ppk223.doc

18
ISI KANDUNGAN PERKARA PENGHARGAAN PENGENALAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN OBJEKTIF ANALISIS TUGAS RANCANGAN PENGAJARAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

description

ppk223.doc

Transcript of ppk223.doc

ISI KANDUNGAN

PERKARA

PENGHARGAAN

PENGENALAN

RANCANGAN PENGAJARAN

HARIAN

OBJEKTIF

ANALISIS TUGAS

RANCANGAN PENGAJARAN

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Pertama sekali, ucap syukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNya dapat

juga saya menyiapkan laporan untuk subjek PPK 223 (Kemahiran Hidup dalam Pendidikan

Khas). Ucapan terima kasih saya juga kepada pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu tidak

lain dan tidak bukan Dr. Mohd Zuri bin Ghani kerana banyak membantu dan memberi tunjuk

ajar serta sokongan kepada kami semua amnya dan kepada saya khususnya dalam menyiapkan

projek yang telah ditugaskan ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani, Kedah kerana membenarkan saya menjalankan

projek ini di sekolah mereka. Dengan kebenaran pihak mereka, Alhamdulillah saya akhirnya

dapat juga menjalankan projek video pengajaran Mikro kepada salah seorang pelajar di sekolah

tersebut.

Ribuan terima kasih juga kepada subjek dalam menyiapkan video ini iaitu Nur Husnina

binti Hamzan kerana sudi meluangkan masa untuk memberi kerjasama serta sekaligus berusaha

untuk memahami dan mempelajari kemahiran yang telah diajar itu.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang banyak memberi

sokongan penuh dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Ucapan terima kasih juga

kepada keluarga saya walaupun mereka jauh tetapi mereka tetap memberi sokongan yang kuat

untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali tidak dilupakan juga ucapan terima kasih terhadap diri sendiri kerana

sanggup menerima tugasan serta meyiapkannya dengan baik. Tidak lupa juga kepada semua

yang terlibat samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

PENDAHULUAN

Pendidikan khas merupakan salah satu bahagian dalam system operasi pendidikan yang

memerlukan formula system pembelajaran yang khas dan bersesuaian mengikut keperluan

kanak-kanak istimewa. Untuk itu semua guru yang terlibat dengan pendidikan khas kanak-kanak

istimewa perlu mempunyai kelayakan dan latihan yang professional demi memastikan corak

pengajaran yang disampaikan bersesuaian dengan kanak-kanak istimewa. Langkah ini diambil

untuk menyediakan peluang latihan professional kepada guru-guru dan mereka yang berminat

dalam pendidikan khas kerana sedar kurangnya peluang-peluang seperti ini ditawarkan. Ianya

diharap dapat menyumbang kepada pendedahan kepada guru khasnya dan masyarakat tentang

pendidikan khas kanak-kanak istimewa.

Setiap pelajar di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mendapat pendidikan

tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara menginginkan pelajarnya

maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Walaupun begitu, terdapat segolongan

pelajar yang dilabelkan pelajar istimewa atau khas. Pelajar ini sebenarnya juga mempunyai

keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering dianggap lemah, mundur atau lembam.

Pelajar ini sebenarnya perlu diberi perhatian dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan

kepada negara sebagaimana pelajar normal yang lain.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah

Pendidikan Khas iaitu “Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk

melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu

dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”.

Kemahiran Hidup merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh murid

pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Walau bagaimanapun, kurikulum dan sukatan

pelajarannya tidak sesukar pelajar normal yang lain. Ini bersesuaian dengan tahap pemikiran

mereka. Mereka perlu belajar secara teori dan amali sebagaimana pelajar normal yang lain.

Di dalam tugasan ini, saya juga ingin mengetahui persepsi pelajar Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran mengenai mata pelajaran Kemahiran Hidup yang telah mereka

pelajari. Adakah mereka memahami apa yang diajar oleh guru Kemahiran Hidup kepada

mereka? Adakah mereka dapat mengaplikasi apa yang dipelajari contohnya menanam sayur-

sayuran di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Penyelidik juga ingin mengkaji adakah

mereka mempnyai minat terhadap apa yang dipelajari.

‘Mikro Teaching’ merupakan pendekatan yang di gunakan oleh pensyarah PPK 223 yang

sangat penting dalam pendidikan khas untuk mendekatkan diri pelajar PPK 223 kepada dunia

sebenar profesion perguruan. ‘Mikro Teaching’ ini memerlukan pelajar PPK 223 memilih tajuk

untuk kemahiran hidup bagi mengajar murid-murid berkeperluan khas di sekolah dan seterusnya

menyediakan satu rancanagan pengajaran yang lengkap untuk mengajar pelajar-pelajar ini

supaya mereka mendapat pengalaman sebenar sebagai guru dan menanam sifat bersungguh-

sungguh mengajar walaupun pada masa kini mereka belum bergelar seorang guru. Pengajaran

mikro juga merupakan aktiviti latihan pengajaran sebelum sesi pengajaran di bilik darjah.

Memberi focus/tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu apabila digabungkan

kesemuanya akan menjadi satu pengajaran yang lengkap. Segala aktiviti akan dilihat untuk

menilai samada sesuatu kemahiran yang dipraktikannya itu memenuhi konsep ataupun tidak.

Tujuan pengajaran mikro juga adalah untuk mempraktikkan setiap pengajaran dalam satu

situasi terancang dan dipermudahkan. Guru dan murid juga dapat mempelajari teknik-teknik

pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan tenang, mudah dan kurang kompleks. Mereka juga

boleh mengamalkan teori pengajaran dan pembelajaran yang baru. Ianya juga dapat

mengurangkan masalah berbanding dengan pengajaran biasa di sekolah. Guru dapat mengkaji

sendiri kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dalam sese pengajaran. Selain itu

juga, guru dapat membina kemahiran yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajarn di dalam bilik darjah. Guru juga boleh melakukan perbincangan selepas sesi

pengajaran bagi mengenalpasti kelemahan dan kesalahan dan seterusnya membaiki kelemahan

yang ada. Seterusnya, pengajaran mikro ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk

menghadapi pengajaran yang sebenar di kelas.

Kaeadah/stategi pengajaran yang pelajar PPK 223 gunakan adalah dari segi pembacaan

dan pengalaman mereka untuk mengaplikasikan ilmu yang telah di pelajari dari kursus PPK 223

untuk diterapkan dalam ‘Mikro Teaching’. Kanak-kanak berkeperluan khas ini memerlukan

pendekatan yang khas dan rancangan pengajaran yang diubahsuai dengan kesesuaian dan

kemampuan pelajar. Seperti dalam ‘Mikro Teaching’ kali ini saya menggunakan pelajar yang

mempunyai masalah slow learner.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 1997, Jilid 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan (A) yang berkuatkuasa pada 1

Januari 1998 di bahagian II menyatakan “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan, guruguru

boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti, mata

pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan Pendidikan Khas”.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Kemahiran Hidup

Tajuk am : Aktiviti motor halus

Topik pengajaran : Melipat Baju T- shirt

Nama murid : Nur Husnina binti Hamzan

Jantina : Perempuan

Tarikh Lahir : 27 April 1997

Umur : 12 tahun

Agama : Islam

Jenis Ketidakupayaan : Akal, Slow Learner

Masa : 9.00 pagi

OBJEKTIF

Dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan murid dalam kemahiran

melipat baju.

Dapat melatih kemahiran motor halus murid-murid

Memdidik murid-murid menjaga kekemasan diri

Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid

Dapat mengkaji minat murid-murid Pendidikan Khas terhadap mata pelajaran Kemahiran

Hidup

Dapat mengkaji kefahaman murid-murid terhadap isi kandungan mata pelajaran

Kemahiran Hidup

Dapat mengaplikasikan kemahiran amali mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam

kehidupan seharian mereka

Dapat menunjukkan cara yang betul untuk melipat baju t-shirt

Dapat melatih murid-murid memberi tumpuan dan bersabar menerima arahan

Dapat menguji kretiviti murid-murid

Bahan : kertas berwarna, , baju t-shirt

Nilai : kesabaran, ketelitian, kreativiti, peka dan penumpuan

Kemahiran berfikir : membuat inferens, menjana idea, membuat gambaran mental,

mengingat kembali, dan menyusun mengikut keutamaan.

ANALISIS TUGASAN

Memastikan kemahiran yang sesuai diajar mengikut keupayaan murid-murid

Menyediakan kertas berwarna danbaju t-shirt lengan pendek

Memperkenalkan baju t-shirt

Membentangkan baju di atas meja untuk mudah dilipat

Menunjukkan cara untuk melipat baju t-shirt

Memulakan melipat baju sebelah kanan

Kemudian lipat sebelah kiri

Lipat supaya kelihatan kemas

Ulang cara melipat

Simpan bahan yang digunakan

MEDIA PENGAJARAN

Kertas berwana

Baju t-shirt

REFLEKSI

Pandangan saya pada kali pertama mendapat tugas ini agak berat sedikit. Ini kerana saya

tidak berapa faham dengan kehendak soalan dan apa yang diberitahu pensyarah. Pada peringkat

awalnya rasa agak tertekan juga tetapi dengan bantuan daripada kawan-kawan yang banyak

memberi tunjuk ajar jadi saya sudah mula yakin untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Dari semasa ke semasa saya mencarikan maklumat untuk menyediakan proposal tersebut.

Dalam masa yang sama juga saya terfikir untuk mencari sekolah mana yang sesuai dan subjek

apa yang perlu dipilih untuk menjalankan Penaksiran Berasakan Sekolah.

Setelah lama mencari maklumat, akhirnya saya telah memilih kemahiran yang sesuai

untuk menagajar murid dalam subjek Kemahiran Hidup iaitu kemahiran melipat baju t-shirt.

Saya juga telah memilih salah sebuah sekolah yang ada di daerah Sungai Petani, Kedah. Saya

memilih Sekolah Kebangsaan Khir Johari. Seminggu selepas membuat pemillihan, telah pergi

ke sekolah tersebut untuk kali pertama dan ianya bertujuan untuk membuat temu janji dengan

guru untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk saya menjalankan video pengajaran Mikro ini.

Sebelum tiba tarikh yang ditetapkan itu, saya terlebih dahulu telah mencari sedikit

sebanyak maklumat berkaitan dengan tugasan yang hendak dilakukan. Pada hari Ahad, 1 Mac

2009, saya telah kesekolah itu untuk menjalankan tugasan ini. Apabila sampai di sekolah itu,

saya telah berjumpa dengan guru penyelaras pendidikan khas untuk mengambil sampel bagi

membantu saya menjalankan video pengajaran Mikro ini. Saya telah diberi sampel iaitu NUR

HUSNINA BT HAMZAN. Sampel ini mengalami masalah akal dan slow learner. Pada

permulaan tugasan itu, saya mengalami sedikit kesukaran apabila tidak dapat memahami

percakapan sampel tersebut. Ini kerana sampel tersebut juga mengalami masalah percakapan.

Walaubagaimana pun, ianya tidak menjadi masalalh kepada saya dalam menjalankan tugasan itu.

Saya beranggapan ianyan sebagai sebahagian daripada cabaran dlam menjalankan tugasan.

Saya berusaha bersungguh-sungguh supaya suasana pengajaran dapat dikawal dan

dijalankan dengan baik. Dalam RP yang saya sediakan ialah selama 30 minit namun oleh sebab

murid saya menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan saya terpaksa mempercepatkan

proses rakaman kerana saya bimbang jika pelajar ini mula bosan dengan keadaan ini.

Alhamduliah, akhirnya kanak-kanak yang saya ajar dapat memberi kerjasama dan objektif

tersebut tercapai akhirnya walaupun mengalami sedikit kekangan masa.

Dalam masa menyiapkan video ini, terdapat juga gangguan daripada murid-murid lain

yang datang dekat dengan proses ini dijalankan. Namun saya bersyukur kerana dapat juga

menyelesaikan video ini walaupun terdapat beberapa gangguan yang berlaku. Selesai semua

proses saya pulang ke USM dengan hati yang tenang.

BIBLIOGRAFI

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, 2003,

Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia.

LAMPIRAN

Langkah-langkah melipat baju t-shirt

KENANGAN BERSAMA CIKGU HANIM & RAKAN SEPERJUANGAN