PPnP PJ LD Thn 3
description
Transcript of PPnP PJ LD Thn 3
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
( MASALAH PEMBELAJARAN )
PANDUAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 3
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2012
CETAKAN 2012
@Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
1. Pendahuluan
v
2. Buku Panduan pengajaran dan pembelajaran
v
3. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
vi
4, Pendidikan Jasmani
Pergerakan Asas Lokomotor
Pergerakan Bukan Lokomotor
Kemahiran Manipulasi Alatan
1 6
10
iii
1. Pendahuluan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
2. Buku Panduan Pengajaran & Pembelajaran
Buku ini disediakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Seni Kreatif. Buku ini mengandung beberapa kemahiran. Setiap contoh mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan persekitaran murid.
Buku ini disediakan dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dan simulasi disamping menggabungjalinkan pendekatan-pendekatan pedagogi lain yang sesuai. Penerapan elemen TMK, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi disisipkan bagi membimbing guru dalam melaksanakannya.
Penilaian yang disediakan bagi sesuatu pengajaran adalah bersifat dianostik bagi membolehkan guru mengesan kefahaman murid. Aktiviti dan lembaran kerja yang disediakan untuk pengayaan dan pemulihan disediakan mengikut tahap kebolehan murid bagi mencapai standard pembelajaran.
v
Cadangan aktiviti yang terdapat di dalam buku ini tidak mukatamad dan guru digalakkan mengubahsuai aktiviti bersesuaian dengan keupayaaan murid dan persekitaran. Guru juga digalakkan untuk membina modul p&p yang bersesuian dan secara tidak langsung berpeluang mengembangkan kreativiti.
3. Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran :
x Belajar Melalui Permainan
x Belajar Sambil Bermain x
Multi Sensori x
Pembelajaran Kontekstual x Pembelajaran Interaktif x
Pembelajaran Koperatif x
Pertandingan
vi
DRAF
Tajuk : 1. Kemahiran pergerakan
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.1 Pergerakan asas lokomotor
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Melakukan aktiviti berjalan di kawasan berumput
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi Komunikasi
Kerohanian Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid boleh, berjalan di kawasan berumput dengan arahan dalam kawasan
Nilai : Bekerjasama, yakin diri dan berani
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
Set Induksi
1. Murid berdiri dalam bentuk ladam kuda
2. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan bimbingan guru.
Langkah 1
Berjalan perlahan
1. Murid mendengar penerangan guru mengenai ciri-ciri
kawasan berumput.
2. Murid melihat guru membuat demonstrasi
berjalan perlahan.
3. Murid membuat 3 jenis aktiviti berjalan perlahan di
Gelanggang bola
jaring Skitel
EMK
Kreativiti dan
Inovatif
1
DRAF
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
gelanggang bola jaring iaitu :-
i. Berjalan bebas
Murid berjalan perlahan secara bebas di gelanggang
bola jaring sambil hayun tangan.
ii. Berjalan sehala
Murid berjalan perlahan secara sehala di atas garisan
gelanggang sambil membuat aksi burung terbang.
iii. Berjalan zig zag
Murid berjalan perlahan secara zig zag mengikut
susunan skitel
.
Cadangan soalan :
a. Cara berjalan perlahan yang manakah paling mudah dilakukan?
Langkah 2
Berjalan laju
1. Murid melihat guru membuat demonstrasi berjalan laju.
2. Murid membuat 3 aktiviti berjalan laju di gelanggang bola
jaring iaitu :-
i. Berjalan laju secara bebas
Murid berjalan laju secara bebas di gelanggang bola
jaring sambil menghayun tangan
Gelanggang bola
jaring Skitel
EMK
Kreativiti dan
Inovatif
2
DRAF
ii. Berjalan laju secara sehala
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
Murid berjalan laju secara sehala di atas garisan
gelanggang bola jaring sambil mengira langkah.
iii. Berjalan laju secara zig zag
Murid berjalan laju secara zig zag mengikut susunan
skitel
Cadangan soalan :
a. Antara berjalan perlahan dan berjalan laju yang mana lebih
pantas?
Langkah 3
1. Murid mendengar arahan dan peraturan permainan oleh
guru.
1.1 Murid diminta beratur di garisan permulaan
1.2 Murid diminta berjalan laju ke kawasan yang telah
Gelanggang bola jaring Skitel
3
x x x x x x
A
B
A
B
DRAF
ditandakan apabila guru menyebut “itik atau ikan” ( A : kawasan berumput (ikan) dan B : kawasan tidak
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
berumput (itik))
1.3 Murid yang tidak dapat memasuki kawasan yang disebut
akan tersingkir dari permainan.
