PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

19
1 KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEBUT HARGA BAGI MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU TEKS BRAILLE KEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014 KOD SEBUT HARGA : PP/10/2011 HINGGA PP/13/2011 TEMPOH KONTRAK : TIGA (3) TAHUN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA: 10 JANUARI 2012 (SELASA) MASA TUTUP SEBUT HARGA: 12.00 TENGAH HARI HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA : PERCUMA MELALUI ePEROLEHAN PERINGATAN : 1. Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran. 2. Penyebut Harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen sebut harga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM.

Transcript of PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

Page 1: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

1

KERAJAAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEBUT HARGA BAGI MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU TEKS BRAILLEKEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014

KOD SEBUT HARGA : PP/10/2011 HINGGA PP/13/2011TEMPOH KONTRAK : TIGA (3) TAHUN

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA:

10 JANUARI 2012 (SELASA)

MASA TUTUP SEBUT HARGA:

12.00 TENGAH HARI

HARGA DOKUMEN SEBUT HARGA :

PERCUMA MELALUI ePEROLEHAN

PERINGATAN :

1. Penyebut Harga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhanbutir-butir dokumen sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.

2. Penyebut Harga adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen sebutharga adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapatmaklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawabPenyebut Harga untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM.

Page 2: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

2

KENYATAAN SEBUT HARGA(Secara ePerolehan)

1. Tawaran adalah dipelawa kepada Penyebut Harga tempatan yang berwibawa danberkeupayaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kodbidang 010100 (Bahan Bacaan) yang sah dan masih berkuat kuasa sekurang-kurangnyasehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini bagi sebut harga berikut :

SEBUT HARGA BAGI MENCETAK DAN MEMBEKALBUKU TEKS BRAILLE KEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014

KODSEBUT HARGA JUDUL BUKU

TARIKH DAN MASA TUTUPSEBUT HARGA

PP/10/2011 Matematik Tahun 2

10 Januari 2012 (Selasa)Tepat Jam 12.00 Tengah Hari

PP/11/2011 Matematik Tahun 4

PP/12/2011 Matematik Tingkatan 1

PP/13/2011 Matematik Tingkatan 4

2. Penyebut Harga hendaklah mempunyai medium akses ePerolehan.

3. Dokumen pelawaan sebut harga boleh diperoleh secara PERCUMA dengan memuat turundi laman web http://www.eperolehan.gov.my mulai 8 Disember 2011 sehingga 10Januari 2012.

4. Tawaran sebut harga akan ditutup pada hari Selasa, 10 Januari 2012, tepat jam 12.00tengah hari.

5. Penyebut Harga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sebut harga sahajabagi setiap judul buku.

6. Cadangan Tawaran Harga hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehansebelum atau pada tarikh tutup sebut harga. Tawaran yang tidak melalui ePerolehantidak akan diterima dan tidak akan dipertimbangkan. Penyebut Harga bolehmenghubungi Khidmat Pelanggan ePerolehan di talian 03-79857777.

KEMENTERIAN PELAJARANMALAYSIA

Page 3: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

3

7. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti SebutHarga di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 1, Blok E15,Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.Tawaran dan dokumen yang lewat diterima sama ada melalui sistem ePerolehan ataumanual selepas tarikh dan masa sebut harga ditutup adalah dikategorikan sebagaiSebut Harga Lewat dan tidak akan dipertimbangkan.

8. Taklimat kepada Penyebut Harga akan diadakan pada 13 Disember 2011 (Selasa), jam9.00 pagi bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16, Jalan P 16, 62150 Putrajaya.Kehadiran Pengurus Sebut Harga/Kewangan adalah dimestikan, manakala kehadiranpenulis, editor, ilustrator, dan pereka grafik adalah digalakkan.

9. Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima sebut harga dengan harga yangterendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab atas penolakansesuatu sebut harga. Keputusan sebut harga adalah muktamad.

10. Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang dimintaoleh pihak Kementerian. Penyebut Harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumenyang diminta, maka Kementerian ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran PenyebutHarga.

