Powerpoint Nota

15
ULASAN JURNAL PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN BAHASA DAN LITERASI BAGI PENDIDIKAN PRASEKOLAH Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu SAHRIFAH NOR PUTEH [email protected] ALIZA ALI [email protected]

Transcript of Powerpoint Nota

Page 1: Powerpoint Nota

ULASAN JURNAL

PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN BAHASA DAN LITERASI BAGI PENDIDIKAN

PRASEKOLAHJurnal Pendidikan Bahasa Melayu

SAHRIFAH NOR [email protected]

ALIZA [email protected]

Page 2: Powerpoint Nota

PENDAHULUAN

Bermain atau permainan ialah fitrah kanak-kanak.Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat;

Belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekelilingnya.

Merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif,sosial,emosi dan fizikal kanak-kanak.

Belajar komunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Page 3: Powerpoint Nota

Penekanan didalam pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 yang menekankan kemahiran bahasa.

Didalam Kurikulum ini proses pembelajaran dan pengajaran berpusatkan kanak-kanak secara bersepadu, bertema, melalui bermain, kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.

Berdasarkan kurikulum ini,penulis membincangkan tentang kepentingan pendekatan aktiviti bermain dalam perkembangan bahasa dan literasi.

Page 4: Powerpoint Nota

Menurut Moyles (2005), bermain adalah

pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Teori perkembangan kanak-kanak Erikson(1950) dan Piaget (1980) menekankan keupayaan yang berbeza boleh dilakukan kanak-kanak pada tahap yang berbeza.

Menurut Ornstein dan Hunkins(2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak.

Page 5: Powerpoint Nota

NAEYC percaya bahawa kanak-kanak belajar mengikut keperluan dan perkembangan mereka.

Menurut NAEYC (2008), sentiasa menekankan amalan-amalan terbaik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak seharusnya bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (DAP) memfokuskan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui pelbagai aktiviti bersesuai dengan umur, kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak

Page 6: Powerpoint Nota

Jenis-jenis Permainan

Permainan Motor/FizikalPermainan sosialPermainan konstruktifPermainan fantasiPermainan mengikut peraturan

Page 7: Powerpoint Nota

BERMAIN SEBAGAI MEDIUM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI.

Menurut Vygotsky,proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti praktikal.

Kanak-kanak menggunakan alat bagi menyempurnakan tugas setelah pandai bertutur mereka menggunakan bahasa.

Vygotsky juga menekankan bahawa permainan adalah pilihan kanak-kanak sendiri dan disokong oleh guru atau orang dewasa melalui perbincangan.

Melalui bermain,kanak-kanak belajar berkomunikasi, menyesuaikan diri dengan persekitaran, berinteraksi dengan rakan dan mengenali benda-benda disekeliling.

Page 8: Powerpoint Nota

Menurut teori Piaget pada peringkat praoperasional (umur 2-7 tahun),kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan boleh diasah melalui pelbagai aktiviti.

Aktiviti bermain dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar literasi.

Menurut Christie dan Roskos (2009),terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran bermain dalam pemupukan kemahiran literasi.

Chritie dan Roskos (2009) juga berpendapat kebanyakkan kanak-kanak mampu mengenalpasti perkataan bertulis semasa mereka bermain.

Persekitaran yang dimanipulasikan, permainan bertema ,permainan fantasi dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

Page 9: Powerpoint Nota

BAHASA

Menurut Abdullah (2005), bahasa ialah perlambangan yang paling canggih, kompleks dan Luwes.

Bahasa mengandungi beberapa aspek dan setiap aspek menpunyai peraturannya sendiri.

Kanak-kanak berkomunikasi menggunakan bahasa dan terlibat dengan penggunaan aspek berikut;

1) Fonologi pola bunyi bahasa dan cara bunyi

bahasa itu berfungsi.2) Semantik makna perkataan dan ayat.

Page 10: Powerpoint Nota

3) Sintaksis rumus tatabahasa yang mengabungkan

dan menyusunkanperkataan menjadi ayat.

4) Pragmatik pengawalam perlakuan semasa

komunikasi

Page 11: Powerpoint Nota

KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI AKTIVITI BERMAIN

Kemahiran membaca penting kerana menpunyai hubungan dengan penguasaan bahasa.

Penguasaan bahasa adalah asas perkembangan kognitif melalui pembacaan.

Menurut Tamam et al(2010),melalui pembacaan kanak-kanak memperolehi maklumat yang boleh digunakan.

Menurut Mercer (2005),kemahiran membaca yang lemah menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengikuti pembelajaran normal dan mendapat maklumat.

Kanak-kanak yang mahir membaca juga terdedah dengan pembacaan buku yang ditentukannya sendiri.

Page 12: Powerpoint Nota

KURIKULUM BAHASA DAN LITERASI BERASASKAN AKTIVIT BERMAIN

1) Smart Reader Menggunakan pendekatan bermain dan

kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2) Montenssori Maria montessori percaya bahawa kanak-

kanak belajar melalui lima deria.Bahan-bahan pembelajaran dihasilkan berasaskan aktiviti

3) High scope Mengalakkan kanak-kanak belajar melalui

penerokaan dengan bermain melalui persekitaran dan bahan yang disediakan oleh orang dewasa.

Page 13: Powerpoint Nota

1) Regio Emillia Menekankan kanak-kanak belajar melaui

aktiviti.Kanak-kank diajar melalui satu konsep melalui aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak dan bimbingan dari guru.

Hasil kerja kanak-kanak dipamerkan untuk menjadi rangsangan kepada kanak-kanak melakukan aktiviti yang lebih mencabar.

2) Waldrof dan DAP Kanak-kanak digalakkan bermain dan

meneroka imaginasi mereka.Kanak-kanak dikatakan belajar kemahiran bersosial dan berinteraksi dalam kumpualn melalui bermain.

Page 14: Powerpoint Nota

CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN BERMAIN

1) Fail vokal2) Muzik suku kata3) Gaul dan pilih4) Papet bergambar5) Balin dan sebut

Page 15: Powerpoint Nota

KESIMPULAN

Dalam KSPK, aktiviti belajar melalui bermain amat digalakkan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Guru perlu menyediakan ruang bermain dengan meletakkan pelbagai bahan yang dapat merangsang kanak-kanak untuk bermain.

Guru perlu merancang permainan yang boleh melibatkan kanak –kanak secara aktif, berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan –rakan.

Selain dapat membantu kemahiran membaca ianya juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak.