eropah di antara Kelab Leeds United dari England dan Kelab Galatasary dari Turki.

Sekian, Terima kasih

CHAN SENG PENG CHAN MING FOONG