11. Kenyataan tawaran Sebut Harga ini juga boleh dirujuk di laman web Kementerian PelajaranMalaysia http://www.moe.gov.my/ dan di Bahagian Buku Teks http://www.moe.gov.my/bbt

Bahagian Buku TeksKementerian Pelajaran Malaysia

Page 4: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

4

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

1. PENDAHULUAN

1.1 Kementerian Pelajaran Malaysia akan mencetak dan membekal Buku TeksBraille Kegunaan Mulai Tahun 2012 Hingga 2014

BIL JUDUL KODSEBUT HARGA BUKU TEKS

1. Matematik Tahun 2 PP/10/2011 √

2. Matematik Tahun 4 PP/11/2011 √

3. Matematik Tingkatan 1 PP/12/2011 √

4. Matematik Tingkatan 4 PP/13/2011 √

2. ARAHAN SEBUT HARGA

2.1 Tawaran adalah dipelawa kepada semua Penyebut Harga yang berwibawa danberkeupayaan untuk kerja mencetak dan membekal buku teks ke sekolah.

2.2 Penyebut Harga mesti mampu menyiapkan kerja-kerja pencetakan danpembekalan dalam tempoh yang ditetapkan.

2.3 Penyebut Harga yang tidak mempunyai prestasi baik dalam pencetakan danpembekalan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak digalakkanmemohon.

2.4 Penyebut Harga mestilah diperbolehkan dengan sistem ePerolehan (ePENABLED), Kementerian Kewangan Malaysia bagi tujuan membuat tawaranharga secara atas talian (online).

2.5 Kerajaan akan hanya memesan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT). Penyebut Harga juga hendaklah memastikan bekalan buku teksmencukupi di pasaran terbuka.

2.6 Penyebut Harga hendaklah mempunyai jaringan pembekalan yang mantap danefisien di seluruh negara.

2.7 Keutamaan akan diberi kepada Penyebut Harga yang mempunyai agen/wakilpembekal sah di semua negeri khususnya di Sabah dan Sarawak.

2.8 Penyebut Harga yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tidak layakmenyertai Sebut Harga ini.

Page 5: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

5

2.9 Pelawaan adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-syarat Sebut Harga sertasyarat-syarat lain yang dikembarkan bersama-sama dokumen sebut harga ini.Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan akanmenyebabkan pelawaan sebut harga tersebut tidak akan dipertimbangkandan ditolak.

2.10 Penyebut Harga mestilah memastikan bahawa semua pencetak berdaftar dibawah kod bidang 221003 (bagi petender Bumiputera) dan mempunyai LesenMesin Cetak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

2.11 Penyebut Harga mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan KementerianPelajaran Malaysia dalam semua urusan penerbitan, pencetakan dan pembekalanbuku teks.

2.12 Temuduga/lawatan ke premis Penyebut Harga akan diadakan untuk menilaikemampuan Penyebut Harga menangani penerbitan, pencetakan danpembekalan buku teks, jika perlu.

2.13 Penyebut Harga hendaklah membuat pengakuan yang sebenar tentang statusPenyebut Harga semasa mengemukakan tawaran. Mana-mana Penyebut Hargayang didapati tidak membuat pengakuan yang sebenar akan membolehkantindakan undang-undang diambil serta Kerajaan berhak untuk menolak semuatawaran sebut harga yang telah dibuat.

2.14 Hanya sebut harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga denganmenggunakan dokumen sebut harga yang diakui sahaja, diterima untuk menyertaitawaran sebut harga ini.

2.15 Pelawaan sebut harga ini tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalamArahan dan Syarat-Syarat Sebut Harga.

2.16 Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima sebut harga terendah ataumana-mana sebut harga. Keputusan sebut harga adalah muktamad.

2.17 Sekiranya Penyebut Harga tidak menerima sebarang jawapan, sama ada melaluisurat atau telefon, tawaran Penyebut Harga secara automatik adalah dianggapgagal.

2.18 Keputusan muktamad tentang tawaran Penyebut Harga bolehlah dirujuk dipapan kenyataan Bahagian Buku Teks Aras 1, Blok E15, Kompleks KerajaanParcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya atau denganmelayari laman web Bahagian Buku Teks iaitu http://www.moe.gov.my/bbt

3. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010 bertarikh 16Disember 2010;

Page 6: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

6

“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities:

(a) Without prejudice to any other rights of the Government, if the[Company/Firm], its personnel, servants or employees is convicted by acourt of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to this[Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm]may have with the Government, the Government shall be entitled toterminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediatewritten notice to that effect to the [Company/Firm].

(b) Upon such termination, the Government shall be entitled to all losses, cots,damages and expenses (including any incidental costs and expenses)incurred by the Government arising from such termination.

(c) For the avoidance of doubt, the Parties hereby agree that the[Company/Firm], shall not be entitled to any form of losses including loss ofprofit, damages, claims or whatsoever upon termination of this[Agreement/Contract].”

4. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

4.1 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010 bertarikh 16Disember 2010;

4.1.1 Kesemua Petender/Penyebut Harga yang menghantar dokumen sebutharga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran B1-Lampiran F SPP Bil. 10/2010) bahawa ia tidak akan menawar ataumemberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakilsyarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklahmelampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran B2) menandatanganibagi pihak syarikat.

4.1.2 Penyebut Harga yang berjaya juga dikehendaki menandatangani SuratAkuan Pembida Berjaya (Lampiran B3- Lampiran G SPP Bil. 10/2010)bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran keranamendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat AkuanPembida Berjaya (Lampiran B3) hendaklah juga melampirkan SuratPerwakilan Kuasa (Lampiran B2) menandatangani bagi pihak syarikat.

5. SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

5.1 Kelayakan

i. Semua Penyebut Harga yang hendak menyertai sebut harga ini mestilahterlebih dahulu berdaftar dengan :

Page 7: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

7

(a) Kementerian Kewangan Malaysia ;

Kod Bidang :

010100 (Bahan Bacaan)

221003 (Mencetak Buku, Majalah, Laporan dan Akhbar)- bagi Penyebut Harga Bumiputera yang mempunyai kemudahan

pencetakan sendiri sahaja.

(b) Lesen Mesin Cetak Kementerian Dalam Negeri ;

bagi Penyebut Harga yang mempunyai peralatan pencetakansendiri.

ii. Penyebut Harga yang menyertai sebut harga ini hendaklah mempunyaimodal berbayar sekurang-kurangnya RM200,000.00.

iii. Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan PENYATA AKAUN BANKbagi tempoh tiga (3) bulan terakhir.

5.2 Borang Sebut Harga

i. Hanya borang rasmi yang dimuat turun melalui laman webhttp://www.eperolehan.gov.my akan diterima bagi maksud sebut hargaini. Borang-borang selain borang ini tidak diterima kecuali sebagai tambahankepada borang asal. Borang-borang tambahan yang hendak digunakanmestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yangsama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAHMILIK.

ii. Setiap helaian borang sebut harga yang digunakan termasuk borangtambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap borangmestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.

iii. Penyebut Harga dikehendaki mengisi borang Lampiran A (KeteranganMengenai Penyebut Harga), Lampiran A1 (Keterangan MengenaiKewangan Penyebut Harga), Lampiran A2 (Keterangan Mengenai PanelPenerbitan), Lampiran B1-Lampiran F SPP Bil. 10/2010 (Surat AkuanPembida), Lampiran B2 (Surat Perwakilan Kuasa), Lampiran D(Tawaran Harga Buku Teks), Lampiran D1 (Perincian Anggaran KosPenerbitan), Lampiran E (Jadual Anggaran Pesanan Buku SPBT), dalamdua (2) salinan (ASAL dan SALINAN) dengan lengkap dan terang.Lampiran-lampiran ini mesti bertaip. Lampiran B (Surat Akuan PenyebutHarga) dan Lampiran Q (Borang Tawaran Sebut Harga) hanya perlu diisisatu (1) sahaja iaitu ASAL dan bertaip.

iv. Sebarang pindaan yang dibuat mestilah dipotong, ditandatangani ringkasserta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yangdibuat. Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.

Page 8: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

8

5.3 Spesifikasi Buku Teks

i. Spesifikasi buku teks adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran C :Spesifikasi Buku Teks Braille. Untuk keterangan lanjut, Penyebut Hargaboleh merujuk kepada Sektor Teknikal Penerbitan (STP), Bahagian BukuTeks.

ii. Penyebut Harga yang berjaya tidak dibenarkan untuk menarik baliktawaran spesifikasi yang telah dikemukakan.

5.4 Bantahan Ke Atas Spesifikasi Buku Teks

i. Penyebut Harga boleh membuat bantahan ke atas spesifikasi buku tekssekiranya didapati spesifikasi buku teks menjurus kepada sesuatu sahaja.Bantahan boleh dibuat secara bertulis kepada Bahagian Buku Teks,Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengemukakan bukti-bukti yangjelas.

ii. Surat bantahan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) haridari tarikh iklan sebut harga.

iii. Sebarang keraguan terhadapnya hendaklah dirujuk kepada pegawai SektorTeknikal Penerbitan (STP), Bahagian Buku Teks, Kementerian PelajaranMalaysia dan keputusan adalah muktamad.

5.5 Cadangan Tawaran Harga

i. Pada peringkat penyediaan cadangan kewangan, Penyebut Hargadikehendaki mengunci masuk (key-in) tawaran harga ke dalam ePerolehandan menyerahkan cadangan tersebut secara atas talian (on-line).

ii. Penyebut Harga juga perlu mencetak Satu (1) Set JADUAL CADANGANHARGA yang dibuat melalui ePerolehan untuk dimasukkan sebagaidokumen sokongan bersama dengan Lampiran D.

5.6 Harga

i. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap, harga bersih dan dalam RinggitMalaysia (RM) sahaja serta tidak boleh dipinda selepas penawaran iniditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sah laku penawaran dan kontrak.Walau apa-apa pun, Kerajaan berhak membuat perubahan pada bila-bilamasa.

ii. Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada jumlahsenaskhah. Harga yang diserahkan haruslah mengikut mekanismepenggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitudalam dua (2) tempat perpuluhan. Contoh: RMX.xx.

Page 9: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

9

iii. Penyebut Harga yang menawarkan harga dalam mata wang asing ataumengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akandipertimbangkan.

iv. Harga tawaran Penyebut Harga hendaklah juga diisi di dalam dokumensebut harga Lampiran D : Tawaran Harga Buku Teks yang boleh dimuatturun daripada sistem ePerolehan. Lampiran ini mestilah bertaip.Kerajaan adalah berhak membuat keputusan berhubung harga buku teksyang ditawarkan seperti dalam Lampiran D.

v. Harga yang ditawarkan hendaklah mengambil kira Fi perkhidmatanyang dikenakan iaitu sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaantertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan yangmelebihi RM1.2 juta kerana perolehan akan dilakukan denganmenggunakan ePerolehan. Fi yang dikenakan ini adalah seperti yangtermaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawahsistem ePerolehan.

vi. Sekiranya wujud percanggahan maklumat daripada salinan hardcopy,maklumat di dalam ePerolehan akan diguna pakai.

vii. Kerajaan adalah berhak membuat keputusan berhubung harga buku bagibuku teks yang ditawarkan seperti dalam sistem ePerolehan.

5.7 Perincian Anggaran Kos Penerbitan

Maklumat Perincian Anggaran Kos Penerbitan seperti dalam Lampiran D1hendaklah dilengkapkan oleh Penyebut Harga.

5.8 Anggaran Keperluan / Kuantiti

i. Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan sebut harga ini adalah seperti yangdinyatakan dalam Lampiran E : Jadual Anggaran Pesanan Buku SPBT.Lampiran ini perlu dilengkapkan oleh Penyebut Harga berdasarkantawaran harga senaskhah seperti yang ditawarkan di dalam sistemePerolehan.

ii. Kerajaan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yangdisebutkan dalam pelawaan sebut harga ini akan dipesan kesemuanyatetapi Penyebut Harga yang berjaya mestilah bersedia membekalkan semuapesanan tidak kira sama ada pesanan kurang/lebih daripada kuantiti yangdianggarkan dengan harga dan syarat-syarat yang sama.

5.9 Pasaran Terbuka

Penyebut Harga yang berjaya hendaklah memastikan dan menjamin bahawadalam apa cara sekalipun jumlah buku teks tersebut mudah diperoleh danmencukupi untuk dijual di pasaran terbuka.

Page 10: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

10

5.10 Tugas dan Tanggungjawab Kontraktor

Penyebut Harga yang dilantik untuk mengurus penerbitan, pencetakan danpembekalan buku teks ini perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepertidalam Lampiran F: Tugas dan Tanggungjawab Kontraktor.

5.11 Bahan Sebut Harga Untuk Penilaian Kementerian Pelajaran Malaysia

i. Penyebut Harga yang ingin mengambil bahagian dikehendaki menyediakanPruf Muka Surat (PMS) yang mengandungi cetakan Braille dan bahan grafikyang dicetak menggunakan brillion untuk tujuan mencetak dan membekalBuku Teks Braille.

ii. Penyebut Harga tidak dibenarkan mencatat nama syarikat atau sebarangtanda pengenalan syarikat pada salinan PMS.

iii. Kos penyediaan semua bahan tersebut adalah ditanggung sepenuhnya olehPenyebut Harga.

iv. Tawaran yang tidak disertakan dengan salinan PMS tidak akandipertimbangkan.

v. Semua dokumen/bahan yang disediakan dan dikemukakan oleh PenyebutHarga bersama tawaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akandikembalikan kepada Penyebut Harga.

5.12 Jadual Pencetakan dan Pembekalan

Penyebut Harga yang berjaya hendaklah bertanggungjawab memenuhi keperluanjadual seperti dalam Lampiran H : Jadual Pencetakan dan Pembekalan.

5.13 Kebenaran Mencetak Buku Teks

i. Penyebut Harga yang berjaya hendaklah mendapat kebenaran untukmencetak buku teks mengikut kualiti buku yang ditetapkan dan mengikutkeperluan Kerajaan serta untuk dijual di pasaran terbuka.

ii. Penyebut Harga yang berjaya hendaklah menerbit, mencetak dan membekalbuku teks ke sekolah-sekolah mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalamJadual Penerbitan, Pencetakan dan Pembekalan. Kerajaan berhak memindatempoh tersebut dari semasa ke semasa dan dipersetujui oleh kedua-duapihak.

5.14 Setuju Terima Sebut Harga

i. Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berhak untuk memilih lebih daripadasatu Penyebut Harga untuk satu-satu kontrak jika difikirkan berfaedahkepada Kerajaan.

Page 11: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

11

ii. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga Bahagian Buku Teks,Kementerian Pelajaran Malaysia adalah muktamad. Sebarang pertanyaanoleh Penyebut Harga mengenai tawaran Sebut Harga yang tidak berjayatidak akan dilayan.

5.15 Perjanjian Kontrak

i. Penyebut Harga yang berjaya adalah diwajibkan mengikat kontrak denganKementerian Pelajaran Malaysia.

ii. Syarat-syarat dalam penentuan sebut harga dan surat tawaran adalahmenjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.

iii. Kontraktor yang berjaya dikehendaki menyediakan dua puluh (20) salinanfotostat kontrak asal untuk edaran ke Jabatan dan pihak-pihak yangberkenaan. Perbelanjaan tersebut ditanggung oleh Penyebut Harga yangberjaya.

iv. Kontraktor yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk membatalkanSetem Hasil pada Perjanjian Kontrak.

v. Pembelian Setem Hasil adalah di bawah tanggungjawab Kontraktor yangberjaya.

5.16 Tempoh Kontrak

Tempoh kontrak adalah untuk tiga (3) tahun bermula dari tarikh yang dinyatakandalam Surat Setuju Terima. Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhakmenentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.

5.17 Perubahan Syarat-Syarat

i. Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syaratyang terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan olehKerajaan, buku tersebut yang diperlukan itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.

ii. Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaanbagi pengeluaran atau tempoh pengeluaran, maka nilai kontrak dan masapenyerahan bagi buku tersebut boleh diubah dengan persetujuan kedua-duapihak secara bertulis.

5.18 Hak Penerbitan Bahan (Publishing Rights)

Hak penerbitan bahan terletak hak kepada Kontraktor.

Page 12: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

12

5.19 Iklan

Tiada iklan mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalahatau alat pengiklanan terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantarkepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

5.20 Penamatan Perjanjian

a. Kerajaan boleh memberi notis bertulis kepada Kontraktor untuk menamatkanPerjanjian ini jika :

i. Kontraktor gagal atau tidak berupaya untuk menerbit, mencetak danmembekal buku tersebut mengikut kehendak seperti yang termaktubdalam Perjanjian ini ; atau

ii. Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yangterdapat dalam Perjanjian ini, dan gagal membaik pulih pelanggarantersebut dalam masa tiga puluh (30) hari selepas menerima notisbertulis daripada Kerajaan memintanya berbuat demikian; atau