2. Murid akan bermain dengan bimbingan dan panduan guru.
Penutup
1. Murid beratur dalam satu barisan
2. Murid melakukan aktiviti cooling down dengan bimbingan guru
4
DRAF
Tajuk : 1 Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : 1.1 Pergerakan Asas lokomotor Standard Pembelajaran : 1.1.1 Berjalan di kawasan berumput
SENARAI SEMAK
Nama :_____________________________________________ Kelas :______________ Tarikh :________________ Fokus Pembelajaran : Berjalan perlahan dan berjalan laju Isikan Menguasai (M) atau Tidak Menguasai (TM) di ruangan yang disediakan.
Bil Kemahiran Menguasai Tidak
Menguasai Catatan
1. Berjalan perlahan di kawasan berumput
2. Berjalan laju di kawasan berumput
Refleksi :
....................................................................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................................
Tandatangan guru :
5
DRAF
........................................................
Tajuk : 1. Kemahiran Pergerakan Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.2 Pergerakan bukan lokomotor
Standard Pembelajaran : 1.2.1 Melakukan aktiviti pergerakan bukan lokomotor berdiri
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi Komunikasi
Kerohanian Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat melakukan aktiviti bukan lokomotor
berdiri dengan menggunakan dua belah kaki dan sebelah kaki
Nilai : Bekerjasama, yakin diri dan keberanian
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
Set Induksi 1. Murid berdiri dalam bentuk ladam kuda
2. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan
bimbingan guru.
Langkah 1 Berdiri individu Bangku gimnastik
6
DRAF
4. Murid berdiri tegak dengan menggunakan dua belah kaki
sambil mengangkat dua belah tangan dalam kiraan 10
5. Murid berdiri tegak dengan menggunakan dua belah kaki di
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
atas bangku gimnastik sambil mengangkat dua belah tangan
dalam kiraan 10
6. Murid berdiri dengan menggunakan sebelah kaki sambil
mencekak pinggang dalam kiraan 10
7. Murid berdiri dengan menggunakan sebelah kaki di atas
bangku gimnastik dalam kiraan 10
Cadangan soalan :
a. Manakah lebih sukar, berdiri sebelah kaki atau dua belah
kaki?
Langkah 2
Berdiri
1.
2.
berpasangan
Murid berdiri tegak dengan menggunakan dua belah kaki
sambil mengangkat dua belah tangan dalam kiraan 10 Murid
berdiri tegak dengan menggunakan dua belah kaki di atas
bangku gimnastik sambil mengangkat dua belah tangan
dalam kiraan 10
Murid berdiri dengan menggunakan sebelah kaki sambil
Bangku gimnastik
7
DRAF
3.
memegang bahu rakan dalam kiraan 10
Langkah 3 1. Murid berdiri tegak dengan menggunakan dua belah kaki dan bergerak seperti lalang ditiup angin dengan bimbingan
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
guru.
2. Murid berdiri berpegangan tangan dan melakukan simulasi
gergaji balak dengan bimbingan guru.
Langkah 4 Permainan kecil
1. Murid berdiri di dalam gelung masing-masing.
2. Murid mendengar arahan guru.
Arahan
i. Guru menyebut dua bermaksud murid perlu berdiri dua
belah kaki
ii. Guru menyebut satu bermaksud murid perlu berdiri
sebelah kaki
3. Murid yang tidak mengikut arahan guru dengan betul, akan
tersingkir daripada permainan.
4. Permainan akan ditamatkan sehingga seorang murid sahaja yang berdiri di dalam gelung dan dikira sebagai pemenang
Gelung
8
DRAF
Penutup
Murid melakukan aktiviti cooling down dengan bimbingan
guru.
Tajuk : 1. Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : 1.2 Pergerakan bukan lokomotor Standard Pembelajaran : 1.2.1 Melakukan aktiviti pergerakan bukan lokomotor berdiri
SENARAI SEMAK
Nama :_____________________________________________ Kelas :______________ Tarikh :________________ Fokus Pembelajaran : Pergerakan bukan lokomotor berdiri Isikan Menguasai (M) atau Tidak Menguasai (TM) di ruangan yang disediakan. Bil Kemahiran Menguasai Tidak
Menguasai Catatan
1. Berdiri tegak dengan menggunakan dua belah kaki sambil mengangkat dua belah tangan
2. Berdiri tegak dengan menggunakan dua belah kaki di atas bangku gimnastik sambil mengangkat dua belah tangan
3. Berdiri dengan menggunakan sebelah kaki sambil mencekak pinggang. 4. Berdiri dengan menggunakan sebelah kaki di atas bangku gimnastik. 5. Berdiri dengan menggunakan sebelah kaki sambil memegang bahu
rakan.
6. Berdiri tegak dan bergerak seperti lalang 7. Berdiri tegak berpegangan tangan melakukan simulasi gergaji balak. Refleksi : ......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
9
DRAF
Tandatangan guru : .......................................................
Tajuk : 1. Kemahiran Pergerakan
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.3 Kemahiran Manipulasi Alatan
Standard Pembelajaran : 1.3.4 Menangkap bola secara berpasangan
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi Komunikasi
Kerohanian Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membaling dan menangkap bola
secara berpasangan berdasarkan lingkungan jarak 1 hingga 3 meter
Nilai : Bekerjasama, yakin diri dan berani
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
Set Induksi
1. Murid berada dalam separa bulatan pada posisi berdiri.
2. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan bimbingan.
10
DRAF
Langkah 1
1.
Murid melihat demonstrasi membaling dan menangkap bola secara berpasangan dalam jarak 1 meter oleh guru dan murid
2. Murid berdiri di dalam gelung seperti gambar rajah di bawah.
3. Murid membaling bola menggunakan dua belah tangan dan ditangkap oleh rakan berpandukan tiupan wisel.
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
.
A B
1M
C D
Bola
Gelung
Wisel
A
B Murid
C dalam
gelung
D
11
DRAF
Langkah 2
1. Murid diminta mengulangi langkah satu dengan kaedah ansur
maju pada penambahan jarak 2 meter.
2 . Murid berdiri di dalam gelung dengan memegang satu
3. Murid membaling bola menggunakan dua belah tangan dan
ditangkap oleh rakan berpandukan tiupan wisel.
Bola
Gelung
Wisel
A
B Murid
dalam C gelung
D
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
12
bola seperti rajah dibawah.
2M
A B
C D
DRAF
Langkah 3
1. Murid diminta mengulangi langkah dua dengan kaedah ansur
maju pada penambahan jarak 3 meter
2. Murid berdiri di dalam gelung dengan memegang satu bola
3. Murid membaling bola dengan menggunakan dua belah
tangan berpandukan tiupan wisel.
4. Murid membaling bola dengan menggunakan dua belah tangan
dan ditangkap oleh rakan berpandukan tiupan wisel.
Bola
Gelung
Wisel
A
B Murid
dalam C gelung
D
LANGKAH AKTIVITI BBB CATATAN
13
seperti rajah dibawah.
3M
A B
C D
DRAF
Langkah 4
Permainan kecil
5. Murid membuat bulatan dan melantik seorang pembaling.
6. Pembaling akan berdiri di tengah bulatan.
7. Pembaling akan membaling bola pada rakan yang disebut
namanya secara rawak.
8. Penangkapt perlu manyambut bola dengan dua belah tangan dan
membaling semula kepada pembaling
9. Sekiranya bola gagal ditangkapt, penangkap akan didenda.
10. Aktiviti ini diulang hingga semua murid selesai menangkap dan membaling bola.
Bola
Penutup
Murid melakukan aktiviti cooling down dengan bimbingan guru
Tajuk : 1 Kemahiran pergerakan
14
C
D B A
X
DRAF
Standard Kandungan : 1.3 Kemahiran manipulasi alatan Standard Pembelajaran : 1.3.4 Menyambut bola secara berpasangan
SENARAI SEMAK
Nama :_____________________________________________ Kelas :______________ Tarikh :________________ Fokus Pembelajaran : Membaling dan menangkap bola secara berpasangan dalam jarak yang ditetapkan Isikan Menguasai (M) atau Tidak Menguasai (TM) di ruangan yang disediakan. Bil Kemahiran Menguasai Tidak Menguasai Catatan 1. Baling bola dalam jarak 1 meter
2. Tangkap dalam jarak 1 meter
3. Baling bola dalam jarak 2 meter
4 Tangkap bola dalam jarak 2 meter
5 Baling bola dalam jarak 3 meter
6 Tangkap bola dalam jarak 3 meter
Refleksi :
....................................................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................
Tandatangan guru :
...............................................................
15