iii. Kontraktor itu sebagai orang perseorangan (atau, apabila Kontraktor ituadalah suatu firma, mana-mana perkongsian firma itu) pada bila-bilamasa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintahpenghakiman dibuat terhadapnya, atau membuat suatu penyelesaianatau perkiraan dengan apa cara sekalipun bagi faedah dan kepentinganpemiutang-pemiutangnya atau membuat suatu pindah hak ataupenyerah hak asetnya bagi faedah pemiutang-pemiutangnya atau jikaKontraktor adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan, atauMahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu digantung ataudigulung (bukan suatu penggulungan bagi maksud penyusunan semulaatau penyatuan) atau jika seseorang penerima atau pengurus bagipihak seseorang pemiutang telah dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah atau seseorangpemiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yangmemberi hak kepada Mahkamah membuat sesuatu perintahpenggulungan; atau

iv. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atausesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya(sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) melakukansesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, dengan syaratsentiasanya bahawa penamatan Perjanjian ini tidaklah menjejas hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik pampasan, ganti rugi dan lain-lain hak yang sedia ada terdahulu dari itu; atau

Page 13: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

13

v. Kerajaan mempunyai sebab-sebab tertentu atau jika berlaku keadaan-keadaan di luar kawalan Kerajaan dan atau di atas kepentingan awamdan atau keselamatan negara dan atau bagi maksud Dasar Kerajaandan atau apabila buku-buku tersebut tidak lagi diperlukan dan tidak lagisesuai bagi kegunaan murid-murid dalam Sistem Pendidikan Negara ;atau

vi. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor yangmempunyai status Bumiputera telah digugurkan statusnya kepadaBukan Bumiputera.

DENGAN SYARAT SENTIASANYA bahawa penamatan Perjanjian ini tidakmenyentuh sebarang hak Kerajaan yang sedia ada di bawah Perjanjian dandi bawah mana-mana undang-undang bertulis.

b. Walau apa pun yang terkandung dalam subfasal (a) di atas, Kerajaan bolehpada bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notisbertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari mengenai hasrat untukberbuat demikian. Dengan syarat penamatan Perjanjian ini tidak akanmenjejaskan sebarang hak yang telah sedia ada bagi kedua-dua pihak dibawah Perjanjian ini dan di bawah mana-mana Undang-Undang Bertulis.

c. Bagi maksud pelaksanaan subfasal 5.22(a)(v) di atas, maksud “kepentinganawam”, ”keselamatan negara” dan “Dasar Kerajaan” adalah ditentukansecara tunggal dan bersendirian oleh Kerajaan dan adalah muktamad sertatidak boleh dipertikaikan.

5.21 Cara Pesanan

Bagi maksud sebut harga ini, pesanan yang sebenar akan dibuat oleh Jabatankepada Kontraktor. Pesanan akan dibuat secara rasmi dengan bertulis, danKerajaan tidak akan menerima sebarang tanggungan atas apa-apa pesanan yangdibuat selain daripada bertulis.

5.22 Tempat, Cara dan Tempoh Penghantaran

Buku tersebut yang akan dibekalkan ke sekolah hendaklah cukup dari segibilangannya, dibungkus dan diikat dengan sempurna, mengikut cara dan tempohpenyerahan seperti yang dinyatakan dalam kontrak.

5.23 Denda Lewat Pembekalan

i. Kontraktor yang berjaya mestilah menyempurnakan kontrak pembekalanbuku tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak.

ii. Kontraktor yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagalmenyempurnakan pembekalan buku dalam tempoh yang telah ditetapkandalam kontrak. Cara pengiraan denda tersebut mengikut formula berikut :

Page 14: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

14

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Pembekalan

Denda = V(T + D) x 5%T

V : Nilai bekalan yang lewat dibekalkan

T : Tempoh penyerahan yang ditetapkan

D : Bilangan hari bekalan lewat

5.24 Denda Lewat Tuntut Pembayaran

i. Kontraktor hendaklah membuat tuntutan pembayaran kepada Kerajaan tidaklewat daripada tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh tamat tempohpembekalan buku tersebut .

ii. Sekiranya tuntutan pembayaran lewat dan melebihi tempoh yang ditetapkan,Kontraktor boleh dikenakan denda beramaun 0.5% daripada jumlah tuntutanbagi setiap bilangan hari yang Kontraktor lewat tuntut.

Formula Bagi Mengira Denda Lewat Tuntut Pembayaran

Denda = 0.5 % (C) x (D)

C = Jumlah Nilai Tuntutan

D = Bilangan Hari Tuntutan Lewat

5.25 Tempoh Sah Laku

i. Tawaran harga buku yang ditawarkan oleh Penyebut Harga hendaklah sahlaku dalam tempoh tidak kurang daripada sembilan puluh (90) hari daritarikh sebut harga ditutup.

ii. Mana-mana Penyebut Harga yang mengemukakan tempoh sah laku kurangdaripada masa yang ditetapkan sembilan puluh (90) hari tidak akandipertimbangkan.

6. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISERTAKAN

Dokumen Sebut Harga ini mengandungi lampiran-lampiran seperti berikut :

Lampiran A : Keterangan Mengenai Penyebut Harga

Lampiran A1 : Keterangan Mengenai Kewangan Penyebut Harga

Lampiran A2 : Keterangan Mengenai Panel Penerbitan

Page 15: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

15

Lampiran B : Surat Akuan Penyebut Harga

Lampiran B1(Lampiran F (SPP Bil. 10/2010)

: Surat Akuan Pembida

Lampiran B2 : Surat Perwakilan Kuasa

Lampiran B3(Lampiran G (SPP Bil. 10/2010)

: Surat Akuan Pembida Berjaya

Lampiran C : Spesifikasi Buku Teks Braille

Lampiran D : Tawaran Harga Buku Teks

Lampiran D1 : Perincian Anggaran Kos Penerbitan

Lampiran E : Jadual Anggaran Pesanan Buku SPBT

Lampiran F : Tugas dan Tanggungjawab Kontraktor

Lampiran H : Jadual Penerbitan, Pencetakan dan Pembekalan.

Lampiran K : Panduan Penyediaan Pruf Muka Surat

Lampiran Q : Borang Tawaran Sebut Harga

7. BAHAN/DOKUMEN YANG MESTI DIKEMBALIKAN

i. Hanya dokumen rasmi yang dimuat turun melalui laman webhttp://www.eperolehan.gov.my akan diterima bagi maksud sebut harga ini.Dokumen-dokumen selain dokumen ini tidak diterima kecuali sebagai tambahankepada borang asal. Dokumen-dokumen tambahan yang hendak digunakanmestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yang samadan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK.

ii. Setiap helaian dokumen sebut harga yang digunakan termasuk dokumentambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap dokumenmestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.

iii. Sebarang pindaan yang dibuat mestilah dipotong, ditandatangani ringkas sertadicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat.Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.

iv. Dokumen-dokumen yang perlu diisi dan dikembalikan kepada KementerianPelajaran adalah seperti berikut :

Page 16: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

16

Bil Bahan/Dokumen Bilangan Catatan

1.* Pruf Muka Surat 10 naskhah Rujuk Lampiran K : Panduan PenyediaanPruf Muka Surat

Bersaiz A4.

2.* Lampiran AKeterangan MengenaiKeupayaan PenyebutHarga

Asal dan1 Salinan

Sertakan salinan dokumen sokongan. Dokumen-dokumen hendaklah ditaip. Dijilid berasingan.

3.* Lampiran A1Keterangan MengenaiKewangan PenyebutHarga

i. Salinan PenyataCukai

ii. Laporan Sulit Bank

Asal dan1 Salinan

Asal dan1 Salinan

Asal

Sertakan salinan dokumen sokongan. Dokumen-dokumen hendaklah ditaip. Dijilid berasingan.

Dimasukkan ke dalam sampul surat Disahkan oleh Setiausaha

Syarikat/juruaudit

Dimasukkan ke dalam sampul suratberlakri

Dialamatkan kepada Pengarah BahagianBuku Teks

4.* Lampiran A2Keterangan MengenaiPanel Penerbitan

Asal dan1 Salinan

Sertakan salinan dokumen sokongan. Dokumen-dokumen hendaklah ditaip. Dijilid berasingan.

5. Lampiran BSurat Akuan PenyebutHarga

Asal Lengkapkan dan ditandatangani.

6. Lampiran B1Surat Akuan Pembida

(Lampiran F (SPP Bil.10/2010)

Asal dan1 Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani. Dokumen hendaklah ditaip.

Page 17: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

17

Bil Bahan/Dokumen Bilangan Catatan

7. Lampiran B2Surat Perwakilan Kuasa

Asal dan1 Salinan

Lengkapkan dan ditandatangani. Dokumen hendaklah ditaip.

8. Lampiran DTawaran Harga Buku Teks Asal dan

1 Salinan Borang-borang hendaklah ditaip. Lengkapkan.

9. Lampiran D1Perincian Anggaran KosPenyebut Harga

Asal dan1 Salinan

Borang-borang hendaklah ditaip. Lengkapkan.

10. Lampiran EJadual Anggaran PesananSPBT

Asal dan1 Salinan

Borang-borang hendaklah ditaip. Lengkapkan.

11. Lampiran QBorang Tawaran SebutHarga

Asal Lengkapkan dan ditandatangani.

Bahan/dokumen yang bertanda (*) hendaklah dijilid secara berasingan.

v. Penyebut Harga yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap sepertiyang dinyatakan di atas akan menyebabkan tawarannya tidak akandipertimbangkan dan ditolak sepenuhnya.

8. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA

i. Borang sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dibungkus kemasdan dilakri dengan cap mohor syarikat. Setiap bungkusan hendaklah ditandapada bahagian atas sebelah kiri (dalam saiz huruf 16 poin) seperti berikut :

SEBUT HARGA BAGI MENCETAK DAN MEMBEKALBUKU TEKS BRAILLE KEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014

KOD SEBUT HARGA : PP/10/2011

NO. SEBUT HARGA : (X021122050111xxxx)

NO. CADANGAN PENYEBUT HARGA : (Y021122050111xxxx)

Page 18: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

18

NAMA PENYEBUT HARGA (SYARIKAT) : ……................................................

JUDUL : MATEMATIK TAHUN 2

NAMA PENYEBUT HARGA (SYARIKAT) : ……................................................

NO. SIRI BUNGKUSAN : ……./………

ii. Semua dokumen sebut harga hendaklah dialamatkan kepada :

PengarahBahagian Buku Teks

Kementerian Pelajaran MalaysiaAras 1, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 Putrajaya

iii. Semua dokumen sebut harga mestilah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Hargayang disediakan pada waktu pejabat di alamat seperti yang tersebut di atas tidaklewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Ukuran setiap bungkusan dokumensebut harga mestilah tidak melebihi 30 cm x 24 cm x 11 cm.

iv. Kontraktor yang mengemukakan lebih daripada satu bungkusan dokumen sebutharga bagi sesuatu mata pelajaran dikehendaki melabel dan menomborkanbungkusan-bungkusan tersebut seperti berikut :

Sebagai contoh : Dokumen Sebut Harga dalam tiga (3) bungkusan

No. Siri Bungkusan : 1/3, 2/3 dan 3/3.

v. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilanganborang-borang penyertaan sebut harga akibat daripada tidak memasukkandokumen-dokumen tersebut ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan. Jikaborang-borang tersebut dihantar melalui pos atau perkhidmatan courier, SebutHarga dengan ini memberi amanah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untukmenerima dan memasukkannya ke dalam Peti Sebut Harga. Walau bagaimanapun,Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas keselamatanborang-borang tersebut.

9. TARIKH TUTUP TAWARAN

i. Tarikh tutup sebut harga adalah seperti berikut :

Kod Sebut Harga :PP/10/2011 dan PP/13/2011

- 10 Januari 2012 (Selasa)tepat jam 12.00 tengah hari

ii. Semua Dokumen Sebut Harga hendaklah sampai ke Bahagian Buku Teks,Kementerian Pelajaran Malaysia pada atau sebelum tarikh dan waktu tersebut.SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Page 19: PP/10/2011 Hingga PP/13/2011

19

iii. Bukti pengeposan bukan bukti penerimaan oleh Kementerian PelajaranMalaysia.

10. HAL-HAL LAIN

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai sebut harga ini hendaklah dirujukkepada Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian berikut :

i. Aspek Umum Sebut Harga dan Kontrak : 03 – 8884 4445 (SDP)

ii. Aspek Spesifikasi dan Penyediaan PMS : 03 – 8884 4525 (STP)

iii. Aspek Penerbitan (Tahun 2 & 4) : 03 – 8884 4409 (SPSM)

iv. Aspek Penerbitan (Tingkatan 1 & 4) : 03 – 8884 4419 (SPSR)

V. Aspek Pembekalan Buku : 03 – 8884 4321 (SPBT)